ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Wednesday, 30 April 2014

KHAS BUAT ANAK-ANAK BALING!!!

Oleh : AJ :

Khas untuk anak-anak Baling yang dapat melanjutkan pelajaran ke IPT tahun 2014. Pusat Khidmat Ahli Parlimen Baling akan meraikan kejayaan anak-anak Baling yang berjaya memasuki mana-mana IPT Awam dan Swasta. Maklumat lanjut adalah seperti yang tertera didalam poster.

Ayuh Anak Baling!!! Jangan lepaskan peluang ini!!!!
Read more ...

Tuesday, 29 April 2014

ADAKAH RON CHERNIN TERLIBAT DALAM SABOTAJ KEHILANGAN PESAWAT #MH370?

Oleh : Jebat

Gambar diatas adalah sebahagian kecil dari perbincangan yang dikemukakan di dalam buku tulisannya yang berjudul "Sejarah Perisikan di Malaysia" yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dan ini adalah perkara yang menarik minat penulis tatkala membaca buku tulisan Dr. Azaharuddin Mohamed Dali, Pensyarah Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya. Penulis tak dapat nak bicarakan isi buku ini kerana masih dalam pembacaan.

Namun sekiranya anda berminat, sekarang ini sedang berlansung Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Jadi silalah cari dan dapatkan buku ini. Amat menarik untuk dibaca!!!
Read more ...

BAUCER BUKU 1MALAYSIA HANYA UNTUK BAHAN BACAAN ILMIAH SAHAJA - KPM

SHAH ALAM - Mahasiswa yang memiliki Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) hanya boleh membeli buku akademik, jurnal dan majalah ilmiah sahaja, berkuatkuasa pada 1 Mei depan.

Menurut Kementerian Pendidikan, langkah ini diambil selaras garis panduan yang baharu dan bagi memastikan pemberian BB1M mencapai matlamatnya.

"Selain itu, kelonggaran yang membolehkan mahasiswa mengguna sebanyak 20 peratus daripada nilai baucar yang tidak dapat dihabiskan untuk membeli barangan lain selain buku turut dimansuhkan.

"Kementerian Pendidikan memandang serius terhadap sebarang penyalahgunaan BB1M dan menghargai aduan berkenaan penyalahgunaan daripada orang ramai."

Kerajaan memperkenalkan BB1M sejak 2012 bertujuan meringankan beban perbelanjaan pembelian buku-buku pengajian dan memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia.

Sehingga kini, BB1M dimanfaatkan lebih 3.9 juta mahasiswa pra-universiti dan Institut Pengajian Tinggi (IPT) warganegara Malaysia dengan peruntukan RM890 juta.

Bagi tahun 2014, peruntukan sejumlah RM325 juta diluluskan kerajaan untuk menjayakan pemberian BB1M kepada 1.3 juta mahasiswa.

Sementara itu, kenyataan itu turut menambah, garis panduan tersebut memperketatkan peraturan kepada pekedai buku iaitu mana-mana pekedai buku yang didapati bersalah menyalahgunakan BB1M akan disenaraihitamkan dan tidak dibenarkan menyertai program BB1M selama tiga tahun berturut-turut.

Langkah ini adalah tambahan kepada peraturan sedia ada iaitu tindakan undang-undang mengikut Seksyen 403, Kanun Keseksaan ke atas pihak yang menyalahgunakan BB1M.

"Adalah diharapkan tidak akan berlaku kekeliruan di antara pekedai buku dan mahasiswa dalam pindaan garis panduan BB1M ini.

"Garis panduan ini dapat memudahkan kedua-dua pihak dan diguna dengan sebaiknya selaras dengan objektif BB1M," katanya.

Maklumat lanjut mengenai pindaan garis panduan tersebut boleh didapati melalui portal rasmi Kementerian Pendidikan www.moe.gov.my.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada urusetia BB1M melalui e-mel bb1m@moe.gov.my.
Read more ...

TAWARAN SKIM LATIHAN 1MALAYSIA BUAT MAHASISWA SELURUH MALAYSIA

Assalamualaikum, Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia,

Sukacita dimaklumkan bahawa Sime Darby Berhad sedang mencari graduan yang berminat untuk menjalani program latihan di bawah "Sime Darby Management Apprenticeship Programme".

Untuk memohon:-

1. Sekiranya BELUM pernah berdaftar untuk Program SL1M, graduan perlu mendaftar melalui borang online di www.epu.gov.my/daftar

seterusnya;

2. Emelkan MAKLUMAT-MAKLUMAT SEPERTI DI BAWAH kepada fatin.munshi@epu.gov.my dengan tajuk emel " SL1M-Sime Darby".

- Resume terkini
- Nama penuh
- No. K/P
- Alamat terkini
- No. telefon
- Emel yang aktif
- Jurusan pengajian
- Nama Universiti 
- CGPA
- Tarikh tamat pengajian/graduasi

*Tarikh tutup permohonan : 14 Mei 2014 (Rabu)

** Calon peserta yang telah disenaraipendek akan dihubungi oleh pihak Sime Darby untuk sesi temuduga.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Sekretariat SL1M, Cik Fatin Nur Izzati (03-8872 5291).

Rebutlah peluang ini dengan segera!

Sila war-warkan kepada rakan-rakan lain yang berminat.
Read more ...

Monday, 28 April 2014

REPLIKA RUMAH RASULULLAH S.A.W, MASJID NABAWI DAN KOTA MADINAH PADA TAHUN KE 8 HIJRAH

Replika bentuk rumah Nabi
Masjid Nabawi
Masjid Nabawi
Madinah Al-Munawarrah. Gambar dibelakang sekali adalah lokasi perang Uhud
Foto ehsan : Aan Chandra Thalib
Teks dipetik dari : Agita's

BERHENTI SEJENAK

Gambar-gambar diatas ini merupakan visualisasi replika Rumah Rasulullah ﷺ , Masjid Nabawi dan ilustrasi kota Madinah An-Nabawiyah ditahun ke 8 Hijriah. Gambar ini kami ambil beberapa jam yang lalu pada pameran sirah nabawiyah yang terletak di bahagian kanan Masjid Nabawi.

Replika ini membawa fikiranku mundur melampaui dimensi waktu, melewati setiap fragmen sejarah yang selama ini hanya boleh kubaca melalui lembaran-lembaran sirah.

Airmatapun tak terbendung.. 

Ada rindu yang menggebu, terbayang susuk yang dulu pernah merindukan kita.

Aku tatap replika demi replika itu dari setiap sudut.

Lidahku hanya mampu mengucap "Masyaallah...." 

Dari bangunan beratapkan daun kurma inilah sebuah peradaban dimulai, disanalah generasi terbaik itu dibina, diatas kerikil-kerikil pasir yang memenuhi setiap jengkal bangunan suci itu.

Kulihat setiap sudut kota, semua seolah menyimpan ceritanya sendiri.

Perhatiaku tiba-tiba terhenti pada bangunan kecil berbentuk kubus yang menempel tepat disisi kiri depan Masjid Nabawi. Diatasnya tertulis "Hujroh Aisyah" (bilik Aisyah), Masyaallah ditempat itulah Ibu kita Aisyah -radhiallahu anha- tinggal. 

Dirumah sederhana yang berdinding tanah liat itu juga manusia yang paling mulia menutup usianya.

Semua tampak bersahaja. Tak ada barang mewah disana, hanya bantal jerami yang tampak usang.

Betapa sempitnya bilik itu, gumamku dalam hati, dan betapa lapangnya hati pemilik rumah itu.

Semakin kutatap semakin ku mengerti erti tangis Abdullah Ibnu Mas'ud Radhiallahu anhu, ketika melihat garisan tikar kasar yang membekas ditubuh Rasulullah ﷺ.

Hatikupun berbisik,
Andai engkau melihat kami wahai Rasulullah. 
Kami yang dulu pernah engkau rindukan kini tenggelam dalam gemerlapnya dunia.
Cinta dunia telah membuat kami lalai dari mengamalkan sunnahmu. 
Di rumah-rumah mewah kami melupakanmu. Padahal dulu, diatas tikar jerami engkau pernah merindukan kami. 
Bahkan tak jarang lidah-lidah kami kaku untuk mengucap seuntai selawat dan salam saat namamu disebut.

Semoga Allah memaafkan kami, semoga Dia tidak mengusir kami dari telaga haudhmu.

Selawat dan salam semoga senantiasa tercurah atasmu.

_____________________
Madinah 21-06-1435 H

Bacaan lanjut disini : http://www.penaminang.com/2014/02/subhanallah-replika-rekaan-dalaman.html#axzz308dUhpQv
Read more ...

BILA PM KOREA LETAK JAWATAN

Oleh : Jebat

Isu perletakkan jawatan Perdana Menteri Korea Selatan sejurus insiden feri karam telah menimbulkan semacam keterujaan 'luar tabii' dikalangan penganut pakatan yang mahukan Perdana Menteri Malaysia turut sama mengikut jejak langkah orang yang tidak beriman kepada Allah.

Mungkin dikalangan penganut pakatan ini terlupa, bahawa sebagai seorang Islam, Najib mempercayai tentang wujudnya Qada' dan Qadar ALLAH. Maka dengan itu kita lihat, beliau tidak terburu-buru dalam bertindak. Dan perkara ini sudahpun dilakukan oleh Baginda Rasulullah S.A.W yang tidak meletakkan jawatan sebagai Nabi, Rasul dan Panglima Perang, sejurus kekalahan kaum Muslimin dalam Peperangan Uhud.

Nabi tidak mengambil sikap berlepas tangan begitu sahaja tatkala umat Islam masih terumbang ambing dan kemurungan tatkala kekalahan yang mereka hadapi. Sebaliknya kekalahan yang dihadapi itu digunakan oleh Rasulullah untuk mengkaji kelemahan dan memperbaiki setiap 'kelompangan' yang wujud dalam organisasinya. Malah Nabi S.A.W pastinya lebih memahami apa itu Qada dan Qadar ALLAH.

Walaupun sedih dengan apa yang berlaku dalam peperangan Uhud ini tetapi ALLAH telah meniupkan semangat ke dalam sanubari umat Islam melalui ayat 104 Surah An-Nisa’: yang bermaksud: “Jangan kamu merasa hina (hilang semangat) memburu musuh kerana jika kamu merasa sakit mereka juga merasa sakit seperti kamu merasainya sedangkan kamu pula berharap kepada ALLAH apa yang mereka tidak harapkan.”

Jadinya, sekiranya setiap kali berlaku insiden atau isu-isu tertentu yang memerlukan seseorang pemimpin itu meletakkan jawatan, maka beberapa isu ini juga perlu diberikan perhatian ;

1. Selangor takde air..... kenapa MB tak letak jawatan?
2. PR kalah dalam PRU13, kenapa Anwar tak letak jawatan?
3. Anwar gagal tangani kemelut kewangan pada tahun 1997, kenapa tak letak jawatan? (Fakta : Anwar dipecat dan bukannya dia meletakkan jawatan)
4. Usul Dewan Ulama PAS ditolak,kenapa Ulama PAS tak letak jawatan?
5. Anwar tak jadi MB (Kajang Move)...kenapa Rafizi tak letak jawatan?
6. Dr. Wan Azizah gagal tunjuk jam omega suaminya dihadapan wartawan, kenapa tak letak jawatan?
7. Karpal Singh gagal buktikan Anwar peliwat sepertimana kenyataan beliau pada tahun 1997 di parlimen, kenapa dia tak letak jawatan?
8. PAS kalah di Kedah dan gagal rampas Perak, kenapa seluruh jawatankuasa PAS negeri-negeri berkenaan tak letak jawatan?

Jika disebabkan satu-satu perkara yang berlaku ini memerlukan seseorang pemimpin itu meletakkan jawatan, maka yang pernah berjanji akan meletakkan jawatan dan berundur sekiranya Pakatan kalah dalam PRU13 itulah seharusnya terlebih dahulu melakukan aksi sedemikian.
Read more ...

Sunday, 27 April 2014

MENJAWAB FITNAH @realDrMAZA YANG DILEMPARKAN DI MASJID AL-MURSHID, PAUH, PERLIS cc @drmazacom @abuaqifstudio

Oleh : AJ

Penulis sebenarnya malas nak melayan kerenah bekas mufti yang sedang meroyan ekoran tidak dilantik menjadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang ataupun YDP YADIM mahupun ahli Majlis Tertinggi UMNO. Namun disebabkan fitnah tersebut dilemparkan di Masjid Al-Murshid Pauh, Perlis, maka penulis berasa bertanggungjawab untuk menjawab segala fitnah yang dilemparkan oleh bekas Mufti Perlis ini.

Dalam ceramahnya yang berlansung, sang mantan Mufti berkenaan telah mendakwa bahawa kumpulan ulama muda yang sebelum ini pernah mengeluarkan larangan untuk memberontak keatas Hosni Mubarak, dikatakan diam apabila kejadian berkenaan turut berlaku keatas Morsi.

Setelah membuat sedikit penyelidikkan, penulis mendapati sebuah artikel telah dikeluarkan pada 5 Julai 2013 di laman blog Ustaz Idris Sulaiman yang juga merupakan ahli Majlis Syura iLMUan Malaysia. Artikel tersebut adalah transliterasi yang dilakukan berdasarkan rakaman audio sesi soal jawab Kuliah Syarah Al-Sunnah Imam Al-Barbahari, 05.12.2012, minit 00:54:39 hingga 01:08:55). Berikut merupakan transkripsi soalan berserta jawapan ;

Soalan : Adakah rakyat Mesir dikira berjihad ketika memberontak menjatuhkan Hosni Mubarak, dan sekarang ingin menjatuhkan Morsi pula hanya kerana atas tafsiran mereka bahawa beliau zalim. Apa yang sepatutnya rakyat Mesir lakukan, adakah mereka patut menyokong Morsi atau menyokong penentang Morsi sekarang (penyokong Hosni Mubarak)?

Jawapan:

Inilah fitnah. Benda yang dibuat dengan cara yang tidak baik, akan menghasilkan akibat yang tidak baik.


كَمَا تَدِيْنُ تُدَانُ

“Seperti mana apa yang engkau lakukan, maka seperti itulah balasan yang akan engkau rasakan.”

Hari itu engkau memberontak, hari ini orang memberontak ke atas engkau.


الْجَزَاءَ مِنْ جِنْسِ الْعَمَلِ

“Balasan itu sesuai dengan amal perbuatan.”

Kita akan mendapat hasil dari apa yang kita buat. Itu secara umum.

Namun dari segi soal ketaatan, adakah ada jihad? Jihad apa? Jihad adalah untuk menentang musuh. Jihad adalah untuk menentang orang kafir. Sejak bila pula adanya jihad untuk menentang orang Islam? Itu khawarij. Seperti mana Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam mengatakan bahawa,


يَقْتُلُونَ أَهْلَ الْإِسْلَامِ وَيَدَعُونَ أَهْلَ الْأَوْثَانِ

“Mereka memerangi orang Islam, dan mereka meninggalkan penyembah berhala (orang-orang kafir).” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Orang Islam dia perangi, orang kafir dia lepaskan. Ini masalah orang Khawarij, yakni pemberontak-pemberontak. Kamu hendak pergi memberontak, hendak buat demonstrasi, pergilah ke Israel. Kamu hendak buat kekecohan, rusuhan, pergilah ke Amerika.

Tidak, sebaliknya mereka memberontak ke atas pemerintah-pemerintah Islam. Ini sama sekali bukan sifat Ahli Sunnah, kerana perbuatan seperti ini dianggap sebagai Khuruj yakni menentang pemerintah di mana ia adalah sifat orang-orang Khawarij.

Banyak hadis-hadis menyuruh supaya kita dengar dan patuh terhadap pemerintah. Dan permasalahan di Mesir, ada satu syubhat iaitu pemerintah dahulu iaitu Hosni Mubarak telah digulingkan. Adakah perbuatan itu dibenarkan dalam Syarak? Jawapannya tidak dibenarkan. Itu adalah perbuatan yang bercanggah dengan Syarak. Tidak ada dalam Syarak istilah menggulingkan pemerintah.

Apa yang ada adalah dengar dan patuh, dengar dan patuh walaupun mereka zalim, walaupun mereka melakukan maksiat dan sebagainya. Itu jelas.

Tetapi sekarang, pemerintah dahulu telah digulingkan, lalu datang pula pemerintah baru yang telah menaiki takhta. Bagaimana pula kita dalam keadaan seperti ini? Hal ini telah dijelaskan oleh para Ulama sejak dahulu, Ulama-ulama salaf telah menjelaskan tentang hal ini.

Di antara mereka adalah Imam Ahmad bin Hanbal di dalam kitab Masa-il ataupun di dalam Kitab Al-Ahkam Al-Sulthaniyyah di mana Imam Ahmad mengatakan bahawa barangsiapa yang telah digulingkan dengan pedang sehingga orang yang menggulingkan itu telah menjadi Khalifah, dan Khalifah yang baru ini telah disepakati (telah menjadi Khalifah yang baru dan yang lama telah digulingkan) maka tidak halal bagi seorang yang beriman dengan Allah dan Hari Kiamat untuk dia bersemalaman tanpa dia taat kepada pemerintah yang baru.

Kalau sudah ada pemerintah yang baru, walaupun dia naik takhta dengan cara penggulingan, kita tidak bersetuju dengan perbuatannya menggulingkan pemerintah, tetapi kalau dia sudah naik takhta, maka menjadi kewajipan ke atas semua umat Islam di tempat itu untuk taat kepada pemerintah itu.

Jadi kalau kita lihat di Mesir, mereka sudah ada pemerintah yang baru, maka menjadi kewajipan kepada rakyat di sana untuk taat kepada pemerintah yang baru itu. Kenapa? Kerana Syarak secara umumnya bertujuan untuk menjaga maslahat dan menghindari daripada mudharat. Kenapa dilarang kita menggulingkan pemerintah? Kerana perbuatan itu jelas akan membawa kepada mudarat yang lebih besar.

Tetapi kalau keadaan sekarang ini, keburukan dan kejahatan sudah berlaku, iaitu perbuatan menggulingkan pemerintah itu telah berlaku. Kita tidak bersetuju dengannya, tetapi Allah telah takdirkan dan ia tidak dapat dihalang. Maka apakah perbuatan jahat itu hendak dibalas dengan kejahatan, dengan kita menggulingkan dia balik? Itu jelas mudharat dibalas dengan mudharat. Hal ini bercanggah dengan Syariat Islam. Sebaliknya dalam masalah seperti ini, kita di antara dua pilihan. Mudarat yang lebih besar, dan mudarat yang lebih kecil.

Mudharat yang lebih besar adalah untuk kita menggulingkan dia balik. Mudharat yang lebih kecil adalah untuk membiarkan dia kekal pada tempatnya itu, walaupun dia mengambil tampuk pemerintahannya dengan cara yang zalim juga.

Syarak menetapkan kaedah,


إرتكاب أخف الضررين

“Memilih mudharat yang lebih ringan dari dua mudharat.”

Maka dalam hal ini, tindakan yang benar adalah dengan kita taat kepada pemerintah yang baru, jangan digulingkannya pula kerana perbuatan itu tidak akan berkesudahan. Guling mengguling, akhirnya umat Islam yang akan rugi.

Hal ini seperti yang berlaku kepada Abdullah bin Umar radhiyallahu ‘anhuma, anak kepada Khalifah yang kedua, Umar Al-Khatthab radhiyallahu ‘anhu. Seperti mana pada zaman hidupnya, berlaku guling mengguling di antara Abdul Malik bin Marwan dengan Abdullah bin Al-Zubair. Abdul Malik bin Marwan dan Abdullah bin Al-Zubair berperang mengakibatkan fitnah.

Apa pendirian Abdullah bin Umar, Sahabat yang merupakan anak kepada Sahabat juga? Ketika fitnah, dia melepaskan tangan. Ini zaman fitnah. Seperti mana yang disarankan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam,


تَلْزَمُ جَمَاعَةَ الْمُسْلِمِينَ وَإِمَامَهُمْ قُلْتُ فَإِنْ لَمْ يَكُنْ لَهُمْ جَمَاعَةٌ وَلَا إِمَامٌ قَالَ فَاعْتَزِلْ تِلْكَ الْفِرَقَ كُلَّهَا وَلَوْ أَنْ تَعَضَّ بِأَصْلِ شَجَرَةٍ حَتَّى يُدْرِكَكَ الْمَوْتُ وَأَنْتَ عَلَى ذَلِكَ

“Berpegang teguhlah dengan Jamaah Muslimin dan Imam (pemerintah) mereka. Aku (Huzaifah bin Al-Yaman) bertanya, “Jika mereka tidak punya Jamaah dan tidak punya Imam?” Baginda menjawab, “Maka hendaklah kamu memencilkan diri kamu (berlepas diri), walaupun kamu terpaksa menggigit akar pohon sampai kamu mati dalam keadaan demikian.” (Riwayat Bukhari)

Nabi memerintahkan supaya kita memencilkan diri, duduk dalam rumah dan jangan memasukkan diri kita ke dalam fitnah dan menyemarakkan lagi api fitnah itu. Itu dalam keadaan fitnah tidak ada pemerintah, tidak tahu siapa pemerintah, keadaan belum lagi reda, keadaan negara huru hara, masing-masing berperang.

Kalau pemerintah itu sedang digulingkan, kita wajib menyokong pemerintah. Tetapi ini kalau dalam keadaan pemerintah tidak ada, sudah diguling, dan pemerintah yang baru belum ada, masih lagi berperang. Proses pertukaran pemerintah bukan mudah, apabila pemerintah telah digulingkan, bukan semua keadaan pemerintah yang baru terus naik. Tidak. Apabila telah diguling, yang diguling tidak akan duduk diam, yang diguling itu akan berperang.

Maka kalau dalam keadaan tidak jelas siapakah pemerintah, di dalam keadaan fitnah, umat Islam disuruh supaya mengelakkan diri dari fitnah, jauhkan diri dari fitnah. Tinggal di dalam rumah. Kalau ada pedang, campakkan pedang. Ambil pedang dari kayu, sebagaimana yang disarankan dalam hadis,


سَتَكُوْنُ فِتَنٌ وَفِرْقَةٌ فَإِذَا كَانَ كَذَلِكَ فَاكْسِرْ سَيِفَكَ وَاتَّخِذْ سَيْفاً مِنْ خَشَبٍ

“Kelak akan ada banyak fitnah (kekacauan, huru hara) dan perpecahan. Apabila terjadi seperti itu maka patahkanlah pedangmu dan ambillah pedang dari kayu.” (Riwayat Ahmad)

Mengapa disuruh kita mengambil pedang dari kayu, supaya jangan sampai termasuk dalam fitnah, dan jangan sampai saling bunuh membunuh di antara satu sama lain. Itu yang dilakukan oleh Abdullah bin Umar. Maka akhirnya hanya apabila Abdul Malik bin Marwan menaiki takhta di mana Abdullah bin Zubair kalah, barulah Ibnu Umar melafazkan bai’atnya kepada Abdul Malik bin Marwan walaupun dia menaiki takhta dengan cara perang.

