ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Wednesday, 16 December 2015

[VIDEO] INISIATIF ARAB SAUDI DALAM MEMERANGI KEGANASAN SELARAS DENGAN PRINSIP ASEAN - HISHAMMUDDIN



KUALA LUMPUR: Malaysia menyertai pakatan 34 negara Islam yang diketuai Arab Saudi untuk memerangi keganasan.

Penyertaan Malaysia itu diumumkan dalam satu kenyataan yang disiarkan agensi berita Saudi Press Agency.

Antara lain, kenyataan menyebut Arab Saudi mengumumkan  pembentukan pasukan tentera 34 negara Islam untuk memerangi keganasan.

Ia menambah, pusat operasi bersama berpangkalan di Riyadh bagi menyelaras dan membantu operasi tentera.

Selain Malaysia, pakatan berkenaan turut disertai negara arab lain termasuk Mesir, Qatar, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Turut serta adalah Turki dan Pakistan selain  negara di Teluk Arab serta Afrika.

Iran, yang bermazhab syiah, musuh utama Arab Saudi yang berfahaman sunnah, tidak disebut sebagai peserta.

Ketika ini konflik proksi antara dua kuasa serantau itu merebak dari Syria sehingga ke Yaman.

Sumber : http://www.astroawani.com/berita-dunia/malaysia-sertai-pakatan-34-negara-perangi-keganasan-spa-85108

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute