SITUASI TIDAK MENENTU DI YAMAN (BAHAGIAN 2)

Oleh: Musthafa Luthfi

==> Bersambung dari Artikel sebelumnya : Situasi Tidak Menentu di Yaman (Bahagian 1)

Beberapa pemerhati politik antarabangsa telah mengatakan Yaman akan berhadapan dengan empat situasi beberapa bulan yang akan datang.

Yang pertama adalah al-Hautsi berkuasa dan mengembalikan sistem dinasti sebagaimana sebelum revolusi tahun 1962. Dan pastilah mereka telah mempersiapkan tokoh-tokoh yang memiliki latar belakang pendidikan tinggi dan pernah menuntut di luar negera untuk mentadbir negara tersebut.

Senario kedua pula, kemungkinan pemimpin Ansharullah, Abdul Malik Al-Houtsi akan diangkat sebagai pemimpin spiritual tertinggi di Yaman yang mana kedudukannya seperti Ayatullah Ali Khomanei di Iran. Sekiranya perkara ini terjadi, maka dialah penentu dan pembuat sesuatu keputusan. Maka Presiden yang hendak diangkat itu pastilah yang sudah mendapat perkenan darinya selain seorang yang setia dengannya.

Senario ketiga adalah Presiden sekarang, Abdo Rabbu Mansyur Hadi masih akan tetap menjawat jawatan sebagai Ketua Negara, namun hanya berperanan sebagai simbol semata-mata sebaliknya segala keputusan adalah datangnya dari Al-Houthi. Ini dapat dilihat dari perjanjian damai diantara kerajaan dengan kumpulan berkenaan sejurus tertawannya ibu kota Sana`a  oleh al-Houthi. Dan pemerintahan Hadi kelihatan sedang menuju ke senario ini.

Senario keempat pula adalah kekacauan bersenjata terus berlaku tanpa henti sekaligus membawa Yaman ke kancah perang saudara didalam wilayah Yaman. Seperti diketahui Republik Yaman hari ini terdiri dari gabungan Yaman Utara dan Yaman Selatan yang bersetuju untuk bersatu sejurus pasca perang dingin pada 22 Mei 1990. Dan pastinya konflik yang berlaku ini akan memberikan peluang cerah kepada puak pemisah Yaman Selatan menuntut kemerdekaan dari San'a.

Dengan kelemahan kawalan pemerintahan pusat setelah tumbangnya mantan Presiden Ali Abdullah Saleh, wilayah selatan ini dikuasai oleh militia Gerakan Selatan dan al-Qaeda. Situasi kacau bilau seperti ini juga dipastikan akan memberikan peluang cerah bagi al-Qaeda untuk melebarkan pengaruhnya apalagi gerakan ini telah menyatakan tekadnya untuk melakukan pembalasan terhadap al-Hautsi.

Senario keempat ini yang paling dibimbangi sekiranya sebuah tragedi perang saudara yang bila benar-benar terjadi akan sangat susah untuk diatasi di negeri yang seluruh warganya memiliki senjata api. Besar kemungkinan senario tersebut dapat menyebabkan berlakunya perpisahan wilayah Yaman, apalagi al-Hautsi tidak mempedulikan samada wilayah selatan berpisah dari utara. Kerana yang penting bagi mereka adalah mengembalikan kekuasaan di wilayah utara.

Adalah sangat payah untuk memastikan senario yang jauh lebih mudarat dari beberapa senario yang difikirkan boleh terjadi ketika situasi masa depan negara tersebut yang berada dalam tidak ketidakpastian. Rakyat Yaman ketika ini mengalami tekanan luar biasa kerana merasa tidak dipedulikan oleh negara-negara jiran dan masyarakat antarabangsa yang sebelum ini menjadi penaja proses peralihan kuasa pasca 'Arab Spring'.

Malah sekiranya kita memerhati dengan lebih teliti, kita akan melihat bahawa perhatian negara-negara jiran dan dunia terhadap Yaman semakin dipinggirkan ekoran mereka fokus mereka pada masa ini adalah peperangan menentang kelompok Islamic State in Iraq and Syiria (ISIS) di Iraq dan Suriah. Tidak ada kepastian sampai bila kesudahan perang melawan ISIS sementara perkembangan situasi di Yaman bergerak semakin cepat.

Negara Yaman sedang mengarah ke situasi terburuk meskipun utusan khas PBB Benomar, berusaha membantu dengan menaja pelan damai yang sesuai dengan kepentingan al-Hautsi. Namun yang pasti, pelan damai yang dirangka itu tidak banyak ertinya dalam usaha mewujudkan kemanan semula di Yaman. “Usaha Benomar sekiranya berhasil hanya bersifat sementara kerana tidak akan mampu mencegah kekacauan bersenjata. Nampaknya senario keempat ini lebih menonjol,” papar sebahagian pemerhati politik.

