ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Friday, 7 August 2015

INIKAH INDIVIDU YANG MEMFITNAH MENTERI PENDIDIKAN TINGGI?



KENYATAAN MEDIA

YB DATO' SERI IDRIS JUSOH 
MENTERI PENDIDIKAN TINGGI

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,

Saya mendapat makluman mengenai satu portal menyiarkan kenyataan saya yang telah diputarbelitkan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab. Ingin saya membuat beberapa penjelasan dan penafian bahawa:

1) Kenyataan yang disiarkan dalam blog dan beberapa website berbunyi "Jangan hantar anak ke sekolah kerajaan jika tak suka kerajaan Barisan Nasional".

Hal ini amat berlawanan dengan kenyataan saya yang asal iaitu:

"Kalau ada yang mengatakan bahawa sistem tak baik dan nak hantar anak ke luar negara kita tak halang, tapi saya akan pastikan sistem pendidikan kita bertambah baik".

2) Kenyataan yang diputarbelitkan itu adalah bertujuan untuk mencalarkan nama saya, Kementerian Pendidikan Malaysia (pada masa itu) serta Kerajaan Malaysia.

3) Kenyataan yang disiarkan blog tersebut telah tersebar dalam media sosial dan portal MalaysianInsider yang telah memulakan putar belit tersebut (dan kemudiannya ditukar) pada September 2013. Saya tidak pernah membuat kenyataan itu dalam masa terdekat ini.

Saya harap penjelasan serta penafian ini cukup jelas bahawa saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang bersentimen sedemikian rupa. Diharapkan rakyat Malaysia tidak terpedaya dengan cerita-cerita sedemikian.

Dato Seri Idris Jusoh
Menteri Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Tinggi
6 Ogos 2015

Komen PM : Hasil siasatan kami mendapati, blog berkenaan telah menukar tajuk artikel "Jangan hantar anak ke sekolah kerajaan jika tak suka kerajaan Barisan Nasional" ke "Hantar Anak Keluar Negara Jika Tak Suka Sistem Malaysia". Kami juga mendapati bahawa artikel berkenaan dikeluarkan oleh Hana Mastura berdasarkan maklumat yang dikemukakan di blog http://sepimelankolia.blogspot.com/2015/08/jangan-hantar-anak-ke-sekolah-kerajaan.html . Dalam masa yang sama dipercayai bahawa Hana Mastura juga merupakan pengendali blog : http://cikgumerah.blogspot.com/

2 comments:

  1. KELAKAQnya si KERBAU-KERBAU ekoq-ekoq BANGKAI BABI yg.dk MEMBIAK kat JAMBAN PENDATANG KAPIRDAJAL TERORIS-TERORIS PKRHOMO/DAPBANGKAI-SIAL-si-PORNORASIS-EJEN/KULI-Barat/ZIONIS/FREEMASON-PEROMPAK/PENJENAYAH/PERASUAH-no-1! Tau pula jadi PENAKUT bila dah kena "counter-attack" - PDRM, tolong TANGKAP!

    Nek Tempoyak.!

    ReplyDelete
  2. Diantara produk keluaran Kilang RBA Holding. Biskut Cheap More, sekejap bohong sekejap fitnah. Rasalah Nikmatnya Resipi Hasutan Pembangkang. Cap Bintang Kaki Tiga.

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2016 Pena Minang Institute