ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Sunday, 30 November 2014

10 MUHARRAM ADALAH HARI KEBINASAAN FIRAUN

Oleh : Nurfitri Hadi 
Terjemahan oleh : Jebat

Diriwayatkan dari Imam Bukhari dari Abdullah bin Abbas radiallahu ‘anhu, dia berkata, “Saat Nabi datang ke Madinah, baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa Asyura (10 Muharam). Lalu baginda bertanya, ‘Apa yang kalian lakukan?’ Mereka menjawab, ‘Ini adalah hari baik. Hari dimana Allah selamatkan Bani Israel dari musuhnya, maka Musa ‘alaihissalam berpuasa pada hari ini’.” (HR. Bukhari). Dalam riwayat Imam Muslim pula, ditambai “Sebagai ungkapan syukur kepada Allah Ta’ala, maka kami pun berpuasa”.

Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Aku lebih berhak keatas Musa dari kalian (kaum Yahudi). Maka baginda berpuasa pada hari itu dan memerintahkan umatnya untuk melakukannya”. (HR. Bukhari).

Dalam riwayat Muslim “Ini adalah hari yang agung. Allah menyelamatkan Musa dan kaumnya. Sedangkan Firaun dan kaumnya ditenggelamkan”.

Kisah binasanya orang-orang zalim yang terdapat di dalam Al-quran, seperti Firaun, kaum Nabi Nuh, kaum ‘Aad, kaum Tsamud, kaum Nabi Luth, dan lain-lain lagi. Kisah-kisah ini telah banyak memberikan pengajaran yang mendalam kepada kita. Mereka (yang zalim) tidak dibinasakan begitu sahaja sehingga kisah mereka mudah dilupakan, sehingga tidak meninggalkan pelajaran untuk dipetik. Allah membinasakan mereka dengan cara tertentu dengan kebijaksanaan-Nya sehingga mereka kekal dalam ingatan dan tidak dilupakan. Allah Ta’ala berfirman,

إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآَيَةً وَمَا كَانَ أَكْثَرُهُمْ مُؤْمِنِينَ

“Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat suatu tanda kekuasaan Allah. Dan kebanyakan mereka tidak beriman.” (Asy-Syuara: 8).

Mengenai kaum Nabi Hudan dan Nabi Hud, Allah Ta’ala berfirman,


إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآَيَاتٍ لِلْمُتَوَسِّمِينَ * وَإِنَّهَا لَبِسَبِيلٍ مُقِيمٍ * إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآَيَةً لِلْمُؤْمِنِين

“Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang memerhatikan tanda-tanda. Dan sesungguhnya kota itu benar-benar terletak di jalan yang masih tetap (dilalui manusia). Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman. (Al-Hijir : 75-77) 

Tewasnya Firaun

Ketika Nabi Musa dikejar, Firaun memimpin pasukannya dengan penuh kesombongan. Dia begitu tertipu dengan kekuasaan yang dia miliki. Ketika melihat laut terbelah, bukannya dia teringat akan kekuasaan Allah yang jelas-jelas terpampang di hadapannya, Firaun malah bertambah sombong dan berusaha sekuat tenaga mengejar Nabi Musa. Setelah berada di tengah laut, Allah binasakan dia dan pasukannya dalam sekelip mata sahaja.

Kemudian Allah tidak menghancurkan jasad Firaun agar dijadikan sebagai pelajaran.


آلْآنَ وَقَدْ عَصَيْتَ قَبْلُ وَكُنْتَ مِنَ الْمُفْسِدِينَ. فَالْيَوْمَ نُنَجِّيكَ بِبَدَنِكَ لِتَكُونَ لِمَنْ خَلْفَكَ آيَةً ۚ وَإِنَّ كَثِيرًا مِنَ النَّاسِ عَنْ آيَاتِنَا لَغَافِلُونَ

(Allah berfirman): "Adakah sekarang (baharu engkau beriman), padahal sesungguhnya engkau dari dahulu telah kufur derhaka, dan engkau telahpun menjadi dari orang-orang yang melakukan kerosakan?. "Maka pada hari ini, Kami biarkan engkau (hai Firaun) terlepas dengan badanmu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut), untuk menjadi tanda bagi orang-orang yang di belakangmu (supaya mereka mengambil itibar). Dan (ingatlah) sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan) tanda-tanda kekuasaan Kami!". (Yunus: 91-92)

Orang-orang yang beriman memandang hal ini sebagai kekuasaan Allah yang luar biasa. Keimanan mereka semakin bertambah dan semakin yakin bahwa Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Peristiwa ini juga memberikan pengajaran kepada kita bahawa orang zalim itu akan binasa dengan kezaliman mereka walaupun sudah lama berkuasa. Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,


إِنَّ اللَّهَ لَيُمْلِي لِلظَّالِمِ حَتَّى إِذَا أَخَذَهُ لَمْ يُفْلِتْهُ قَالَ ثُمَّ قَرَأَ: وَكَذَلِكَ أَخْذُ رَبِّكَ إِذَا أَخَذَ الْقُرَى وَهِيَ ظَالِمَةٌ إِنَّ أَخْذَهُ أَلِيمٌ شَدِيدٌ

“Sesungguhnya Allah Ta‘ala betul-betul menangguhkan seksaan bagi orang yang berbuat zalim. Sampai tatkala Allah telah menghukumnya, maka Dia tidak akan melepaskannya.” Kemudian Rasulullah membaca ayat, “Begitulah seksaan Rabbmu apabila Dia menyeksa (penduduk) negeri-negeri yang berbuat zalim. Sesungguhnya seksaan-Nya itu sangat pedih lagi keras.” (Hud: 102).” (HR. Al-Bukhari no. 4318 dan Muslim no. 2583).

Sunnatullah terhadap orang-orang yang zalim ini terus berlangsung, tidak hanya terbatas pada umat-umat terdahulu saja. Allah Ta’ala berfirman,


وَكَمْ قَصَمْنَا مِنْ قَرْيَةٍ كَانَتْ ظَالِمَةً وَأَنْشَأْنَا بَعْدَهَا قَوْمًا آَخَرِينَ

“Dan berapa banyaknya (penduduk) negeri yang zalim yang teIah Kami binasakan, dan Kami adakan sesudah mereka itu kaum yang lain (sebagai penggantinya).” (Al-Anbiya: 11).

Sebagaimana sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam kepada Abu Jahal di hari kematiannya “Ini adalah Firaunnya umat ini”.

Pada hari, karakter Firaun yang sama dapat kita perhatikan pada orang-orang semisalnya seperti Basyar al-Asad (Presiden Syria), dan pembunuh umat Islam di Bosnia, Presiden Serbia, Slobodan Milosevic, dan lain-lain lagi.

Penutup

Pada hari 10 Muharram, hari Asyura, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam menganjurkan umatnya untuk berpuasa. Dengan demikian hari ini selalu diingati oleh umat Islam dan dijadikan pelajaran bahawa pertolongan Allah itu akan datang kepada orang-orang yang beriman dan bertakwa. Sedangkan kezaliman itu akan pasti binasa.
Read more ...

Saturday, 29 November 2014

JANGAN CEPAT MELATAH DENGAN 'TEGURAN' @nfarhananuar


Oleh : AJ

Nampaknya semua bloggers-bloggers pro UMNO bukan main meradang bilamana seorang siswi dari Kelab UMNO Luar Negara (KULN) Moscow menyindir bloggers pro UMNO yang dilihat lambat bertindak dalam isu menjawab fitnah-fitnah yang dibangkitkan oleh pembangkang.

Isu Rosmah Mansor, hanyalah salah satu contoh yang diberikan oleh pelajar tahun kelima jurusan perubatan dari First Moscow State Medical University betapa lambatnya bloggers pro UMNO bertindak balas dalam menjawab putar belit bloggers pembangkang.

Penulis secara prinsipnya menghormati pandangan yang dikemukakan oleh mahasiswi berkenaan, kerana pada pendapat penulis kita harus meraikan kepelbagaian kritikan dan cadangan. Kerana itulah sikap yang menjadikan sesebuah organisasi itu terus kekal releven dan berinovasi.

Menjawab 'teguran' Nur Farhana mengenai kelambatan bloggers UMNO mempertahankan Rosmah Mansor, sepertimana yang diucapkan oleh Nur Farhana, Rosmah Mansor bukanlah personaliti politik, maka disitu sahaja sudah cukup untuk menjelaskan segalanya.

Diatas kertas, beliau hanyalah seorang isteri kepada Presiden UMNO dan juga isteri kepada Perdana Menteri Malaysia. Namun semacam tradisi dalam dunia politik dunia hari ini. setiap isteri pemimpin juga adalah ahli politik, sekaligus memaksa para isteri ahli politik turut serta dalam setiap program politik suaminya.

Mengakui bahawa serangan keatas Rosmah Mansor sedikit sebanyak memberikan kesan kepada UMNO, maka dalam hal berkenaan seharusnya isteri presiden UMNO itu turut sama berusaha mengurangkan dari memberikan 'modal-modal' untuk diserang bloggers pembangkang.

Penulis faham dengan keaktifan Datin Seri Rosmah Mansor dalam melaksanakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan (sesuatu yang beliau gemar lakukan sejak di Universiti Malaya lagi), namun dalam masa yang sama, penulis mengharapkan Nur Farhana dapat membantu menasihati 'ibunda'nya itu untuk 'mengurangkan' penampilannya di khalayak media-media massa atau orang ramai. Ini kerana, terlalu banyak 'coverage' kadangkala memualkan banyak pihak baik yang pro kerajaan mahupun tidak.

Budaya politik Malaysia sebenarnya masih meletakkan wanita itu dibelakang suaminya. Walaupun wujud sorakan dan jeritan yang menyatakan wanita setanding dengan lelaki, namun ianya sekadar sorakkan. Kerana pada hakikatnya, taraf kesaksamaan dan keadilan untuk wanita itu masih lagi ditentukan oleh prinsip-prinsip Islam.

Lihat sahaja isteri-isteri Perdana Menteri Malaysia terdahulu, mereka tidak pernah terlalu kehadapan berbanding suami-suami mereka. Dan itulah tradisi yang harus dipertahankan dan bukannya terikut-ikut dengan gaya dan penampilan Michelle Obama.

Dalam masa yang penulis juga memohon agar kumpulan bloggers pro UMNO jangan cepat melatah dengan 'teguran' anak muda ini. Berikanlah ruang dan peluang kepadanya untuk memperbaiki kesilapan. Anda boleh mengkritik pandangan dan pendapat beliau, namun biarlah secara berhemah. Jangan terlalu emosi dalam mengkritik sehingga kita kelihatan terlalu 'mulia' untuk menerima teguran. Ingatlah, bakat yang ada padanya perlu digarab, dan jangan pula kita menjadikan 'kesilapan kecil'nya ini sebagai 'batu nisan' perjalanan politiknya.

