ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Saturday, 8 August 2015

PERDANA MENTERI JERAT DIRI SENDIRI - PENGANALISIS

BANGI, 8 Ogos 2015- Tindakan memindahkan Pengarah Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin ke Jabatan Perdana Menteri berkuatkuasa Isnin ini merupakan tindakan yang amat berbahaya terutama sekali ketika isu penyiasatan 1MDB dan dana yang bernilai RM 2.0 masih lagi berjalan.

Menurut seorang penganalisis dari Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia, berkata, langkah memindahkan Datuk Bahri ke dalam JPM mungkin akan membawa kepada lebih banyak maklumat baru sekaligus dapat membongkar kebenaran disebalik isu 1MDB dan dana RM 2.0 bilion dari Timur Tengah.

"Secara ironinsnya, saya lihat Perdana Menteri seperti menjerat dirinya sendiri. Namun kita tunggu dan lihat sahaja hasil siasatan berkenaan isu ini."

Dalam masa yang sama penganalisis yang enggan namanya dikenali itu turut berharap agar pihak-pihak yang ditukarkan ke JPM menggunakan segala maklumat yang ada untuk membantu SPRM pada masa hadapan.

"Saya berharap Datuk Bahri akan menggunakan peluang ketika berada di JPM untuk mencari 'orang atasan' sepertimana yang didakwanya. Semangat beliau yang mahu menyiasat sehingga ke 'lubang cacing' adalah satu semangat yang harus diraikan dan disokong. Jadi saya fikir perpindahan beliau ke JPM akan membantu beliau mendekati 'lubang cacing' yang dimaksudkan itu."

Media turut melaporkan, selain Datuk Bahri Mohamad Zin, Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Datuk Rohaizad Yaakob turut ditukarkan ke jabatan yang sama.

17 comments:

  1. Keyakinan rakyat pada Najib makin luntur.

    ReplyDelete
  2. Sepatutnys terud diberhentikan bukan ditukar. Jadi ketua dtg dgn tanggungjawab. Kalau kesalahan dari anak buah sekalipun, ketua kena tanggung akibat. Kalau dengar penganalisa pro pembangkang, mmg itu yg akn kita dpt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko tau tak jawatan dia bukan atas tiket pilihanraya....mana boleh pecat mcm pecat tan sri...ini bukan masalah pembangkang...tapi masalah kepimpinan negara yg kuat rasuah...mcmana nak ajar anak ketam berjalan lurus...aku harap lepas ni polis2 boleh pau tokeh premis judi ...anggap aje derma...tak salah...

      Delete
    2. penjawat awam x boleh terima derma
      ia ble membawa kpd konflik kepentingan
      tambahan pulam derma billion2

      Delete
  3. yg sebenarnya najib tgh gelabah...nk lari ke lubang cacing dh x blh lg...pesan aku kpd najib & para pengampu serta blongang, kebenaran pasti muncul..masa akan menentukan nasib korang semua...sama2 la kita tunggu & lihat

    ReplyDelete
  4. agaknyalah bila kebenaran yg anom 11:02..mahu dan dambakan muncul dan Najib menjelaskan a,,sampailah ke z dan kebenaran itu adalah dia tak bersalah,tak rasuah ,tak songlap dan lain-lain...selepas itu apa...adakah anom-anom pencerca dan penomah tu nak mintak maaf cara terbuka pula ???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib bila pulak nak minta maaf dgn TUN?Jgn dgn buat2 lupa ya mengaitkan TUN sebagai dalang dgn WSJ tentang kemasukan wang ke akaun peribadi.

      Delete
    2. Kalau dah semua bukti dan masalah 1mdb dh jadi bahan berita setiap hari, najib masih tak bersalah dan benar maka anwar yg berbagai bukti tu pun mmg tak bersalah sepatutnya. Jd jgn menghakimi dgn berat sebelah. Kedua2nya bersalah,.

      Delete
    3. najib boleh jelaskan dari a to z saat ini jugak
      bagilah penjelasan yg rasional benar transparent dan tepat serta tidak menganggap rakyat ini tidak boleh diperbodohkan bukannya soalan lain dijawab lain atau bagi pjelasan yg sengaja nak alih isu
      kami tiada masalah utk minta maaf dan kembali menyokong

      Delete
  5. Dia ditukar ke JPM supaya senang mencari apa dimaksudkan atau senang Najib dan kuncu nya lanyak pegarah SPRM ini untuk bagi semua kertas siasiatan keatas 1MDB dan Najib untuk di musnahkan sudah lah najib jangan tipu la kerajaan malaysia paling memalukan dan jijik .

    ReplyDelete
  6. Klau seorang berpangkat pengarah jabatan pun tak faham 'Arahan Am' perkhidmatan awam...mmg patutpun disimpan dlm peti sejuk!.

    Anakjati_sgway

    ReplyDelete
  7. SPRM bukan maksum. Manusia macam kita juga. Bila stress saja kaitkan dengan Allah SWT. Bila senang lenang ada dia musasabah diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Najib pun sudah dicemari najis.

      Najib tak maksum..

      Delete
  8. Jangan-jangan Polis dah jumpa bukti kebocoran maklumat, ada pihak yg menunggu masa utk di dakwa.mampuslah nanti.Itulah sebab agaknya beria benar nak mencari 'tangan ghaib',utk menutup keterlanjuran sendiri bersikap khianat.Orang buat salah biasanya begini,cepat-cepat cari alasan lain,belajar dari cara Nuar Brahim.Aku ni bukan menduh tapi hanya melihat dari sudut kebisaan yg berlaku,pesalah mana mangaku bersalah.Lagi pun kalau beliau ikhlas nak cari 'tangan ghaib' tak akan beri amaran begitu,nampak sangat bodohnya.Kan sekarang dah kena pindah,habis lah cerita.Dah naik pangakat pengarah pun tak ada strategi utk bertindak,tak masuk akal langsung.

    ReplyDelete
  9. Apasal takut sgt kena siasat, sampai bersumpah berdendam bagai ?

    Kan orang tua2 dah pesan, jgn main2 bersumpah dgn nama Allah, buruk padah nya.

    Kan dah ditimpa ketentuan tuhan.

    So, Terima je la qada & qadar tuhan.

    Nasib baik di tukar. Se baiknya di berhenti kan atau digantung je. Tak payah tukar2.

    Di beritakan, menangis-nangis bila dpt berita di tukar. Kelam kabut cabut ofis sampai tak mahu di temuramah wartawan.

    Apasal takut sgt ni ?

    Sepatutnya berani kerana benar, takut kerana salah.

    Heran lah, kenapa lah kerajaan masih kesian, masih bagi peluang kat barua2 ni.

    Tak de faedah simpan musang berbulu ayam, gunting dlm lipatan.

    ReplyDelete
  10. adib hakemi...tok sah masuk campurlah ..kau pa tau ..kau ore singapore...jaga melayu singapore sudahhhh.

    ReplyDelete
  11. Sepatutnys terud diberhentikan bukan ditukar. Jadi ketua dtg dgn tanggungjawab. Kalau kesalahan dari anak buah sekalipun, ketua kena tanggung akibat. Kalau dengar penganalisa master pembangkang, mmg itu yg akn kita dpt. buy facebook 5 star review

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute