SPR CADANG 11 KERUSI BARU MENJELANG PILIHANRAYA NEGERI SARAWAK

Banggunan Baru DUN Sarawak. Untuk maklumat lanjut layari www.dun.sarawak.gov.my
Oleh : Jebat

Bila bercakap mengenai Sarawak, apa yang bermain di kepalaku tak lain dan tak bukan ialah Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud, yang merupakan pemegang rekod selaku Ketua Menteri / Menteri Besar paling lama di Malaysia. Kini jawatan Ketua Menteri Sarawak disandang oleh Tan Sri Datuk Amar Hj Adenan Hj Satem, seorang yang aku lihat agak lembut dan manis wajahnya.

Namun dalam artikel kali ini, aku bukan hendak memperkatakan watak kedua tokoh berkenaan, sebaliknya aku hendak menarik minat rakan-rakan sekalian mengenai cadangan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) mewujudkan 11 lagi kawasan DUN di dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Cadangan ini adalah sejajar dengan kehendak-kehendak Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan;

(2) (i) Tertakluk kepada perenggan (ii), Suruhanjaya Pilihan Raya hendaklah, dari semasa ke semasa, sebagaimana yang difikirkannya perlu, mengkaji semula pembahagian Persekutuan dan Negeri-Negeri kepada bahagian pilihan raya dan mengesyorkan apa-apa perubahan mengenainya yang difikirkannya perlu supaya dipatuhi peruntukan yang terkandung dalam Jadual Ketiga Belas; dan kajian semula bahagian-bahagian pilihan raya bagi maksud pilihan raya ke Dewan-Dewan Undangan hendaklah dijalankan pada masa yang sama dengan kajian semula bahagian-bahagian pilihan raya bagi maksud pilihan raya ke Dewan Rakyat.

(ii) Maka hendaklah ada lat tempoh tidak kurang daripada lapan tahun antara tarikh siapnya satu kajian semula, dengan tarikh bermulanya kajian semula yang kemudiannya, di bawah Fasal ini.

(iii) Kajian semula di bawah perenggan (i) hendaklah disiapkan dalam tempoh yang tidak melebihi dua tahun dari tarikh bermulanya kajian semula itu.

Rujuk : http://cpps.org.my/resource_centre/perlembagaan_persekutuan.pdf

Maka dengan itu SPR telah mencadangkan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak yang baru bagi Pilihanraya Negeri Sarawak yang akan datang. Berikut merupakan 11 kerusi yang dicadangkan oleh SPR;

N13 - Batu Kitang
N17 - Stakan
N18 - Serembu
N23 - Triboh
N26 - Gedong
N40 - Kabong
N57 - Tellian
N63 - Selirik
N66 - Murum
N70 - Samalaju
N78 - Long Lama

Sekiranya cadangan ini tidak menerima bantahan, maka kita akan dapat lihat ruang tempat duduk dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak akan bertambah sekaligus akan memberi peluang kepada rakyat untuk memilih wakil mereka dalam DUN Sarawak.

Untuk maklumat lanjut mengenai perkara ini layarai www.spr.gov.my

Post a Comment

0 Comments