ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Sunday, 4 January 2015

BEBERAPA PENDAPAT IMAM AS-SYAFIE YANG JARANG DIKETAHUI

MUAT TURUN SECARA PERCUMA DISINI
Apabila disebut nama Imam Syafie, rata-rata umat Islam mengenalinya. Apatah lagi di negara seperti Malaysia, yang majoriti umat Islam bermazhab Syafie. Pun begitu, ada pendapat atau pegangan Imam besar ini yang tidak popular di negara kita, atau sengaja tidak dipopularkan. Antaranya:

1) Imam Syafie berakidah Allah Taala berada di atas Arasy.

Imam Syafie berkata: “Pegangan dalam sunnah yang aku berada di atasnya, dan dipegang oleh mereka yang aku temui seperti Sufian, Malik dan lain-lain ialah menyaksikan bahawa tidak ada Tuhan yang sebenar selain Allah dan Muhammad adalah pesuruh Allah, dan Allah berada di atas arasyNya di langitNya, mendekati makhlukNya sebagaimana Dia kehendaki, turun ke langit dunia sebagaimana Dia kehendaki”. Al-Uluw oleh Al-Zahabi (hlmn: 165), Ijtima’ Al-Juyusy Al-Islamiyyah (hlmn: 165).

2) Imam Syafie menegaskan kewajipan beriman dengan segala sifat Allah, dan sifat Allah hendaklah dipelajari melalui syarak, bukan dengan akal.

Kata Imam Syafie: “Allah Taala mempunyai nama-nama dan sifat-sifat. Tidak boleh seseorang pun menolaknya. Sesiapa yang menyalahi selepas tertegak hujah di hadapannya, maka dia menjadi kufur. Manakala sebelum tertegaknya hujah, dia dimaafkan dengan alasan jahil. Kerana ilmu tentangnya tidak dapat diperolehi dengan akal, pandangan, dan fikiran”. (Fathul Bari 20/494)

3) Imam Syafie berpendapat pahala bacaan Al-Quran tidak sampai kepada si mati.

Firman Allah Taala yang bermaksud:

“Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya”. (Al-Najm: 39).

Ibn Katsir berkata, “Daripada ayat yang mulia ini, Imam Syafie -rahimahullah- dan mereka yang mengikutinya mengeluarkan hukum bahawa pahala hadiah bacaan (Al-Quran) tidak sampai kepada orang-orang yang mati”. (Tafsir Ibn Katsir: 7/465).

4) Imam Syafie melarang bersembahyang berimamkan orang Syiah.

Al-Buwaitiy (murid Imam Syafie) bertanya kepada Imam Syafie, “Bolehkah aku bersembahyang di belakang orang Syiah?”

Imam Syafie berkata, “Jangan bersembahyang di belakang orang Syiah, orang Qadariyyah, dan orang Murjiah”

Al-Buwaitiy bertanya pula tentang sifat-sifat mereka. Lalu Imam Syafie menyifatkan, “Sesiapa yang mengatakan Abu Bakr dan Umar bukan imam, maka dia Syiah”. (Siyar A’lam Al-Nubala 10/31).

5) Imam Syafie mencela kumpulan sufi.

Imam Syafie berkata: “Kalau seorang lelaki bertasauf pada awal pagi, tidak sampai waktu Zohor kamu akan mendapati dia sudah menjadi bebal”. (Manaqib Al-Syafie 2/208)

Kata beliau lagi: “Tidak ada seorang pun melazimi golongan sufi selama 40 hari, kemudian akalnya boleh kembali (seperti sediakala)”. (Talbis Iblis: 371)

Kata beliau lagi: “Seorang sufi tidak menjadi sufi melainkan ada padanya empat sifat:

- sangat malas
- banyak makan
- banyak tidur
- banyak cakap kosong”.

(Manaqib Al-Syafie 2/208).

Antara kata-kata Imam Syafie lagi tentang tasauf: “Tasauf diasaskan di atas kemalasan”. (Hilyatul Awliya).

Beliau juga berkata: “Aku mendampingi golongan sufi selama tiga puluh tahun, aku tidak melihat seorang pun dalam kalangan mereka berakal kecuali Muslim Al-Khawwash”. (Talbis Iblis: 447).

6) Imam Syafie mencela orang yang mendalami ilmu kalam.

Kata Imam Syafie: “Hukumanku terhadap ahli kalam ialah mereka hendaklah dipukul dengan pelepah-pelepah, diusung di atas unta, dan bawa mengelilingi kabilah-kabilah. Dilaungkan kepada mereka: Inilah balasan orang yang meninggalkan Kitab dan Sunnah, dan mempelajari ilmu kalam”. (Tawali al-Ta’sis: 64).

7) Imam Syafie mewajibkan tunduk kepada dalil, bukan taksub kepada imam.

Kata Imam Syafie: “Ulama telah berijmak (sepakat) bahawa sesiapa yang telah nyata baginya sunnah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, tidak halal dia meninggalkannya kerana mengikut pendapat seseorang”. (Madarij al-Salikin 2/335)

8 comments:

  1. Mohon Blogger Pro Kerajaan supaya memberikan Penekanan, Pendedahan serupa 999, mengenai kemusnahan Hutan yang berlaku di Kelantan..

    Blogger Pro Kerajaan dapatkan DANA drp pihak yg terbabit pergi sendiri ke kawasan tadahan hujan yg digondolkan dengan kejam oleh Regim DAP Bersaudara akibat kelulusan membabi buta oleh Pemerintah Kelantan iaitu Nik Aziz dan Husam Musa dan keseluruhan Exco terlibat perlu mengambil tanggungjawab di atas keputusan mereka.

    Mohon dapatkan gambar, interview dgn penduduk kampung, organisasi kerajaan pusat dan tempatan mengenai pembalakkan Halal dan Haram.

    Pembersihan Hutan yang berleluasa menyebabkan Air Menjadi Ombak Tsunami memusnahkan ratusan rumah, jalan dan jambatan..

    Serang Kelantan..

    Operasi Tsunami Kuning.

    Blogger Pembangkang gunakan isu Jet Kerajaan untuk alih isu Banjir Tsunami apalagi nak menyentuh Pembalakkan di Kelantan??

    ReplyDelete
  2. nak berdusta atas nama Imam Syafie plak ke?
    mentang la Imam Syafie sudah wafat dan tak dapat pertahankan diri maka senang senang je nak berdusta atas nama Imam Syafie.
    tak cukup berdusta atas nama Nabi maka nak juga berdusta atas nama para Imam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau yang bangang ni, kan blogger dah beri rujukan, kenapa tak buat cross-check sebelum menuduh blogger berdusta atas nama shafie? Masaalah besar pelaku2 bidaah macam kamu adalah ketaksuban kamu dengan amalan2 bidaah kamu!

      Delete
  3. aku benci syiah tapi aku lagi benci dgn wahabi yg menyamar sunni

    ReplyDelete
    Replies
    1. jahil & bangangnya kamu ni! faham ke wahabi2 tu benda apa? cuba beri penjelasan! wahabi tu dinisbatkan kepada siapa? kamu pelaku2 bidaah bukan sunni tapi bakal2 penghuni neraka!

      Delete
  4. kamu semua melabel blogger sebagai wahabi, faham ke wahabi2 tu apa? sangat typical pelaku2 bidaah, tak mahu berganjak dari pegangan & amalan bidaah mereka. bukan nak jawab hujah secara intellectual tetapi melemparkan segala macam label kepada penentang2 bidaah. Janganlah kamu meremehkan amaran RasulUllah tentang bidaah. SEMUA bidaah adalah SESAT, tidak terkecuali. Pelaku2 bidaah tidak berhujah dengan nas tetapi memberi alasan. Thaniah kepada tuan blogger. Teruskan usaha pembersihan mental muslim daripada bidaah!

    ReplyDelete
  5. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












    Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute