ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Tuesday, 2 December 2014

SYAHADAH ORANG SYIAH

Oleh : Ustaz Ammi Nur Baits

Bismillah was salatu was salamu ‘ala Rasulillah, amma ba’du,

Syahadah yang diajarkan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam adalah dengan mengikrarkan dua kalimah,

Asyhadu alaa ilaaha illallah

Wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhu wa rasulluh..

Dari Ibnu Umar Radhiallahu ‘anhum, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

أُمِرْتُ أَنْ أُقَاتِلَ النَّاسَ حَتَّى يَشْهَدُوا أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ ، وَيُقِيمُوا الصَّلاَةَ ، وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ ، فَإِذَا فَعَلُوا ذَلِكَ عَصَمُوا مِنِّى دِمَاءَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ إِلاَّ بِحَقِّ الإِسْلاَمِ ، وَحِسَابُهُمْ عَلَى اللَّهِ

“Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehingga (mereka) bersaksi bahawa tidak ada yang berhak diibadahi dengan benar kecuali Allah dan Muhammad adalah Rasulullah, menegakkan solat dan menunaikan zakat. Apabila mereka telah melakukannya, bererti mereka telah menjaga jiwa dan harta mereka dariku (Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam) kecuali dengan (alasan) hak Islam serta hisab mereka diserahkan kepada Allah.” (HR. Bukhari 25 & Muslim 135).

Inilah syahadah yang diajarkan dalam Islam.

Syahadah Syiah

Berbeza dengan syahadah Syiah. Mereka menambahi lafaz syahadah yang tidak pernah diajari dalam ajaran Islam. Ada dua tambahan penting dalam syahadah Syiah, kerana latar belakang aqidah mereka.

Pertama, melaknat Abu Bakr dan Umar

Seperti yang kita tahu, ideologi Syiah tertegak di atas prinsip kebencian. Balas dendam dengan membabi buta tanpa alasan. Sasaran utamanya adalah para sahabat, terutama al-Khulafa ar-Rasyidin sebelum Ali bin Abi Thalib. Mereka bermusuh dengan Abu Bakr, Umar, Utsman dan para isteri Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam, selain Khadijah Radhiallahu ‘anha. Mereka membuat dakwaan dusta bahawa para sahabat itu adalah musuh ahli bait Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam.

Mereka juga membawakan periwayatan dusta dari mantan budak (hamba) Ali bin Husain bin Ali bin Abi Thalib, bahawa beliau pernah secara bersendirian bertanya kepada Ali bin Husain,

إن لي عليك حقا ألا تخبرني عن هذين الرجلين : عن أبي بكر وعمر ؟ فقال : كافران كافر من أحبهما

Saya punya hak yang harus anda tunaikan, tolong sampaikan kepadaku penilaian anda tentang dua orang ini, iaitu Abu Bakr dan Umar?

Ali bin Husain mengatakan, “Dua orang ini kafir. Orang yang mencintainya juga kafir.”

(Taqrib al-Ma’arif, Abu Salah al-Halabi, 25).

Kedua, persaksian terhadap masalah wilayah.

Setiap syiah harus menyakini bahawa semua ahlul bait adalah wali yang maksum. Mereka akan menjadi hujah dan pembela mereka di hadapan Allah pada hari kiamat. Bahkan wilayah menjadi salah satu rukun Islam menurut syiah.

Dalam Usul al-Kafi – salah satu kitab rujukan utama dalam Syiah – dinyatakan bahawa,

عن أبي جعفر (عليه السلام) قال: بني الاسلام على خمس: على الصلاة والزكاة والصوم والحج والولاية ولم يناد بشئ كما نودي بالولاية، فأخذ الناس بأربع وتركوا هذه – يعني الولاية -

Dari Abu Ja’far  (alaihis salam) dia mengatakan, Islam dibangun di atas 5 rukun: solat, zakat, puasa, haji, dan wilayah. Beliau menyeru (dengan nada) paling keras untuk rukun wilayah. Namun manusia hanya mengambil 4 rukun pertama, dan meninggalkan ini (iaitu rukun wilayah).

Dalam riwayat lain, terdapat tambahan,

قال زرارة: فقلت: وأي شئ من ذلك أفضل؟ فقال: الولاية أفضل، لأنها مفتاحهن والوالي هو الدليل عليهن

Zurarah bertanya kepada Abu Ja’far, “Mana rukun Islam yang paling afdhal? Abu Ja’far menjawab, “Wilayah paling afdhal. Kerana ini kunci semuanya, dan Wali adalah petunjuk untuk yang lainnya.” [Usul al-Kafi, al-Kulaini, 2/18].

Kerana itulah, bagi syiah, pengakuan terhadap wilayah menjadi syarat sah diterima syahadatnya. Salah satu tokoh syiah mengatakan,

ليس كل من تشهد بالشهادتين بدون الولاية يعتبر مسلماً

Semua orang yang mengucapkan dua kalimah syahadah tanpa menyebut wilayah tidak dianggap sebagai muslim. (Amali as-Saduq, 230, majlis 60).

Kerana latar belakang inilah, mereka menambahkan dalam syahadat mereka bahagian yang tidak ada dalam syahadah kaum muslimin.

Salah satu contoh syahadah mereka boleh anda saksikan di video berikut,



Dalam tayangan video di atas, ada seorang yang dulunya muslim yang ingin menukar statusnya menjadi seorang Syiah. Kita tidak tahu, mengapa dia harus bersyahadah. Boleh jadi ini diantara indikasi bahawa bagi Syiah, orang selain Syiah adalah kafir. Kerana itu, setiap Muslim yang hendak menyatakan dirinya sebagai Syiah, mesti bersyahadah di hadapan tokoh mereka.

Syahadah ini dipandu oleh tokoh syiah bernama Yasir al-Habib. Salah seorang tokoh agama Syiah kelahiran Kuwait. Dia pernah belajar di Hauzah di Qum (Hauzah adalah istilah untuk tempat belajar agama Syiah). Dia memiliki peranan yang besar dalam penyebaran Syiah di Kuwait, hingga akhirnya dia ditangkap oleh pemerintah dengan dakwaan mengembangkan ajaran sesat. Setelah menjalani hukuman penjara 3 bulan, dia berhijrah ke Iraq, kemudian ke Iran, dan akhirnya ke Britain. Hingga kini, dia mendapatkan suaka politik di Britain.

Yasir al-Habib termasuk tokoh syiah yang vokal. Menyuarakan kesesatan ahlus sunah dan menegaskan aqidah dengan mengkafirkan para sahabat dan para isteri Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam. Banyak sekali videonya di youtube. Anda boleh cari dengan kata kunci [ياسر الحبيب].

Melihat tayangan mereka yang bersyahadah, orang yang normal akalnya boleh menilai, apakah model ajaran Syiah ini masih dianggap sebahagian dari Islam ataupun tidak.

Allahu a’lam.

1 comment:

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute