ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Friday, 30 January 2015

TUN DR MAHATHIR BONGKAR TEMBERANG NIK AZIZ

Oleh : Tun Dr. Mahathir Mohamad

1. Nik Aziz dilapor telah menjelaskan kenapa PAS tidak boleh bersama UMNO dalam usaha untuk menyatupadu orang Melayu. Katanya PAS telah ditipu oleh UMNO semasa PAS berada dalam Barisan Nasional. Bagaimana UMNO menipu PAS tidak dijelaskan dengan terang.

2. Saya berada sebagai menteri dalam kabinet Tun Hussein di waktu mana PAS keluar dari Barisan Nasional. Saya juga ada dalam kabinet Tun Razak bersama Dato Asri Muda dan Hassan Adli semasa PAS menyertai Barisan Nasional.

3. Dato Asri diberi jawatan Menteri Tanah dan Galian. Ini bermakna dia bertanggung jawab terhadap FELDA.

4. Setelah beberapa bulan PAS berada dalam Barisan Nasional ahli-ahli UMNO Johor membuat komplen kepada Tun Razak dalam majlis makan malam dikediaman Tun sempena mesyuarat agong UMNO bahawa Dato Asri giat mempromosikan PAS di kalangan peserta FELDA. Saya berada di sisi Tun pada ketika itu.

5. Secara kebetulan hampir semua peserta FELDA terdiri daripada penyokong kuat UMNO. Selepas Dato Asri bertanggungjawab keatas FELDA, hampir semua peserta FELDA menjadi penyokong kuat PAS dan menolak UMNO.

6. Ahli-ahli UMNO di seluruh negara berpendapat bahawa penyertaan PAS dalam Barisan Nasional tidak menolong Barisan Nasional. Ia hanya untuk memberi peluang kepada PAS mengembangkan pengaruh di kalangan ahli UMNO dan orang Melayu.

7. Di waktu itu timbul sengketa antara Dato Asri sebagai ketua PAS dengan Dato Mohd Nasir yang sebagai Menteri Besar untuk ganti Dato Asri. Dato Mohd Nasir mendakwa dia telah kesan banyak penyelewengan yang dilakukan oleh Dato Asri semasa dia menjadi Menteri Besar Kelantan.

8. Dato Asri cuba menyingkir Dato Mohd Nasir melalui undi tidak percaya. Walaupun kalah Dato Mohd Nasir enggan meletak jawatan.

9. Ramai ahli PAS memihak kepada Dato Mohd Nasir. Mereka mengadakan tunjuk perasaan secara besar-besaran menentang Dato Asri.

10. Kerana PAS berpecah Kerajaan Barisan Nasional Kelantan tidak dapat berfungsi. Darurat terpaksa diisytihar dan seorang pegawai kanan dilantik untuk memangku jawatan Ketua Pentadbir Kelantan.

11. Pada Mac 1978, pilihanraya peringkat negeri diadakan di Kelantan. Dato Mohd Nasir menubuh parti Berjasa yang bertanding melawan PAS. Sokongan kepada Berjasa begitu kuat sehingga ia memenangi 11 kerusi. PAS memenangi hanya 2 kerusi.

12. Perpecahan dalam PAS bukan kerana UMNO tetapi kerana Dato Mohd Nasir mencabar kepimpinan Dato Asri. Kekalahan PAS menyebabkan PAS keluar dari Barisan Nasional. Tidak ada penipuan oleh UMNO.

13. Walau apapun yang terjadi dahulu, jika seruan dibuat supaya berdamai orang Islam disuruh oleh agama Islam supaya menyambut seruan kedamaian dari musuh. Orang Islam disuruh bersatupadu, menganggap semua orang Islam sebagai saudara. Penolakan perpaduan sesama orang Islam tidak menepati ajaran Islam. Janganlah orang Islam menolak usaha menyatupadu untuk memperkuatkan orang Islam dengan membuat tuduhan yang tidak berasas.

Sumber : http://chedet.cc/?p=914#more-914
Read more ...

BAGAIMANAKAH KAEDAH BERSOLAT DALAM KAPAL TERBANG?

Oleh: Asy-Syeikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baaz rahimahullaah.
Alih Bahasa: Abu Utbah Miqdad hafizhahullaah.

Soalan :

Bagaimana tata cara seorang muslim melakukan solat di dalam kapal terbang? Apakah yang utama baginya mengerjakan solat di awal waktu di dalam kapal terbang atau dia menunggu hingga pesawat mendarat di lapangan terbang, walaupun ketika itu dia akan mendarat di akhir waktu?

Jawapan:

Yang wajib bagi seorang muslim ketika waktu solat telah tiba adalah dia melaksanakan solat di dalam pesawat sesuai dengan kemampuanya. Jika dia mampu berdiri ruku’ dan sujud, maka lakukanlah.

Dan jika dia tidak mampu, maka dia (boleh) solat sambil duduk dan melakukan isyarat untuk ruku’ dan sujudnya (sujud lebih rendah daripada ruku’). Jika dia mendapat tempat di dalam pesawat untuk berdiri dan sujud sebagai pengganti dari isyarat, maka dia wajib melakukan solat dengan berdiri, ruku’ dan sujud.

Yang demikian itu berdasarkan firman Allah:


ﻓﺎﺗﻘﻮﺍ ﺍﻟﻠﻪ ﻣﺎﺍﺳﺘﻄﻌﺘﻢ..

“Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu;...” (at-Taghabun: 16).

Dan juga berdasarkan sabda Nabi ﷺ kepada’Imran bin Hushain tatkala beliau sakit:


ﺻﻞ ﻗﺎﺋﻤﺎ ﻓﺈﻥ ﻟﻢ ﺗﺴﺘﻄﻊ ﻓﻘﺎﻋﺪﺍ ﻓﺈﻥ ﻟﻢ ﺗﺴﺘﻄﻊ ﻓﻌﻠﻰ ﺟﻨﺐ.

“Solatlah dalam keadaan berdiri, apabila engkau tidak mampu, maka solatlah dalam keadaan duduk, apabila engkau tidak mampu maka solatlah dalam keadaan berbaring”.

Yang paling utama baginya adalah solat di awal waktu, namun jika dia menundanya sampai akhir waktu untuk solat di lapangan terbang, maka tidak mengapa.Yang demikian ini berdasarkan keumuman dalil-dalil (tentang bolehnya solat di awal, tengah atau akhir waktu).

Hukum solat di dalam bas, kereta api, atau diatas kapal sama hukumnya dengan solat di dalam kapal terbang.

Allah-lah pemberi taufiq.

______________

Sumber: Fatawa Muhimmah Tata’allaqu bish Salah, kumpulan soal jawab bersama asy-Syeikh Ibnu Baaz soalan ke-27 hlm. 29-30 | Alih Bahasa: Abu Utbah Miqdad hafizhahullaah.

______________________

مجموعـــــة توزيع الفـــــــوائد
Read more ...

Wednesday, 28 January 2015

[VIDEO] BILA BARACK OBAMA DITINGGALKAN OLEH RAJA ARAB SAUDI YANG BARU

Oleh : Jebat

Nampaknya kehadiran Barack Obama ke Arab Saudi tidaklah sepenting panggilan Allah. Presiden Amerika dan isterinya ditinggalkan oleh Raja Arab Saudi yang baru, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud ketika protokol diplomasi sedang berlansung. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh India.com, Raja Arab Saudi dilihat tergesa-gesa meninggalkan Obama dan delegasinya di lapangan terbang kerana mahu menunaikan solat Asar. Arab Saudi merupakan satu-satunya negara Islam yang menjadikan Al-Quran dan Hadis sebagai perlembagaan negara mereka.

Read more ...

[VIDEO] INDIVIDU DISEBALIK DOA SAFAR PENERBANGAN ARAB SAUDI.



Oleh : Jebat

Jika anda pernah menaiki penerbangan Saudi Arabian Airlines, sama ada atas tujuan umrah, haji atau kerja, anda pasti akan mendengar satu suara yang membacakan doa safar sebelum penerbangan. Namun siapakah individu sebenar disebalik suara garau ini? Video dibawah ini akan menjelaskan siapakah individu tersebut.



Inilah individu tersebut. Beliau ialah Dr. Muhammad Subaihi, suara yang menjadi tumpuan sebelum kapal terbang mula berlepas.
Read more ...

Sunday, 25 January 2015

[VIDEO] ADA APA DENGAN CINTA - PENGAKHIRAN SEBUAH KISAH CINTA

Oleh : Putera

Tadi aku godeh-godeh Youtube. Maka teringatlah aku akan filem yang tengah hangat ketika dizaman aku bersekolah menengah. Ada Apa Dengan Cinta. Filem ni boleh aku katakan box office giler kat Indonesia dan Malaysia. Memang hangat giler la. Cerita ni boleh dikatakan permulaan era kemasukan filem Indonesia ke Malaysia setelah beberapa puluh tahun menyepi. Impak filem ni terhadap diri aku hingga menyebabkan aku pernah memasang berangan-angan nak bersekolah kat Indonesia disebabkan kecantikan ceweknya (bunyi slanga Indonesia sikit)...Kah...Kah...Kah

Lepas 'mengembalikan' nostalgia zaman sekolah, barulah aku tau bahawa filem ini ada sambungannya.

Ada Apa Dengan Cinta 2014 merupakan 'naskah' terakhir yang mengakhiri cerita romantis ini (perhhhhh giler bunga ayat aku....). Dibawakan oleh LINE, Cinta dan Rangga dipertemukan semula. Bagaimanakah pengakhiran cerita ini??? Tontonilah video dibawah ini.



Dan paling kelakar bilamana ada pulak puak-puak yang buat parodi filem pendek Ada Apa Dengan Cinta 2014.






Read more ...

Friday, 23 January 2015

EKSTRIMIS CAUVENIS DITAHAN KERANA CUBA MEMBAKAR SURAU. APA KOMEN @EricPaulsen101 @lawyers4liberty

Dipetik dari : Belia Bangkit

RAWANG: Seorang lelaki telah berjaya diberkas oleh Unit Forensik Polis Di Raja Malaysia hari ini kerana cuba melakukan perbuatan khianat dengan membaling bom petrol ke atas bumbung Surau Assyakirin, Taman Jati Rawang tengahari tadi.

Tangkapan tersebut disahkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui akaun twitternya sebentar tadi. Menurut saksi yang tinggal berhampiran dengan surau tersebut, kejadian tersebut telah berlaku dua kali sejak semalam apabila dikatakan lelaki tersebut telah melempar bom petrol di atas bumbung surau pada pukul 2.45 pagi semalam.

"Kejadian ini telah disedari jemaah yang masih berada disurau yang telah menyergah suspek yang menyebabkan suspek terus melarikan diri dengan sebuah motosikal dan satu laporan polis dibuat," terangnya.


Pihak PDRM hari ini telah manghantar anggota dari bahagian forensik Bukit Aman untuk menyiasat perkara ini. "Semasa siasatan dibuat tengahhari tadi oleh bahagian forensik PDRM lelaki tersebut dikatakan datang kembali dengan sebuah motosikal dan dia tidak sedar akan kehadiran pihak polis sebelum itu. Suspek cuba membaling bom petrol sekali lagi tetapi tidak sempat kerana ternampak anggota polis didalam surau."

"Beliau cuba berpatah balik tetapi telah dihalang oleh penduduk berdekatan surau yang menyepak motosikal tersebut menyebabkan suspek jatuh dan telah berjaya diberkas," katanya. Suspek telah dibawa ke balai dan pihak polis masih menyiasat motif kejadian ini.

Komen Pena Minang : Kepada Eric, takkan kaum kamu yang cina ini dengar khutbah yang dikeluarkan oleh Jakim pulak? Dan sejak bila pulak JAKIM ada kuasa untuk bekalkan teks khutbah ke masjid-masjid atau surau-surau dibawah pentadbiran kerajaan negeri? Takkan kamu tak tahu yang kuasa agama itu terletak pada Sultan atau Raja di negeri masing-masing kecuali Wilayah Persekutuan.
Read more ...

Wednesday, 21 January 2015

MENJELANG PILIHANRAYA NEGERI SARAWAK : PENGERUSI BERSIH, MARIA CHIN ABDULLAH 'RECYCLE' SKRIP FITNAH PRU13

Oleh : Jebat

Nampaknya aktivis BERSIH.20 nampaknya masih belum menyesal dengan fitnah yang pernah dilemparkan kepada SPR ketika PRU13 yang lalu. Walaupun pada sesi debat diantara pengerusi BERSIH sebelum ini, Ambiga dengan Ahli Parlimen Rembau, KJ yang menyaksikan Ambiga dimalukan dengan penipuan 'faktanya'. Kali ini dengan pengerusi BERSIH yang baru, Maria Chin Abdullah, mereka menggunaka skrip yang sama : Fitnah dan mereka-reka data.




Namun menjadi kepelikkan dan persoalan disini ialah, mengapa Maria Chin begitu bersungguh-sungguh menjelaskan 'keadaan semasa' mengenai sistem pilihanraya di Malaysia kepada diplomat luar negara?

Apa kepentingan mereka kepada diplomat-diplomat asing seperti Amerika Syarikat, Perancis, Russia, Britain, Australia dan Singapura?

Sepertimana yang kita ketahui, Bersih merupakan satu organisasi yang mendapat dana dari NDI (National Democratic Institute) yang menyalurkan dana tersebut kepada NED (National Endownment for Democracy) bagi tujuan propaganda di beberapa negara terpilih.

Peliknya disini ialah, jika NED benar-benar bersikap 'bebas' mengapa hanya Malaysia, Filipina, Kemboja, Indonesia, dan Vietnam 'terlibat' dalam tajaan organisasi berkenaan?

Kenapa Singapura tidak dilibatkan dalam senarai negara yang menjadi fokus NED? Adakah Singapura lebih demokrasi dan lebih bebas dari Malaysia?

Malah kita juga boleh mempersoalkan jua sejauh mana demokrasinya sistem pilihanraya 'negara' yang menjadi penaung NED ini, Amerika Syarikat. Untuk makluman para pembaca sekalian, sistem pilihanraya Amerika Syarikat jauh lebih teruk dan undemocratic berbanding Malaysia. Video dibawah ini adalah penerangan mudah mengenai sistem pilihanraya negara Uncle Sam ini;





Amacam? Dah tengok videonya? Apa pandangan anda? Ingat!! Yang mengkritik ni bukan orang luar tetapi rakyat Amerika Syarikat sendiri.

Jadi persoalannya disini, disaat BERSIH sibuk nak 'mendedahkan' kepincangan sistem pilihanraya di Malaysia, mengapa pengerusinya, Maria Chin tak memperbetulkan tuan mereka, Amerika Syarikat?

Jadi apa sahaja yang diperkatakan oleh Maria Chin mengenai 'penipuan' Persempadanan semula DUN Sarawak oleh SPR adalah suatu fitnah semata-mata. Sedangkan SPR telah menjalankan kajian dan persempanan semula bersandarkan kepada kehendak-kehendak Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan;

(2) (i) Tertakluk kepada perenggan (ii), Suruhanjaya Pilihan Raya hendaklah, dari semasa ke semasa, sebagaimana yang difikirkannya perlu, mengkaji semula pembahagian Persekutuan dan Negeri-Negeri kepada bahagian pilihan raya dan mengesyorkan apa-apa perubahan mengenainya yang difikirkannya perlu supaya dipatuhi peruntukan yang terkandung dalam Jadual Ketiga Belas; dan kajian semula bahagian-bahagian pilihan raya bagi maksud pilihan raya ke Dewan-Dewan Undangan hendaklah dijalankan pada masa yang sama dengan kajian semula bahagian-bahagian pilihan raya bagi maksud pilihan raya ke Dewan Rakyat.

(ii) Maka hendaklah ada lat tempoh tidak kurang daripada lapan tahun antara tarikh siapnya satu kajian semula, dengan tarikh bermulanya kajian semula yang kemudiannya, di bawah Fasal ini.

(iii) Kajian semula di bawah perenggan (i) hendaklah disiapkan dalam tempoh yang tidak melebihi dua tahun dari tarikh bermulanya kajian semula itu.


Rujuk : http://cpps.org.my/resource_centre/perlembagaan_persekutuan.pdf

Kepada pembaca yang budiman, apa yang dilakukan oleh Bersih hanyalah arahan yang dikeluarkan oleh musuh negara bagi menjahamkan negara kita.

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. 

(Al-Hujuraat : 6)


Baca seterusnya disini :

http://www.anwaraidc.com/2012/04/bersih-movement-run-soros-funded-frauds-seek-restore-imf-functionary-anwar-ibrahim-power/

http://nilebowie.blogspot.com/2012/04/bersih-30-politicizing-apolitical-in.html

http://www.anwaraidc.com/2011/06/cia-ned-bersih-%E2%80%93-proof/

http://www.penaminang.com/2013/08/amerika-syarikat-salurkan-dana-berjuta.html
Read more ...

Monday, 19 January 2015

ARAB SAUDI LARANG SAMBUT HARI JADI DAN PERAYAAN KEAGAMAAN DI HOSPITAL

Dipetik dari : Arab News

Kementerian Kesihatan Arab Saudi telah mengarahkan semua hospital milik kerajaan untuk tidak membenarkan sambutan sebarang sambutan keagamaan atau hari lahir di dalam kawasan hospital.

Ahad lalu, Kementerian Agama Arab Saudi mengeluarkan pekeliling berkenaan berdasarkan fatwa yang dikeluarkan oleh Lembaga Fatwa Arab Saudi (Dar Al-Ifta) 27 tahun yang lalu.

Pada tahun 1409 Hijrah, Dar Al-Ifta telah membuat keputusan tersebut ekoran mendapat makluman bahawa terdapat sebuah hospital kerajaan membenarkan pekerja bukan Islam untuk meraikan Krismas di kawasan perumahan untuk jururawat.

Dalam masa yang sama Arab Saudi juga turut tidak membenarkan sambutan Hari Keputeraan Nabi Muhammad ﷺ , memandangkan ianya merupakan satu perkara bid'ah selain tidak pernah dicontohi oleh Nabi dan para sahabat r.a

Sheikh Mohammed Al-Oraifi, yang merupakan salah seorang ulama di Saudi berkata, umat Islam tidak dibenarkan untuk menyambut dan meraikan perayaan bukan Islam seperti hari Krismas. 

"Jika mereka menyambut kelahiran anak Allah dan anda turut menyambutnya bersama... ini bermakna anda menyokong kepercayaan mereka," katanya.

Sumber : http://www.arabnews.com/saudi-arabia/news/691766
Read more ...

LUAHAN HATI SEORANG DOKTOR HOSPITAL KERAJAAN

Oleh : Dr. Abdul Rahman Kadir [FB:facebook.com/rahman.kadir.3]

Kita biasa mendengar, hospital kerajaan tidak bagus. Ramai saudara mara kita yang masuk hospital kerajaan meninggal dunia atau mempunyai pengalaman yang buruk.

Hakikatnya benarkah begitu?

Dari perspekstif hospital swasta, mereka amat mementingkan imej dan statistik. Kita tak salahkan mereka kerana mereka menjalankan perniagaan.

Kalau ramai mati di hospital depa, nampak hospital mereka tak bagus. Malah jika ada 2 orang pakar jantung misalannya di sesebuah hospital, pesakit-pesakit akan membandingkan senarai kejayaan dan nyawa yang diselamatkan antara 2 doktor tersebut. Yang lebih 'selamat' dan berjaya akan dipilih.

Bagaimana hendak menjaga imej ini? Acapkali kami perhatikan dan kami alami sendiri, kes-kes yang simple dan straight forward amat mudah diterima untuk dirawat. Jika kes itu complicated atau mempunyai harapan tipis untuk hidup, kes akan dirujuk ke hospital kerajaan atas alasan kos rawatan tidak mampu ditanggung pesakit. Ada juga kes yang mana rawatan diberi di hospital swasta namun pesakit semakin tenat dan setelah itu ditransfer ke hospital kerajaan atas alasan pesakit tidak mampu lagi membayar kos rawatan.

Apabila pesakit akhirnya tiba di hospital kerajaan, keadaan pesakit terlalu kritikal dan terminal sakitnya. Apa yang hospital kerajaan mampu buat pada peringkat itu?

Maka kita akan dengar la, masyarakat sebut,"Elok je arwah tu duduk 30 hari kt hospital swasta.....1 hari je pi hospital kerajaan daahhh mati. Hospital kerajaan ni teruk".

Huhuhu.

Belum lagi masuk bab kes melibatkan medico-legal atau kemungkinan menjadi kes mahkamah. Hampir mustahil bagi hospital swasta menerimanya kerana kes-kes mahkamah memakan masa yang sangat panjang dan leceh. Setiap masa yang terbazir bermaksud kehilangan pelanggan di hospital swasta bagi doktor yg merawat pesakit tersebut.

In a way kami suka juga pandangan dan persepsi negatif ke atas hospital kerajaan sebagai tak bagus dan sebagainya. Kurang lah sikit pesakit yg mai hospital gomen. Keh333!

Bagi sesiapa yg mampu, silalah ke hospital swasta yang jauh lebih hebat, cantik dan moden. 

Bagi rakyat yg tidak mampu, jgnlah bersedih, Kami Sedia Membantu.

Komen Pena Minang : Kalau korang nak tau...Misi-misi (Jururawat) kat hospital kerajaan jauh lebih cun dari misi-misi hospital swasta. Yelah... Yang swasta selalunya nak misi-misi yang ada pengalaman. Jadi kebanyakkan misi-misi ni adalah misi-misi yang dah berusia. Tapi di hospital kerajaan, kebanyakkannya adalah yang muda-muda kerana baru menjalani atau sedang dalam latihan kejururawatan. Jadi, bayangkanlah 'muka suci bersih' misi-misi berkenaan. Dah la muda... aggun plak tu. Rasa sakit bleh hilang tau....lebih-lebih lagi waktu nak buat dressing dan tukar cadar. Tu tak termasuk lagi doktor-doktor dalam latihan.... Kah3
Read more ...

NASIB SPR : BILA MENANG DIPUJI. BILA KALAH DIKEJI

Oleh : Jebat

Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia boleh dikatakan sebagai satu organisasi yang sering menjadi mangsa kritikan dari parti-parti politik tertentu di Malaysia.

Pada PRU13 misalnya, SPR telah dituduh tidak telus, mensabotaj, menipu dan pelbagai lagi dari pihak-pihak berkepentingan. 

Pihak-pihak berkenaan telah merancang menjatuhkan kredibiliti SPR selaku badan yang diberi tanggungjawab mentadbir dan melaksanakan proses pilihanraya di Malaysia.

Bermula sebelum PRU13, kita menyaksikan hampir setiap hari, ada sahaja fitnah-fitnah direka oleh pihak tertentu agar SPR dipandang serong peranannya oleh rakyat. Fitnah seperti pengundi hantu, pindah nama pengundi, pendaftaran pemilih bertindih, pemilih meragukan dan pelbagai lagi.