Tambahan : Dengar khabarnya mahasiswa buatan Malaysia terasa dianak tirikan oleh pengurusan Persidangan Agong UMNO bilamana Mahasiswa Kelab UMNO Luar Negara lebih diberikan perhatian oleh pihak penganjur. Kepada kawan-kawan di IPT buatan Malaysia, anggaplah itu satu kekurangan dari pihak panitia. Jangan mudah terasa hati. Bersabar dan berlapang dadalah kalian. Suatu hari nanti, jika anda ada rezeki, Insyallah anda juga akan diberi peluang. Hari ini adalah hari mereka, maka berikanlah mereka ruang menikmati hari mereka.
Read more ...

Friday, 28 November 2014

[VIDEO] PROVOKASI NEO-KHAWARIJ MUDA DI PWTC PETANG TADI



سَيَخْرُجُ قَوْمٌ فِي آخِرِ الزَّمَانِ أَحْدَاثُ اْلأَسْنَانِ سُفَهَاءُ اْلأَحْلاَمِ يَقُولُونَ مِنْ خَيْرِ قَوْلِ الْبَرِيَّةِ لاَ يُجَاوِزُ إِيمَانُهُمْ حَنَاجِرَهُمْ يَمْرُقُونَ مِنْ الدِّينِ كَمَا يَمْرُقُ السَّهْمُ مِنْ الرَّمِيَّةِ فَأَيْنَمَا لَقِيتُمُوهُمْ فَاقْتُلُوهُمْ فَإِنَّ فِي قَتْلِهِمْ أَجْرًا لِمَنْ قَتَلَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ (رواه البخاري)

"Akan keluar suatu kaum diakhir zaman, ORANG-ORANG MUDA USIANYA, PENDEK AKALNYA, MEREKA BERKATA-KATA DENGAN SEBAIK-BAIK PERKATAAN MANUSIA (al-Qur'an. atau hadis, atau perkataan baik yang bertolak belakang pengertiannya) yang tidak melampaui kerongkongan mereka (tidak masuk ke dalam hati mereka). Mereka keluar dari agama seperti keluarnya anak panah dari busurnya. Maka, di mana saja kamu menjumpai mereka, perangilah, karena di dalam memerangi mereka terdapat pahala di hari Kiamat bagi yang melakukannya." (HR. Bukhari)

Oleh : AJ 

Petang tadi, lepas solat Jumaat aku dengar khabar bahawa ada kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai 'GAMIS' telah berarak dari Masjid Pekeliling untuk merempuh PWTC bagi 'menyerahkan' sendiri suatu memorandum. Namun sayangnya, seperti juga Anwar Ibrahim yang rajin main belakang, pepuak mereka ini juga pun sama main ikut belakang bilamana memorandum diserahkan dibelakang PWTC.

Dalam masa yang sama, aku bila melihat gelagat puak-puak, aku mula terfikir... Dimanakah pemimpin mereka? Apakah tidak ada pemimpin-pemimpin mereka baik dari Wakil Rakyat DUN atau Parlimen yang boleh melaksanakan 'tanggungjawab' tersebut?

Bukankah ADUN dan Ahli Parlimen tugasnya membawa dan membantu menyelesaikan masalah rakyat? Tetapi apa sudah jadi kepada pakatan pembangkang pelik pulak. Penganut-penganut mereka dipaksa menyelesaikan sendiri masalah yang mereka hadapi. Sedangkan adun-adun dan MP-MPnya pula berseronok dan bersejuk-sejuk di banggunan Parlimen.

Lebih menarik, mereka terpaksa gunakan kaum wanita sebagai 'perisai' mereka. Cmonlah... Takkan nak hantar memorandum pun nak kena suruh perempuan jadi perisai? Nampak sangat bacul kat situ.

Dan mengenai GAMIS, mereka ni merupakan kader PAS dalam kampus yang menggunakan nama Mahasiswa dan Islam. Macam mana aku tau? Sebab aku dulu pun bersama mereka.

Apa-apa pun, aku nak ucap syabas dan tahniah kepada pemuda UMNO kerana melayan para pelajar pointer paras hidung ini dengan jayanya. Sayangnya...Hanya pelajar Melayu sahaja yang kelihatan....Yang INDIA dan CINA sibuk memenuhkan perpustakaan.

Baca artikel berkaitan

KHAWARIJ SI ANJING NERAKA

KHAWARIJ ITU PEMIKIRAN BUKAN TUBUH BADAN ATAU PENAMPILAN. 

SIAPAKAH YANG LAYAK MEMBUNUH KHAWARIJ? 

KHAWARIJ DAN KAEDAH MENGATASINYA 
Read more ...

[SAJAK] KELUHAN DAN RATAPAN (PERISTIWA PESAWAT MAS MH370)


Sungguh amat menakjubkan
ghaibnya sebuah penerbangan
yang lenyap hilang di mana gerangan
pesawat MAS MH370 ke mana haluan
yang mengimbau keluhan dan ratapan
begitu sedih sekalian insan
terpaut pilu turut merasakan
kaum keluarga yang lebih terkilan
pahit dan getir terlalu menekan.

Semua keluarga yang menanti
kini hanya tangis tang diuliti
yang ditunggu ke mana lagi
hilangnya terlalu ajaib sekali
berapa banyak negara ikut mencari
hingga kini tiada apa yang diketemui
keluarga juga yang meratap hati.

Sedangkan hala sudah ditentukan
tapi ke mana pula arah tujuan
hala yang sudah menjadi kelaziman
apakah yang menyebabkan demikian
di mana pangkal ke mana haluan?

Yang menunggu harap-harapan
begitu terasa bagai kehampaan
yang ditunggu tidak kelihatan
teramat sedih dan putus harapan
terasa kasih putus di tengah jalan
apakan daya sudah suratan.

Di mana pun sekalian hamba berada
kalau sudah saat dan ketika
hadirnya suatu insiden menerpa
tiada siapa yang tahu akan hadirnya
apa tah lagi untuk menghindarinya
di sanalah terukir wajah peristiwa.

Tetapi tragedi MH370 di mana?...
dan suara sudah menjelaskannya
(di Lautan Hindi), tetapi tiada pastinya
entah bilakah akan sudahnya
dunia juga mengikut setiap masa.

Bahawa situasi yang kini memulas
sudah mengukir sejak 8 Mac 2014
mereka yang mencari belum terasa puas
kerana mereka mahu melihat lebih jelas
untuk didetil, dibahas dan diulas
dan dibahas dengan begitu kemas.

Kotak Hitam amat diperlukan
hingga kini belum kelihatan
di sanalah akan menentukan
punca insiden atau kejadian
untuk dipersoalkan dan diperbahasan.

Kita juga harus menyedarinya
yang menganut kesucian ugama
yang mewarnai jiwa dan raga
selalu berdoa walaupun di mana
moga sentiasa terlindung dari petaka
apa juga yang membawa bencana.

Peristiwa yang kini bergema
bukannya suatu lakonan dan sandiwara
ia adalah suatu bencana dan petaka
memaparkan wajah-wajah duka
terlalu sedih beraneka duka dan lara
sanak saudara mereka begitu kecewa
sudah nasib apakah daya
atau bagai sudah jatuh ditimpa tangga.

Tetapi kita juga turut berdukacita
pilunya terlalu menyayat di dada
adalah demi perikemanusiaan juga
yang sudah beristana di hati kita
hanya itu yang dapat kita kata
sumbangan simpati sebagai hamba.

Ini bukannya sebuah cerita jenaka
ianya sudah jelas dan nyata
terpapar di muka-muka akhbar dan media
radio dan kaca-kaca tv di depan mata
betapa sudah suratan apakan daya
yakinlah, bahawa semuanya
takdir Allah sudah menentukannya.

M.S Sofian
Brunei Darussalam
Read more ...

HUKUM MENGGUNAKAN UBAT UNTUK MELEBATKAN JANGGUT

Gambar Hiasan
Oleh : Ustaz Ammi Nur Baits

Bismillah was salatu was salamu ‘ala Rasulillah, amma ba’du,

Terdapat banyak hadis yang memerintahkan kita untuk memelihara janggut. Diantaranya, hadis dari Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,


أَحْفُوا الشَّوَارِبَ وَأَعْفُوا اللِّحَى

“Potong dan pendeklah kumis dan biarkanlah (peliharalah) janggut.” (HR. Muslim no. 623)

Dalam hadis lain, juga dari Ibnu Umar radhiallahu' , Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,


خَالِفُوا الْمُشْرِكِينَ أَحْفُوا الشَّوَارِبَ وَأَوْفُوا اللِّحَى

“Berbezalah dengan orang-orang musyrik. Potong dan pendekanlah kumis (misai) dan biarkanlah janggut. (tidak dicukur) ” (HR. Muslim no. 625)

Kemudian dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,


جُزُّوا الشَّوَارِبَ وَأَرْخُوا اللِّحَى خَالِفُوا الْمَجُوسَ

“Pendekkanlah kumis (misai) dan biarkanlah (peliharalah) janggut dan selisihilah Majusi.” (HR. Muslim no. 626)

Bahkan dalam Islam, memelihara janggut termasuk bahagian dari fitrah manusia.

Dari Ummul Mukminin, Aisyah radhiyallahu ‘anha, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,


عَشْرٌ مِنَ الْفِطْرَةِ قَصُّ الشَّارِبِ وَإِعْفَاءُ اللِّحْيَةِ وَالسِّوَاكُ وَاسْتِنْشَاقُ الْمَاءِ وَقَصُّ الأَظْفَارِ وَغَسْلُ الْبَرَاجِمِ وَنَتْفُ الإِبْطِ وَحَلْقُ الْعَانَةِ وَانْتِقَاصُ الْمَاءِ

“Ada sepuluh perkara fitrah, iaitu memendekkan kumis (misai), memelihara janggut, bersiwak, istinsyaq (menghirup air ke dalam hidung), memotong kuku, membasuh (kekotoran) di sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu kemaluan, istinjak (cebok) dengan air.” (HR. Muslim no. 627)

Bolehkah Menggunakan Ubat Peransang Penumbuh Janggut?

Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan agar kita memelihara janggut, dalam erti membiarkan janggut itu tumbuh, dan tidak mencukurnya. Dan Baginda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam tidak memerintahkan kita untuk menumbuhkan janggut, kerana perkara semacam ini di luar tugas manusia. Kerana itu, sebahagian dari ulama memakruhkan menggunakan ubat untuk menumbuhkan jenggot. Ini kerana perbuatan semacam ini termasuk bentuk takalluf (membebani diri dengan sesuatu di luar kemampuannya).

Ibnu Nujaim – ulama mazhab hanafiyah – mengatakan,


ولا يُفعل لتطويل اللحية إذا كانت بقدر المسنون وهو القبضة

Tidak boleh menggunakan minyak untuk memanjangkan janggut, apabila sudah seukuran yang dianjurkan, iaitu segenggam. (al-Bahr ar-Raiq, 2/302).

Kata an-Nasafi, maksud beliau adalah makruh.

Kemudian, ada sebahagian ulama yang memberikan perincian,

Jika bentuk janggutnya itu tumbuh dengan tidak rapi, sehingga kelihatan tidak bagus dan memalukan, maka dia boleh menggunakan ubat, kerana ianya semacam sebahagian dari menjaga aib.

Namun jika janggutnya masih belum tumbuh kerana masalah usia atau bawaan genetik, tidak dianjurkan untuk menggunakan ubat, dan sebaiknya dibiarkan janggut itu tumbuh secara semulajadi.

Keterangan berikut disampaikan Syeikh Ibn Utsaimin, ketika menjawab pertanyaan tentang hukum menggunakan ubat penumbuh janggut kerana tidak rapi,


إذا كان يرجو نباته بنفسه فلا يحاول لأن هذا ليس بعيب إذ أن كثيرا من الشباب الذين هم في ابتداء نبات لحاهم لا تنبت اللحية مستوية جميعا فهذا ينتظر , أما إذا كان عيبا بحيث نعلم ونيأس أنه لن ينبت بنفسه. فلا حرج أن يعالج ذالك حتى يخرج الباقي. لاسيما إن كانت مشوهه…أما إذا كانت غير مشوه فالأفضل أن لا يعالجها بشي لتنبت نباتا طبيعيا

Jika dia menginginkan janggut itu tumbuh secara semulajadi, maka jangan menggunakan ubat. Kerana perkara ini bukan aib. Banyak pemuda, di fasa awal tumbuhnya janggut mereka, biasanya janggut mereka tidak tumbuh secara merata. Sebaiknya dia menunggu.

Namun jika itu aib, dimana dia sudah putus asa janggutnya tidak tumbuh sendiri, maka tidak ada masalah dia menggunakan ubat, sehingga bahagian yang kosong tanpa janggut itu, boleh tumbuh janggutnya. Jika dia kelihatan buruk. Akan tetapi jika tidak buruk, yang lebih afdhal, tidak diberi ubat apapun, agar tumbuhnya (janggut) itu secara semulajadi. (Liqa’at al-Bab al-Maftuh, 1080)

InsyaaAllah, perincian inilah yang lebih tepat,

Allahu a’lam
Read more ...

'YOU'VE GOT TO FIND WHAT YOU LOVE' - STEVE JOBS



This is a prepared text of the Commencement address delivered by Steve Jobs, CEO of Apple Computer and of Pixar Animation Studios, on June 12, 2005.

I am honored to be with you today at your commencement from one of the finest universities in the world. I never graduated from college. Truth be told, this is the closest I've ever gotten to a college graduation. Today I want to tell you three stories from my life. That's it. No big deal. Just three stories.

The first story is about connecting the dots.

I dropped out of Reed College after the first 6 months, but then stayed around as a drop-in for another 18 months or so before I really quit. So why did I drop out?

It started before I was born. My biological mother was a young, unwed college graduate student, and she decided to put me up for adoption. She felt very strongly that I should be adopted by college graduates, so everything was all set for me to be adopted at birth by a lawyer and his wife. Except that when I popped out they decided at the last minute that they really wanted a girl. So my parents, who were on a waiting list, got a call in the middle of the night asking: "We have an unexpected baby boy; do you want him?" They said: "Of course." My biological mother later found out that my mother had never graduated from college and that my father had never graduated from high school. She refused to sign the final adoption papers. She only relented a few months later when my parents promised that I would someday go to college.

And 17 years later I did go to college. But I naively chose a college that was almost as expensive as Stanford, and all of my working-class parents' savings were being spent on my college tuition. After six months, I couldn't see the value in it. I had no idea what I wanted to do with my life and no idea how college was going to help me figure it out. And here I was spending all of the money my parents had saved their entire life. So I decided to drop out and trust that it would all work out OK. It was pretty scary at the time, but looking back it was one of the best decisions I ever made. The minute I dropped out I could stop taking the required classes that didn't interest me, and begin dropping in on the ones that looked interesting.

It wasn't all romantic. I didn't have a dorm room, so I slept on the floor in friends' rooms, I returned coke bottles for the 5¢ deposits to buy food with, and I would walk the 7 miles across town every Sunday night to get one good meal a week at the Hare Krishna temple. I loved it. And much of what I stumbled into by following my curiosity and intuition turned out to be priceless later on. Let me give you one example:

Reed College at that time offered perhaps the best calligraphy instruction in the country. Throughout the campus every poster, every label on every drawer, was beautifully hand calligraphed. Because I had dropped out and didn't have to take the normal classes, I decided to take a calligraphy class to learn how to do this. I learned about serif and san serif typefaces, about varying the amount of space between different letter combinations, about what makes great typography great. It was beautiful, historical, artistically subtle in a way that science can't capture, and I found it fascinating.

None of this had even a hope of any practical application in my life. But ten years later, when we were designing the first Macintosh computer, it all came back to me. And we designed it all into the Mac. It was the first computer with beautiful typography. If I had never dropped in on that single course in college, the Mac would have never had multiple typefaces or proportionally spaced fonts. And since Windows just copied the Mac, it's likely that no personal computer would have them. If I had never dropped out, I would have never dropped in on this calligraphy class, and personal computers might not have the wonderful typography that they do. Of course it was impossible to connect the dots looking forward when I was in college. But it was very, very clear looking backwards ten years later.

Again, you can't connect the dots looking forward; you can only connect them looking backwards. So you have to trust that the dots will somehow connect in your future. You have to trust in something — your gut, destiny, life, karma, whatever. This approach has never let me down, and it has made all the difference in my life.

My second story is about love and loss.

I was lucky — I found what I loved to do early in life. Woz and I started Apple in my parents garage when I was 20. We worked hard, and in 10 years Apple had grown from just the two of us in a garage into a $2 billion company with over 4000 employees. We had just released our finest creation — the Macintosh — a year earlier, and I had just turned 30. And then I got fired. How can you get fired from a company you started? Well, as Apple grew we hired someone who I thought was very talented to run the company with me, and for the first year or so things went well. But then our visions of the future began to diverge and eventually we had a falling out. When we did, our Board of Directors sided with him. So at 30 I was out. And very publicly out. What had been the focus of my entire adult life was gone, and it was devastating.

I really didn't know what to do for a few months. I felt that I had let the previous generation of entrepreneurs down - that I had dropped the baton as it was being passed to me. I met with David Packard and Bob Noyce and tried to apologize for screwing up so badly. I was a very public failure, and I even thought about running away from the valley. But something slowly began to dawn on me — I still loved what I did. The turn of events at Apple had not changed that one bit. I had been rejected, but I was still in love. And so I decided to start over.


I didn't see it then, but it turned out that getting fired from Apple was the best thing that could have ever happened to me. The heaviness of being successful was replaced by the lightness of being a beginner again, less sure about everything. It freed me to enter one of the most creative periods of my life.

During the next five years, I started a company named NeXT, another company named Pixar, and fell in love with an amazing woman who would become my wife. Pixar went on to create the worlds first computer animated feature film, Toy Story, and is now the most successful animation studio in the world. In a remarkable turn of events, Apple bought NeXT, I returned to Apple, and the technology we developed at NeXT is at the heart of Apple's current renaissance. And Laurene and I have a wonderful family together.

I'm pretty sure none of this would have happened if I hadn't been fired from Apple. It was awful tasting medicine, but I guess the patient needed it. Sometimes life hits you in the head with a brick. Don't lose faith. I'm convinced that the only thing that kept me going was that I loved what I did. You've got to find what you love. And that is as true for your work as it is for your lovers. Your work is going to fill a large part of your life, and the only way to be truly satisfied is to do what you believe is great work. And the only way to do great work is to love what you do. If you haven't found it yet, keep looking. Don't settle. As with all matters of the heart, you'll know when you find it. And, like any great relationship, it just gets better and better as the years roll on. So keep looking until you find it. Don't settle.

My third story is about death.

When I was 17, I read a quote that went something like: "If you live each day as if it was your last, someday you'll most certainly be right." It made an impression on me, and since then, for the past 33 years, I have looked in the mirror every morning and asked myself: "If today were the last day of my life, would I want to do what I am about to do today?" And whenever the answer has been "No" for too many days in a row, I know I need to change something.

Remembering that I'll be dead soon is the most important tool I've ever encountered to help me make the big choices in life. Because almost everything — all external expectations, all pride, all fear of embarrassment or failure - these things just fall away in the face of death, leaving only what is truly important. Remembering that you are going to die is the best way I know to avoid the trap of thinking you have something to lose. You are already naked. There is no reason not to follow your heart.

About a year ago I was diagnosed with cancer. I had a scan at 7:30 in the morning, and it clearly showed a tumor on my pancreas. I didn't even know what a pancreas was. The doctors told me this was almost certainly a type of cancer that is incurable, and that I should expect to live no longer than three to six months. My doctor advised me to go home and get my affairs in order, which is doctor's code for prepare to die. It means to try to tell your kids everything you thought you'd have the next 10 years to tell them in just a few months. It means to make sure everything is buttoned up so that it will be as easy as possible for your family. It means to say your goodbyes.

I lived with that diagnosis all day. Later that evening I had a biopsy, where they stuck an endoscope down my throat, through my stomach and into my intestines, put a needle into my pancreas and got a few cells from the tumor. I was sedated, but my wife, who was there, told me that when they viewed the cells under a microscope the doctors started crying because it turned out to be a very rare form of pancreatic cancer that is curable with surgery. I had the surgery and I'm fine now.

This was the closest I've been to facing death, and I hope it's the closest I get for a few more decades. Having lived through it, I can now say this to you with a bit more certainty than when death was a useful but purely intellectual concept:

No one wants to die. Even people who want to go to heaven don't want to die to get there. And yet death is the destination we all share. No one has ever escaped it. And that is as it should be, because Death is very likely the single best invention of Life. It is Life's change agent. It clears out the old to make way for the new. Right now the new is you, but someday not too long from now, you will gradually become the old and be cleared away. Sorry to be so dramatic, but it is quite true.

Your time is limited, so don't waste it living someone else's life. Don't be trapped by dogma — which is living with the results of other people's thinking. Don't let the noise of others' opinions drown out your own inner voice. And most important, have the courage to follow your heart and intuition. They somehow already know what you truly want to become. Everything else is secondary.

When I was young, there was an amazing publication called The Whole Earth Catalog, which was one of the bibles of my generation. It was created by a fellow named Stewart Brand not far from here in Menlo Park, and he brought it to life with his poetic touch. This was in the late 1960's, before personal computers and desktop publishing, so it was all made with typewriters, scissors, and polaroid cameras. It was sort of like Google in paperback form, 35 years before Google came along: it was idealistic, and overflowing with neat tools and great notions.

Stewart and his team put out several issues of The Whole Earth Catalog, and then when it had run its course, they put out a final issue. It was the mid-1970s, and I was your age. On the back cover of their final issue was a photograph of an early morning country road, the kind you might find yourself hitchhiking on if you were so adventurous. Beneath it were the words: "Stay Hungry. Stay Foolish." It was their farewell message as they signed off. Stay Hungry. Stay Foolish. And I have always wished that for myself. And now, as you graduate to begin anew, I wish that for you.

Stay Hungry. Stay Foolish.

Thank you all very much.
Read more ...

TEKS UCAPAN PERDANA MENTERI MENGENAI PEMBENTANGAN KERTAS PUTIH KE ARAH MENANGANI ANCAMAN KUMPULAN ISLAMIC STATE

TEKS UCAPAN PEMBENTANGAN KERTAS PUTIH KE ARAH MENANGANI ANCAMAN KUMPULAN ISLAMIC STATE

Oleh : YAB. DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK, 
PERDANA MENTERI MALAYSIA
Tempat : Dewan Rakyat
Tarikh : 26/11/2014

Dengan izin, Tuan Yang Dipertua, saya ingin memohon membentangkan di bawah Peraturan 27(3), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat mengenai Kertas Putih bertajuk "Ke Arah Menangani Ancaman Kumpulan Islamic State" untuk dibahaskan oleh ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua,

2. Baru-baru ini negara kita dikejutkan dengan berita seorang rakyat Malaysia menjadi pengebom berani mati kumpulan militan Islamic State atau IS di Iraq. Ini merupakan kali pertama seorang rakyat Malaysia bertindak sedemikian. Dalam insiden ini, Ahmad Tarmimi Maliki telah merempuh ibu pejabat pasukan keselamatan Iraq di wilayah Anbar dengan sebuah SUV yang dimuatkan dengan bahan letupan. Akibat tindakan itu seramai 25 orang anggota pasukan tentera elit Iraq telah terbunuh. Pada usia muda 26 tahun, Tarmimi sepatutnya membantu menyara keluarga sebaliknya memilih untuk melakukan tindakan sia-sia dan bertentangan dengan ajaran Islam.

3. Selain Tarmimi, empat orang lagi rakyat Malaysia telah terbunuh di Syria pada tahun ini. Saya sedih dan bersimpati mengenangkan nasib mereka yang kehilangan ahli keluarga yang tersayang. Saya juga bimbang bilangan ini mungkin akan meningkat kerana seramai 39 orang rakyat Malaysia telah dikenal pasti sedang berada di Syria dan 40 lagi mungkin menerima nasib yang sama sekiranya pihak berkuasa tidak menahan mereka.

4. Sepuluh hari yang lalu tanggal 16 November 2014, sekali lagi dunia digemparkan dengan penyembelihan hidup-hidup seorang lagi warga Amerika Syarikat, Peter Kassig oleh IS walaupun beliau telah memeluk Islam dan menukar nama kepada Abdul Rahman.

5. Di Sydney, seorang remaja berusia 17 tahun, Abdullah Elmir, warga Australia sanggup melarikan diri dari rumah dan memeranjatkan keluarga dan dunia apabila muncul dalam satu video lengkap bersenjata di kalangan kumpulan militan IS di Syria. Anak muda ini mencabar kerajaan Australia dan negara-negara pakatan untuk menyerang mereka. Dia juga secara angkuh menyatakan tidak akan berhenti berjuang selagi bendera IS tidak berkibar di Rumah Putih dan Istana Buckingham. Perubahan mendadak seorang remaja yang masih bersekolah, tiba-tiba menjadi militan menunjukkan betapa kuat pujukan dan propaganda IS.

6. Dalam satu kejadian lain pada bulan Mei 2014, Mehdi Nemmouche, 29 tahun, yang pernah berada lebih setahun di Syria bertindak sendirian melakukan serangan yang membunuh empat orang awam di Belgium setelah terpengaruh dengan fahaman ekstrem IS.

7. Sebenarnya, umat Islam kini menghadapi cabaran getir dari satu kumpulan militan yang menyasarkan kita dan anak-anak kita supaya pergi ‘berjihad’ ke Syria dan Iraq atas jalan Islam. Kita berada di satu persimpangan di mana kita harus berusaha dengan lebih gigih untuk menjaga agama, bangsa dan negara. Saya yakin ramai rakyat Malaysia masih tidak mengetahui IS yang sebenar sehingga mereka mudah terpedaya dengan ideologi ekstrem kumpulan itu.

Tuan Yang di-Pertua,

8. Kertas Putih ini bertujuan mendedahkan wajah sebenar IS yang bertopengkan Islam bagi mencapai cita-cita mereka untuk menubuhkan negara Islam mengikut acuannya. Modus operandi perjuangan mereka berakar umbi daripada Al Qaeda dan mirip kumpulan militan Al Qaeda telah diisytiharkan sebagai pertubuhan pengganas oleh masyarakat antarabangsa dan jumhur ulama-ulama arus perdana hari ini.

9. Sebagaimana sifatnya kumpulan militan-militan yang lain, IS juga menyalahtafsirkan ajaran Islam umpamanya dalam konsep jihad. IS beranggapan matlamat penubuhan negara Islam hanya dapat dicapai melalui apa yang dipanggil "Jihad Peperangan". Sebenarnya, ideologi Salafi-Jihadi yang diperjuangkan oleh kumpulan ini adalah berlandaskan ekstremisme dan keganasan yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Jihad sebenar adalah membawa pengertian yang lebih besar dalam mencapai matlamat Maqasid Syariyah, termasuk melindungi keselamatan negara, menjaga agama, akidah, nyawa, akal maruah atau keturunan dan harta benda.

10. Kumpulan ini juga telah mengeksploitasi konsep hijrah yang sebenar. Sebaliknya, IS menyeru umat Islam berhijrah ke Syria dan Iraq atas nama Islam sedangkan muslihat mereka sebenar adalah untuk membantu kumpulan itu berperang bagi meluaskan kawasan penaklukan. Rakyat perlu menyedari bahawa peperangan ini hanya merupakan satu pertembungan politik dan konflik sektarian yang tiada kaitan dengan konsep jihad atau hijrah seperti yang diterima oleh jumhur ulama. IS cuba menangguk di air keruh dengan menggambarkan konflik ini sebagai peperangan akhir zaman, jalan pintas untuk mencapai agenda, cita-cita dan niat salah mereka. Pejuang asing seramai 15,000 orang yang berjuang untuk IS telah dipergunakan demi memenuhi agenda mereka.

11. Penyelewengan ajaran Islam oleh IS juga semakin ketara apabila sewenang-wenang mengkafirkan orang Islam yang tidak sehaluan dengan pendiriannya, dan menghalalkan pembunuhan mereka. Walhal, ajaran Islam yang sebenar adalah berpegang teguh kepada persaudaraan sesama Islam dan melindungi hak bukan Islam.

12. Kita juga banyak mendengar tentang kekejaman IS sehinggakan wanita dan kanak-kanak juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa. Mereka juga sesuka hati menjatuhkan hukuman bunuh ke atas sesiapa sahaja tanpa hak untuk membela diri. Insiden pembunuhan pada awal November 2014 yang melibatkan sejumlah 322 orang termasuk 50 wanita dan kanak-kanak di Anbar, Iraq juga menunjukkan mereka tidak teragak-agak membunuh penduduk sesama Sunni.

13. Kekejaman IS semakin tidak mengenal nilai kemanusiaan apabila sanggup menyembelih hidup-hidup rakyat Amerika Syarikat iaitu James Foley dan Steven Sotloff serta rakyat Britain iaitu David Haines dan Alan Henning. Banyak lagi perbuatan tidak berperikemanusiaan kumpulan ini, namun tidak sanggup saya katakan dalam Dewan yang mulia ini.

14. Lagipun saya tidak boleh terfikir bagaimana seorang manusia sanggup menyembelih manusia lain yang tidak lagi dapat melawan. Lebih-lebih lagi apabila ibu-ibu mangsa sendiri merayu supaya anak-anak mereka tidak diapa-apakan. Lebih menghairankan lagi, bagaimana kumpulan militan IS langsung tidak menunjukkan sedikit pun rasa kesal, sebaliknya berbangga mempamerkan tindakan ganas ini melalui media sosial. Tentu kita dapat bayangkan betapa hiba dan marahnya keluarga mangsa sehingga boleh menimbulkan kebencian yang amat sangat kepada agama Islam.

Tuan Yang di-Pertua,

15. Dunia Islam dan ulama-ulama antarabangsa mengutuk apa yang dilakukan IS. Sheikh Abdul Aziz al-Sheikh, Mufti Arab Saudi menganggap IS adalah musuh nombor satu dunia Islam sementara deklarasi penubuhan negara Islam oleh IS adalah bertentangan dengan syariat Islam. Sheikh Shawqi Allam, Mufti Besar Mesir pula melabelkan IS sebagai entiti pengganas yang menyalahi Islam dan peraturan-peraturan syariah serta mencemar imej agama Islam.

16. Malaysia juga mempunyai pendirian yang jelas terhadap IS. Selain menyenaraikan IS sebagai kumpulan pengganas, Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan kali ke-106 baru-baru ini telah merumuskan penyertaan umat Islam negara ini dalam kumpulan militan IS di Iraq dan Syria adalah bertentangan dengan syarak dan kematian mereka tidak dikategorikan sebagai mati syahid. Ini berdasarkan hujah bahawa kumpulan ini memerangi dan membunuh sesama Islam.

17. Saya merasakan bahawa sebagai sebuah negara yang turut mempelopori pendirian wasatiyyah sebagaimana tuntutan ajaran Islam dalam semua aspek, Malaysia mempunyai tanggungjawab untuk mendedahkan fahaman ekstrem IS adalah bertentangan dengan ajaran Islam dan perlembagaan negara. Sehubungan ini, Malaysia akan mempertingkatkan usaha menjelaskan jihad yang sebenar serta memperbetulkan persepsi Barat yang kerap mengaitkan Islam dengan keganasan.

Tuan Yang di-Pertua,

18. Melihat potensi ancaman daripada kumpulan ini, kita bimbang dan tidak dapat dinafikan kepulangan rakyat Malaysia dari kawasan konflik di Syria dan Iraq boleh meningkatkan lagi risiko keselamatan kepada negara. Lebih menakutkan lagi, dengan pengalaman yang mereka ada, taktik peperangan yang mereka miliki, militan-militan ini berupaya melakukan aktiviti pengganasan secara bersendirian, dengan izin, "lone wolf". Dengan kepakaran ketenteraan dan kemahiran membuat bom yang diperolehi di Syria, mereka berpotensi melancarkan serangan pada bila-bila masa sehingga menyebabkan kehilangan nyawa dan kemusnahan yang besar kepada harta awam.

19. Pada masa yang sama, kita berasa khuatir mereka akan mewujudkan semula sel-sel pengganas dan membentuk jaringan dengan kumpulan-kumpulan militan sedia ada dalam negara dan serantau. Umpamanya, mereka boleh membentuk jaringan dengan kumpulan Abu Sayyaf di kepulauan Mindanao, selatan Filipina yang telah melakukan sumpah taat setia kepada IS.

20. Oleh kerana kawasan operasi kumpulan Abu Sayyaf ini amat hampir dengan pantai timur Sabah, ia akan meningkatkan risiko keselamatan di kawasan itu. Setakat ini terdapat lima orang suspek Malaysia yang dipercayai masih bersembunyi di selatan Filipina. Sekiranya rangkaian IS berjaya wujud di Sabah, tidak mustahil ia akan merebak ke Sarawak sehingga menggugat keselamatan dan keharmonian pelbagai kaum di sana.

21. Cabaran kepada masalah ini amat besar kerana IS menggunakan media sosial untuk mengembangkan ideologinya bagi menarik sokongan masyarakat khususnya menyasarkan generasi muda. Apatah lagi IS turut menggunakan pelbagai bahasa asing dalam propaganda dan pujukan mereka termasuk bahasa Indonesia yang dilihat sebagai satu strategi IS untuk menarik sokongan serta simpati penduduk Islam yang besar bilangannya di rantau Asia Tenggara.

22. Dalam menghadapi ancaman ini, telah sampai masanya bagi kerajaan mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk mengekang pengaruh IS. Ini sejajar dengan tindakan negara-negara lain yang mana telah memperkenalkan dan memperkemaskan undang-undang antipengganasan sebagai jalan utama menangani ancaman pengganasan.

23. Sehubungan itu, Kertas Putih ini mencadangkan satu undang-undang baru yang sesuai digubal untuk membanteras dan mengambil tindakan terhadap rakyat Malaysia yang terlibat dalam aktiviti militan dan kumpulan pengganas. Kerajaan bercadang membentang rang undang- undang ini pada sesi Parlimen akan datang.

24. Selain daripada itu, Kertas Putih ini juga mencadangkan pemerkasaan undang-undang sedia ada seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) atau SOSMA, Akta Pencegahan Jenayah atau POCA dan Kanun Keseksaan, khusus bagi menangani ancaman pengganasan dan militan.

Tuan Yang di-Pertua,

25. Dalam melihat konflik di Syria dan Iraq ini, pihak kerajaan menghormati keprihatinan rakyat Malaysia terhadap krisis kemanusiaan yang sedang berlaku di sana. Kerajaan juga berpegang kepada prinsip kebebasan bersuara dan hak asasi manusia termasuk akses kepada media sosial, namun, adalah menjadi tanggungjawab semua untuk memastikan ia tidak mengancam keselamatan negara.

26. Kerajaan sedar undang-undang sahaja tidak mencukupi untuk membendung ideologi IS. Saya amat berharap supaya mendapat sokongan daripada semua lapisan rakyat supaya tidak terpengaruh dengan fahaman sedemikian.

27. Saya ingin menyeru semua rakyat Malaysia terutama golongan belia dan ibu bapa supaya menolak ideologi ekstrem yang boleh merosakkan masa depan kita semua. Keamanan dan keharmonian yang kita kecapi selama ini tidak ternilai dan harus terus dipelihara.

Tuan Yang di-Pertua,

28. Sebagai kesimpulan, adalah diharapkan Kertas Putih ini dapat menjelaskan dengan lebih mendalam tentang IS dan ancamannya kepada keselamatan negara. Kerajaan mencadangkan penggubalan satu undang-undang khusus serta pemerkasaan akta-akta sedia ada.

29. Selain daripada undang-undang, semua lapisan rakyat perlu bersama-sama kerajaan menolak sebarang ideologi ekstrem dan yakin bahawa konsep wasatiyyah adalah jalan terbaik untuk menjamin keamanan dan kesejahteraan Malaysia sebagai negara berbilang kaum.

30. Pada masa yang sama, Malaysia akan terus komited untuk bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa menangani ancaman radikalisme, ekstremisme, pengganasan dan militan.

Tuan Yang di-Pertua,

Saya mohon mencadangkan.

Sekian, terima kasih.
Read more ...

Thursday, 27 November 2014

TEKS UCAPAN DASAR PRESIDEN UMNO, YAB DATO' SRI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK SEMPENA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO KALI KE-65 TAHUN 2014

Ucapan Dasar Presiden UMNO
YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak
Sempena Perhimpunan Agung UMNO
Kali ke-65 Tahun 2014


SOLIDARITI MELAYU DAN BUMIPUTERA,

SOLIDARITI UMNO, SOLIDARITI MALAYSIA.

Bismillahhirrahmanirrahim,

Alhamdulillahirabbil’alamin. Wabihi Nasta’in. Allahumma Solli Ala Saidina Muhammad Wa’ala A-li Saidina Muhammad.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam 1Malaysia,

Yang Berbahagia Tan Sri Pengerusi Tetap,

Yang Berbahagia Tan Sri Timbalan Pengerusi Tetap,

YAB Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden,

Ketua Wanita, Pemuda dan Puteri,

Barisan Ahli-Ahli Majlis Tertinggi, 

Pimpinan Parti-Parti Komponen,

Yang Amat Berbahagia, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi,

Dif-Dif Kehormat,

Seterusnya Saudara Rakan-Rakan Seperjuangan dalam Parti UMNO yang berkeramat ini.

1.          Pagi ini merupakan kali ke-6, saya berdiri di hadapan para perwakilan serta para tetamu sebagai Presiden. Saya merujuk juga kepada seluruh rakyat Malaysia yang sedang menonton di kaca-kaca televisyen dan mendengar di corong-corong radio.

2.          Termasuklah sebahagian besar generasi Y, yang mengikuti Persidangan Agung UMNO ini.

3.          Apatah lagi pada saudara sekalian, barisan pimpinan di atas pentas, para perwakilan yang sedang duduk dan berdiri di bawah serta yang di atas sana, pimpinan mahasiswa tempatan, perwakilan-perwakilan UMNO luar negara, tidak dilupakan adik kakak, pakcik makcik, yang sedang mengamati layar besar di luar dewan ini.

Saudara sekalian,

4.          Pada 11 Mei kira-kira 68 tahun lalu, UMNO telah ditubuhkan. Ini merupakan usaha terbesar dalam agenda menyatupadukan orang-orang Melayu.

5.          Terbukti, setelah parti ini dibentuk, maka, termaktublah dalam catatan sejarah bahawa, UMNOlah yang telah berjaya menguburkan rancangan penubuhan Malayan Union.

6.          Sememangnya lagi, perjuangan dan pengorbanan orang-orang Melayu dalam menempuh semua cabaran itu, tidak lain tidak bukan, dengan berpegang kepada satu prinsip dan semangat yang dinamakan solidariti.

7.          Sesungguhnya, inilah bukti  dari mata ke mata, dari hati ke hati bahawa, semangat perjuangan Parti Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO akan terus marak, terus menjulang dan terus menyala.

Mari kita laungkan bersama-sama, sebanyak 3 kali,
Hidup UMNO!! Hidup UMNO!! Hidup UMNO!!
Saudara Sekalian,

8.          Pada 31 Ogos lepas, kita telah merayakan ulangtahun kemerdekaan tanah air yang ke-57. Kemudiannya, pada 16 September semasa sambutan Hari Malaysia di Bumi Kenyalang, hasil perbincangan bersama para pimpinan di Sabah dan Sarawak, kita telah putuskan bahawa, akan hanya menyambut satu tarikh rasmi kemerdekaan.

9.          Ini kerana, 16 September itu bukanlah disengajakan. Ia hanyalah berpunca daripada kelewatan pengesahan laporan pungutan suara daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

10.      Dalam hal ini, barangkali ramai yang tertanya-tanya mengapa kita mahukan satu sahaja tarikh kemerdekaan bagi seluruh Malaysia. Jawapannya adalah, solidariti.

11.      Malah, yang lebih mustahak perlu diketahui, itulah hasrat Almarhum Tunku Abdul Rahman, bahawa kita semua hendaklah menyambutnya di tanggal  31 haribulan Ogos. Tapi jangan bimbang, cuti umum 16 September masih tatap kita raikan dan rayakan.

Saudara sekalian,

12.      Hakikatnya, kita semua sedang berpijak di atas tanah air yang sungguh aman dan sentosa. Menjunjung pula langit luas terbentang. Disimbahi hujan rahmat sepanjang tahun. Bertulangkan, antaranya banjaran Titiwangsa, Banjaran Crocker serta Tama Abu, Malaysia diliputi pula hutan hujan tropika.

13.      Selain itu, kita berada pula hampir pada garis pembahagi hemisfera, iaitu Khatulistiwa menjadikan tanah air ini sentiasa dilindungi awan.

14.      Malah, cahaya matahari tetap menyinar sepanjang tahun. Bersyukurlah atas nikmat-nikmat ini. Semuanya itu, kurniaan daripada Maha Pencipta.

15.      Secara geografinya, gabungan Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang dipisahkan oleh Laut China Selatan, membentuk kawasan 330,290 km persegi.

16.      Inilah pusaka tinggalan nenek moyang kita, yang diwargai lebih 28 juta penduduk. Terdiri daripada puluhan suku, ras, etnik, dan kaum.

17.      Apatah lagi menjelang tahun 2020 nanti, keseluruhan jumlah Melayu dan Bumiputera, Islam dan bukan Islam akan mencecah angka lebih 70 peratus.

18.      Seandainyalah semua dapat bersatu di bawah lembayung UMNO dan Barisan Nasional, bayangkanlah saudara sekalian, betapa kuatnya kita, betapa kukuhnya kita, bukan sahaja setakat boleh memenangi pilihanraya umum ke-14 nanti, bahkan kita dengan bangganya dapat bersama-sama menjengah negara maju atau high income advanced economy dalam satu ikatan solidariti yang tidak mungkin terpecah bentengnya.

Saudara sekalian,

19.      Ternyata, pertiwi indah ini, telah terbina sejak hampir 6 dekad. Segala yang kita lihat tidak datang dengan mudah dan sendirinya. Sebetulnya pun, suka duka perjalanan Malaysia penuh episod dan peristiwa.

20.      Selanjutnya, bak kata pepatah, disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Insiden pahit Lahad Datu telah mempalit dan mencalarkan sejarah watan.

21.      Berbekalkan peristiwa itu, bersyukurlah, akan hikmah-hikmah yang muncul bersamanya. Kejadian perit yang tidak diundang itu ternyata telah mempertautkan lagi persaudaraan dan ikatan silaturrahmi antara rakyat Malaysia.

22.      Buktinya, ramai perajurit yang berasal daripada Tanah Semenanjung, telah turut gugur di medan juang, bersama rakan-rakan perwira dan anggota keselamatan dari Negeri di Bawah Bayu, demi  mempertahankan, supaya, jangan sejengkal pun tanah Sabah, jatuh ke tangan sesiapa.

Inilah dia lambang solidariti.

Saudara Sekalian,

23.      Demikianlah, berkait perjalanan negara meniti ceritera kemakmuran. Dulunya, bermula dengan cemuhan, ketidakpercayaan oleh banyak pihak dan sindiran tajam, bahawa kita tidak mungkin mencapai matlamat sebagai sebuah negara bangsa. 

24.      Tapi kini, di sana sini orang bertanya-tanya, apakah formula dan apakah rahsia sebagai azimat kepada kesentosaan Malaysia. Jawapannya, sekali lagi, solidariti.

Saudara Sekalian,

25.      Takwim 2014, sangat menguji kita, apabila digemparkan dengan tragedi tidak terduga, misteri kehilangan pesawat MH370 dan peristiwa tragik pesawat MH17 yang terhempas di kawasan Timur Ukraine.

26.      Pada detik-detik cemas itu Saudaraku Sekalian, kuasa-kuasa besar pun tidak mampu untuk menolong. Lalu tidak pernah terjadi dalam sejarah, saya terpaksa berunding dengan puak pemberontak yang tidak beridentiti negara, sehingga berjaya mendapatkan kotak hitam dan akhirnya memasuki kawasan kejadian.

