ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Sunday, 23 August 2015

TAWARAN KEMASUKAN KE MAAHAD BAHASA ARAB DI KING ABDULAZIZ UNIVERSITY UNTUK SESI 2016/2017

Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti King Abdul Aziz di Jeddah telah membuka peluang kepada pelajar-pelajar (lelaki sahaja) di luar Saudi untuk memohon masuk ke Maahad Bahasa Arab di universiti tersebut.

Peluang untuk memohon masuk ke sana hanya dibuka dari tarikh 16 Ogos 2015 hingga 14 September 2015. Sesiapa yang ingin memohon masuk saya sarankan daftar dengan kadar segera.

Antara syarat kemasukan adalah berumur di antara 17-25 tahun dan mempunyai sijil SPM (minimum). Maklumat lanjut mengenai syarat kemasukan boleh klik di sini : http://goo.gl/p1BpQ2

Maklumat lanjut mengenai Maahad Bahasa Arab ini boleh didapati dalam bentuk PDF dari link ini : http://goo.gl/90pFAU

Link untuk mendaftar pula boleh didapati di sini : http://dcafl.kau.edu.sa/

Perhatian : Sebelum mendaftar, anda dikehendaki untuk log in ke dalam website tersebut. Untuk itu anda perlu memasukkan emel untuk mendapatkan username dan juga password. Setelah username dan password dihantar ke emel anda, anda boleh terus log in dan mula mendaftar.

Sila share post ini pada rakan-rakan. 

Akhirnya saya doakan moga urusan sahabat-sahabat dipermudahkan Allah.

-Usaid Subki-
Pelajar Universiti Islam Madinah

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute