KISAH SEBUAH GELARAN : PERITNYA DUGAAN, MANISNYA KESABARAN, INDAHNYA PERSAHABATAN

Dipetik dari : Mohd Khursani Md Khakhir

Untuk semua rakan-rakan dan juga mereka yang sudi membaca di ruangan ini. Saya sekadar ingin berkongsi sedikit pengalaman hidup jika ada yang boleh dijadikan sempadan dan tauladan, pengajaran dan cabaran. Pelajar-pelajar saya sering berkata kepada saya.."Dr, bestnya ada PhD kan..bestnya jadi pensyarah.. tentu gaji pensyarah besarkan?" Itulah yang sering diucapkan kepada saya dan akhirnya pada suatu hari, saya bertanya di dalam kelas, "Boleh tak saya nak ambil masa kamu . Saya nak cerita sikit?" Semua pelajar saya menjawab serentak "Boleh!" Hari ini saya nak ceritakan pengalaman saya buat PhD... (sambung pelajaran untuk dapatkan PhD dan mereka meletakkan pen dan pensil untuk mendengar cerita saya).

Saya buat PhD atas dua sebab. Pertamanya, memang itu cita-cita saya. Keduanya, kerana polisi universiti yang mewajibkan setiap pensyarah mesti memiliki ijazah phd. Ada orang kata phd..penyakit hasad dengki tapi bagi kami, phd adalah 'permanent head damage' . Pelajar-pelajar saya tergelak besar bila mendengar istilah tersebut. Damage bukan bermakna rosak tapi nak menunjukkan betapa peritnya liku-liku hidup yang terpaksa dilalui untuk mendapatkan sekeping ijazah bernama PhD.. Pada tahun 1997 saya dan suami serta dua orang anak ke Birmingham, UK untuk melanjutkan pelajaran. Suami saya mengambil cuti tanpa gaji selama 3 tahun. Dia hendak menyambung pelajaran ke peringkat sarjana dan saya peringkat phd. Bermakna anak-anak saya akan hidup dengan dua orang 'pelajar' yang akan sentiasa sibuk dengan buku-buku dan tugasan yang perlu disiapkan. Pada hujung 1997, anak-anak saya mendapat tahu mereka akan mendapat seorang adik yang akan dilahirkan pada pertengahan 1998. Bertambah lagi satu cabaran. Selama 10 bulan, saya berulang-alik ke universiti di mana saya perlu ambil dua bas atau satu bas dan keretapi untuk sampai ke universiti. Saya tanyakan pada pelajar-pelajar saya, "Boleh tak awak semua bayangkan bagaimana seorang ibu yang pregnant menjadi pelajar? Kalau dibandingkan dengan kamu semua yang masih solo, tinggal dalam kampus, ada bas disediakan tapi ada di antara kamu yang masih lewat datang ke kelas?" Pelajar-pelajar saya terdiam, tidak ada lagi bunyi ketawa.Mereka faham, saya sedang 'menyindir' sambil bercerita.

Pada Julai 1998, saya selamat melahirkan anak ke 3, seorang lagi anak lelaki dan bulan itu juga suami saya menerima ijazah sarjananya. Dia telah selamat tamatkan sebuah episod tapi perjuangan saya belum selesai. Supervisor meminta saya berusaha lebih gigih supaya lebih cepat siap dan dapat phd. Waktu malam suami saya bekerja part-time di kilang Cadbury. Agaknya kurang selesa hanya tolong menjaga anak-anak semasa saya ke universiti atau tidak selesa tidak ada pendapatan sendiri. Ada masanya saya membaca buku atau menaip tugasan sambil meriba anak saya yang masih bayi dan suami saya pula melayan dua orang anak saya yang waktu itu berumur 7 tahun dan 4 tahun. Saya tanyakan kepada pelajar-pelajar saya.."Susah sangatkah kamu belajar dalam keadaan kamu yang masih bujang? Kenapa masih ada yang tidak siapkan tugasan yang diberikan pensyarah?"

Pada Disember 1998 saya telah tempah tiket untuk kami sekeluarga pulang ke Malaysia pada bulan April. Tujuan utama untuk mencari data untuk kajian phd saya. Saya telah mula membeli hadiah untuk adik-adik saya dan saudara mara di kampung. Begitu juga dengan suami yang mencari hadiah untuk adik beradik dan keluarganya. Bulan Januari 1999 saya dikejutkan dengan panggilan telefon daripada adik saya.. memberitahu adik lelaki bongsu saya berumur 15 tahun meninggal dunia dalam kemalangan motorsikal dan van kilang tak jauh dari kawasan kampung. Allah saja yang tahu, betapa rindunya saya pada adik kesayangan saya. Adik yang saya jaga seperti seorang ibu menjaga anaknya dan terngiang-ngiang di telinga saya, adik saya berkata, "Ami dah kurus sekarang. Kalau kak long balik nanti mesti terkejut tengok Ami!"(Dia membahasakan diri dia "kami" sejak kecil, tapi cuma sebut "ami"). Ikutkan hati..saya ingin terbang pulang hari tu juga untuk menatap wajah adik saya buat kali terakhir tapi saya tak mampu, apatah lagi tiket-tiket bulan April dah dibayar sepenuhnya. Seharian saya cuma menelefon, bertanya apa yang berlaku. Adik-adik saya cuma memberitahu,"Jenazah dah dimandikan.. dah dikafankan dan dah dikebumikan." 3 hari dan 3 malam saya menitiskan airmata. Saya tidak menelefon ibubapa kerana tidak mahu mendengar mereka menangis. Saya hanya bercakap dengan adik-adik di kampong. Hanya suami saya menelefon ayah saya dan mengucapkan takziah dan minta bersabar tapi pada hari adik saya meninggal dunia, saya tetap pergi ke kelas macam biasa. Kawan-kawan bertanya, "Kenapa tidak rehat saja di rumah?" Saya memberitahu mereka, "Kalau saya menangis sampai keluar airmata darah pun adik saya tak akan hidup semula." Lebih baik saya ke kelas..teruskan hidup macam biasa tapi sepanjang jalan ke universiti airmata saya keluar. Saya bertanya kepada pelajar saya, "Kenapa ada di antara kamu yang selalu ponteng kelas hanya kerana masalah kecil? Kerana bergaduh dengan boyfriend..hanya kerana putus cinta dengan girlfriend?

Selepas tiga hari saya berhenti menangis. Dah kering airmata dan daripada Januari 1999 hingga tahun 2002 saya tidak boleh menangis. Sesedih mana pun..saya tak boleh menangis. Saat itu baru saya tahu betapa menangis itu satu nikmat pemberian Allah kepada hamba-hambaNya. Terlalu sakit rasanya bila kita tidak dapat menangis. Waktu menziarah kubur adik saya, saya tidak menangis walhal saya amat rindukan dia. Ada satu perkara yang perlu saya ceritakan semasa di UK. Setiap kali selepas saya solat, saya akan berdoa,"Ya Allah panjangkanlah umur datukku!" (Saya dibesarkan oleh nenek dan datuk)."Berilah saya peluang untuk berjumpa datuk, ayah dan ibu!" Itulah doa saya setiap hari. Saya terlalu bimbang tidak dapat bertemu dengan datuk atau ayah dan ibu. Sebab kita selalu berfikir yang tua akan pergi dulu. Bila adik meninggal, saya tersentak. Saya tidak pernah berdoa untuk adik-adik saya kerana selalu berfikir yang muda akan hidup lebih lama daripada orang yang tua

Allah mengajar saya. Saya dapat apa yang saya minta..dapat bertemu dengan datuk, ayah dan ibu. Tapi Allah ‘memberi’ peringatan kepada saya . Jangan lupa orang muda juga boleh diambil nyawanya pada bila-bila masa. Perasaan bersalah sebab tidak mendoakan adik-adik buat saya rasa terduduk, menyesal dan macam-macam. Bila difikirkan, apakah hak saya untuk meminta Allah panjangkan umur hamba-hambaNya sebab Allah dah berkata di dalam al-Quran " Bila datang ajal anak Adam, tidak akan lewat atau cepat sesaat pun.." Sejak hari itu saya cuma berdoa, berikanlah kepada kami semua kebaikan di dunia dan akhirat." Lambat atau cepat pulangnya seorang hamba adalah hak Allah untuk menentukan. Saya insaf... Saya tidak perlu 'mengajar' Allah apa yang patut dilakukanNya. Sejak itu juga setiap kali pelajar-pelajar saya kata, "Dr., tolong doakan saya dapat kerja di Perak ..tolong doakan saya dapat kerja ini dan itu.." Saya memberitahu mereka, "Maaf, saya cuma akan doakan untuk kamu, berikanlah yang terbaik untuk pelajar-pelajar saya." Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Kita tidak perlu mengajar Allah. Tidak perlu 'memerintah' Allah buat itu dan ini. Kadang-kadang apa yang kita rasa baik untuk kita tidak semestinya baik.. jadi, terimalah ketentuan Allah dengan hati yang redha.

RINDU YANG TAK BERPENGHUJUNG.

Berbalik kepada cerita kematian adik kesayangan Mohd Shahrom pada tahun 1999, ia memang banyak dialami oleh pelajar-pelajar yang berada di luar negara tapi bagi saya ia bukan kesedihan biasa.. kenapa? Saya anak sulung daripada 11 adik beradik, iaitu 6 perempuan dan 5 lelaki. Pada tahun 1976, ketika saya berusia 9 tahun saya kehilangan seorang adik perempuan kerana demam panas. Saya berpeluang mencium dahi adik waktu itu. Tahun 1983, saya kehilangan seorang adik lelaki yang baru dilahirkan waktu saya di asrama Sekolah Men. Agama (P) al-Mashoor, Penang. Saya tidak diberitahu pun adik saya meninggal dunia. Pada tahun 1986, ketika saya belajar di Nilam Puri, Kelantan. Saya kehilangan seorang lagi adik lelaki yang berusia 10 tahun. Adik saya meninggal kerana lemas sewaktu bermain di sungai di Nibong Tebal. Saya mengambil penerbangan dari Kota Bharu ke Alor Setar, kerana tidak ada tiket ke Pulau Pinang. Bila saya sampai di rumah, jenazah telah dikebumikan. Hajat untuk menatap wajah adik saya Mohd Nasir tidak kesampaian.

Sebab itulah bila adik lelaki bongsu saya meninggal pada tahun 1999 ketika saya di UK... Kesedihan saya menjadi kesedihan yang teramat sangat. Peristiwa lama berulang lagi. Saya tidak dapat melihat dan menghantar jenazah adik ke tempat persemadian. Kalau ditanya apakah perasaan saya hari ini? Saya hanya mampu mengucapkan satu ayat, "Kerinduan terhadap adik-adik saya yang telah pergi tidak pernah berpenghujung." Hinggakan saya tidak mampu lagi menziarahi pusara mereka. Bukan tidak berani menghadapi kenyataan tapi tak sanggup mengenang lagi kesedihan masa silam.

Tahun 2000, saya mencuba bersungguh-sungguh untuk siapkan thesis, dan saya di peringkat menganalisa data-data yang diperolehi dari kajian di Malaysia. Januari 2000 saya menerima kunjungan tetamu dari Malaysia, seorang sahabat dari UKM yang datang bersama suaminya. Kami keluar untuk makan malam di rumah kawan yang tak jauh dari rumah sewa saya. Pukul 8.30 malam kami pulang kerumah. Waktu melangkah masuk ke dalam rumah, saya merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Bila sampai ke ruang tamu, saya lihat semua barang-barang berselarakan di atas lantai. Rumah sewa kami dicerobohi dan perompak yang memecah masuk rumah saya mengambil barang-barang yang paling berharga buat saya. Bukan emas, kerana saya tak punya emas permata tapi komputer, desktop, laptop dan printer. .semua yang amat penting untuk pelajar-pelajar phd. Saya terduduk...nak menangis tapi tak berair mata. Untuk memaki perompak-perompak itu pun saya tak mampu. Yang saya ingat, saya cuma berdoa, “Ya Allah, berikanlah pengajaran kepada manusia-manusia yang mengambil barang-barangku sehingga mereka tidak akan mengulangi kesalahan ini terhadap orang lain." Itulah doa saya dan dalam keadaan bertungkus lumus ingin menyiapkan secepat mungkin thesis phd..saya diuji lagi dengan dugaan in.

Untuk membeli komputer baru, bukan mudah terutama ketika ekonomi gawat. Suami pun bercuti tanpa gaji. Untuk meminta kepada ibubapa tak mungkin kerana keluarga saya bukan orang senang tetapi Allah itu Maha Pemurah. Seorang kawan saya di University of Manchester memberikan sebuah komputer lamanya kepada saya. Kawan-kawan di Manchester mungkin pernah dengar nama Ahmad Sofi dan isterinya Salina. (Sofi ialah seorang pensyarah USM tapi bekerja sebagai arkitek di Manchester). Saya tak terbalas budi-baik mereka... hanya Allah saja yang dapat membalasNya.

Bayangkanlah bila menggunakan komputer yang sudah agak lama, tentu mengambil masa tapi saya selalu yakin dengan rahmat Allah. Pada September 2000, suami dipanggil pulang bertugas kerana cutinya telah habis. Diikutkan hati, saya tak mahu pulang ke Malaysia kerana ingin cepat siapkan thesis tapi difikirkan balik, suami saya telah berkorban selama 3 tahun untuk saya. Biarlah kali ini saya pula berkorban untuk dia. Akhirnya kami pulang ke Malaysia menghadapi cabaran baru di tanahair sendiri. Supervisor berkali-kali mengingatkan saya, "Make sure you'll finish your thesis, and please come back for your viva!" - pastikan awak siapkan tesis awak, dan datang semula untuk bentangkan hasil kajian awak."

PENGHUJUNG CERITA

Cabaran di Malaysia lebih hebat kerana di sini tanggungjawab kita lebih besar, kepada keluarga sendiri, kepada saudara mara dan lain-lain. Genap 4 tahun thesis saya belum dapat disiapkan. Menjadi polisi universiti jika gagal siapkan phd dalam masa 4 tahun biasiswa ditamatkan. Masih lagi boleh bernafas...Selepas 4 tahun 6 bulan gaji saya pula dihentikan. Dari Jun 2002 hingga Jun 2003, saya tidak punya gaji walau sesen pun. Ketika itu saya bergantung sepenuhnya kepada simpanan yang bukannya banyak dan bergantung kepada gaji suami. Peritnya ya Allah...baru saya tahu bagaimana perasaan isteri yang tidak bekerja dan tidak punya pendapatan sendiri..terpaksa bergantung kepada apa yang diberikan oleh suami semata-mata. Dalam kepayahan dan keperitan, saya cuba juga untuk menyiapkan thesis. Anak-anak mula bersekolah dan kesibukan saya juga bertambah. Apatah lagi anak sulung saya banyak ketinggalan dalam pelajaran. Tumpuan perlu juga diberikan untuknya yang telah berkorban untuk saya.

April 2002..saya bersalin anak ke empat, seorang lagi anak lelaki... Melihat wajah anak-anak saya merasakan makin kuat azam saya untuk menyudahkan thesis dan saya pernah berjanji. Saya mesti siapkan thesis sebagai hadiah untuk arwah datuk saya yang kembali ke rahmatullah pada bulan Jun 2002. Datuk (Tok wan) lah yang menjadi sumber inspirasi saya yang mengajar saya erti loving, sharing dan caring.

April 2003, thesis saya siap dan dihantar kepada supervisor di UK yang selalu menulis nota kecil setiap kali memulangkan kerja saya yang diperiksanya, "My daughter, you can do it. Don't worry!"Akhirnya pada 8hb Jun 2003, saya terbang sekali lagi ke UK untuk membentangkan hasil kajian saya. Sejujurnya, waktu itu saya ke sana dengan sedikit duit yang dibekalkan suami, duit yang dipinjamkan oleh sahabat setia saya, Dr. Ramizah dan ketua jabatan saya waktu itu, Dr Shafai. Di sana saya menumpang rumah kawan saya, Dr. Fadhil - pensyarah USM dan isterinya kak Ani, orang Baling. Merekalah yang menjaga makan minum saya selama saya di sana. Sahabat saya Adlina, anak kepada bekas TMB Kelantan, ustaz Abdul Halim, dan suaminya Fauzi menghantar saya ke universiti pada 12hb Jun 2003. Sebelum memulakan pembentangan, saya menunaikan solat Zohor di surau universiti. Doa saya hanya satu, "Ya Allah, selama hidupku ini, daku telah diuji dengan berbagai-bagai dugaan. Daku tidak pernah bersungut terhadap ujianMu ya Allah! Andaikata, sikap tidak bersungut itu Kau terima sebagai amalan yang soleh, daku mohon padaMu,ya Allah! Permudahkanlah urusanku ini, ya Allah."

Adlina menghantar hingga ke muka pintu bilik pembentangan akan dibuat. Saya masih ingat dia menggenggam erat tangan saya dan berkata, "Kak Fauziah, you can do it!" Sempat memohon restu daripada supervisor saya, Dr. Ibrahim Surty. Dia berkata, "My daugher, do your best!" Selama 45 minit bersoal jawab, menghuraikan apa yang ditanya dan mempertahankan kenapa saya memilih tajuk yang agak kolot: Agricultural Law. Saya diminta tunggu di luar sekejab. Saya keluar dan menanti di bilik supervisor.., dia tahu betapa resahnya saya tapi saya memberitahu dia bahawa semuanya berjalan lancar. Semua soalan telah saya jawab dengan tenang. Kemudian saya dipanggil masuk semula. Dr. Mahdy Zahra dari University of Caledonian selaku external examiner, berkata, "Sister Fauziah, we have discussed and we have agreed to confer you a doctorate for your work. Now you are Dr Fauziah, but you need to do a minor correction!" Saya ingin menangis kegembiraan, tetapi waktu itu tidak ada airmata yang keluar. Betapa saya mengharapkan dapat memeluk suami dan anak-anak waktu itu, juga ibubapa di kampung untuk berkongsi kegembiraan.. Saya keluar dan terus mendapatkan Dr. Surty dan Adlina, berkongsi berita gembira... selepas hampir 5 tahun berjuang!

Thesis saya bukan yang terbaik..tidak mendapat anugerah apa pun, tapi anugerah yang saya dapat ialah pengalaman yang tak akan dapat dibeli oleh sesiapa pun. Pengalaman yang mengajar kita bahawa hidup ini penuh pengorbanan. Perlu ada kesabaran dan ketabahan, dan kita tidak mungkin berjaya tanpa sokongan dan bantuan insan lain...

Kepada kawan-kawan semua, saya ingin menjelaskan sesuatu. Sebenarnya bagi kami para pensyarah, PhD bukanlah pengakhir perjuangan. Sebaliknya ia adalah satu permulaan. Perjuangan yang masih panjang dan mungkin perjuangan yang tidak bernoktah. Kenapa? PhD adalah ibarat kunci yang kita perolehi setelah puas mencarinya. Berbekalkan kunci itulah kita akan terus mencari khazanah-khazanah ilmu yang amat bernilai untuk disumbangkan kepada masyarakat, pelajar-pelajar dan orangramai. Dan bagi kami di universiti, pangkat Dr. itu adalah biasa sahaja, kerana seorang pemegang PhD perlu melakukan lebih banyak perkara untuk menjadi professor madya dan seterusnya professor. Setinggi mana sekali pun pangkat dan gelaran yang diterima, ianya tidak akan membawa apa-apa makna jika ianya tidak digunakan untuk menyumbangkan sesuatu kepada agama Islam yang dicintai, kepada masyarakat dan kepada negara.

Ramai yang bertanya, bagaimana saya boleh bersabar menghadapi segala macam dugaan? Jawapan saya.. pertamanya saya percaya kepada rahmat Allah. Saya juga percaya di balik setiap perkara itu pasti ada hikmahnya. Yang keduanya, saya bertuah kerana di dalam kemiskinan harta benda, saya kaya dengan kasih sayang. Kasih sayang datuk dan nenek, kasih sayang ibubapa, suami dan anak-anak, adik-adik, sahabat-sahabat dan pelajar-pelajar saya. Di waktu orang berkata, kawan ketawa senang dicari, kawan setia sukar ditemui. Saya mempunyai tiga orang sahabat setia yang sentiasa menolong saya di dalam apa jua keadaan iaitu Shila Azarin, Ahlaam dan Ramizah.

Dan kalau sahabat-sahabat ingin tahu saya tidak pernah mengeluh bila menghadapi kesusahan kerana saya telah terbiasa dengan kesusahan sejak kecil. Saya adalah budak kampung yang menjual nasi lemak dan kuih setiap pagi sebelum ke sekolah dan setiap pagi hari Sabtu dan Ahad. Alhamdulillah kerana tidak akan ada kekuatan melainkan dengan izin Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung. Hari ini saya selalu bimbang, apakah anak-anak saya mampu menghadapi cabaran hidup seperti ibu mereka? Kerana mereka tidak pernah kenal apa itu susah. Kepada Allah saya mohon semoga anak-anak saya, dan semua anak-anak yang masih belajar, dan kepada mereka yang masih berkembara mencari ilmu.. diberikan kekuatan mental dan fizikal untuk menghadapi hari-hari mendatang. Semoga akan disingkapkan masa depan yang cerah dan gemilang buat mereka semua.

Akhir kalam saya memohon ribuan kemaafan andaikata ada bahasa yang menyakitkan hati dan melukakan perasaan. Yang baik itu daripada Allah, dan yang buruk itu adalah milik saya, sebagai manusia biasa. Kepada mereka yang menghantar email memberikan sokongan untuk terus menulis... ribuan terima kasih saya ucapkan.Salam ukhuwwah daripada saya dan mudah-mudahan persahabatan kita akan berpanjangan atas nama keikhlasan.

"Mimpi tidak selalu indah, hidup tidak selalu payah"

"Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung"

"Biar miskin harta, jangan miskin budi bahasa"

"Alang-alang berkalam biar segalanya jelas dan terang"

Post a Comment

10 Comments

  1. http://matpening.blogspot.com/ ....mohon admin senaraikan blog ni dalam senarai brotherhood..plizz

    ReplyDelete
  2. Apakah Anda mencari pinjaman? Atau apakah Anda menolak pinjaman oleh bank atau lembaga keuangan untuk satu atau lebih alasan? Anda memiliki tempat yang tepat untuk solusi pinjaman Anda di sini! Elina Johnson perusahaan pinjaman kita terbatas dalam memberikan pinjaman kepada perusahaan dan individu pada tingkat bunga rendah dan terjangkau dari 2%. Silahkan hubungi kami melalui e-mail hari ini melalui elinajohnson11@hotmail.com

    ReplyDelete
  3. orang Melayu.

    Mahazalim Celaka Mahathir ini dipanggil sedemikian kerana ada beberapa ramai orang Melayu yang diRAMPAS IC, PASSPORT dan diKUBURkan mereka di Nilai Memori Park.Orang Melayu ini yang digunakan nama mereka sewaktu Mahazalim Mahathir bersama dgn Daim Vampire merompak "duit=aset" dan Nor Mohamad Yaacob merupakan talibarut di Bank Negara yang menjayakan kerja haram Mamak Kutty dan Daim Vampire. Mereka ini dibiarkan kesedihan, hidop melarat, tanpa pembelaan, macam mana nak kerja...IC pon diRAMPAS rejim kejam Mahazalim Mahathir...yang terlalu amat Jahat Busuk Lagi Celaka Besar ini.

    MahaFiraun panggilan sinonim dgn laungan Reformasi tahun 1998, kerana Mahathir mengamalkan sistem kuku besi ISA yang disalah gunakan oleh Rejim Laknatullah Mahathir Pukimak.Lebih dashat lagi bila MahaFiraun untuk mengekalkan jawatan, MahaFiraun ini melaga-laga kepimpinan Tun Ghafar dengan Anwar Ibrahim. Anwar si Peliwat Tegar lebih senang diperkudakan oleh MahaFiraun berbanding Tun Ghafar yang lebih kuat memperjuangkan Melayu, bukan macam Tamrin Puaka Lintah Darat yang amat Celaka.

    Muthakir ini, Mahazalim MahaFiraun, MahaLanun, MahaPerompak Mahathir Sial ini sudah meroyan,NYANYOK...takut kepada kematian, takut bila mengingatkan dosa-dosa silam yang siang malam menghantui benak fikiran Mahathir. Tak mustahil, sedikit demi sedikit Nikmat Kehidupan ditarik drp Mahazalim ini, yang tinggal hanya penyesalan, ketakutan dan NYANYOK akan semakin menjadi-jadi...akan ada banyak lagi siri pendedahan pekung sendiri Mahathir nanti.. kita sama tunggu.

    Mukhriz, anak Mahazalim ini memalukan Orang-orang Melayu UMNO Kedah, tidak dapat membezakan antara sokongan kepada Jemaah UMNO secara keseluruhan seperti lain-lain UMNO Negeri, dalam menyatakan sokongan kepada Pucuk Pimpinan Parti..Terutama Presiden Parti YAB DS Mohd Najib. Mukhriz tidak tahu mana mahu pilih antara AYAHAND MAHAZALIM FIRAU, LANUN, PEROMPAK dengan Najib, Ketuanya sendiri...

    Mana sikap professional dan keislaman Mukhriz..taatlah kamu kpd Allah, Rasul dan Ulul'Amri?

    Apakah bila Mukhriz menjadi Perdana Menteri Malaysia, Mahathir diugut oleh pihak US, maka Mukhriz pun akan AKAUR TUNDUK SETIA pd pihak Amerika kerana menyokong dan menyelamatkan AYAHANDA Mahazalimnya?

    Jadi kepentingan umum, rakyat, raja, tanahair akan diketepikan sama sekali.

    Jadi telahan dan Gesaan Dato Ahmad Lebai Sudin supaya Mukhriz letak jawatan amat TEPAT DAN WAJAR sama sekali.

    Desakan demi desakan harus dibuat supaya MUKHRIZ meletakkan jawatan secepat kerana MUKHRIZ tidak tahu memilih mana dia harus TAAT dan turut perintah..

    Kalau semua POLIS, ANGKATAN TENTERA, PEGAWAI KERAJAAN mengikut JEJAK LANGKAH Mukhriz...ini amat merbahaya pd Kerajaan..Jadi MUKHRIZ,,, Bila Lagi Nak Letak Jawatan..lepas tuu Hang pie lah sokong Mamak Kutty hang tuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boooooooooo meroyan sesorang

      Delete
  4. Golongan Mamak Haramjaddaj yang didokong kuat oleh Mamak Boss Mahathir Mohammed, ini berterusan menabur onar dan fitnah supaya Orang-Orang Melayu membenci Para Pemimpin dari Kalangan Orang-Orang Melayu khususnya PM Najib dan TS Muhyiddin.

    Golongan Mamak ini disokong kuat oleh Blogger Kuat PemFitnah spt:

    1. Syed - Outsidethe box.
    2. Din Turtle.
    3. Apanama
    4. A Kadir Jasin
    5. Zainuddin Maiden
    6. Celah Gelegar
    7. Putra Merdeka
    8. Just Read
    9. Minaq Jinggo- Jinggo Photos
    10. Mummy Rokiah
    11. Another Bricks of The Wall
    12. Kluang Diamond - Blogger Binggung yang mencari Identity menumpang Isu-isu utama.
    13. Just My Thoughts

    Ada juga Blogger-Blogger Melayu di atas yang Banggang, Bebal, Bahalul, Bodoh, Binggung yang tercocok hidung dalam mengikuti dakyah, fitnah yang dipelopori oleh golongan Mamak.

    Melayu harus waspada pada Blogger Golongan Mamak yang setiap Hari cuba Melemahkan dan Menjatuhkan Usaha-Usaha yang dibuat oleh Kerajaan UMNO/BN yang majoritinya Orang-Orang Melayu.

    Kerajaan Melayu Melaka jatoh ketangan Portugis, bermula era Penjajahan Asing disebabkan Golongan Istana dikuasai dan dikawal oleh Golongan Mamak.

    Hari ini, Golongan Mamak menguasai seluruh Pentadbiran Kerajaan Malaysia - Ketua Setiausaha Negara, Ketua Perbendaharaan Negara, Ketua Polis Negara, Majlis Keselamatan Negara, Tabung Haji, waimma 1MDB semuanya diterajui oleh Mamak.

    Lemahkah Orang Melayu bila mana Semua Jawatan Tinggi Kerajaan diterajui oleh Mamak? Bila lagi Orang Melayu Hendak INSAF???

    Ini bukan seruan dan isu perkauman, tapi marilah kita sama-sama berfikir sejenak, wahai bangsa ku orang-orang Melayu.

    Melayu bergaduh, menang sorak, kampung tergadai???

    ReplyDelete
  5. saya ibu lilis posisi sekarang di malaysia
    bekerja sebagai pembantu gaji tidak seberapa
    setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
    sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
    sempat saya putus asah dan secara kebetulan
    saya buka internet ada seseorng berkomentar
    tentang MBAH LIMPAH katanya perna di bantu
    melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
    karna di malaysia ada pemasangan
    jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
    saya minta angka sama MBAH LIMPAH
    angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
    terima kasih banyak MBAH
    kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
    dan rencana mau pulang ke indo untuk buka usaha
    bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
    terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
    jangan putus asah HUBUNGI MBAH LIMPAH
    DI NO: 085~312~407~999
    tak ada salahnya anda coba
    karna angka ritual MBAH tidak perna meleset
    saya jamin MBAH LIMPAH tidak akan mengecewakan..













































    saya ibu lilis posisi sekarang di malaysia
    bekerja sebagai pembantu gaji tidak seberapa
    setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
    sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
    sempat saya putus asah dan secara kebetulan
    saya buka internet ada seseorng berkomentar
    tentang MBAH LIMPAH katanya perna di bantu
    melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
    karna di malaysia ada pemasangan
    jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
    saya minta angka sama MBAH LIMPAH
    angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
    terima kasih banyak MBAH
    kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
    dan rencana mau pulang ke indo untuk buka usaha
    bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
    terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
    jangan putus asah HUBUNGI MBAH LIMPAH
    DI NO: 085~312~407~999
    tak ada salahnya anda coba
    karna angka ritual MBAH tidak perna meleset
    saya jamin MBAH LIMPAH tidak akan mengecewakan..

    ReplyDelete
  6. LIHATLAH STATISTIK HUTANG NEGARA DAN BANDINGKAN DRP ERA PEMERINTAHAN TUN MAHATHIR KE ERA PEMERINTAHAN TUN ABDULLAH DAN SETERUSNYA KINI ERA DS NAJIB RAZAK.

    TUN ABDULLAH DAN DS NAJIB TIDAK DAPAT MELAKUKAN APA-APA PEMBANGUNAN MAHUPON PEMODENAN (APAKAH NEGARA TIADA WANG?) TAPI HUTANG DARIPADA USD220.00 BILLION TERUS NAIK MENCECAH HAMPIR USD600 BILLION.

    RAKYAT MALAYSIA BERHAK UNTUK TAHU, BAGAIMANA JUMLAH HUTANG DARIPADA USD220 BILLION PADA TAHUN 2000 BOLEH TERUS NAIK HAMPIR USD600 BILLION PADA 2015?

    APAKAH BENAR TUN MAHATHIR MOHAMED, TUN DAIM ZAINUDDIN, TAN SRI NOR MOHAMED YAKCOP ADALAH TIGA JAHANAM YANG TELAH MEROMPAK, MENCURI, MELANUN?

    KINI SEKELIAN RAKYAT MALAYSIA TERPAKSA MENAGGUNG SEGALA SALAH LAKU, KERAKUSAN, SALAHGUNA KUASA, PEROMPAKAN DAN KECURIAN YANG DILAKUKAN KETIGA-TIGA JAHANAM DAN KUNCU-KUNCUNYA.

    ReplyDelete
  7. KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
    dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
    berikan 4 angka [9883] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
    dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
    ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
    allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
    kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
    sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
    yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA WARSITO,,di no (((085-342-064-735)))
    insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 770 JUTA , wassalam.


    dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....







    Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!


    1"Dikejar-kejar hutang

    2"Selaluh kalah dalam bermain togel

    3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel


    4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat


    5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
    tapi tidak ada satupun yang berhasil..







    Solusi yang tepat jangan anda putus asah... KI JAYA WARSITO akan membantu
    anda semua dengan Angka ritual/GHOIB:
    butuh angka togel 2D ,3D, 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
    100% jebol
    Apabila ada waktu
    silahkan Hub: KI JAYA WARSITO DI NO: [[[085-342-064-735]]]


    ANGKA RITUAL: TOTO/MAGNUM 4D/5D/6D


    ANGKA RITUAL: HONGKONG 2D/3D/4D/



    ANGKA RITUAL; KUDA LARI 2D/3D/4D/



    ANGKA RITUAL; SINGAPUR 2D/3D/4D/



    ANGKA RITUAL; TAIWAN,THAILAND



    ANGKA RITUAL: SIDNEY 2D/3D/4D/



    DAN PESUGIHAN TUYUL

    ReplyDelete
  8. Hello Am Mrs, Morgan debra Am pemberi pinjaman pinjaman yang sah dan dapat diandalkan memberikan pinjaman
    pada syarat dan ketentuan yang jelas dan dimengerti pada tingkat bunga 2%. dari
    $ 12.000 untuk $ 7.000.000 USD, Euro dan Pounds Hanya. Saya memberikan Kredit Usaha,
    Pinjaman Pribadi, Pinjaman Mahasiswa, Kredit Mobil Dan Pinjaman Untuk Bayar Off Bills. jika kamu
    membutuhkan pinjaman apa yang harus Anda lakukan adalah untuk Anda untuk menghubungi saya secara langsung
    di: morgandebra1986@gmail.com
    Tuhan Memberkatimu.
    Salam,
    Mrs Morgan debra
    Email: morgandebra1986@gmail.com


    Catatan: Semua balasan harus kirim ke: morgandebra1986@gmail.com

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.