Hakikatnya ini yang dijelaskan dalam riwayat Imam Al-Syafi’i di dalam kitab yang dikarang oleh Imam Al-Baihaqi iaitu Manaqib Al-Syafi’i. Imam Al-Syafi’i menyebutkan bahawa Umat Islam telah ijma’ di dalam hal ini, ijma’ bahawa hendaklah taat kepada pemerintah walaupun dia telah menaiki takhta itu dengan cara menggulingkan pemerintah sebelumnya.

Tidak semestinya pemerintah itu naik dengan cara Syura baru perlu taat. Sebaliknya (wajib taat) walaupun dia naik dengan cara mengguling atau membunuh pemerintah, iaitu seburuk-buruk kejahatan. Kalau dia telah menaiki takhta, maka wajib taat kepada pemerintah yang baru walaupun dia naik dengan cara yang zalim.

Hal ini juga telah disebutkan oleh Ibnu Hajar di dalam kitab Fathul Bari. Ibnu Hajar mengatakan bahawa Ulama Salaf telah ijma’ di dalam masalah ini. Tidak ada perselisihan bahawa wajib taat kepada pemerintah yang baru walaupun dia naik takhta dengan cara yang zalim.

Maka bagi Umat Islam di Mesir, sudahlah. Jangan hendak dilanjutkan dan dipanjangkan huru hara itu. Cukup dengan huru hara yang sudah berlaku. Ini semua akibat dari kejahilan, akibat dari mengikuti hawa nafsu. Walaubagaimanapun dalam masa yang sama perlu kita jadikan sebagai ibrah. Jangan kita menganggap bahawa hendak menukar pemerintah itu semudah hendak menukar baju sahaja. Lihat apa yang berlaku, berapa ramai yang telah mati.

Ada yang kata, “Alahai, yang mati di Mesir semasa Hosni Mubarak dijatuhkan itu cuma 800 je..” Subhanallah.. “Di Syria yang mati cuma 5,000 je..”, “Di Libya ketika Gaddafi digulingkan, yang mati cuma 40,000 je..”

Dalam hadis riwayat Imam Bukhari, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam menekankan bahawa,


لَزوالُ الدُّنيا أهونُ على اللهِ من قتلِ رجلٍ مسلمٍ

“Untuk dunia ini semua hancur, itu lebih mudah di sisi Allah berbanding seorang Muslim itu dibunuh.” (Riwayat Bukhari, Al-Tirmizi)

Seorang Muslim dibunuh itu lebih besar di sisi Allah berbanding dengan seluruh dunia ini hancur. Apatah lagi kalau sudah lebih dari itu, lapan ratus, empat ribu, lima ribu, empat puluh ribu. Tetapi inilah dia pemikiran Khawarij. Mereka memandang remeh soal bunuh membunuh. Mereka punya salaf (nenek moyang Khawarij) memang bersifat seperti ini dan kita lihat mereka (Khawarij) pada hari ini mewarisi sifat yang sama, memandang rendah jenayah bunuh membunuh sesama Umat Islam.

Maka seperti mana ulama mengatakan bahawa, “mereka memerangi ahli Iman (saudara seIslam mereka) dan meninggalkan orang-orang kafir”.

Kita lihat berapa ramai orang Khawarij yang hendak pergi berjihad di Amerika atau Britain? Tidak ada pula kita dengar mereka mempersiapkan bala tentera untuk berperang dengan negara kafir. Sebaliknya apa yang mereka lakukan adalah menyiapkan bala tentera untuk menyerang pemerintah Islam mereka. Ini adalah musibah yang cukup besar.

Akhirnya soal darah saudara seIslam dianggap murah, seperti mana kisah yang disebutkan ini. Mereka sibuk hendak tahu apa hukum darah yang terpercik apabila ditepuk nyamuk; najis atau tidak najis. Mereka (Khawarij) membunuh Saidina Osman, membunuh Ali bin Abi Thalib, membunuh sahabat-sahabat Nabi yang lain, dia tidak bertanya adakah ianya najis atau tidak najis, haram atau tidak haram perbuatan itu. Tetapi dia hendak tahu apa hukum tepuk nyamuk, haram atau tidak haram kerana ia akan mengakibatkan darah terpercik, kerana takut terkena najis. Ini dia mentaliti orang Khawarij.

Semoga Allah melindungi kita dan semua umat Islam daripada memiliki sifat-sifat yang cukup jahat, cukup jelik dan cukup buruk iaitu sifat-sifat orang-orang Khawarij.

Kajang, 05.12.2012

Rujuk : http://ustazidrissulaiman.wordpress.com/2013/07/05/mesir-jihad-hosni-mubarak-morsi-khawarij/

Komen Pena Minang : Kepada Prof. Madya Dato' Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, bukan cara sunnah melemparkan fitnah keatas musuh politik anda demi mendapatkan perhatian daripada rakyat. Bertaubatlah Dr. Asri. Usah diikut perangai Rafizi Ramli ataupun Anwar Ibrahim. Usah merosakkan status PHD Jayyid Jiddan anda itu.
Read more ...

ISLAM TIDAK AKAN TERTEGAK MELALUI JALAN DEMOKRASI

Oleh : Ustaz Abu Omar Idris Sulaiman

Rentetan demi rentetan peristiwa pahit yang menimpa negara-negara Islam seharusnya menjadi iktibar bagi golongan Haraki yang menentang pemerintah secara khasnya dan Ahli Sunnah secara umumnya. Usaha menukar kerajaan oleh gerakan-gerakan Islam dengan menubuhkan parti dan menyertai demokrasi terbukti tidak akan membuahkan hasil yang baik. Mungkinkah demokrasi ciptaan Yahudi menjamin kejayaan kepada Islam? Akal yang sihat akan spontan menjawab tidak!

Islam tidak akan tertegak melalui jalan demokrasi kerana ia berasaskan majoriti dan kehendak rakyat. Ulama Yaman, Syaikh Muqbil Al-Wadi’i rahimahullah berkata, “Demokrasi bermakna rakyat menghukum dirinya dengan diri sendiri. Jika suara (majoriti) mengatakan homoseksual halal maka suara tersebut akan didahulukan daripada Al-Quran dan Al-Sunnah.” (Tuhfatul Mujib)

Apa yang berlaku di Algeria sekitar tahun 1990 turut membuktikan bahawa menukar pemerintah dengan undi juga menyebabkan mudarat yang luar biasa besar kepada Islam, negara dan rakyatnya. Ulama Algeria, Syaikh Abdul Malik Ramadhani Al-Jazairi menceritakan secara rinci tentang pergolakan yang berlaku di negaranya dalam bukunya Madariku Al-Nadzar fi Al-Siyasah Baina Al-Tathbiqaat Al-Syar’iyyah wa Al-Infi’alat Al-Hamasiyah.

Kerajaan pada ketika itu seperti kerajaan lain pada hari ini; ada kekurangan atau ringkasnya tidak berhukum dengan Syarak. Maka gerakan-gerakan Islam di sana memilih untuk menyertai pilihanraya atas nama Barisan Penyelamat Islam. Ditakdirkan Allah, Barisan Penyelamat Islam ini menang sebahagian besar kerusi dalam pilihanraya.

Namun seperti sunnatullah dan fitrahnya, kerajaan yang jatuh tidak akan tunduk dengan mudah. Ini yang dilakukan oleh pemerintah yang kalah pada masa itu. Dia bertindak balas ke atas gerakan Islam ini di mana tokoh-tokoh gerakan Islam ini ditangkap dan dipenjara. Hal ini menyebabkan berlaku huru hara dan keadaan tidak tenteram yang berlanjutan bertahun-tahun lamanya.

Apabila ketua gerakan Islam ditangkap, pengikut-pengikutnya melakukan demonstrasi demi demonstrasi, bantahan demi bantahan hingga akhirnya kerajaan mengisytiharkan darurat dengan masuk campur tentera (sekaligus membatalkan keputusan pilihan raya). Lebih ramai pengikut gerakan Islam ini ditangkap dan dipenjarakan sehingga lebih 10,000 orang.

Saki baki yang tidak tertangkap melarikan diri ke pergunungan dan menyiapkan tentera mereka. Mereka kemudiannya melaungkan ‘jihad’ hingga mengakibatkan lebih banyak nyawa terkorban. Mereka turut menyerang tentera pemerintah atas alasan pihak yang menyokong pemerintah adalah kafir. Kaum keluarga yang tidak setuju dengan perjuangan mereka juga dihukum kafir dan dibunuh.

Syaikh Al-Jazairi menceritakan, “Sesungguhnya sebelum terjadinya fitnah ini, tauhid dan sunnah betul-betul tersebar di Algeria. Jalan menuju syirik dan bid’ah menjadi lengang. Wanita kembali ke rumah dan mendapat kehormatannya di sana, di dalam hijabnya. Minuman-minuman keras ditinggalkan di banyak perkampungan. Masjid-masjid penuh dengan penghuninya. Agama (Islam) memasuki setiap rumah. Tetapi musuh sedar lalu membangkitkan orang yang paling keras dan paling jumud di tengah rakyat serta mengobarkan fitnah antara rakyat dan negaranya. Akhirnya makin berkurang dakwah Nabawiyah, berganti dengan khutbah-khutbah yang panas membakar. Sehingga lahir dua fenomena: pembangkangan terhadap pemerintah dan takfir (kafir mengkafir). Ketenteraman negara berubah menjadi ketakutan, kemakmuran menjadi kerosakan. Masjid yang dulunya aman menjadi pentas keganasan, dan mengalirlah darah-darah umat Islam bagaikan sungai yang meluap.”

Dapat kita lihat bagaimana gerakan Islam ini dikelirukan oleh tokoh-tokoh mereka yang mengatakan bahawa pengikut yang ramai menunjukkan mereka ada kekuatan, bererti mereka sudah boleh menjatuhkan pemerintah. Mereka menyangka bilangan yang ramai berbekal semangat dan dibantu beberapa tokoh Islam sudah cukup untuk menumbangkan kerajaan dan menubuhkan kerajaan Islam yang melaksanakan hukum Syariat.

Kekuatan yang ada pada mereka hakikatnya tidak lebih dari semangat kepartian semata-mata, yang hasilnya adalah taksub. Ini terbukti apabila tokoh mereka ditangkap, pengikutnya jadi caca merba dan bertindak secara tidak rasional. Ini yang terjadi apabila pengikut tidak ada ilmu agama, yang ada hanyalah semangat.
Islam apa yang telah mereka tegakkan? Semua berakhir dengan rakyat hidup dalam ketakutan, sekolah agama ditutup, pemakaian yang mempamerkan identiti Islam seperti jubah dan seumpamanya dilarang, dakwah dicurigai dan dihalang pihak berkuasa. Sehingga hari ini, usaha dakwah menjadi lesu dan terbantut sama sekali.

KUASA TIDAK MAMPU MEMPERBAIKI KEADAAN RAKYAT

Mereka keliru kerana menyangka rakyat akan menjadi baik dengan naiknya pemimpin yang baik. Mereka menyangka Syariat dapat ditegakkan jika mereka memegang pemerintahan sedangkan mereka merebutnya dengan jalan demokrasi. Tidakkah sampai kepada mereka kisah Bani Israel yang dipimpin oleh Nabi? “Sesungguhnya Bani Israil dipimpin oleh para Nabi, setiap seorang Nabi wafat diganti oleh Nabi berikutnya.” (Bukhari & Muslim). Malah Allah berfirman kepada sebahagian Bani Israel, “Jadilah kamu kera yang hina” (Al-Baqarah: 65) ketika mereka di bawah pemerintahan Nabi. Malah Bani Israel dilaknat kerana membunuh Nabi-Nabi mereka.

Seluruh Rasul menegakkan Islam bukan dengan merebut pemerintahan tetapi fokus menyeru kepada Tauhid. Allah Subhanahu wa Ta’ala yang mengangkat mereka menjadi pemimpin dan Allah yang menjatuhkan pemimpin yang dikehendakiNya. Malah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam ditawarkan pangkat dan harta oleh kaum Musyrikin tetapi Baginda menolak. Mengapa ditolak jika kuasa boleh menegakkan Syariat dan menyelamatkan kaum Muslimin dari penindasan? Tentu kerana Baginda tahu (melalui wahyu) bahawa Islam hanya boleh ditegakkan melalui asas yang kukuh; dari bawah, bukan dari atas. Sebuah bangunan tidak akan berdiri tegak tanpa asas binaan yang kukuh.

Imam Al-Albani rahimahullah muhaddis abad ini berkata, “Barangsiapa menyelisihi petunjuk Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam nescaya akan rugi pada akhirnya. Petunjuk Nabi tentang penegakan hukum dan negara Islam hanya boleh dicapai dengan dakwah; dakwah tauhid didasari Al-Quran dan Sunnah. Kami isyaratkan prinsip penting ini dengan dua kalimat ringkas iaitu tasfiah (pemurnian) dan tarbiah (pendidikan). Dengan ini kami katakan bahawa apa yang terjadi di Algeria atau di Mesir adalah menyelisihi Islam, kerana Islam memerintahkan untuk melakukan tasfiyah dan tarbiyah (bukan merebut pemerintahan).

Beliau menambah, “Islam yang akan membuahkan hasil pada generasi akhir adalah seperti Islam yang membuahkan hasil pada generasi awal. Bagi yang inginkan kebenaran hendaklah mendahulukan tarbiah pada diri mereka. Kemudian dilanjutkan dengan tarbiah bagi yang di bawah kekuasaannya, dan seterusnya dan seterusnya hingga sampailah hal ini kepada pemerintah. Tidak mungkin memperbaikinya kecuali dengan turutan yang syar’i dan rasional ini.”

“Maka tindakan pemberontakan dan rampasan kuasa yang dilakukan, hatta jihad di Afghanistan, kami tidak mendokong hal tersebut dan pesimis terhadap hasil akhirnya. Dalil-dalil Al-Quran menunjukkan perpecahan adalah kelemahan. Allah menyebut di antara sebab pembunuhan adalah perselisihan dan perpecahan. Apabila kaum Muslimin terpecah menjadi kelompok-kelompok, tidak mungkin mereka menang kerana perpecahan hanyalah tanda kelemahan bagi mereka.

Oleh itu wajib bagi orang yang ingin menegakkan negara Islam supaya mewujudkan kalimat yang saya anggap sebagai kata hikmah dari seorang da’i namun pengikutnya tidak mengikutinya, iaitu: “Tegakkanlah negara Islam pada dirimu nescaya akan tegaklah negara Islam di bumi kamu.” (Kaset bertajuk Min Manhaji Al-Khawarij, 29 Jumadil Akhir 1416H/ 23 Oktober 1995M)

KEWAJIPAN TAAT PEMERINTAH BUKAN UNTUK MENZALIMI MANUSIA

Tidak ada manusia yang apabila sampai ke satu jawatan merasa suka pihak lain menggugat kedudukannya. Contoh terdekat ialah Imam masjid. Adakah dia suka kalau ada orang mengambil tempatnya sebagai imam? Islam menitikberatkan ukhuwah dan keharmonian, kerana itu Islam menutup pintu yang boleh menggugatnya sehingga Nabi SAW bersabda, “Jangan ada seorang lelaki hendak menjadi imam bagi seorang lelaki di tempat kekuasaannya.” (Riwayat Muslim)

Sepanjang sejarah Islam, semua Khalifah memerintah hingga akhir hayat. Ada yang mendakwa ini kezaliman. Hati-hatilah, kerana ini adalah ijma’ bukan saja dari para Ulama bahkan umat Islam seluruhnya. Mereka bersetuju dengan penetapan ini tanpa ada yang mengatakan ini satu kezaliman.

Kita maklum bahawa sistem demokrasi tidak boleh diubah dalam sehari semalam. Namun umat Islam mesti cerdik dengan mengambil yang perlu dan meninggalkan yang tidak perlu. Bersatu di bawah pemerintah Muslim adalah tuntutan yang wajib didahulukan. Bagi yang berpedoman dengan hukum demokrasi, kita tanyakan, “Apakah hukum jahiliyah yang mereka kehendaki?” (Al-Maidah: 50)

Kita yakin bahawa Syarak lebih tahu kebaikan di sebalik perintah ini kerana ia adalah wahyu dari Allah. Hikmah yang jelas adalah apa jua usaha menukar pemerintah pasti mengakibatkan keburukan yang besar. Pertumpahan darah walaupun satu nyawa adalah seburuk-buruk akibat. Nyawa seorang Muslim sangat berharga di sisi Allah sebagaimana hadis Nabi, “Musnahnya seluruh dunia lebih ringan di sisi Allah dari terbunuhnya seorang Muslim.” (Bukhari)

Memandang remeh nyawa seorang manusia sama dengan memandang remeh darah semua manusia. “Barangsiapa membunuh seorang manusia bukan kerana dia membunuh orang lain dan bukan kerana membuat kerosakan di muka bumi, seolah-olah dia telah membunuh semua manusia.” (Al-Maidah: 32) Dalam menghadapi dua mudarat, kaedah Syarak menetapkan: “Memilih mudarat yang lebih ringan”. 

Rasulullah menjelaskan bahawa pemerintah akan bertanggungjawab di hadapan Allah atas apa yang mereka lakukan manakala rakyat bertanggungjawab menunaikan hak pemerintah (dengar dan patuh) walaupun dia zalim. Jika kamu sabar (bukan meredai), kamu mendapat pahala. Sebaliknya jika kamu tidak sabar, kamu berdosa dan menerima akibat buruk di Akhirat kelak. Ini semua bukan untuk menzalimi rakyat, sebaliknya untuk memelihara maslahat rakyat sendiri dan mencegah mudarat yang lebih besar.

Syaikh Ibn Utsaimin rh. berkata: “Tidak boleh memberontak dan melawan pemimpin kecuali, Pertama: mereka kafir dengan kafir yang nyata berdasarkan sabda Nabi: “kecuali bila kalian melihat kekufuran yang nyata.” (Muttafaq alaih) Kedua: memiliki ilmu tentang kekafiran mereka, ulama yang menilai hal ini. Ketiga: tercapai maslahat dan tertolak mafsadat, ulama juga yang menilainya. Keempat: Kaum muslimin memiliki kemampuan menyingkirkan pemimpin yang kafir itu.

Syaikh melanjutkan: “Umumnya kekuatan dan kemampuan berada di tangan pemerintah, maka aku nasihatkan kaum Muslimin untuk berpegang dengan ilmu dan berdakwah dengan hikmah serta tidak memasuki perkara yang berisiko akan berhadapan dengan (kezaliman) pemerintah.” (Fatawa Al-Ulama Al-Akabir Fima Uhdira Min Dima’ fi Al-Jazair)

*Penulis adalah Pegawai Penyelidik di Kedutaan Arab Saudi, Ahli Syura Ilmuwan Malaysia (iLMU)

Artikel pernah disiarkan di akhbar pada Sabtu, 24 Ogos 2013
Read more ...

Saturday, 26 April 2014

GARA-GARA @BarackObama TAK NAK JUMPA @anwaribrahim , MACAI PKR MENGAMUK MENGHARAPKAN LETUPAN PADA PESAWAT AIR FORCE ONE @PDRMsia @SKMM_MCMC

Oleh : AJ

Inilah sikap pengganas PKR. Hanya kerana Obama enggan berjumpa dengan orang yang tidak sejawatan dengannya, maka ancaman dikeluarkan. Diharapkan PDRM dapat mengambil tindakan tegas keatas pengeluar status berkenaan.

Kita tidak mahu disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga.
Read more ...

@BarackObama TELEFON @mbnizar SEJURUS MENDARAT DI MALAYSIA?

Oleh : RPM

Macam pelik bunyinya... Tapi itulah yang terjadi... Cuma tak pasti sama ada benar atau tidak Barack Obama telefon Nizar, soalan ini perlu dikemukakan kepada Barack Obama.

Apa yang pasti, pada tahun 2009, Nizar mendakwa dihadapan wartawan bahawa Barack Obama menelefon beliau dan mengucapkan tahniah kepadanya.

Jadi sekarang, Obama dah sampai KL. Harap-harap kalau ada sesiapa yang berkesempatan berbual dengan Obama, sila tanya soalan berkenaan.

Video membuktikan Obama 'pernah' menelefon Nizar pada 6 Febuari 2009.


(Mula pada minit 4:18)

“Celakalah orang yang memperkatakan sesuatu agar orang lain ketawa, lalu dia berdusta. Celakalah untuknya. Celakalah untuknya.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi.)
Read more ...

PKR AKAN LANCARKAN DEMO DAN BOIKOT PRODUK U.S GARA-GARA @BarackObama ENGGAN BERJUMPA @anwaribrahim ?

Oleh : RPM

Macai-macai PKR ni bukan boleh kira sangat. Hari tu tatkala Anwar dihalau dari Jepun, bukan main sakan macai-macai Anwar Al-Jubs ni berdemo. Kita harap momentum yang sama pula akan berlaku kepada Amerika Syarikat gara-gara pentadbiran Obama enggan berjumpa dengan 'Anugerah Tuhan' sepertimana yang didakwa oleh puak-puak PKR.... heheheheh

Baca laporan mengenai demonstrasi oleh ahli PKR mengenai kes Kerajaan Jepun menghalau Anwar Ibrahim disini :

http://www.penaminang.com/2014/01/kerajaan-jepun-halau-anwaribrahim.html#axzz2zwWI3qV0

http://www.penaminang.com/2014/01/benda-benda-yang-diharamkan-untuk.html#axzz2zwWI3qV0

http://www.penaminang.com/2014/02/jepun-benarkan-anwaribrahim-masuk-ke.html#axzz2zwWI3qV0
Read more ...

[VIDEO] AKSI PALING MEMALUKAN @rafiziramli DI PARLIMEN



Oleh : Jebat

"Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya." (Surah Al-Baqarah: 191)

Itulah kehebatan Rafizi Ramli, MP Pandan dari PKR. Kehebatannya dalam berpidato digunakan sebaik mungkin untuk memfitnah sesiapa sahaja demi kepentingan politik PKR.

Ini bukan kali pertama Rafizi kantoi... Dah banyak kali dah..... Antaranya :

http://www.penaminang.com/2013/08/takut-kantoi-di-mahkamah-razifi-ramli.html#axzz2qLz3fHds

http://www.penaminang.com/2013/11/rafizi-jambu-berpusing-pusing-nak-jawab.html#axzz2zwWI3qV0

http://www.penaminang.com/2013/01/whos-cheating-rafizi-or-deepak.html

http://www.penaminang.com/2013/03/kali-kedua-rafizi-jambu-kantoi-jambu.html#axzz2zwWI3qV0

http://www.penaminang.com/2013/12/rafiziramli-boleh-tolong-jawab-tak.html#axzz2zwWI3qV0

http://www.penaminang.com/2013/01/imbasan-2012-cerita-rafizi-wartawan-dan.html#axzz2zwWI3qV0
Read more ...

Thursday, 24 April 2014

@PMUM1314 @PROMahasiswaUM AKAN BERDEMO KETIKA LAWATAN @BarackObama KE UM?



Oleh : Jebat

Video diatas merupakan rakaman pada tahun 2011 ketika UM menerima lawatan Presiden China, Wen Jiabao. 

Insiden ini didalangi oleh beberapa kumpulan aktivis sambil dibantu oleh beberapa orang mahasiswa pro pembangkang yang menggunakan jenama Pro Mahasiswa.

Soalnya sekarang ini, adakah insiden yang sama akan berlaku ketika kedatangan Barack Obama ke kampus UM pada hujung minggu ini? Adakah MPMUM yang dikuasai oleh Pro Pembangkang akan turut sama berdemo membantah perbuatan Presiden Amerika Syarikat yang menjadi pembunuh umat Islam di seluruh dunia. Kita tunggu dan lihat sejauh mana momentum puak-puak Pro Pembangkang ini tatkala berada dalam kerusi kekuasaan Majlis Perwakilan Pelajar UM. 

Baca selanjutnya : 

http://www.malaysiakini.com/news/162618

P/S : Apa-apapun kami harap kita semua, sebagai seorang mahasiswa rasional dalam bertindak. Islam mengajar kita, apabila seorang kafir masuk ke dalam sebuah negara Islam secara aman, maka hormatilah hak mereka dan lindungi mereka.
Read more ...

PUNCA SEBENAR @anwaribrahim MENARIK DIRI DARI MEREBUT JAWATAN PRESIDEN PKR DARI @drwanazizah DIKENALPASTI!!!

Oleh : Jebat

Punca sebenar mengapa Anwar Ibrahim menarik diri dari bertanding merebut kerusi Presiden PKR akhirnya diketahui. Antara sebab mengapa Anwar menarik diri dari merebut jawatan no1 dari Parti Keluarga Rosak ini ialah :

1. PKR tak punya ahli yang ramai.
2. PKR hanya menumpang ahli dari PAS dan DAP
3. Anwar yakin PKR tidak mampu menumbangkan UMNO
4. Anwar mengetahui tujuan asalnya hanyalah mahu menjadi Perdana Menteri dan bukannya Presiden Parti.

Dan yang lebih penting dari semua ini ialah :




Perebutan ini dah settel dalam selimut.....
Read more ...

Wednesday, 23 April 2014

@DrZaharuddinAR MENJAWAB FITNAH 'ADMIN' @realDrMAZA @drmazacom TERHADAP ULAMA MUDA



Oleh : AJ

Dah baca kenyataan Dr Maza? Dah dengar penjelasan Dr. Zaharuddin berhubung isu ALLAH menentukan harga barang? So nak terima lagi perkataan 'orang yang bukan pakar'? Sendiri fikirlah.....

Sabda Nabi S.A.W

“Daripada Abdullah bin Amr bin ‘Ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW. bersabda: “Bahawasanya Allah SWT tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah SWT hilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain.” (HR Muslim)

“Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggu saat kehancurannya.” (Hadis riwayat Al-Bukhari) 

Maza bukan pakar dalam bidang ekonomi, malah taraf analisis PHDnya hanyalah bertaraf Jayyid Jiddan.
Read more ...

Tuesday, 22 April 2014

MAKKAH BUKAN MUZIUM

Makkah, 1951
Oleh : AJ

Penulis terbaca di beberapa ruangan media milik orientalis barat yang mempersoalkan tindakan kerajaan Arab Saudi yang membangunkan semula Makkah secara besar-besaran. Malah ada diantara para orientalis mengkritik kerajaan Saudi yang dikatakan cuba menjadikan Makkah sebagai Las Vegas ke-2.

Pada hakikatnya, penulis sendiri kurang bersetuju dengan pembinaan gedung-gedung pencakar langit di kota suci Makkah Al-Mukkaramah, namun bila difikirkan semula, adakah wujud larangan oleh Nabi S.A.W kepada umat Islam untuk membina banggunan-banggunan tinggi di Makkah? Benar, antara tanda-tanda hari kiamat adalah bilamana banyak banggunan tinggi dibina. Namun ianya hanya tanda-tanda hari kiamat yang kita sendiri tidak dapat elakkan, kerana itu adalah janji Allah dan RasulNya.

Nabi tidak meninggalkan banggunan untuk diwarisi, sebaliknya Nabi S.A.W telah meninggalkan sesuatu yang lebih berharga dari kesemuanya, iaitu Al-Quran dan Hadis. Ini dibuktikan dalam hadis Nabi S.A.W yang berbunyi ;


تَرَكْتُ فِيْكُمْ  اَمْرَيْنِ مَا لَنْ تَضِلُّ بَعْدَهُ اِنْ اعْتَصَمْتُمْ بِهِ كَتَابَ اللهِ وَسُنَّةَ رَسُوْلِهِ.

"Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang mana kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya selagi berpegang dengan keduanya, iaitu Kitab Allah (Al-Quran) dan sunnah RasulNya"
(H/R Muslim (2137) Al-Haj.  Abu Daud (1628).  Al-Mnasik, Ibn Mahaj  (3060) al-manasik.)

Jadi, jika merujuk kedalam Hadis ini, secara jelas Nabi hanya mewasiatkan Al-Quran dan Hadis kepada umatnya, dan bukannya banggunan, pakaian atau janggutnya.

Penulis melihat, tindakan kerajaan Arab Saudi membangunkan semula kota Suci Makkah ini adalah sebagai satu usaha menyediakan kemudahan yang lebih berkualiti kepada semua para jemaah haji dan umrah pada masa akan datang. Sekaligus ianya dapat membantu para jemaah haji dan umrah untuk lebih tenang dan selesa ketika menunaikan ibadah sepanjang mereka berada di Makkah.

Sesungguhnya kota Makkah bukan diwarisi untuk dijadikan muzium. Makkah adalah kota orang ibadah bagi Islam. Tempat seluruh umat menghambakan diri kepada pencipta seluruh alam.
Read more ...

PERBEZAAN LOT BUMIPUTRA DENGAN TANAH RIZAB MELAYU

Oleh : Anonymous

Saya rasa ramai orang Melayu tidak berapa minat dalam bidang hartanah walaupun kita semua akan memiliki atau menyewa sebuah rumah. Jadi post ini akan menerangkan perbezaan antara Lot Bumi dan Tanah Rizab Melayu (TRM).

Lot Bumi
Disebabkan zaman dahulu, ramai bumiputera tidak memiliki rumah di bandar. Apabila sebuah kawasan sedang membangun, seorang bumiputera akan menjual tanahnya dan terus berhijrah ke kampung. Untuk mengekalkan bumiputera di kawasan bandar, kerajaan telah melaksanakan polisi ini agar sebahagian atau biasanya 30% unit rumah yang dibina oleh pemaju perlu menjadi lot bumiputera dan perlu mempunyai diskaun biasanya 7% bagi pembeli.

Jika seorang individu memiliki sebuah lot bumi, maka dia cuma boleh jual kepada bumiputera lain sahaja, jikalau tiada pembeli bumi maka boleh dijual kepada bukan bumi tetapi ia perlu mendapat persetujuan oleh kerajaan negeri (polisi berbeza mengikut kerajaan negeri).

Tanah Rizab Melayu (TRM)
Semasa zaman British dahulu,banyak syarikat perlombongan dan pertanian British dan Cina membeli tanah di Tanah Melayu sehingga orang Melayu semakin terpinggir. Sehubung dengan itu,kerajaan British memperkenalkan Enakmen Rizab Melayu pada tahun 1913 bertujuan untuk menjamin tanah milik Melayu tidak jatuh ke tangan bukan Melayu. Dalam kata lain, TRM merupakan satu kawasan dimana cuma orang Melayu sahaja boleh menjual beli hartanah di sana, pemilik Melayu tidak boleh menjual beli dengan bukan Melayu.Disebabkan cuma Melayu sahaja boleh memiliki hartanah, maka infrastruktur di kawasan TRM kurang maju kerana nilainya kurang tinggi berbanding kawasan ‘freehold’.
Read more ...

Thursday, 17 April 2014

[إنّا لله وإنّا إليه راجعون] KARPAL SINGH MATI TERBUNUH DALAM NAHAS JALANRAYA DI PERAK #KARPALMOVE #LANGKAHKARPAL #OVERMYDEADBODY


Oleh : AJ


إنّا لله وإنّا إليه راجعون
"Sesungguhnya kami adalah milik ALLAH dan kepada-Nyalah kami kembali".

Dimaklumkan bahawasanya Ahli Parlimen Gelugor, Karpal Singh telah maut dalam satu kemalangan yang berlaku di kilometer 301.6, Lebuhraya Utara - Selatan menghala Utara berhampiran Gua Tempurung pada kira-kira jam 1.30 pagi, 17 April 2014.

Karpal yang dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang kerana perlu menghadiri satu kes mahkamah mati di tempat kejadian akibat cedera parah.

Kemalangan berlaku apabila kenderaan jenis Toyota Alphard yang dinaiki Karpal melanggar sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat.

Kami di pengurusan Pena Minang ingin merakamkan takziah kepada keluarga mendiang. Ternyata perjalanan Karpal ke Pulau Pinang berakhir di Perak.

Semoga kematian Karpal ini akan memudahkan lagi umat ISLAM untuk kembali berusaha melaksanakan misi yang tertangguh.

P/S : Dengar khabar beberapa pemimpin PAS akan bersedia untuk mengadakan upacara melangkah mayat Karpal.... Kita tunggu dan lihat
---------------------------------------------

Hukum memberikan ucapan kepada orang kafir yang mati

Soalan :
ِBila seorang lelaki atau wanita kafir yang mati, apakah dibolehkan kita mengucapkan ‘Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un’ (Sesungguhnya kita adalah milik Allah Subhanahu wa Ta’ala dan sesungguhnya hanya kepada-Nya kita dikembalikan )?

Jawapan :
Fadhilatus Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz rahimahullah menjawab :

“Bila seorang kafir meninggal dunia tidak mengapa kita mengucapkan kalimat istirja’ tersebut, walaupun dia bukan dari kalangan karib kerabat anda. Kerana memang semua manusia hanya kembali kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dan semua manusia adalah milik Allah Subhanahu wa Ta’ala. Akan tetapi kita tidak boleh mendoakan kebaikan untuknya bila dia mati dalam keadaan kafir.

Bila orang kafir yang meninggal itu dari kalangan kerabat anda, tidaklah menjadi masalah orang mendoakan anda dengan mengatakan: “Semoga Allah memberikan pahala yang besar untukmu dengan kematiannya dan memberikan hiburan/penglipur lara untukmu sebagai pengganti kematiannya.”

Memang hidupnya si kafir kadang-kala tidak memberi maslahat bagi anda. Namun adakalanya pula bermaslahat bagi anda di mana dia berbuat baik dan memberi manfaat kepada anda. Dengan demikian, tidak menjadi masalah anda mendoakannya seperti itu. Akan tetapi terhadap si kafir sendiri tidak boleh didoakan kebaikan, tidak boleh dimintakan ampun, dan tidak boleh bersedekah atas namanya, bila dia mati dalam keadaan kafir.” (Fatawa Nurun ‘ala Darb, hal. 374-375)

Rujuk : 
http://www.darussalaf.or.id/fatwa-ulama-tanya-jawab/ucapan-bila-mendengar-kematian-seorang-kafir/
http://www.abuaqifstudio.com/2014/04/karpal-singh-maut-dalam-kemalangan.html
Read more ...

Wednesday, 16 April 2014

PANAS!!! HASIL 'TARBIAH' PRO MAHASISWA UM!!! @MuqitMuhammad @PMUM1314 @fahmizainol_ @umprom

Oleh : RPM

Malas nak cakap banyak. Korang boleh check story ni kat sini : http://www.sebastianphiu.com/2014/04/pro-mahasiswa-um-meraba-dalam-karaoke.html
Read more ...

SELALU SANGAT MEMFITNAH... ALLAH AIBKAN @rafiziramli DIHADAPAN WARTAWAN



Oleh : AJ

Sapa tak kenal dengan Rafizi. Dah banyak kali budak kelahiran Terengganu ini membuat fitnah kepada kerajaan. Dan memang itulah kehebatannya. Memfitnah....

Dan hari ini, Allah bagi balasan 'on the spot'. Dibawah ini antara beberapa sidang media yang beliau kantoi depan wartawan





Kepada Rafizi.... Insaflah.
Read more ...

Tuesday, 15 April 2014

[VIDEO] PEKERJAAN PALING SUSAH DI DUNIA

Transliterasi oleh : AJ

Sebuah agensi pekerjaan di Boston telah mengiklankan jawatan 'Pengurus Operasi' disebuah syarikat yang bernama Rehtom Inc. Namun ternyata, keperluan untuk seseorang calon mengisi posisi jawatan tersebut agak kejam :

• Sekurang-kurangnya perlu berdiri sepanjang masa 
• Perlu mengabaikan keperluan diri sendiri 
• Bekerja selama 135 hari tanpa had waktu
• Memiliki Ijazah dalam bidang perubatan, kewangan dan kulinari
• Tiada hari bercuti / Hari pelepasan am 
• Bekerja setiap hari termasuk hari-hari perayaan.
• Tiada masa untuk tidur 
• Gaji = $0

Iklan jawatan ini telah mendapat 2.7 juta respon. Namun begitu hanya 24 orang sahaja yang bertanya. Mereka telah ditemuramah melalui kamera web (web cam), dan segala reaksi dan tidak balas mereka direkodkan. Lihat video dibawah ini. Tontonlah sehingga akhir. Ianya pasti membawa sejuta makna kepada kita.



CREDITS

Project: World's Toughest Job
Agency: Mullen, Boston
Chief Creative Officer: Mark Wenneker
Executive Creative Directors: Tim Vaccarino, Dave Weist
Creative Director: Jon Ruby
Associate Creative Director, Copy: Andrea Mileskiewicz
Associate Creative Director, Art: Blake Winfree
Executive Director of Integrated Production: Liza Near
Head of Broadcast: Zeke Bowman
Producer: Vera Everson
Account Director: Jessica Zdenek
Account Supervisor: Laila Lynch
Director of Digital Strategy: Eric Williamson
Senior Brand Strategist: Ryan Houts
Production Company: Caviar
Director: Amir Farhang
Executive Producer: Valeria Maldini
Producer: Jason Manz
Director of Photography: Brian Rigney Hubbard
Editing, Visual Effects: PS260
Editor: J.J. Lask
Assistant Editor: Colin Edelman
Senior Producer: Laura Lamb Patterson
Lead Visual Effects Artist: Patrick Lavin
Assistant Artist: Matt Posey
Audio Post: Soundtrack
Sound Design, Mixer: Mike Secher
Music: Human
Casting: House Casting
Casting Agent: Shawn Alston
Client: American Greetings
Executive Director, Marketing: Alex Ho

Bila kami melihat video diatas itu, kami teringat sebuah iklan yang diarahkan oleh Yasmin Ahmad

Versi Bahasa Melayu


Versi Bahasa Inggeris


Sayangi ibu bapa kita :)
Read more ...
© 2008-2016 Pena Minang Institute