27.      Pucuk pangkalnya, dengan kehendak Allah jua, kita telah berupaya membawa pulang hampir kesemua jenazah yang telah terkorban kembali ke tanah air, di mana mereka berasal.

28.      Jelasnya, saudara sekalian, rakyat Malaysia secara keseluruhan telah menunjukkan semangat muafakat yang sungguh luar biasa, khususnya sewaktu Hari Berkabung.

29.      Sebab itulah, kita mahu dan kita ingin semangat kebersatuan yang berkobar-kobar lagi membara sebegini, diteruskan sampai bila-bila. Inilah lambang perpaduan yang dinamakan solidariti.

FALSAFAH DAN KERANGKA MALAYSIA SEBAGAI SEBUAH NEGARA BANGSA MENUJU MASA DEPAN

Saudara Sekalian,

30.      Jikalau kita membongkar tamadun dunia, pastinya antara peristiwa penting yang perlu kita rujuk sebagai iktibar adalah tawarikh seorang Nabi besar bergelar Ulul Azmi, Ibrahim Alaihi Salam.

31.      Semasa baginda memulakan pembinaan Kota Mekah yang kontang dan kering ketika itu, Nabi Ibrahim telah berdoa seperti tercatat dalam Surah Al-Baqarah, ayat 126, mafhumnya, meminta agar Tuhan menjadikan bumi dan tanah suci tempat Baginda bertapak itu, satu tempat yang aman dan subur serta dikurniakan pula rezeki kepada para penduduknya.

32.      Seterusnya bila disingkap sirah junjungan besar Nabi Muhammad SAW.  Apabila Baginda mula membina negara Madinah, 3 hal atau 3 perkara yang utama telah disabda dan diperbuat.

33.      Pertamanya: menyebarkan salam dan keamanan. Dalam erti kata, mempertautkan hubungan antara pelbagai puak dan kaum, tidak kira apa jua keturunan serta kefahaman.

34.      Keduanya: menumpukan hal ehwal ekonomi dan kebajikan sehingga kepada bab keperluan makan dan minum para penduduk negeri.

35.      Dan ketiganya: mengukuhkan hubungan persaudaraan atau silaturrahmi antara semuanya, tidak kira sesama Islam khususnya, dan di antara Islam dan bukan Islam umumnya.

Saudara Sekalian,

36.      Berhubung itu, kita tidak pernah mengatakan pimpinan UMNO memiliki apa-apa karomah, jauh sekali mempunyai apa-apa mukjizat seperti para Rasul dan Nabi-Nabi. Tidak seperti ada orang itu, yang sanggup mengangkat suaminya sendiri sebagai “Anugerah Tuhan”.

37.      Akan tetapi, kita berasa bersyukur atas nikmat akal fikiran yang dikurniakan oleh Ilahi kepada pimpinan UMNO serta parti, oleh sebab, pabila dirujuk dalam konteks negara kita, bolehlah dibuat perbandingan, dalam pembinaan negara bangsa Malaysia bermula sejak merdeka, ternyata tanpa sedar, kita telah mengambil pengajaran daripada dua peristiwa besar para anbiya’ itu tadi, Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad.

38.      Sebagai contoh, jika kita teliti, bapa-bapa pimpinan yang terdahulu, dengan segala pendekatan berhikmah dan bijaksana, telah memulakan lembaran baharu negara ini, ibarat menghampar sehelai kain putih yang terbentang untuk dipercorak serta diwarna-warnikan.

39.      Langkah terawal diambil oleh pimpinan Kerajaan yang ditunjangi oleh UMNO adalah mewujudkan keamanan dan kestabilan melalui suatu persefahaman dinamakan kontrak sosial.

40.      Ia melibatkan pengorbanan semua pihak yang mempersetujuinya terutama orang-orang Melayu dan Bumiputera. Kontrak sosial itu menjadi satu wahana demi mewujudkan perpaduan di kalangan rakyat, bagi sebuah negara yang masih muda dan baharu.

41.      Terserlah, solidariti yang dipupuk itu, menjadi asas kepada perjalanan Malaysia sejak dulu hingga kini, dan InsyaAllah selama-lamanya.

Saudara Sekalian,

42.      Langkah kedua yang dibuat oleh para pemimpin UMNO terdahulu sampai sekarang pula, turut mengikuti jejak-jejak yang dianjurkan dalam sirah Islam dengan menumpukan kepada pelbagai rancangan berbentuk ekonomi, sehingga Tahun 2010 dan apabila saya mengambil alih tampuk pentadbiran, kita telah perkenalkan pula Dasar Transformasi Nasional.

43.      Menjelang pertengahan tahun hadapan kelak, kita bakal memulakan Rancangan Malaysia ke-11, yang menjadi pelonjak mula menuju negara maju berpendapatan tinggi.

44.      Kesemuanya ini, adalah garis-garis besar dan haluan-haluan penting, bagi memperteguhkan ketahanan ekonomi, memakmurkan negara serta menjaga kebajikan rakyat terbanyak sejak berdekad-dekad yang lalu.

45.      Selanjutnya, satu tindakan yang dilakukan tanpa jemu oleh Kerajaan, yang dikemudi oleh parti ini ialah untuk mempastikan kelangsungan solidariti masyarakat, kerana itulah aset yang paling mustahak untuk kita pelihara, demi survival UMNO, demi survival Barisan Nasional malah demi survival Malaysia tercinta.

Saudara Sekalian,

46.      Menyisir apa yang sudah saya sampaikan, secara sedar ataupun tidak, dalam tempoh kurang dari 60 tahun, negara bertuah ini telah melalui pelbagai peringkat kemajuan dan kepesatan.

47.      Seterusnya, semasa membentangkan bajet 2015, saya telah menetapkan bahawa, falsafah tunjang mestilah menitikberatkan keseimbangan antara Capital Economy dan People Economy.

48.      Kerana, dari sudut teori mahupun ilmiah, kedua-duanya wujud secara simbiosis atau saling perlu bagi membentuk Ekonomi Keperluan Rakyat atau EKR, tapi bukan PKR.

49.      Bajet yang digubal itu menumpukan kepada 7 strategi, demi kebajikan dan keperluan harian rakyat, khususnya berkaitan kos sara hidup.

50.      Berdasarkan hal yang demikian, tampaknya, apa yang telah dirancang, direkayasa dan dilaksana oleh Kerajaan pimpinan UMNO bersama rakan-rakan komponen, sejak lima puluh tujuh tahun yang lepas adalah betul dan telah berjaya meletakkan Malaysia di jajaran yang kukuh dan pada landasan yang tepat.

51.      Inilah dia usaha yang dilakukan atas rasa tanggungjawab moral yang tinggi oleh UMNO dan Barisan Nasional, demi kepentingan rakyat dan negara.

Saudara Sekalian,

52.      Malaysia kini dilihat dan digelar sebagai sebuah negara Islam moden, progresif lagi dinamik.

53.      Menyentuh ehwal inilah, sejak beberapa tahun kebelakangan, saya menyebut bahawa negara kita seharusnya berteraskan kerangka Maqasid Syariah yang dipaksi oleh falsafah keadilan sosial.

54.      Seperti yang digariskan oleh Imam Al-Ghazali dan Imam Ash-Shatibi, Maqasid Syariah adalah prinsip yang mendasarkan 5 perkara pokok, sebagai teras dan pedoman kepada semua rukun perjalanan negara.

55.      Maknanya, apa jua hal pentadbiran, politik dan ekonomi, semestinya dipandu dan dirujuk serta saling lengkap-melengkapi, saling berkait dengan objektif syariah. Barulah nanti, terbit pengamalan Islam sebagai Ad-Deen yang sejati, menurut Al-Quran dan Sunnah.

56.      Berasaskan semua itu tadi saudara sekalian, jika dapat saya rangkumkan, formula kepada parti UMNO yang kita amalkan selama ini, berserampang kepada beberapa elemen utama.

57.      Pertamanya, wasatiyyah atau kesederhanaan. Bersederhana di sini tidak bermaksud pencapaian yang biasa-biasa atau mediokriti, sebaliknya menuntut kepada nilai kerja yang tinggi, halus, bermutu dan bersungguh, bukan juga yang ala kadar. Manakala budaya kehidupan pula, yang penuh beretika, bukan pincang akal budinya, atau penuh kerosakan.

58.      Keduanya, UMNO perlu terus menjadi parti yang mementingkan pendekatan berimbang. Ia bersifat pertengahan dan tidak melampau serta menyampaikan hak kepada yang berhak.

59.      Sebagai contoh, dalam langkah konsolidasi fiskal, cara Kerajaan memberi subsidi, kini beralih daripada secara pukal kepada subsidi bersasar. Ertinya, kita memberi pertolongan dan hak kepada yang berhak, seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia terus kepada golongan masyarakat yang benar-benar memerlukan. 

Saudara Sekalian,

60.      Ketiganya, UMNO perlu menjadi parti yang unggul dan mementingkan kecemerlangan. Maknanya, orang-orang UMNO dituntut menjadi saf atau barisan yang unggul mendepani kelok kejayaan. Kata-kata Hukamak menukilkan bahawa, bekerjalah kamu untuk kepentingan dunia, seolah-olah ingin hidup seribu tahun dan beribadatlah kamu seperti akan menemui mati pada hari esoknya.

61.      Sememangnya pun, pada UMNO, selama ini, dunia kita kelek, akhirat pun kita junjung. Lantas, orang-orang UMNO sewajibnya menjadi golongan yang terunggul atau memperoleh tahap ‘par excellence’. Tapi, janganlah pula jadi “Pak Maun” macam dalam cerita P.Ramlee Nasib Do Re Mi.

62.      Sekali lagi saya ulang kita mahu orang-orang UMNO menjadi “par excellence” yang cemerlang dan unggul di segala bidang.

Saudara Sekalian,

63.      Sehubungan perkara ini, menurut dapatan dan maklumat semasa, sekarang, semakin ramai masyarakat yang berada di luar sana, menjadi pihak yang berada di atas pagar.

64.      Mereka sedang meninjau-ninjau dan memerhati, serta menghakimi parti mana atau kelompok mana yang ingin mereka dekati dan beri sokongan.

65.      Di hujung sudut sana, ada kelompok-kelompok yang terlalu ekstrem dalam fahaman beragama, sehingga menyalahtafsir istilah jihad.

66.      Sampai kepada tahap terlibat dalam aktiviti militan dan membenarkan perbuatan “suicide bombers” atau pengebom berani mati. Sebetulnya, perbuatan itu dilarang keras di sisi agama. 

67.      Di satu sudut yang lain pula, ada kelompok-kelompok yang terlalu longgar fahamannya terhadap agama, sehingga menjadi liberal, terlibat di kancah hedonisme dan kesongsangan.

68.      Apa yang lebih mustahak, UMNO amat teguh di landasan dengan menjadikan Islam sebagai panduan dan bukan seperti pihak lain, yang menjadikan Islam sebagai parti mereka.

69.      Bersempena juga pengertian surah At-Taubah ayat-122, UMNO perlu terus tampil memperjuangkan Islam yang sebenar, bersifat universal dan sejagat, tidak ekstremis, memahami hukum-hukum dengan tepat, penghayatan yang sederhana, namun cemerlang dalam pekerjaan, menggalakkan pena’kulan dan berjihad di pengkalan bakti, seperti yang dilakukan oleh kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional, demi kebajikan rakyat serta pembangunan negara. 

70.      Barulah, barulah masyarakat akan mendekati UMNO dan mahu bersama kita. Seterusnya, Malaysia sebagai negara Islam yang moden, progresif lagi dinamik akan selamanya dipandang mulia oleh kawan dan lawan di seantero dunia.

CERITERA-CERITERA KEJAYAAN MALAYSIA

Saudara Sekalian,

Kalau Roboh Kotanya Jati,
Kayu Belian Kita Dirikan,
Kalau UMNO terus dihormati,
Malaysia yang Makmur jadi HARAPAN.

71.      Sejak awal tadi, saya mempidatokan tentang pentingnya solidariti sebagai foundation atau tapak terbangunnya Malaysia terkasih ini.

72.      Ternyata, hampir 6 dasawarsa, bertonggak kepada tiang seri-tiang seri ini, berpasakkan kepada prinsip kesederhanaan dan dasar-dasar yang sistematik lagi ampuh, kita telah mencapai prestasi-prestasi  menakjub dan rekod-rekod yang mampu diperbanggakan.

73.      Antara 11 kejayaan utama yang boleh saya senaraikan:
Pertama: Kalau dahulu semasa mencapai kemerdekaan, kadar kemiskinan isi rumah rakyat Malaysia adalah pada tahap lebih 60 peratus.Alhamdulillah, berkat kepimpinan UMNO, bersama rakan-rakan parti komponen, sukacita saya mengumumkan, kadar kemiskinan telah menyusut kepada satu peratus, malah kemiskinan tegar kini telah hampir disifarkan kesemuanya. 
Kedua: Mutakhir ini, sekalipun ekonomi dunia tidak menentu, Malaysia telah mencapai pertumbuhan positif dalam semua sektor dan mencatatkan kenaikan KDNK sebanyak 6.1 peratus.Sayugia saya menyatakan, pencapaian ini, telah menempatkan kita sebagai yang paling tinggi di kalangan negara ASEAN. 
Ketiga: Kemasukan pelaburan asing sebanyak 38.7 bilion ringgit pada tahun 2013, merupakan catatan paling tinggi actual realized investments yang pernah dicapai dalam sejarah Negara.
Keempat: Pada Julai 2014, Indeks Bursa Malaysia telah mencecah mata seribu lapan ratus sembilan puluh dua, paras paling tinggi dalam tawarikh negara. 
Kelima: Malaysia terus kekal kedudukannya sebagai pasaran sukuk terbesar di dunia.
Keenam: Menurut laporan International Finance Corporation, World Bank Group di dalam ‘Doing Business 2015 Report’, Malaysia berada di tangga ke-18 daripada 189 negara di dunia.Dan menurut Laporan CNN Travel 2013 pula, Kuala Lumpur menduduki tempat keempat sebagai bandaraya paling popular untuk membeli-belah selepas New York, Tokyo dan London.
Ketujuh: Dalam konteks serantau, kita harus berbangga kerana Malaysia diberi kepercayaan dan penghormatan mendamaikan Kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Islam Moro atau MILF, sekaligus menamatkan sengketa berdarah selama berdekad-dekad di negara itu.
Kelapan: Pada tahun 2015, Malaysia dengan rasminya akan mempengerusikan ASEAN. Ini adalah satu penghormatan kepada pimpinan UMNO dan Barisan Nasional.
Kesembilan: Kita terus dipandang tinggi oleh saudara-saudara seakidah di bumi Gaza, kerana kepimpinan UMNOlah yang terus konsisten, membantu dan memperjuangkan nasib rakyat Palestin yang tertindas oleh rejim Zionis. 
Kesepuluh: Nama Malaysia, semakin mengharum di persada antarabangsa dan berjaya mendapat 187 undian bagi menduduki Kerusi Tidak Tetap Majlis Keselamatan PBB. Dan,
Kesebelas: Saya dengan penuh rasa rendah diri, telah menerima Anugerah Kepemimpinan Islam Global, pada sidang World Islamic Economic Forum 2014 di Dubai. Sesungguhnya, pengiktirafan dunia Islam ini, saya dedikasikan kepada parti UMNO dan pastinya kepada seluruh rakyat Malaysia.
74.      Begitulah saudara, sedikit sebanyak kisah kejayaan yang dapat dipersembahkan. Sebenarnya, ceritera-ceritera kejayaan yang telah kita tempa sepanjang lima puluh tujuh tahun, lebih banyak daripada itu dan tidak terhitung jumlahnya.

REALITI SEMASA

Sahabat-Sahabat Seperjuanganku Sekalian,

75.      Walau sebanyak manapun kejayaan yang telah kita raih, hatta segunung pun rekod yang mampu dicipta, walau setinggi mana pun pengiktirafan yang telah kita terima, kita tidak boleh sekali-kali berasa complacent dan duduk bersimpuh.

76.      Ini kerana, musuh dari dalaman mahupun luar, akan terus mengintai-intai, cuba menerobos apa jua celah dan ruang untuk menjatuh-jatuhkan perjuangan kita, bagi merapuh-rapuhkan semangat kita, seterusnya untuk mengapi-apikan persengketaan supaya kita retak dan berpecah-belah.

77.      Menyentuh realiti semasa ini, para alim ulama berpesan-pesan, adalah menjadi adat manusia dan organisasi yang bersifat makhluk, kita adalah lemah, kita akan sentiasa melakukan kesalahan.

78.      Tapi, tidak mengapa, setiap kali berkumpul, dan ini yang ke-65 Perhimpunan Agung UMNO diadakan, kita akan terus bermuhasabah, saling memperingatkan antara satu sama lain, dan membuat pengislahan demi pengislahan, kerana memang diakui tiada siapa pun antara kita yang sempurna.

79.      Sekalipun begitu, perjuangan kita di dalam UMNO, demi membela untung nasib orang-orang Melayu dan Bumiputera itu wajib disempurnakan.

Saudara Sekalian,

80.      Atas sebab itulah, ingin dinyatakan bahawa, parti UMNO tidak bersalah, parti UMNO tidak berdosa. Sebaliknya, yang bersalah dan yang sering berdosa itu adalah diri kita.

81.      Ternyata, atas kelalaian dan kealpaan kitalah dalam membenteng serta mempertahankan UMNO dengan sewajarnya, menyebabkan realiti politik terutamanya lebih 15 tahun yang lalu begitu berubah.

82.      Dari apa yang kita saksikan, benarlah cendekiawan menyebut, ‘for evil to triumph, good men do nothing’. Malah, menurut para ilmuwan, kata-kata ini, disesuaikan daripada beberapa hadis antaranya oleh Abu Daud.

83.      Maksudnya, sekalipun kita di pihak yang benar, tapi hanya duduk berdiam, dan tidak melakukan apa-apa, maka musuh akan bermaharajalela dan makin menjadi-jadi. Tambahan pula, dipertualang dan dikhianat oleh si kitul-si kitul moden itu tadi.

84.      Sayang seribu kali sayang, sedih sejuta kali sedih, natijahnya, ramai orang Melayu dan Bumiputera khususnya, dan masyarakat Malaysia umumnya, telah tersalah sangka dengan perjuangan ikhlas dan murni parti UMNO.

Saudara Sekalian,

85.      Apa yang penting, saya ingin menegaskan bahawa orang-orang UMNO tidak perlu apologetic, orang-orang UMNO tidak perlu berasa segan silu, jika ramai pihak yang cuba memperlekeh, mencemuh kononnya parti ini sudah jumud dan tidak relevan lagi.

86.      Hakikatnya, jangan sesekali kita lupa, dalam perhimpunan-perhimpunan yang bersejarah seperti inilah kementerian-kementerian strategik untuk kepentingan Melayu dan Bumiputera diusulkan, di perkumpulan sebeginilah institusi-institusi Melayu serta Bumiputera seperti UiTM dimartabatkan.

87.      Begitulah juga nasib penjawat awam yang jumlahnya kini lebih 1.5 juta terus dibela, di sinilah Raja-Raja Melayu terus dipermuliakan, di sinilah syiar agama Islam tetap diperteguh dan dipertinggikan, dan yang paling mustahak, di perhimpunan inilah orang-orang Melayu menumpang teduh, membawa hati demi menghitung masa depan keturunan anak cucu mereka.

88.      Jadinya, jika kita ingin bertanya, semua kejayaan yang telah kita kecapi, seluruh prestasi yang sudah kita capai, hasil perjuangan siapa? Jawapannya, sudah barang pasti, jasa perjuangan parti yang bertuah ini.

Saudara Seperjuanganku Sekalian,

89.      Dari itu, cukup-cukup dan sudah-sudahlah dengan sikap buruk yang merosakkan bangsa kita dari dulu sampai sekarang. Kita harus meninggalkan kisah-kisah Hang Nadim, Singapura dilanggar todak dan musuh dalam selimut.

90.      Waima, ada yang menjadi api dalam sekam, bahkan gunting dalam lipatan, tumpul di hujung tapi tajamnya menikam di dalam.

91.      Oleh itu, kita orang-orang UMNO mesti berhijrah ke arah yang lebih baik, sebagai penawar kepada luka-luka bangsa.

92.      Sebagai platform kepada perjuangan masa depan dan menjadi parti berguna kepada anak cucu dan keturunan kita, bukan sekadar untuk tempoh 50 tahun atau sekurun lagi, bahkan untuk tempoh yang lebih panjang dari itu.

JIL UMNO ATAU GENERASI MASA DEPAN UMNO

93.      Bertolak dari situ, Saudara Sekalian, setiap kali Perhimpunan Agung UMNO, semua orang ingin bercakap tentang peremajaan parti.

94.      Berbicara di sudut ini, semakin hari semakin jelas kita mendengar keluhan dan rintihan anak-anak muda yang ingin turut serta berjuang dalam UMNO.

95.      Malangnya, semakin hari semakin jelas juga kita mendapat maklum bahawa hasrat anak-anak muda ini, katanya dihalang dan ditolak oleh mereka yang lebih lama di dalam parti.

96.      Merujuk perkara ini, seperti yang saya sebutkan dalam taklimat Presiden 2 hari lepas, kita perlu menyedari hakikat bahawa UMNO sebenarnya sudah terdiri daripada 3 generasi.

97.      Generasi pertama yang berusia 50 tahun ke atas. Generasi kedua berumur antara 30 hingga 50 tahun. Manakala, generasi ketiga pula, adalah mereka yang berusia 30 tahun ke bawah.

98.      Apa yang penting, demi masa depan parti, ketiga-tiga generasi perlu bekerjasama. Apa yang paling mustahak juga, generasi ketiga mesti  diperluaskan, diperkukuhkan dan diperkasakan.

99.      Makanya Saudara Sekalian, saya sebagai Presiden dan seperti yang disuarakan oleh Tan Sri Mahyuddin selaku Timbalan Presiden dua malam lepas, dan turut disokong oleh Pimpinan-Pimpinan Tertinggi UMNO, kami dengan tegas dan penuh komited menyatakan bahawa:
...bermula dari perhimpunan kali ini, kita akan menjadi lebih komited untuk membuka akses dan pintu-pintu UMNO seluas-luasnya kepada para pemuda pemudi Melayu serta Bumiputera.  

Anak-Anak Muda yang Dikasihi Sekalian, samada yang berada di dalam dewan mahupun di luar sana,  

100.  Maka, seperti yang saya sebut dalam taklimat Presiden 2 hari lepas, secara rasminya, diumumkan bahawa kita akan membuka pendaftaran keahlian UMNO secara terus.... melalui online yang akan ditempatkan di bawah pendaftaran Ibu Pejabat UMNO Pusat kepada anak-anak muda seawal usia 18 tahun.

Saudara Sekalian,

101.  Bersabit hal anak-anak muda, teringat saya ungkapan Saidina Umar al-Khattab, apabila memperkatakan tentang generasi muda.

102.  Anak muda yang menjadi rujukan Saidina Umar adalah Abu Ubaidah. Malah, Nabi Muhammad sendiri memberi gelaran Al-Amin kepada beliau.

Anak-Anak Muda Sekalian,

103.  Itulah pewaris generasi UMNO yang kami mahu dan itulah juga yang kami impikan. Satu saf dan barisan generasi dalam istilah arabnya kita namakan sebagai JIL-UMNO yang bererti generasi pewaris kepimpinan masa depan UMNO.

104.  Oleh yang demikian, sekiranya pada perhimpunan tahun lepas, saya membicarakan tentang isu pengkaderan. Pada perhimpunan ini pula, saya mahu menyentuh soal-soal pengisian atau pentarbiyahan.

105.  Antara kriteria pertarbiyahan JIL UMNO adalah:
Kriteria pertama: JIL UMNO yang berilmu dan berpengetahuan secara holistik atau menyeluruh, yakni mereka yang cerdas, pintar dan bijaksana, yang bukan sahaja berilmu serta berkemahiran, tetapi beramal dengan ilmunya.
Kriteria kedua: JIL UMNO yang berjatidiri dan berintegriti. Maksudnya, kumpulan anak muda ini perlu dilatih supaya berimbang, berakhlak, mempunyai nilai kesederhanaan, tidak menjadi pelampau dan tidak pula terlalu liberal, sehingga membelakangkan nilai-nilai murni agama.
Kriteria ketiga: JIL UMNO yang bersifat glokal. Simpulan kalam, walaupun mereka ini belajar tinggi di Universiti Azhar, Madinah atau di Harvard, Oxford mahupun Cambridge, tetapi jangan sekali-kali terpisah daripada nilai-nilai ketimuran, kesantunan Melayu serta nilai-nilai yang murni di tanahair kita.Itulah dia kerja-kerja pentarbiyahan yang harus kita lakukan dalam melahirkan JIL UMNO yang unggul.

106.  Makanya, menjadi tugas dan tanggungjawab moral kita supaya terus membimbing, melatih, mendidik dan mengasuh generasi muda dan memberi peluang serta diberi tempat yang setimpal dengan kebolehan, keperibadian, menurut penerimaan masyarakat atau organisasi yang berkaitan.

107.  Kesimpulannya, JIL UMNO atau pewaris kepimpinan yang kita dambakan adalah generasi yang kuat sebagai bunga-bunga bangsa,  bukannya zuriat yang lemah  seperti buih-buih di samudera. Barulah nanti kita mampu bernafas dengan lepas dan lega bila diserahkan parti ini pada mereka kelak.

108.  Dalam konteks ini, kalau kita ingin menambat hati generasi muda, UMNO mesti dilihat sebagai parti yang sanggup membanteras rasuah dan politik wang. Oleh sebab rasuah adalah punca kepada banyak kerosakan dan kepincangan.

109.  Di atas segalanya, makna besar kepada peremajaan parti adalah, sekalipun  UMNO sudah berumur lebih 68 tahun dan hampir 25 ribu hari usianya, tapi jiwa muda dan roh perjuangan mestilah terus membara seolah-olah seperti mana pada hari pertama ia ditubuhkan.

110.  Malah segala-gala secara total dan tuntas mesti diremajakan termasuk bagaimana kita menggunakan teknologi, strategi dan pendekatan kita sebagai parti yang kreatif dan inovatif dalam semua hal.

Saudara Sekalian,

111.  Merujuk kepada Wanita UMNO, kita akan terus mengangkat dan mengiktiraf jasa serta pengorbanan mereka selama ini. Untuk perhimpunan kali ini kepimpinan wanita telah menyatakan hasrat supaya mereka diberi pengiktirafan yang lebih daripada sekadar tulang belakang parti.

112.  Dalam hal ini, kita akan menimbang dan mengadakan rundingan dengan semua pihak berkaitan pengwujudan jawatan Naib Ketua Wanita di Peringkat Bahagian dan Naib Presiden Parti di peringkat Kebangsaan.

113.  Namun, saya tahu akan wujud “resistance”. Yang mustahak dan utama, kita sebagai parti yang bersaudara akan berunding dan melihat daripada semua faktor supaya apa pun keputusan yang kita ambil nanti menjadi satu keputusan bersama demi memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada bakti wanita UMNO setelah 66 tahun ini.

Saudara sekalian,

114.  Merujuk permintaan Pemuda dan Puteri pula, yang memohon lebih ramai di bawah usia 40 tahun diberi peluang dan jawatan yang setimpal. Kita juga akan merundingi dan melihat perkara ini dari semua aspek agar keputusan yang diambil nanti adalah wajar.

Saudara Seperjuanganku Sekalian,

115.  Saya tahu, saya tahu benar, isu yang paling hangat diperkatakan dan dinanti-nanti oleh semua ialah AKTA HASUTAN 1948.

116.   Sabar, dengar dulu apa yang nak saya perkatakan.

Saudara Sekalian,

117.  Tampaknya, berdasarkan apa yang kita lihat sebentar tadi, saya mendengar pendapat dan cadangan daripada Timbalan Presiden, Wanita,Pemuda, Puteri, usul-usul daripada bahagian, keresahan suara-suara akar umbi, serta pandangan-pandangan NGO, maka dengan ini saya sebagai Perdana Menteri memutuskan bahawa Akta Hasutan 1948, akan terus dikekalkan.

118.   Malah,  akta ini bukan sahaja akan dipertahan, tetapi akan diperkuat dan diperkukuhkan lagi sekurang-kurangnya dalam 2 perkara.

119.  Pertamanya, kita akan  masukkan peruntukan khas untuk melindungi kesucian agama Islam, bahkan agama-agama lain juga tidak boleh dihina.

120.  Keduanya, kita akan mengenakan tindakan keras ke atas sesiapa yang cuba menghasut supaya Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia.

121.  Ertinya lagi, apa-apa jua perkataan, perbuatan mahupun ucapan yang bersifat menghasut serta menghina  Islam, Melayu dan Raja-Raja akan kita halang dan kita tentang habis-habisan.

Saudara Seperjuangan dan Bangsaku Sekalian,

122.  Seperkara lagi, semua ingin tahu apa sebenarnya pendirian saya selaku Presiden tentang masa depan Melayu dan Bumiputera.

123.  Ketahuilah, saya berdiri di sini, tidak sama sekali sekadar  Perdana Menteri, saya juga berdiri di hadapan ini, bukan setakat  presiden UMNO, tapi saya berdiri dan berbicara di hadapan saudara sekalian, sebagai penyambung lidah dan  warisan perjuangan Melayu Bumiputera.

124.  Dari itu, mana mungkin, saya sanggup membiarkan keturunan dan bangsa saya melarat, terhina, hingga terbangsat menjadi celaka di tanah sendiri.

125.  Berkait itu, saya akan terus komited dalam memperjuangkan nasib kaum Melayu dan Bumiputera. Bukan sekadar di bibir, tapi saya dan rakan-rakan dalam parti serta Kerajaan, telah melakukan segala yang termampu untuk membuktikannya.

126.  Sehubungan itu, selagi hayat dikandung badan, saya bersama Timbalan Perdana Menteri, rakan-rakan kepimpinan juga, komited untuk bersidang sekurang-kurangnya sekali setiap bulan demi menjamin halatuju dan agenda pemerkasaan ekonomi Melayu serta Bumiputera diteruskan.

127.  Bahkan, kita akan menunaikan setiap apa yang dijanjikan semasa ucapan saya di Dewan Agong Tuanku Canselor, UiTM pada tahun lepas, satu persatu.

Sesungguhnya kerajaan Barisan Nasional tunjangan UMNO adalah Kerajaan yang menepati janji.

PENUTUP

HALATUJU DAN HALUAN TERBESAR UMNO

Saudara Seperjuangan Sekalian,

128.  Walau apapun, adakala, waktunya kita berasa letih dan lesu apabila tidak henti-henti diherdik, dikritik dan dibentak-bentak.

129.  Adakala, kita juga berasa kecewa apabila segelintir bangsa kita sendiri ragu-ragu tentang perjuangan ini.

130.  Oleh yang demikian, saya selaku Presiden ingin menyeru,

Kembalikanlah,... semangat UMNO yang kian pudar.

Pulihkanlah,.... jiwa UMNO yang sudah hampir malap.

Nyalakanlah,... semangat perjuangan asal serta roh UMNO yang sudah makin menghilang.


Sematkanlah, rasa sayang dan kasih kepada parti, KERANA DI SITULAH,... DI SITULAH KITA AKAN BERTEMU JAWAPANNYA.

Saudara Sekalian,

131.  Kepada akar umbi UMNO pula, yang sejak dahulu istiqamah dan iltizam dalam perjuangan, kita harus membayar balik harga pengorbanan dan harga kesetiaan mereka dengan cara terus membela untung nasib bangsa, kerana UMNOlah satu-satunya parti tempat berlindung dan bergantung harap demi masa depan kita semua.

132.  Sedarlah, insaflah, sesungguhnya kita tidak berhadapan dengan banyak pilihan, hanya satu sahaja.
Seandainya parti ini rebah, sekiranya parti ini jatuh dan tumbang, keindukan Melayu Bumiputera akan turut tersungkur dan terkubur bersamanya. Nauzubillah.

Oleh itu Saudara Seperjuanganku Sekalian,

133.  Marilah kita bangun, marilah kita berdiri. Tegakkan kepala mu, jangan mundur, pandang ke depan, sekali layar sudah dikembangkan, sekali sauh sudah dinaikkan, bahtera UMNO tidak boleh berpatah balik.

Kita akan pastikan, panji-panji Sang Saka Bangsa akan terus berkibar megah di persada.  

Saudara Seperjuanganku Sekalian,

134.  Angkatkan telapak tangan kanan kalian, genggamlah erat perjuangan ini, sebagai simbolis solidariti bangsa.

Ayuh! Ayuh, letakkannya di perabung-perabung dada, di mana bertempatnya hati dan sanubari.

Bersama kita teriakkan, bersamalah kita laungkan,

MAJU MELAYU!

MAJU BUMIPUTERA!


MAJU UMNO!                       


MAJU BARISAN NASIONAL!


MAJULAH MALAYSIA!


Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih.
Read more ...
© 2008-2016 Pena Minang Institute