LAUT CHINA SELATAN DARI KACAMATA ASEAN, CHINA DAN AMERIKA


Oleh : Jebat

1. Isu maritim Laut China Selatan boleh dijangka menjadi topik hangat dalam Persidangan Menteri-Menteri Luar ASEAN di Kuala Lumpur.

2. China mendakwa mereka mempunyai kedaulatan keatas perairan berkenaan.

3. China telah membina beberapa pulau buatan manusia untuk mempertingkatkan lagi 'tuntutan' keatas lautan berkenaan.

4. Dalam masa yang sama Vietnam, Malaysia, Brunei, Filipina turut mempunyai tuntutan bertindih di kawasan tersebut terutama sekali di Kepulauan Spartly yang dipercayai mempunyai simpanan Gas Asli dan Petroleum yang tinggi.

5. Dalam masa yang sama, Amerika Syarikat pula melihat Laut China Selatan perlu 'bebas' ekoran ianya merupakan laluan perdagangan utama.

6. China membuat tuntutan keatas Laut China Selatan berdasarkan 'nine-dash line' yang mana ianya tidak selaras dengan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Laut 1982 atau United Nations Convention on the Law of The Sea 1982.

7. Pada Januari 2014, China telah menghantar 3 Armada Perang mereka ke perairan James Shoal yang berkedudukan 80km dari Sempadan Negeri Sarawak yang menjadi tuntutan zon ekonomi ekslusif Malaysia.

8 Sebelum itu, Pada Mac 2013, Kuala Lumpur telah membantah pencerobohan 4 armada China ke kawasan tersebut. Malah dalam 'lawatan 4 armada berkenaan' tentera Cina telah melepaskan tembakan ke udara sebagai tanda kehadiran mereka ke kawasan tersebut. Pada bulan April berikutnya, sebuah kapal Maritim Cina datang kembali ke kawasan berkenaan dan meninggalkan penanda keluli bagi mempertegaskan tuntutan mereka keatas kawasan tersebut.



9. Berbanding Filipina yang dengan tegas menyatakan bantahan dan tentangan keatas tindakan China dikawasan wilayah maritimnya, Malaysia pula lebih mengambil tindakan diplomasi dengan menghantar nota bantahan kepada negara berkenaan.

10. Sebagai sebuah negara yang kecil, Malaysia pastinya tidak mempunyai kekuatan yang besar untuk menggunakan kuasa ketenteraan untuk melawan sebuah negara yang mempunyai bilangan tentera terbesar di Asia dan kedua terbesar di dunia.

11. Namun begitu, kebangkitan China ini tidaklah penulis anggap sebagai satu ancaman yang besar kepada negara dan ASEAN. Ini kerana sejarah telahpun membuktikan bagaimana China yang satu ketika dahulu juga merupakan sebuah negara yang besar tidak pernah mengambil peluang menjajah mana-mana negara di  Asia Tenggara melainkan mempertahankan wilayah daratannya sendiri.

12. Namun begitu, kemasukan Amerika Syarikat dalam urusan diplomasi diantara ASEAN dengan China wajar diperhatikan secara teliti. Ini kerana sejarah membuktikan bahawa bangsa kulit putih ini adalah kelompok yang gemar menangguk di air keroh. Mereka pastinya mencari jalan untuk menyucuk-nyucuk negara ASEAN agar berkonfrantasi dengan China, sekaligus menjemput US untuk terlibat sama dalam konflik di Laut China Selatan ini. 

13. Dan sepertimana yang kita ketahui, US mempunyai hubungan yang amat rapat dengan Filipina, Thailand dan Singapura terutama sekali dalam urusan pertahanan.

14. Jadi apa jua langkah dalam menyelesaikan masalah ini haruslah dibicarakan secara diplomasi dan bukannya emosi. Ini kerana jika tersalah mengambil keputusan, maka keadaan tidak aman malah peperangan boleh berlaku di rantau ini.

15. Semoga Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-48 ini menjadi pentas terbaik bagi ASEAN, China dan Amerika Syarikat dalam mencari jalan penyelesaian.

Post a Comment

1 Comments

  1. Saya ingin menyampaikan kepada seluruh TKI yang bekerja di negeri orang saya ibu hermawati seorang TKI DI MALAYSIA pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan susah gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak kebetulan suami saya buka-buka internet mendapatkan nomor MBAH RONO katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah jadi saya coba hubungi MBAH RONO dan minta angka bocoran MALAYSIA angka yang di berikan 4D TOTO ternyata betul-betul tembus 100% bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negeri apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah anda hubungi MBAH RONO di nomor (_085_340_489-469_) ini asli bukan rekayasa atau silahkan buktikan sendiri..

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.