Musuh utama

Sekadar mengimbas semula perlaksanaan dialog nasional yang dimulakan pada pertengahan tahun 2013 dimana banyak penganalisis luar menyebutkan bahawa isu pemisahan wilayah Yaman Selatan yang akan menjadi permasalahan utama dalam mencapai persetujuan damai nasional. Namun masalah utama sebagaimana yang diakui oleh sebahagian besar peserta dialog ialah halangan sebenar adalah dari al-Hautsi dan mantan Presiden yang digulingkan.

Jangkaan para peserta dialog akhirnya terbukti, apabila majoriti pemimpin Yaman Selatan sepakat menerima keputusan dialog terutama berkaitan masalah selatan yang diberikan autonomi luas dengan sistem negara persekutuan. Tapi lain halnya dengan al-Hautsi yang mendapat sokongan dari mantan Presiden. Mereka tidak bersetuju dengan hasil dialog sebelum semua isu yang menjadi kepentingannya selesai dibincangkan terutamanya yang berkaitan dengan kebebasan penyebaran dan perluasan pengaruh Syiah di wilayah utara dan keinginan mengawal sejumlah daerah lain di Yaman.

Walupun ideologi Syiah di Yaman adalah Zaidiyah yang dekat dengan Ahlus Sunah (Sunni) namun secara politiknya para pemimpin mereka setia dengan Iran dan mendukung perluasan pengaruh Iran di kawasan tersebut. Ini kerana, negeri Mullah itulah yang paling kuat membantu mereka mengembalikan kegemilangan kerajaan Zaidiyah di Yaman Utara yang dikudeta dan rakyat yang majoriti Sunni pada 1962.

Dengan kemampuan persenjataan yang kuat dan militia terlatih, meskipun sebagai minoriti , al-Hautsi akhirnya mampu memaksa kehendak mereka dipenuhi sekaligus menafikan kesepakatan yang dicapai dalam dialog nasional. Jangkaan bahawa al- Hautsi yang mulai memberontak terhadap pemerintah pusat sejak Jun 2004 yang menjadikan kedudukan mereka sama seperti Hizbullah terbukti apabila mereka menjadi seperti negara dalam negara yang menjadi penentu keputusan sebagaimana halnya peranan Hizbullah di Lebanon (Lubnan).

“Karakteristik al- Hautsi serta organisasinya Ansharullah sama seperti Hizbullah yang selalu menentang setiap kompromi (selama kepentingan mereka belum terlaksana). Berkait dengan hal Yaman sememangnya organisasi ini dan mantan Presiden Saleh adalah musuh utama bagi pemulihan situasi,“ kata seorang penganalisi politik Arab, Abdulrahman Rashid dalam artikelnya di harian al-Sharqul Awsath, Isnin (22/9/2014).

Menurutnya, sasaran utama al- Hautsi sejak kejatuhan Saleh adalah menguasai wilayah utara dengan bantuan Iran manakala sasaran utama Saleh adalah memperluas kekacauan untuk menggagalkan pemerintahan baru. “Tapi nampaknya rancangan mereka tidak akan berlangsung lama kerana tenaga-tenaga penggerak Yaman yang telah bersetuju dengan rekonsiliasi nasional akan melakukan serangan balik,“ ujarnya.

Dengan kemampuan persenjataan yang dibantu oleh Iran, al- Hautsi sukar untuk ditentang oleh penggerak Yaman. Tanpa bantuan luar terutama dari negara-negara Teluk dan perhatian khusus dari masyarakat antarabangsa, Yaman boleh menerima nasib yang sama seperti Suriah yang kini menjadi korban bagi kepentingan negara-negara besar di kawasan serantau.

Dan perlu dicatat disini bahawa situasi di Yaman saat ini juga tidak terlepas dari perubahan kecenderungan. Sebelum ini Amerika Syarikat menjadi sekutu kuat pemerintah negara berkenaan, namun dengan kejatuhan mantan Presiden, secara tidak langsung, peluang berkenaan sudah diintai oleh Tehran yang kini dalam proses mengembangkan pengaruhnya terutama sekali di negara-negara arab yang mempunyai minoriti Syiah. Kerana itulah kita dapat melihat dimana Mullah (Hassan Nasrallah) dengan gembira menyambut 'kemenangan' al-Hautsi di Yaman pada Ahad, 4 Zulhijjah, 1435 Hijrah.

*Penulis merupakan individu yang tinggal di Yaman

Post a Comment

1 Comments

  1. ASS..WR.WB.SAYA IBU RITA TKI HONGKONG INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA MBAH GENEP,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN MBAH SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN KEBUN YANG DULUNYA SEMPAT DIGADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN MBAH GENEP,YANG MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA 4D HONGKONG KEPADA SAYA DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI SAYA SILAHKAN HUBUNGI NO HP: (((085-110-369-888))) MBAH GENEP JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL MBAH GENEP SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN SENDIRI..
    • لالله�أشهدألاإله إلاالله،وأشهدأن محمدرسوالله

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.