ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Wednesday, 7 January 2015

TIPS UMRAH : SEBELUM BERTOLAK KE TANAH HARAM

Oleh : Jebat

Alhamdulillah, pada penghujung bulan Disember 2014 yang lalu, penulis berkesempatan melaksanakan ibadah umrah di Makkah Al-Mukkaramah selain melakukan ziarah di Madinah Al-Munawarrah. Semoga penulis diberi kesempatan untuk hadir ke tempat yang penuh barakah ini pada masa akan datang dan mati di Madinah. Insyallah.

Disini penulis ingin kongsikan sedikit tips yang dapat memberi manfaat kepada bakal-bakal tetamu Allah yang akan menjalani ibadah Umrah pada masa akan datang.

1. Banyakkan membaca bahan-bahan bacaan yang berkaitan dengan tatacara perlaksanaan ibadah umrah. Carilah yang penulisan yang paling bertepatan dengan tatacara perlaksanaan umrah sepertimana yang dicontohkan oleh Nabi dan para sahabat.

2. Selain itu, selalulah menonton video-video tatacara perlaksanaan umrah terutama sekali yang selari dengan Al-Quran dan Sunnah. Disini ada contoh yang menjadi rujukan penulis :



3. Sekiranya terdapat persoalan yang berbangkit mengenai satu-satu perkara dalam perlaksanaan umrah, jangan segan-segan menghubungi para assatizah / ustaz / ustazah anda. Namun pastinya mereka kesemua ini memberikan dalil dari Al-Quran dan Hadis.

4. Sekiranya anda menghadiri kursus Umrah yang dijalankan oleh Agensi Umrah yang anda mendaftar, usahlah terima bulat-bulat apa yang dicakapkan oleh ustaz / mutawwif berkenaan. Sebaliknya, buat kajian semula dan mencari sumber-sumber yang lebih tepat. Sekiranya perlu, buatlah nota sendiri. Tak semestinya yang tertulis dalam buku itu adalah tepat. Penulis sendiri hanya mengikut tatacara yang paling mudah dalam melakukan ibadah umrah seperti nota yang penulis tulis disini : http://www.penaminang.com/2014/12/tatacara-melaksanakan-umrah-100-sunnah.html#axzz3NsNZvDBD

5. Penulis pernah terbaca beberapa buku bertali mengenai tatacara perlaksanaan ibadah umrah. Amat kompleks dan terlalu menyusahkan. Setiap pusingan tawaf dan saie ada bacaan tertentu, namun tidak dinyatakan dari mana sumber rujukan mereka. Sedangkan apa yang penulis ketahui ialah hanya ada beberapa bacaan pendek dan ringkas yang disunnahkan ketika antara Rukun Yamani menghala ke penjuru Hajar Aswad. Begitu juga dengan Saie. Percayalah dengan kata-kata penulis, anda tidak akan sempat menghabiskan doa yang anda baca mengikut sebahagian doa yang tertulis dalam buku-buku tersebut. Ibadah tawaf dan Saie memerlukan fizikal dan mental. Selain kesiapsagaan penglihatan bagi mengetahui jumlah pusingan dan dimana kedudukan anda ketika sedang bertawaf dan bersaie. Maka amat susah untuk fokus dalam membaca doa yang tertulis dari kitab bertali tatkala anda bertawaf atau bertawaf. Maka jika anda melihat pada nota penulis di link diatas, anda akan dapat perhatikan bahawa, kebanyakkan doa yang dikemukakan adalah yang ringkas-ringkas dan telah menjadi kebiasaan pada anda. Selain itu terdapat ruang yang luas dimana anda boleh berdoa mengikut hati dan kemahuan anda ketika bertawaf  dan bersaie.

6. Bawa bekalan biskut dalam kuantiti yang banyak. Selain itu pastikan anda membeli biskut-biskut yang sudah mempunyai pek-pek kecil di dalamnya. Tujuannya adalah untuk membantu anda mendapatkan makanan sementara menunggu makanan yang disediakan oleh pihak ketering.

7. Bawa bekalan ubat-ubatan yang anda perlukan sepanjang anda berada di Arab Saudi. Seperti minyak angin, balm, lips gloss dan lain-lain lagi. Jika mampu, bawalah bekalan-bekalan ini dalam kuantiti yang banyak.

8. Kepada jemaah lelaki khususnya, bawalah jubah. Kerana anda akan menggunakan semaksimumnya jubah anda. Selain itu jubah adalah pakaian paling ringkas ketika berada ditanah haram. Namun sekiranya anda seorang yang gemarkan t-shirt. Bawalah bersama. Tidak ada halangan. Namun sebaik-baiknya bawalah pakaian yang paling berkualiti dan selesa dengan kulit anda. Bagi wanita, bawalah jubah. Namun sekiranya anda tidak ada jubah, pakailah apa sahaja pakaian yang menutup aurat dan labuh serta longgar yang menghalang visual pemaparan bentuk tubuh anda. Dan usah risau, di Makkah dan Madinah ada banyak kedai yang menjual jubah. Dari yang murah sampailah yang tak tercapai dek akal. Kesemuanya mengikut kualiti fabrik dan kuantiti barangan yang anda beli.

9. Penulis mengesyorkan agar anda membaca buku yang berikut :

a) Panduan Manasik Haji dan Umrah  Berdasarkan Al-Qur'an dan Sunnah dan Pemahaman as-Salafus Soleh, tulisan : Ustaz Yazid Abdul Qadir Jawas terbitan Pustaka Imam As-Syafie.

b) Tuntunan Praktris Manasik Umrah, tulisan : Abu Muhammad Abdurrahman As-Syafi'i terbitan Pustaka Ibnu Umar.

Akan bersambung > Tips Umrah Ketika Di Makkah Al-Mukkaramah

3 comments:

  1. Tuan assalamualaikum. Saya cadangkan tuan snap muka depan setiap buku@rujukan mengerjakan ibadah umrah. kat pasara saya lihat ada macam2. kebetulan ketika saya mengerjakan umrah buku2 kecil saiz gantung leher banyak juga memberi panduan lengkap InshaAllah

    ReplyDelete
  2. Kelantan RED WARRIORS sah cuma Pondan-Pondan yang berlagak bodoh-sombong, berlagak gedeber, hakikatnya lemah lembut, pondan, dayus lebih teruk drp betina dan pondan Jalan Chow Kit.

    RED Warrior tak berani tegur Kerajaan PAS Kelantan, tak beri persoal kemana halatuju Islam Kerajaan Pas Kelantan, kenapa beri Tanah Balak pada Dap Lahanat Nga & Ngeh Bersaudara, hingga mereka jadi Jutawan Kaya Raya, Puak Pimpinan Pas Kelantan Makan Rasuah simpan duit, Rakyat Kelantan makin miskin..

    Puak Red Warrior Ibu Kota MELIWAT orang kampong, mencelakakan kehidupan Mak Bapak, Ibu dan Ayah, sanak saudara kerana menyebarkan Dakyah Puak Pimpinan Rasuah Pas..

    Para Pemimpin PASMA Kerajaan PAS Kelantan Perasuah Tegar.., Husam Musa kaya raya...Dr Hata Ramli Kaya Raya...

    Red Warrior memang macam PONDAN...Lembik, Longlai..cuma tahu memuaskan Nafsu di Takbai, Golok..Minom lah kat sana puas-puas, balik Kelate jadi alim balik...

    Biar lagi banyak malapetala, bala turun di Kelantan, disebabkan masyarakat Kelantan, memang macam itu...tak mahu mengubah nasib, apa lagi menegakkan kebenaran.

    APA RED WARRIOR ADER TELOR KER?

    ReplyDelete
  3. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












    Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2016 Pena Minang Institute