Tatkala beberapa hari menjelang PRU13 juga kita dapat melihat tuduhan seperti 40 Ribu Bangla dicanang semahu-mahunya demi mendapat simpati pengundi. 

Malah selepas berakhirnya PRU13, pihak-pihak berkenaan melakukan siri jelajah #BlackOut404 (baca BerukOut404) seluruh Malaysia, mempropagandakan bahawa mereka 'memenangi' pilihanraya berkenaan dengan undi popular. Dan sekali lagi SPR dijadikan kambing hitam disebalik kekalahan kerusi yang ditandingi dalam pilihanraya tersebut.

Natijahnya, walaupun mereka-mereka ini sering mengkritik SPR dan tidak mengiktiraf keputusan PRU13. Namun ketika hari Majlis Mengangkat Sumpah sebagai Ahli Parlimen Malaysia pada 5 Mei 2013, muka-muka yang mengkritik dan memfitnah SPR ini jugaklah yang beria-ia masuk ke dalam Dewan Parlimen sambil mengangkat sumpah dihadapan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Namun yang pelik disini, walaupun dilemparkan dengan pelbagai tuduhan dan fitnah oleh pihak-pihak tersebut, SPR dilihat kaku dan tidak melakukan apa-apa tindakan kepada pihak berkenaan. Sedangkan fitnah-fitnah yang dilemparkan tersebut, sedikit sebanyak menjejaskan kredibiliti SPR.

SPR seharusnya lebih tegas dalam menangani isu ini. Bukan sekadar melayani komentar atau kritikan yang dilemparkan kepada organisasi ini, sebaliknya perlu lebih tegas dalam mengenakan tindakan undang-undang terhadap pihak-pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti yang kukuh dan berasas. Malah jarang sekali kita mendengar SPR menyaman pihak-pihak tersebut, walaupun secara terang-terangan dakwaan yang dikeluarkan oleh pihak-pihak tertentu adalah satu fitnah. Oleh itu suka penulis mencadangkan kepada SPR, gunakanlah segala ruang undang-undang yang ada untuk memastikan organisasi ini terus dihormati kredibilitinya.

Tetapi inilah nasib SPR. Dipuji ketika memenangi. Dimaki ketika dikalahi. 

Semoga seluruh anggota SPR terus tabah dan berintegriti dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada seluruh rakyat Malaysia.
Read more ...

Sunday, 18 January 2015

CERITA BIL HOSPITAL KERAJAAN MALAYSIA (BAHAGIAN 2)

Oleh : Dr. Abdul Rahman Kadir

Berikut adalah salinan resit hospital sahabat saya.

Anak sahabat saya sakit dan terpaksa dimasukkan ke wad hingga melebihi 1 bulan. 

Caj sebenar: RM 11,320.00
SUBSIDI KERAJAAN: RM 10,781.00

Jumlah yang sahabat saya harus bayar hanya: RM 503.00 sahaja. 

Beruntungnya menjadi rakyat Malaysia. Inilah hakikat negara kebajikan yang sebenar. 

Malangnya, definisi negara kebajikan bagi macai PR adalah: Minyak free, kereta murah, tak payah bayar cukai dan dapat lari dari hutang PTPTN. 

p/s: Sayup2 kedengaran laungan dari ferrari...
"Kerajaang Zalinggggg!!!! Mu tunggu aku datang"

Komen Pena Minang : Sekiranya anda seorang Mahasiswa IPTA, jika anda kemalangan jalanraya misalnya, segala kos perubatan ditanggung kerajaan. Tak percaya? Cubalah langgar atau dilanggar sapa-sapa...hahahaha
Read more ...

CERITA BIL HOSPITAL KERAJAAN MALAYSIA (BAHAGIAN 1)

Oleh : Dr. Aznil Hisham

1- Seorang sahabat selalu update keadaan anak beliau pada ku. Bulan lepas aku melawat anak beliau. Comel & cerdik budaknya.

2- Adik ini berumur 3 tahun, menghadapi masalah paru-paru sejak lahir. Sering keluar dan masuk hospital kerana masalah paru-paru. Hopital kini adalah "rumah" bagi beliau.

3- Sebulan lamanya anak ini berada di wad. Anak kecil yang hampir sebaya dengan anak aku, tidak pernah menikmati kehidupan sebaik anak-anak lain. 

4- Detik gembira apabila beliau kini sudah boleh kembali ke rumah. Namun anak ini masih bergantung kepada bantuan oksigen 24jam. 

5- Si ayah bukan penjawat kerajaan. Si Ibu terpaksa berhenti kerja menjaga anak kecil ini dan 2 orang lagi adik-beradik.

----

Status ini bukan memohon simpati kalian.
Status ini hanya sekadar menyampaikan hajat besar si ayah kepada kalian.

Si ayah dengan rendah diri mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada seluruh rakyat Malaysia yg tidak sedikit pun merungut atau mengungkit dgn bayaran cukai mereka. TAHNIAH !!

Si ayah amat BERTERIMA KASIH kepada seluruh rakyat Malaysia yg MERELAKAN subsidi ditarik demi kebaikkan anak beliau dan mereka yg lebih memerlukan. TAHNIAH !!

Terima kasih rakyat Malaysia.

-Salam dari si ayah-

---

Nota kaki : 

26.3.13 :
Subsidi di beri = ~RM 24 000
Kos dibayar hanya RM 532

13.12.14 :
Sunsidi di beri = ~ RM 10 000
Kos dibayar hanya RM 503 

Komen Pena Minang : Cuba korang bandingkan dengan nilai rawatan yang sama di Hospital Kerajaan di Singapura. Layari laman web yang berikut : https://www.moh.gov.sg/content/moh_web/home/costs_and_financing/HospitalBillSize.html
Read more ...

Friday, 16 January 2015

UMNO PUNCA NURUL IZZAH DAN SUAMINYA BERCERAI? @n_izzah @anwaribrahim @drwanazizah

Oleh : AJ

Nampaknya rumah tangga yang dibina oleh Ahli Parlimen Pantai yang juga anak sulung kepada KETUM PKR, Anwar Ibrahim dan Dr. Wan Azizah akhirnya hancur.

Walaupun puncanya tidaklah kita ketahui, namun perlu diperjelaskan disini bahawa, yang menuntut penceraian adalah Nurul Izzah dan bukannya suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar. (Rujuk sini)

Adakah ini hukuman karma kepada Nurul Izzah setelah memfitnah calon BN Lembah Pantai, Raja Nong Chik pada PRU 13 yang lalu? (Rujuk sini dan sini

Wallahua'alam.

Apa-apapun diharapkan Nurul Izzah tidak menyalahkan UMNO disebabkan kehancuran rumah tangganya.

Semoga beroleh jodoh dengan orang lain.
[Sekadar Hiasan : Yang mana satu akan menjadi pilihan hati Janda Berhias Nurul Izzah Anwar?]
Read more ...

Thursday, 15 January 2015

[VIDEO] ANTHONY BOURDAIN : NO RESERVATION : SAUDI ARABIA



Tony has to choose between fan submissions to pick where to go for his next show. He ends up picking Saudi Arabia, in order to find out how people in this very different country live and eat.
Read more ...

SPR CADANG 11 KERUSI BARU MENJELANG PILIHANRAYA NEGERI SARAWAK

Banggunan Baru DUN Sarawak. Untuk maklumat lanjut layari www.dun.sarawak.gov.my
Oleh : Jebat

Bila bercakap mengenai Sarawak, apa yang bermain di kepalaku tak lain dan tak bukan ialah Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud, yang merupakan pemegang rekod selaku Ketua Menteri / Menteri Besar paling lama di Malaysia. Kini jawatan Ketua Menteri Sarawak disandang oleh Tan Sri Datuk Amar Hj Adenan Hj Satem, seorang yang aku lihat agak lembut dan manis wajahnya.

Namun dalam artikel kali ini, aku bukan hendak memperkatakan watak kedua tokoh berkenaan, sebaliknya aku hendak menarik minat rakan-rakan sekalian mengenai cadangan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) mewujudkan 11 lagi kawasan DUN di dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Cadangan ini adalah sejajar dengan kehendak-kehendak Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan;

(2) (i) Tertakluk kepada perenggan (ii), Suruhanjaya Pilihan Raya hendaklah, dari semasa ke semasa, sebagaimana yang difikirkannya perlu, mengkaji semula pembahagian Persekutuan dan Negeri-Negeri kepada bahagian pilihan raya dan mengesyorkan apa-apa perubahan mengenainya yang difikirkannya perlu supaya dipatuhi peruntukan yang terkandung dalam Jadual Ketiga Belas; dan kajian semula bahagian-bahagian pilihan raya bagi maksud pilihan raya ke Dewan-Dewan Undangan hendaklah dijalankan pada masa yang sama dengan kajian semula bahagian-bahagian pilihan raya bagi maksud pilihan raya ke Dewan Rakyat.

(ii) Maka hendaklah ada lat tempoh tidak kurang daripada lapan tahun antara tarikh siapnya satu kajian semula, dengan tarikh bermulanya kajian semula yang kemudiannya, di bawah Fasal ini.

(iii) Kajian semula di bawah perenggan (i) hendaklah disiapkan dalam tempoh yang tidak melebihi dua tahun dari tarikh bermulanya kajian semula itu.

Rujuk : http://cpps.org.my/resource_centre/perlembagaan_persekutuan.pdf

Maka dengan itu SPR telah mencadangkan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak yang baru bagi Pilihanraya Negeri Sarawak yang akan datang. Berikut merupakan 11 kerusi yang dicadangkan oleh SPR;

N13 - Batu Kitang
N17 - Stakan
N18 - Serembu
N23 - Triboh
N26 - Gedong
N40 - Kabong
N57 - Tellian
N63 - Selirik
N66 - Murum
N70 - Samalaju
N78 - Long Lama

Sekiranya cadangan ini tidak menerima bantahan, maka kita akan dapat lihat ruang tempat duduk dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak akan bertambah sekaligus akan memberi peluang kepada rakyat untuk memilih wakil mereka dalam DUN Sarawak.

Untuk maklumat lanjut mengenai perkara ini layarai www.spr.gov.my
Read more ...

Monday, 12 January 2015

[VIDEO] RICHEST MAN IN MIDDLE EAST : PRINCE AL-WALEED BIN TALAL






HRH Prince Alwaleed Bin Talal
Global Investor, Leader, Family Man

“I believe in working hard and being successful, because success breeds success and that drives me. But it’s also about helping your immediate community, the society, the nation, and the whole world in general.”

Prince Alwaleed is perhaps best known internationally as the chairman and controlling shareholder of Kingdom Holding Company, one of the world’s most influential investment companies. Throughout the Middle East the Prince is also renowned as the owner of Rotana, the Arab world’s largest entertainment company. His prominence as a businessman was acknowledged by Time magazine, who labeled the Prince as the “Arabian Warren Buffett.”

Outside of business, Prince Alwaleed is widely respected for his philanthropic work as the founder and patron of the Alwaleed Bin Talal Foundations, dedicated to supporting global cultural understanding, disaster recovery, women’s empowerment, and community development projects in Saudi Arabia, Lebanon, and around the world.

Sources : www.alwaleed.com.sa
Read more ...

Sunday, 11 January 2015

MARI BERWAKAF DENGAN YAYASAN WAQAF MALAYSIA

SISTEM WAKAF TUNAI MALAYSIA 

Muslimin dan Muslimat yang dihormati,

Sistem Wakaf Tunai Malaysia merupakan sistem yang dibangunkan oleh Yayasan Waqaf Malaysia bagi memudahkan masyarakat untuk berwakaf tunai secara atas talian (online).

Sistem ini dilengkapi dengan Sijil Security Sockets Layer (SSL) iaitu ciri keselamatan yang akan melindungi data dan segala kepentingan sistem yang bertujuan memelihara segala maklumat pewakaf dan juga transaksi wakaf tunai yang dilakukan.

Melalui sistem ini, masyarakat boleh:

i. mendaftar sebagai pewakaf;
ii. melakukan transaksi wakaf menggunakan kemudahan perbankan internet;
iii. berwakaf melalui potongan gaji;
iv. menyemak status semasa transaksi wakaf yang telah dilakukan ; dan
v. mencetak transaksi wakaf yang telah dilakukan.

Untuk maklumat lanjut, layari portal rasmi YWM di alamat www.ywm.gov.my. Untuk terus ke Sistem Wakaf Tunai Malaysia, layari www.ywm.gov.my/ywm.

Ayuh semua, kita berwakaf! 
Read more ...

TIPS UMRAH : KETIKA BERADA DI MADINAH AL-MUNAWARAH

Oleh : Jebat

Umrah tidak berlaku di Madinah. Maka dengan itu tidak ada keperluan memakai ihram, tawaf atau sai'e disini. Sebaliknya jemaah umrah datang ke Madinah adalah bertujuan untuk menziarahi masjid Nabi selain mengambil peluang yang ada untuk bersolat di dalam masjid tersebut.

Ini bertepatan dengan sabda Nabi ﷺ yang bermaksud;

Dari Abu Hurairah Radiallahu Anhu dari Nabi Muhammad ﷺ  sabdanya : "Tidak sepatutnya ( bersusah payah ) keluar belayar ( untuk menziarahi mana-mana masjid ) kecuali ( pergi ) ketiga-tiga buah masjid ( yang berikut ) : Masjidil Haram di Mekah, Masjidir Rasul ( Masjidi an-Nabawi di Madinah ) dan Masjidil Aqsa  di Palestin." (Hadis Riwayat Bukhari)

Malah terdapat satu hadis yang memberikan keistimewaan kepada masjidil Nabawi berbanding masjid-masjid lain kecuali Masjidil Haram. Hadisnya berbunyi seperti berikut;

Dari Jabir r.a. bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: Satu sambahyang dimasjidku lebih afdhal daripada seribu sembahyang di masjid-masjid yang lain, kecuali masjidil Haram (dimekah): dan satu sembahyang di masjidil haram pula lebih afdhal daripada seratus ribu sembahyang di masjid-masjid yang lain. (Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Huraian hadis :

a) Mereka yang mengerjakan sembahyang di Masjid Nabawi akan mendapat seribu fadilat, manakala mereka yang mengerjakan sembahyang di masjidil Haram pula mendapat seratus ribu fadhilat.

b) Kelebihan Masjidil haram di mekah adalah disebabkan di dalamnya terletak Kaabah yang menjadi kiblat seluruh umat Islam di dunia ini.

c) Oleh itu Rasulullah SAW amat menggalakkan umatnya yang datang mengerjakan haji dan umrah agar dapat mengerjakan sembahyang sebanyak mungkin di kedua-dua masjid ini kerana fadhilatnya yang amat besar itu.

Itu adalah sebahagian kelebihan yang ada pada Masjid Nabi. Namun begitu dalam penulisan ini, penulis tidak mahu membicarakan perkara ini dengan panjang lebar, kerana sudah banyak artikel-artikel yang ditulis mengenai kelebihan Masjidil Haram, Masjidil Nabawi dan Masjidil Aqsa. Anda hanya perlu google sahaja.

Disini penulis nak berikan tips kepada bakal jemaah umrah yang bakal menziarahi kota Nabi, Madinah Al-Munawarah dan terutama sekali Masjid Nabi.

1. Adalah sebaiknya anda berusaha untuk solat di saf paling hadapan dalam Masjid Nabawi.

2. Jika berpeluang untuk memasuki Raudhah, maka gunakan peluang ada untuk bersolat dengan solat-solat sunnah. Namun ketika solat wajib berlansung, maka keperluan untuk memenuhkan saf hadapan adalah lebih utama dari bersolat di dalam kawasan raudhah.

3. Waktu yang kurang pengunjung ke Masjidil Nabawi adalah antara pukul 1, 2 atau 3 pagi (Waktu Saudi). Pada kebiasaanya, pada waktu ini, jemaah Nusantara (Kepulauan Melayu seperti Malaysia dan Indonesia) telah bangun dari tidur, kerana waktu di Tanah Air adalah sekitar 6 atau 7 pagi. Jadi bagi mereka yang selalu bangun awal untuk subuh di Tanah Air, maka secara biologinya, secara automatik anda akan terjaga pada waktu ini. Seperti yang penulis katakan dalam artikel sebelum ini, jangan buang masa dengan tidur. Tidurlah sekadar ala kadar sahaja.

 4. Tidak diwajibkan untuk anda menziarahi Makam Rasulullah ﷺ setiap kali selesai waktu solat wajib. Bagi penulis, cukuplah hanya sekali menziarahi dan memberi salam keatas Rasulullah ﷺ dikawasan makamnya. Dan tidak perlu berasak-asak untuk ke makam sejurus selesai waktu solat. Untuk perbincangan lanjut, layari : http://islamqa.info/en/69807

5. Berdoa menghadap Kiblat dan bukannya menghadap makam Rasulullah ﷺ

6. Seperti di Masjidil Haram, solat jenazah berlaku setiap hari pada setiap waktu solat wajib.

7. Pada kebiasaanya, pada hari Jumaat, pintu masuk ke dalam masjid paling hadapan akan ditutup dengan kanvas. Untuk memastikan anda mendapat tempat dalam kawasan paling hadapan Masjid, pastikan anda datang awal. Sebaik-baiknya pada waktu Subuh anda sudah mula beriktikaf dalam Masjid Nabi.

8. Kawasan Raudhah ditandai dengan karpet yang berwarna hijau dan pada kebiasaanya ditutup dengan Kanvas. Ini bagi menghalang jemaah berpusu-pusu untuk bersolat dalam kawasan tersebut. Namun jangan kecewa jika anda tidak berkesempatan memasuki ke kawasan tersebut. Berdoalah agar anda diberikan kesempatan. Namun sekiranya anda sudah berpeluang memasuki kawasan tersebut, janganlah berlama-lamaan dalam kawasan tersebut. Berilah peluang kepada jemaah lain untuk merasai beribadah dalam ruangan berkenaan. Lagipun, sepertimana penulis katakan dalam siri penulisan sebelum ini, bukan anda seorang sahaja nak masuk syurga!.


9. Memang banyak pintu-pintu masuk yang dapat membantu anda memasuki ruangan dalam Masjidil Nabawi. Namun begitu, penulis mengesyorkan kepada bakal jemaah umrah untuk berusaha memasuki Masjidil Nabawi melalui Pintu Abu Bakr yang terletak bersebelahan dengan Pintu Salam dan Pintu Rahmat. Tidak ada sebarang kelebihan memasuki Masjidil Nabawi melalui pintu ini, melainkan pintu ini tidak pernah mengecewakan penulis untuk memasuki ruangan utama Masjidil Nabawi. Selain itu ada penemuan yang menarik yang penulis temui ketika bersolat di kawasan pintu ini. Namun disinilah penulis berjumpa dengan seorang insan yang penulis sendiri tidak menyangka untuk dipertemukan. Semoga Allah merahmatinya dan memberkati ahli keluarganya.


10. Jangan sesekali berusaha ke pintu Masjid lalu mengelap-gelap atau menyapu muka sejurus memegang logam-logam ukiran yang terdapat di pintu masjid dengan anggapan bakal memperolehi memperolehi syafaat atau keberkatan. Ketahuilah perbuatan berkenaan bertentangan dengan Al-Quran dan Sunnah. Penulis lihat banyak orang Iran / Syiah melakukan perbuatan ini di pintu-pintu Masjid yang berukir nama Nabi.


11. Jika berkesempatan melawat perkuburan Baqi, maka pergilah. Lagipun bukan selalu anda dapat memijak tanah Baqi. Namun cukuplah ziarah ke Kuburan itu dilakukan hanya sekali. Pada kebiasaanya, kawasan perkuburan itu dibuka pada awal pagi selepas Subuh. Namun wanita dilarang memasukinya. 

12. Lakukan sunnah-sunnah ketika melawat ke kubur seperti memberi salam dan mendoakan kesejahteraan kepada penghuninya. Ingat!! Anda doakan mereka, bukan anda minta mereka doakan anda!!!

13. Patuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak keselamatan Saudi ketika anda memasuki kawasan perkuburan tersebut. 

14. Jangan sesekali mengambil tanah, batu atau apa sahaja yang terdapat di dalam kawasan perkuburan Baqi. Penulis ada melihat segelintir jemaah umrah, dari Pakistan barangkali yang mengambil tanah dikawasan tersebut. Namun perbuatan tersebut ditegur oleh sekumpulan anak muda dari Indonesia (Barangkali mahasiswa Universiti Islam Madinah). Namun teguran tersebut tidak diendahkan.

15. Jangan berselfie di perkuburan Baqi. Ini kubur! Bukan Studio! Tetapi jika anda mahu mengambil gambar, pastikanlah tujuan utama anda. Penulis juga mengambil gambar di perkuburan Baqi, tapi bukan untuk bersuka-suka, sebaliknya untuk tujuan pendidikan. Namun begitu, terdapat papan maklumat yang didirikan oleh kerajaan Saudi tentang adab-adab berziarah. Ambillah sedikit masa membaca apa yang tertulis pada papan kenyataan tersebut. Dan mengenai gambar, sememangnya pihak keselamatan Saudi tidak membenarkan sebarang aktiviti pengambaran dikawasan berkenaan. Jika anda kantoi mengambil gambar...Pandai-pandailah nak menjawab dengan pihak keselamatan Saudi.

16. Ketahuilah, bahawa kubur-kubur di Baqi itu adalah kubur-kubur yang mengikuti spesifikasi kubur yang diperintahkan oleh Rasulullah ﷺ. Maka bandingkanlah dengan kubur-kubur di tanah air kita.

17. Kubur bukan tempat beribadah. Jadi kalau nak baca Al-Quran, laksanakan di Masjid atau diluar kawasan kubur.

18. Jangan berdoa menghadap kubur. Sebaliknya berdoalah menghadap kiblat!

19. Penulis tidak menggalakkan anda untuk berada diluar kawasan yang berjauhan dengan Masjidil Nabawi sekitar radius 1 kilometer. Ini kerana apabila anda berada terlalu berjauhan dengan Masjidil Nabawi, anda berkemungkinan akan terlepas peluang untuk bersolat di Masjid berkenaan.

20. Sekiranya anda tetap mahu dan berkeinginan untuk melakukan ziarah luar seperti melawat Masjid Quba, Masjid Qibalatain dan lain-lain lagi, jangan lupa melakukan solat tahyatul masjid di masjid-masjid yang anda lawati. Dan sekiranya masuk waktu solat, berusahalah untuk berjemaah disitu. Namun ingatlah, pahala di masjid-masjid selain Masjidil Haram, Masjidil Nabawi dan Masjidil Aqsa adalah jauh lebih rendah berbanding masjid-masjid yang yang disebutkan tadi.

21. Sekiranya Mutawwif mahu mengadakan lawatan / ziarah luar berlaku pada hari Jumaat atau sebelum solat Jumaat. Penulis harapkan anda tidak menyertai kumpulan berkenaan. Ini kerana adalah lebih baik anda beriktikaf dan melaksanakan solat Jumaat di Masjid Nabi dari menghabiskan masa di masjid-masjid lain. Ingat!!! Bersolat di Masjid Nabawi mempunyai kelebihan yang lebih besar berbanding masjid-masjid yang lain kecuali bersolat di Masjidil Haram.

22. Jika anda kehausan, jangan bimbang. Di Madinah, kemudahan meminum air Zam-Zam disediakan secara percuma di dalam dan disekitar kawasan Masjid. Jadi minumlah sepuas-puasnya.

23. Jika anda mahu membeli belah. Maka Madinahlah tempat yang paling sesuai. Selain lokasi kedai dan shopping complex yang berhampiran dengan Masjid Nabawi, Madinah juga menawarkan harga barangan yang lebih murah sedikit daripada Makkah. Berdasarkan penelitian penulis keatas design jubah misalnya, jubah-jubah yang dijual di Madinah lebih 'smart' berbanding jubah-jubah yang dijual di Makkah. Namun dalam bab kedai makan pula, penulis akui Makkah lebih banyak pilihan berbanding Madinah. Apa-apa pun, jangan kepada jemaah yang hendak membeli belah, jangan lupa untuk tawar menawar!

24. Jika anda mahu mewakafkan Al-Quran, terdapat individu-individu yang menjual Al-Quran bagi tujuan wakaf. Anda boleh beli dari individu berkenaan atau menyalurkan wang anda kepada kedai-kedai buku yang terletak berhampiran dengan kawasan Masjid.

Akan datang > Tips Umrah : Menyalurkan Sedekah
Read more ...

Saturday, 10 January 2015

TIPS UMRAH : KETIKA BERADA DI MAKKAH AL-MUKKARAMAH

Oleh : Jebat

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah ﷺ. bersabda, "Mengerjakan umrah ke satu umrah yang lain menjadi penutup dosa yang dilakukan di antara kedua umrah itu. Manakala haji yang mabrur pula akan dibalas dengan syurga kepada orang yang mengerjakannya."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

1. Seboleh-bolehnya, laksanakanlah tatacara perlaksanaan manasik Umrah sepertimana yang telah dicontohkan oleh Nabi dan para Sahabat. Untuk mendapatkan kaedah perlaksanaan tatacara umrah Nabi, maka lakukanlah penyeledikkan, kajian, dan pembacaan.

2. Sekiranya penerbangan anda direct dari Malaysia ke Makkah, maka gunakanlah masa yang ada dalam pesawat untuk mendapatkan rehat secukupnya. Dan jangan lupa bersiap-siaga mengenakan Ihram sekiranya anda menaiki penerbangan non-stop. Tetapi sekiranya anda menaiki penerbangan yang ada transit, anda boleh mengenakan ihram ketika berada di tempat yang anda transit tersebut sebelum memasuki kawasan Miqat.

3. Namun sekiranya penerbangan anda ke Madinah terlebih dahulu. Tidak perlu anda mengenakan Ihram. Namun ketika hendak bertolak ke Makkah dari Madinah, gunakanlah masa dalam perjalanan berehat secukupnya (Perjalanan ke Madinah ke Makkah lebih kurang 5 jam). Ini kerana setibanya anda di Makkah Al-Mukkaramah, maka ibadah umrah anda akan bermula. Untuk tatacara ibadah Umrah Sunnah 100% boleh rujuk disini : http://www.penaminang.com/2014/12/tatacara-melaksanakan-umrah-100-sunnah.html

4. Melaksanakan ibadah umrah tidaklah memakan masa yang lama. 1-3 jam antara tempoh masa yang sudah cukup menyelesaikan ibadah umrah anda. Bermula dari Tawaf sehinggalah ke mencukur/memotong rambut anda. Dan seboleh-bolehnya, pastikan anda melaksanakan ibadah umrah ini seyakin dan sebaik mungkin. Walaupun ada pendapat yang mengatakan umrah boleh dilakukan 2-3 kali ketika anda berada di Makkah, pendapat itu penulis rasakan amat lemah. Rujuk disini : http://www.penaminang.com/2014/12/tidak-ada-umrah-berulang-kali-ketika.html

5. Jika mampu, tidurlah sekadar 'mengalas mata' sahaja. Ini kerana bukan selalu anda berada di Makkah. Maka gunakanlah masa yang ada semaksimum mungkin tatkala berada di kota suci ini dengan mengerjakan ibadah-ibadah khusus dan sunnah semasa berada di bumi yang penuh barokah ini.

6. Pastikan anda mendapat bekalan makanan yang secukupnya atau sekadar mengalas perut anda. Tidak perlu makan terlalu banyak. Kerana apabila anda makan terlalu banyak, anda akan cepat mengantuk dan malas untuk beribadah. Sepanjang penulis disana, penulis lebih banyak makan shawarma daripada nasi. Kerana lebih praktikal bagi pendapat penulis. Namun sekiranya kurma dan air zam-zam sudah cukup untuk perut anda, itu lebih baik.

7. Seboleh-bolehnya, bagi kaum lelaki, bersolatlah dikawasan yang paling hampir dengan Kaabah. Lagi hampir lagi baik. Manakala bagi kaum perempuan pula, tidak mengapa anda lebih kebelakang dan berjauhan dari Kaabah. Kerana saf terbaik bagi orang perempuan adalah yang paling kebelakang.

8. Jangan bersesak-sesak atau merebut-rebut hendak mencium batu hajaratul aswad atau ketika hendak menyentuh penjuru rukun Yamani, terutama sekali bagi kaum wanita! Penulis dapati kejadian tolak menolak seringkali terjadi tatkala hendak mencium batu tersebut. Malah ada dikalangan jemaah yang membawa anak kecil yang sanggup mempertaruhkan nyawa anak mereka semata-mata hendak mencium batu tersebut. Disini penulis suka memetik perkataan Umar R.A.

“Dari ‘Abis bin Rabi’ah, ia berkata, “Aku pernah melihat Umar bin Al Khattab mencium Hajar Aswad. Kemudian Umar berkata, “Sungguh aku telah menciummu, dan aku tahu pasti bahawa engkau hanyalah sekadar batu. Seandainya aku tidak melihat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam menciummu, maka tentu aku tidak akan menciummu” (HR. Al Bukhari dan Muslim).

Inilah pandangan Umar terhadap Hajar Aswad. Ketahuilah bahawa, tidak ada apa yang istimewa keatas batu tersebut melainkan ianya pernah dicium oleh Rasulullah ﷺ. Lagipun sekiranya anda tidak mampu mencium Hajar Aswad, sudah cukup sekadar bertakbir dan membuat isyarat tangan keatas batu tersebut.

9. Selain itu janganlah bersusah payah hendak memegang kelambu kaabah kerana perbuatan tersebut tidaklah selari dengan ajaran Islam yang sebenar.

10. Jangan sesekali berusaha mencabut benang-benang dari kelambu kaabah. Penulis lihat wujud dikalangan jemaah Umrah (bukan warganegara Malaysia) yang telah mengambil beberapa helaian benang-benang kelambu kaabah untuk tujuan yang penulis sendiri kurang pasti apa motif sebenar mereka.

11. Sunnah di rukun Yamani adalah diusap bukannya dicium. Namun sepanjang penulis melakukan tawaf, kelihatan terlalu banyak dikalangan jemaah umrah yang ekstrim, bukan sahaja mengusap rukun berkenaan sebaliknya turut mencium penjuru tersebut.

12. Sekiranya anda berkesempatan memasuki Hijir Ismail, lakukanlah solat sunnah seringkas yang boleh dan berilah peluang kepada orang lain untuk turut melaksanakan ibadah solat dikawasan tersebut. Bukan anda seorang nak masuk syurga beb!

13. Janganlah bersusah payah berusaha nak memegang Makam Ibrahim. Tak ada apa dalam makam tersebut. Kalau sekadar nak tengok, tengoklah sepantas yang anda mampu, namun tak payahlah sampai nak tenyeh muka kat cermin di Makam Ibrahim. Memang benar wujud arahan khusus untuk seboleh-bolehnya bersolat dibelakang makam tersebut. Namun kalau sampai menyusahkan jemaah lain nak bertawaf, maka kebelakanglah lagi sehingga ke kawasan mataf sementara.

14. Bila penulis katakan dibelakang makam Ibrahim, maka ianya juga serupa dengan keperluan untuk tidak bersolat dihadapan makam, ditepi kiri dan kanan makam tersebut. Anda bukan sahaja menyusahkan jemaah lain yang hendak melaksanakan tawaf, tetapi juga turut mengundang kemarahan pihak keselamatan masjidil haram.

15. Ikutlah arahan yang dikeluarkan oleh pihak keselamatan masjidil haram. Tak rugi manapun. Jika anda nak bertekak dengan mereka, pastikanlah anda mempunyai kemahiran berbahasa Arab. Sekiranya tidak, baik tak payah!

16. Sekiranya anda memerlukan masa yang lama untuk tujuan membeli belah, maka penulis hendak mengesyorkan agar biarlah anda laksanakan aktiviti tersebut pada waktu selepas solat Subuh dan selepas Isyak. Ini kerana kedua-dua waktu solat ini mempunyai sengkang masa yang lebih lama ke solat berikutnya berbanding Zohor, Asar dan Maghrib yang jarak waktu diantaranya amat hampir.

17. Sekiranya anda mahu bersolat berhampiran kaabah setiap masa, maka pastikan anda berada di dalam ruang mataf piazza 1 jam lebih awal sebelum waktu solat. Namun sekiranya anda sekadar mahu bersolat disekeliling Masjidil Haram, lepas azan pun anda dah boleh bentang sejadah dan carilah 'port' anda yang sesuai dengan citarasa anda. Namun pastikan anda tidak bercampur saf antara lelaki dan perempuan. Sekiranya hari tersebut adalah hari Jumaat, maka anda perlu keluar dari hotel anda 2 jam lebih awal dari kebiasaan. Namun ketika penulis berada di dalam masjidil Haram atau dikawasan sekitarnya, penulis selalu berpandangan sebegini : "Dimana aku berhenti, disitulah ALLAH takdirkan aku bersolat".

18. Penulis tidak mengesyorkan anda membuang masa dengan mengikuti lawatan-lawatan ke Gua Hira, Jabal Nur dan lain-lain lagi kawasan yang berjauhan dengan masjidil haram. Ini kerana tidak ada keperluan pun anda ke tempat berkenaan. Penulis lebih mengesyorkan kepada anda, jika mempunyai masa yang terluang, gunakanlah masa tersebut untuk melaksanakan ibadah tawaf. Lagipun sunnah di Baitullah adalah tawaf dan bukannya melawat ke kawasan-kawasan yang tidak perlu.

19. Namun sekiranya anda tetap juga berkeinginan mahu ke tempat-tempat tersebut, Silakan. Siapa penulis mahu menghalang kemahuan anda kan?



20. Untuk ke Mataf sementara tingkat 1 (Lower Ground), ianya boleh diakses melalui pintu King Fahd. Namun ramai jemaah yang kurang mengetahui bagaimanakah caranya untuk ke tingkat 2 atau tingkat paling atas mataf sementara. Disini penulis akan berikan sedikit gambaran untuk kesana. Apabila anda melalui pintu King Fahd menuju ke Mataf. Pastikan anda ke mengikut petunjuk ke Mataf Piazza. Mataf Piazza akan membawa anda ke tempat tawaf tingkat asal yang selaras dengan Kaabah (Tempat tawaf yang membolehkan anda menyentuh Rukun Yamani, Mencium Hajaratul Aswad dan bersolat di dalam Hijir Ismail). Namun untuk ke Upper Mataf (Tempat tawaf tingkat atas), anda perlulah mencari pintu ke tempat Saie'. Caranya ialah lakukan tawaf di Mataf Piazza dan lihatlah petunjuk yang menunjukkan arah ke tempat Saie'. Terus menuju ke tempat Saie menghala ke Safa. Dari Safa anda bergerak ke arah Marwah. Dipertengahan jalan antara Safa dan Marwah ada lorong di sebelah kanan yang akan membawa anda menuju ke Mataf ke tertinggi. Teruskan perjalanan ke tempat tersebut sehingga anda berjumpa dengan jalan masuk ke Mataf tertinggi. Kebiasaanya Mataf tingkat 2 ini lebih lenggang dari yang mataf pertama.

21. Bagi yang mahu menggunakan motor elektrik ketika melakukan Saie, terdapat perkhidmatan motor elektrik yang disediakan di tingkat 3 banggunan Saie di Masjidil Haram. Untuk kesana, anda masih perlu ke tempat Saie, namun mengikut petunjuk Saie O.K.U (Orang Kelainan Upaya / Cacat). Cari jalan keluar menuju ke pintu keluar Saie. Dan berjalanlah menuju ke Gushashyyah atau ke tempat tandas lelaki. Sebelum menghampiri ke tempat masuk tandas lelaki, anda akan melihat tangga disebelah kiri anda. Naik tangga tersebut dan lihat satu jambatan warna putih yang berhampiran dengan pintu masuk tingkat 1 Saie. Jambatan tersebut tidak beranak tangga. Maka naiklah ke jambatan tersebut dan dari situ anda akan terus sampai ke ruangan Saie tingkat paling atas dalam banggunan tersebut.



22. Sekiranya anda telah selesai melaksanakan Saie dan mahu bercukur, dipintu keluar Marwah terdapat kedai gunting disitu. Menghalalah ke arah Gushashyyah. Namun sebenarnya apabila anda telah keluar dari pintu Marwah, anda sebenarnya boleh melihat dari jauh papan iklan 'Barber Shop' yang terletak di sebelah kiri anda nanti. Untuk bayaran mencukur, dikenakan sebanyak 15 Riyal. Namun begitu banyak lagi kedai gunting rambut yang terletak berhampiran kawasan hotel anda. Namun yang paling dekat dengan anda selepas melaksanakan ibadah Saie adalah sepertimana yang penulis nyatakan.

23. Bagi jemaah wanita, bersolat di Masjidil Haram tidaklah bermakna segala hukum hakam mengenai Saf solat tidak digunapakai disitu. Sepertimana yang penulis katakan, Saf terbaik bagi wanita adalah dibelakang. Maka dengan itu, apabila tiba waktu solat, janganlah anda berada didalam Saf lelaki dibarisan paling hadapan (Berhampiran Kaabah). Kerana bukan sahaja anda telah melanggar syariat Islam, tetapi anda juga bakal dihalau oleh Polis Syariah dan Polis biasa yang bertugas dalam dikawasan Mataf.

24. Selepas Azan, Muazzin akan menunggu hampir 20 hingga ke 30 minit sebelum melaksanakan Iqamah. Jadi tak ada sebab bagi anda untuk tidak turun berjemaah di Masjidil Haram.

25. Selepas selesai melaksanakan solat wajib, sudah menjadi kebiasaan di Masjidil Haram akan dilansungkan solat sunnah Jenazah. Jadi ambillah peluang ini untuk menyembahyangkan jenazah. Setiap waktu solat, pasti akan ada jenazah yang tiba di masjidil haram untuk disolatkan. Dan lokasi jenazah ditempatkan untuk disolatkan adalah berhampiran jalan masuk ke ruangan Saie disebelah kiri.

Akan bersambung > Tips Umrah : Ketika berada di Madinah
Read more ...
© 2008-2017 PM Institute