ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Tuesday, 28 July 2015

KHALID AL-WALID TETAP TAAT WALAUPUN DIPECAT!


Saidina Khalid al Walid r.a merupakan seorang tokoh hebat dalam medan peperangan dan telahpun dilantik sebagai Panglima Perang sebelum zaman pemerintahan Saidina Umar al Khattab. Sememangnya kepercayaan masyarakat Islam pada waktu tersebut amat tinggi terhadap kebolehan dan kehebatan Saidina Khalid al Walid r.a.

Namun apa yang memeranjatkan, setelah takhta khalifah diwariskan kepada Saidina Umar al Khattab r.a, beliau bertindak memecat Saidina Khalid al Walid dengan menggantikan Abu Ubaidah r.a untuk jawatan tersebut. Tindakan ini amat mengecewakan kebanyakan orang ramai dan menimbulkan perasaan tidak puas hati.

Beliau telah dilucut jawatan sebanyak dua kali oleh Umar r.a al-Khattab, iaitu pada tahun 13 Hijrah sejurus selepas Umar r.a dilantik sebagai khalifah dan sekali lagi pada 17 Hijrah.[12] Namun kedua-dua peristiwa ini bukan kerana Khalid tidak baik dan bermasalah, Namun ia adalah dari sebab berikut [13] :-

a) Menjaga keyakinan umat Islam terhadap Allah, ia jelas dari surat umum yang dihantar Umar r.a kepada umat Islam memberitahu agar mereka tidak terlalu ‘bergantung harap' dengan Khalid sehingga tersilap sangka kemenangan Islam disebabkan oleh kehandalan Khalid dan bukan kerana bantuan Allah swt.

b) Pentadbiran ; iaitu dalam urusan dan keputusan pembahagian harta. Pentadbiran Umar r.a inginkan keteletian dan laporan berterusan dari setiap pegawainya, namun Khalid inginkan pentadbiran yang bebeas dari penelitian sentiasa oleh Khalifah.

Di waktu Khalid dipecat dari jawatannya sebagai gabenor di Syria, beliau berkata :-

"Amir al-Mukminin (Umar r.a) melantik aku sebagai gabenor dan setelah urusan menjadi licin dan lancar, beliau melucutkan jawatanku"

Lalu seorang lelaki berkata : "Sabarlah wahai ketua, ia waktu untuk bermulanya fitnah"

Khalid membalas :

"selagi anak Al-Khattab ini hidup, selagi itu TIADA RUANG FITNAH untuk berlaku" [14]

Demikian hormat dan keyakinan Khalid terhadap Umar r.a walau dalam keadaan beliau dilucutkan jawatan, amat difahaminya tindakan Umar r.a adalah untuk mengelak fitnah, bukan mencipta fitnah.

Di ketika Khalid r.a hampir wafat (beliau wafat pada 21 H), beliau berkata kepada Abu Darda r.a,

"Wahai Abu Darda, bila Umar r.a al-Khattab r.a wafat kelak, kamu akan dapati sesuatu yang kamu benci berlaku"

Dan berkata lagi sambil mengelap air matanya:

"Aku memang merasa sedikit kecewa dengan beliau dalam sesetengah isu, tetapi setelah aku fikrikan kembali berkenaannya di ketika aku sakit ini, aku menyedari bahawa Umar r.a Al-Khattab r.a melakukannya dengan ikhlas dan hanya mengharapkan rahmat Allah dari setiap tindakannya"[15]

Khalid juga melantik Umar r.a sebagai waasi (pengurus harta pusakanya), ketika Umar r.a al-Khattab menerima surat wasiat itu, beliau turut menangis.

Inilah sikap Khalid Al-Walid si Pedang Allah. Walaupun Saidina Khalid al Walid r.a dipecat dari jawatannya, beliau menerima keputusan tersebut dengan tenang dan berterusan taat terhadap kepimpinan Saidina Umar al Khattab r.a.

Apa Yang Tersirat.

Jika dibaca kisah di atas hanya dengan biji mata sahaja, maka sudah tentu perasaan kita turut menyebelahi pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan Saidina Umar r.a. Namun apa yang tersirat sebenarnya jauh lebih halus dari apa yang kita sangkakan.

Soal keyakinan dalam semua perkara yang dilakukan dan menyerah diri hanya kepada Allah s.w.t sahaja amat penting dalam aqidah setiap muslim. Aqidah pula merupakan jantung kepada agama yang kita cintai ini. Jika rosak dan bermasalah jantung tersebut, maka tumbanglah agama kita.

Hikmah Saidina Umar menurunkan pangkat Khalid dan digantikan dengan Abu Ubaidah antaranya ialah agar ia mampu menyedarkan ummat Islam bahawa penyerahan diri dalam setiap perkara walaupun dalam soal peperangan hanya kepada Allah s.w t. Kebimbangan Umar terhadap ummat Islam yang keterlaluan mengagung-agungkan Saidina Khalid al Walid r.a menyebabkan beliau melucutkan jawatan Saidina Khalid al Walid r.a.

Hikmah peristiwa di atas juga adalah menggambarkan bagaimana seorang yang ikhlas dalam mentaati Allah taala, Saidina Khalid al Walid r.a yang tidak kecewa dengan tindakan Saidina Umar r.a, kerana beliau meyakini bahawa beliau pergi berperang bukan untuk habuan dunia, tetapi untuk habuan akhirat, bukannya mengharapkan habuan pangkat di dunia.

Seterusnya, hikmah lain yang boleh diambil adalah ketaatan Saidina Khalid al Walid r.a terhadap seorang pemerintah, khalifah, Saidina Umar al Khattab r.a adalah wajib dalam Islam selagi mana ia berlandaskan syariat Islam. Langsung tiada kepentingan dalam kedua-dua individu mulia di atas, Saidina Umar al Khattab r.a dan Saidina Khalid al Walid r.a untuk mendapatkan sebahagian habuan dunia tetapi apa yang mereka harapkan adalah keredhaan dari Allah taala.

Wallahua’lam

Rujukan :

[12] Tarikh at-Tabari, 5/41

[13] Umar Ibn Khattab, His Life and Time, Dr Ali Md As-Sallabi, 2/111-114 ; Abatil yajib an tumha min at-Tarikh, Ibrahim Sha'oot, hlm 134

[14] Al-Kamil fi At-tarikh, Ibn Athir, 2/156

[15] Khalid ibn waled, Sadiq ‘Arjoun, hlm 349 ; Al-Khilafah wal Khulafa, hlm 198 

Dipetik dan diubahsuai dari https://irhafiz.wordpress.com dan http://www.islam2u.net/

8 comments:

  1. Pemimpin Khalid, Umar Al Khattab r.a.
    Yg menggantikannya, Saad r.a.
    Adakah Najib setara Umar r.a. seadil, sebaik, setaqwa Umar r.a. ?
    Zahid pulak adakah sebaik Saad r.a. ?

    Must know when to stop honourably.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg. akan diKUBURkan adalah DAPBANGKAI!

      OI si anon-BANGKAI 19.03, jangan lu nak MENYAMAQlah! lu punya ekoq ni si TERORIS PENDATANG KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRHOMO aahhh?!

      Yg. lu si puak TERORIS-TERORIS si PENDATANG KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRHOMO nak paksa YAB PM BUMIPUTERA ISLAM/Melayu kami letak jawatan sewenangnya apasal dan TUMBANGkan KERAJAAN kat NEGARA ISLAM kami ni - lu ingat kami MAJORITI dari BUMIPUTERA Islam/Melayu yang pilih YAB PM dan KERAJAAN kami ni, KULI-KULI lu, oi si PENGGANAS-PENGGANAS PENDATANG KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRHOMO!!

      PI MAMPOS lu punya ekoq-ekoq kat JAMBAN TERORIS KAPIRDAJAL PKRHOMO/DAPBANGKAI-L-si-PORNORASIS-ejen Barat/ZIONIS-PEROMPAK/PENJENAYAH-no-1!!

      Delete
  2. Saidina Khalid al Walid r.a ini sanggup BERKORBAN maruahnya demi kepentingan ISLAM/umatnya!

    Sebab itu BANGSA BUMIPUTERA Islam/Melayu mesti BERSATU, utk. MENENTANG habis-habisan puak PENDATANG TERORIS-TERORIS KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRHOMO-EJEN Barat/ZIONIS-PEROMPAK/PENJENAYAH- no 1 - yg. begitu galak tak habis-habis nak MENJATUHkan ISLAM; NEGARA ISLAM pusaka nenek moyang berzaman kita ini; DYMM Kesultanan Islam/Melayu kita sbg. PENJAGA Islam dan kaum Bumiputera, HAK dan IDENTITI Bumiputera Islam/Melayu kita, IMDB/MARA/UMNO dll., YAB PM Islam/Melayu, DS Mohd. Najib Tun Razak kita serta isteri, DS Rosmah Mansor; dan LEGASI-amat-GEMILANG Ayahanda YAB PM, iaitu BAPA KEMERDEKAAN/BAPA PEMBANGUNAN BUMIPUTERA-no-1, Allahyarham YAB PM Tun Abdul Razak Hussein TERCINTA kita!!

    IMDB, MARA, TABUNG HAJI, FELDA, UMNO dan mana-mana insitusi-instusi/pemimipin yg. menjaga HAK dan KEBAJIKAN Bumiputera terutamanya Bumiputera Islam/Melayu memang mahu di JAHANAMkan PENGGANAS-PENGGANAS ANTI-BUMIPUTERA Islam/Melayu dari si PENDATANG KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRHOMO ini yang termasuk puak PENGGANAS PEMISAH Sabah/Sarawak, iaitu si KULI/EJEN-rejim-rejim PENGGANAS Barat/NATO-ISrael/Zionis, yang memang nak MEMISAHkan Sabah/Sarawak yg- kaya minyak/gas, dari Malaysia dan diGABUNGkan dgn. SingaPORK-pusat-CIA-MI6/Mossad/NATO di Asia Tenggara - lihat di - http://rainbowoftruth.blogspot.com/2009/09/singapore-israel-love-affair.html, THE SINGAPORE ISRAEL LOVE AFFAIR, September 2, 2009!

    Sebab itu kita mesti SELAMATkan PULAU PISANG kita yg. sungguh INDAH dan BESAR di JOHOR itu; dari diJAJAH sewenangnya SingaPORK-KEPARAT spt. Batu Puteh! Maka MENTERI PERTAHANAN, tolonglah CELIK dan TEGAS serta CEKAP sikit dlm. MEMPERTAHANkan KEDAULATAN NEGARA ISLAM kita ini!

    Nek Tempoyak.

    ReplyDelete
  3. Aku selalu bc blog ko
    Terutama psl hadis palsu
    X sangka ini posting ko
    Mcm x senonoh, cth yg paling jijik bila banding dgn kepimpinan sekarang
    Zaman khalifah pd ms pemecatan tu adeke skandal kewangan?
    Ade skandal menghalang keadilan dr berlaku?
    Adeke kepimpinan khalifah memfitnah,memperkecil sahabat2 lain?
    Kemon bro..
    Kadang kala kena tahu limit bila nk jilat
    Bila nk tegakkan keadilan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg. akan diKUBURkan adalah DAPBANGKAI BABI!

      OI si anon-KEPARAT BANGKAI BABI 20.47, jangan lu nak MENYAMAQlah! lu punya ekoq BABI ni diBAYAQ si TERORIS PENDATANG KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRHOMO aahhh?! Lu manyak LAHAP itu KANGKANG BABI aaahhh!!

      Yg. si puak TERORIS-TERORIS si PENDATANG KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRHOMO nak paksa YAB PM BUMIPUTERA ISLAM/Melayu kami letak jawatan sewenangnya apasal dan TUMBANGkan KERAJAAN kat NEGARA ISLAM kami ni - lu ingat kami MAJORITI dari BUMIPUTERA Islam/Melayu yang pilih YAB PM dan KERAJAAN kami ni, KULI-KULI lu, oi si KEPARAT PENGGANAS-PENGGANAS PENDATANG KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRHOMO!!

      PI MAMPOS lu punya ekoq BANGKAI BABI kat JAMBAN TERORIS KAPIRDAJAL PKRHOMO/DAPBANGKAI-SIAL-si-PORNORASIS-ejen Barat/ZIONIS-PEROMPAK/PENJENAYAH-no-1!!

      Delete
  4. Satu bandingan yang salah dan MENGHINA kemuliaan Panglima Islam Agung Khalid Al-Walid!
    Wahai tuan blog..jgn jdkan agama PERKAKAS politik kotor org2 zaman ini. Khalid Al Walid tidak pernah menderhaka pada Pimpinan Islam, tidak menikam peribadi dan keputusan Rasulullah Salallahu Alaihi Wassalam..

    Apakah Muhyiddin tu mulia spt itu? yg siang malam tak sabar2 nk naik jawatan PM.. di tikam nya Najib dr belakang berkali2.. walaupun tleh dipujuk2..

    Munafik nama nya.. sbb Muhyiddin terpedaya dengan rentak permain Tun Madey yg melagakan Najib dn Muhyiddin..

    Muhyiddin tidka bijak sbb melawan di tempat yg salah..

    Sedangkan Khalifah Islam Khalid Al Walid di pecat ketika dlm medan perang tanpa di berikan SEBAB, penjelasan diberikan selepas perperangan selesai..

    Jgn sama akan hal politik kotor Malaysia dgn sejarah Islam. TS Muhyiddin bukan menentang Najib utk soal akhirat tp hanya menjadi anjing salakan Mahathirism menyerang kes 1mdb.. soal WANG...

    memalukan... padan lah entry bodoh ni.. jgn menghina Agama demi utk menyelamatkan manusia2 yg buruk dan tak betul!

    ReplyDelete
  5. ketika pemecatan Anwar hari itu kerusi Timbalan Perdana Menteri di kosongkan. (kerana pada hari pemecatan beliau masih Timbalan Presiden UMNO)..najib lantik hishamudin cousin bro i lg cun. diapun naib presiden juga..hehehe

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute