GAGAL KE UNIVERSITI AWAM? JANGAN RISAU, SILA IKUTI CARA INI.

Oleh : AJ

Assalamualaikum. Pertama sekali saya mewakili rakan kerja di PenaMinang.com ingin mengucapkan jutaan tahniah dan syabas kepada adik-adik siswa dan siswi yang berjaya mendapat tempat di universiti awam di seluruh Malaysia. Semoga anda menggunakan peluang yang ada ini untuk memerah sebanyak mungkin ilmu dari para pensyarah anda. Dan ingatlah bahawa, antara alam yang paling menarik adalah alam belajar :)

Kepada yang tidak berjaya atau tidak ditawarkan tempat pada panggilan pertama ini. Jangan risau. Ada 2 kali panggilan berikutnya. Jadi jangan lupa buat rayuan. Ikutilah carta alir yang diberikan ini. Semoga anda berjaya.


Dalam masa yang sama, jangan lupa, masih banyak IPT yang lain yang turut menawarkan tempat seperti Politeknik dan Kolej Komuniti.

Selain itu jangan lupa, kita juga mempunyai Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dibawah seliaan Kementerian Belia dan Sukan, Institut Latihan Perindustrian (ILP) dibawah seliaan Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia dan lain-lain institut serta pusat-pusat pendidikan dibawah agensi-agensi yang berlainan.

Jadi jangan risau. Banyakkan berdoa dan sentiasa berfikiran positif. Semoga ALLAH merahmati anda semua.

Post a Comment

0 Comments