ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Thursday, 30 July 2015

FITNAH : SEMUDAH MENDAPAT PASIR DI PANTAI. BUKTI : SEPAYAH MENCARI PERMATA DI LAUTAN

Oleh : Jebat

1. Aku sekadar nak menjawab sedikit persoalan dikalangan sahabat yang bertanya iaitu berapa lamakah tempoh atau jangkamasa siasatan perlu diambil bagi menyelesaikan sesuatu kes yang berbangkit.

2. Disini aku ingin menyatakan bahawa, perjalanan siasatan sesuatu kes itu bukanlah satu kayu ukur kepada sebuah kebenaran. 

3. Ini kerana, ada siasatan yang dijalankan itu memakan tempoh masa yang lama dan ada yang sekejap. Namun yang penting adalah kebenaran.

4. Disini aku ingin mengajak anda kembali mengkaji satu kisah yang pernah direkodkan dalam Al-Quran. 

5. Pernahkah anda semua membaca kisah Nabi Yusuf? Pastinya ramai yang tahu mengenai kisah Nabi yang kacak ini, sehinggakan ketampanannya Nabi ini menyebabkan Zulaikha, Isteri kepada tuannya menggoda Nabi Yusuf agar melakukan zina dengannya.

6. Sepertimana yang diketahui, Nabi Allah Yusuf adalah seorang yang beriman. Baginda tidak termakan dengan godaan Zulaikha. Maka Zulaikha bertindak agresif dengan mengejar Nabi Allah Yusuf yang mencari pintu untuk keluar dari rumah tuannya. Kejadian ini direkodkan di dalam Al-Quran;

"Dan mereka berdua pun berkejaran ke pintu, serta perempuan itu mengoyakkan baju Yusuf dari belakang; lalu terserempaklah keduanya dengan suami perempuan itu di muka pintu. Tiba-tiba perempuan itu berkata (kepada suaminya): Tidak ada balasan bagi orang yang mahu membuat jahat terhadap isterimu melainkan dipenjarakan dia atau dikenakan azab yang menyiksanya". 

(Yusuf : 25)

7. Untuk 'cover' kekantoian dihadapan suaminya, Zulaikha bertindak memfitnah Nabi Yusuf, bahawa Nabi Yusuflah yang mengajak dirinya untuk melakukan Zina.

9. Allah memberi ilham kepada seorang perempuan untuk mencadangkan kepada Suami Zulaikha agar melihat kepada bukti koyakkan di baju Yusuf. Jika koyak dihadapan, Yusuf salah. Jika koyak dibelakang, Zulaikha bersalah.

Perkara ini direkodkan oleh ALLAH dalam Al-Quran 

"dan seorang dari keluarga perempuan itu (yang ada bersama-sama) tampil memberi pendapatnya dengan berkata:" "Jika baju Yusuf koyak dari depan maka benarlah tuduhan perempuan itu, dan menjadilah Yusuf dari orang-orang yang dusta." 

(Yusuf : 26)

10. Walaupun dah kantoi, dan disuruh oleh suaminya meminta maaf kepada Yusuf, Zulaikha enggan.

11. Maka cerita Zulaikha 'kantoi' ni pun tersebar. Jadi macam-macam ceritalah yang timbul dan tersebar di kalangan kawasan kejiranan Zulaikha.

12. Disebabkan tidak puas hati, maka Zulaikha pun panggillah perempuan-perempuan yang sakan mengutuk dirinya ke rumahnya. Lalu setiap seorangnya diberikan pisau dan buah-buahan untuk dikupas. Tatkala perempuan-perempuan itu sedang sakan mengupas buah, maka Zulaikha mengarahkan Yusuf keluar dihadapan perempuan-perempuan Mesir itu. Disebabkan Nabi Yusuf ni terlalu kacak, maka kesemua perempuan-perempuan itu tak tersedar bahawa mereka sedang melukakan jari-jari mereka.

"Maka apabila ia (Zulaikha) mendengar cacian mereka, dia pun menjemput mereka dan menyediakan satu jamuan untuk mereka, serta memberi kepada - tiap seorang di antara mereka sebilah pisau. Dan pada ketika itu berkatalah ia (kepada Yusuf): "Keluarlah di hadapan mereka". Maka ketika mereka melihatnya, mereka tercengang melihat kecantikan parasnya, dan mereka dengan tidak sedar melukakan tangan mereka sambil berkata: "Jauhnya Allah dari kekurangan! Ini bukanlah seorang manusia, ini tidak lain melainkan malaikat yang mulia!" 

(Yusuf : 31)

8. Zulaikha cuba mendapatkan kembali pengaruhnya dikalangan wanita Mesir yang berada di rumahnya dengan menyandarkan punca beliau hendak melakukan maksiat adalah disebabkan angkara Nabi Yusuf yang terlalu Hensome. Dan kali ini Zulaikha menggertak Nabi Yusuf bahawa dia akan memaksa suaminya untuk menyumbat Nabi Yusuf ke dalam penjara sekiranya Nabi Yusuf enggan 'melayan' permintaannya itu.

9. Sekali lagi Nabi Yusuf difitnah. Dia difitnah kerana terlalu hensome dan akan membahayakan orang perempuan yang lain.

10. Walaupun tuannya sudah mengetahui bahawa isterinya 'kantoi'. Tetapi Yusuf tetap dipenjarakan. Namun kes ini tidaklah diketahui oleh pemerintah Mesir. Senang cerita. Kes ini 'off record' la.

10. Nabi Yusuf pun duduklah di dalam penjara. Beberapa ketika. Di dalam penjara, Nabi Yusuf menggunakan peluang yang ada untuk berdakwah. Sehinggalah tiba satu kejadian dimana 2 orang kawan penjaranya datang berjumpa dengannya untuk bertanyakan soalan mengenai mimpi.

11. Dan aku skip pasal mimpi. Cuma aku nak cakap, tatkala kedua orang itu menerima nasib mereka sejurus mengetahui makna mimpi mereka. Nabi Yusuf berpesan kepada kedua-duanya agar memberitahu kepada pemerintah perihal dirinya jika salah seorang dari mereka itu ada 'link' untuk berkomunikasi dengan pemerintah Mesir.

12. Pendekkan cerita akhirnya kisah kepintaran Nabi Yusuf dalam mentafsir mimpi sehingga menyebabkan Mesir terselamat dari kemarau ini pun sampailah ke tangan Raja Mesir.

13. Jadi sang raja pun perintahkanlah agar Yusuf dikeluarkan dari penjara disebabkan jasa Yusuf. Namun Yusuf enggan keluar sehingga siasatan penuh dilakukan keatas dirinya. Yusuf mahu dirinya dibebaskan dengan segala fitnah dan tuduhan itu dibersihkan.

14. Raja Mesir pun 'buka semula fail kes' Nabi Yusuf ni. Dan semua tuduhan berkenaan disiasat semula. Akhirnya terbukti bahawa Nabi Yusuf berada dipihak yang benar. Perkara ini direkodkan dalam Al-quran;

"Dan (apabila mendengar tafsiran itu) berkatalah raja Mesir:" Bawalah dia kepadaku! "Maka tatkata utusan raja datang kepada Yusuf (menjemputnya mengadap raja), Yusuf berkata kepadanya: Kembalilah kepada tuanmu kemudian bertanyalah kepadanya: 
"Apa halnya perempuan-perempuan yang melukakan tangan mereka ? Sesungguhnya Tuhanku Maha Mengetahui tipu daya mereka".

Setelah perempuan-perempuan itu dipanggil), raja bertanya kepada mereka: "Apahal kamu, semasa kamu memujuk Yusuf mengenai dirinya?" Mereka menjawab: JauhNya Allah dari segala cacat cela, kami tidak mengetahui sesuatu kejahatan terhadap Yusuf". Isteri Al-Aziz pun berkata: "Sekarang ternyatalah kebenaran (yang selama ini tersembunyi), akulah yang memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya (tetapi ia telah menolak); dan sesungguhnya adalah ia dari orang-orang yang benar. 

(Surah Yusuf : 50-51)

15. Akhirnya sangkaan orang ramai bahawa Nabi Yusuf dimasukkan ke penjara disebabkan kes-kes tertentu pun terlerailah. Dan akhirnya beliau diangkat menjadi orang penting bertaraf Menteri Kewangan di Negara Mesir. 

Dan (setelah mendengar pengakuan perempuan-perempuan itu), raja berkata: "Bawalah Yusuf kepadaku, aku hendak menjadikan dia orang yang khas untuk aku bermesyuarat dengannya. Setelah (Yusuf dibawa mengadap, dan raja) berkata-kata dengannya (serta mengetahui kebijaksanaannya) berkatalah raja kepadanya: "Sesungguhnya engkau pada hari ini (wahai Yusuf), seorang yang berpangkat tinggi, lagi dipercayai di kalangan kami ".

Yusuf berkata: "Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir); sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya".

16. Dan sepanjang rekod, Nabi Yusuf tidak pernah berusaha untuk menjatuhkan penguasanya. Walaupun berstatus Nabi dan anak kepada Nabi, Yusuf tetap terus taat dibawah kepimpinan dan pemerintahan Raja Mesir tersebut.

----

Pengajaran Ayat [Ikut pendapat aku - Tak perlu setuju sebab aku ni bukan ulama. Namun pembaca dinasihati untuk bertanyakan orang yang lebih arif dalam bidang agama.]

1. Fitnah memang mudah dibuat. Cukup sekadar lidah sebagai pemulanya.

2. Tidak ada tempoh masa tertentu untuk mendapatkan kebenaran. Kebenaran itu akan timbul. Dan kesemua itu hanya ALLAH yang akan tentukan.

3. Dan banyak lagi pengajaran yang menarik yang kita boleh pelajari dari kisah ini. Bukan sahaja mengenai ekonomi, perancangan negara tetapi juga kepada prinsip ketaatan terhadap pemimpin.

4. Nabi Yusuf tidak mengadu domba kesalahan isteri tuannya kepada orang ramai. Sebaliknya beliau tetap diam dan taat menuruti segala perintah yang ma'aruf [dalam bab ni, tatkala Zulaikha menyuruhnya keluar di depan wanita Mesir] tatkala 'kes kantoi Zulaikha' dah berlaku.

5. Manusia akan cepat lupa dan mudah lupa. Jadi Melayu memang mudah lupa.

6. Nabi Yusuf tak mintak dirinya dilantik menjadi Raja tetapi hanya sebagai seorang Menteri yang berpotfolio Menteri Kewangan.

7. Memang bermasalah kalau jadi orang Hensome ni. No wonderlah ramai gadis asyik usha aku kat kampus :p

9. Sabar adalah kunci segala-galanya
.
Read more ...

[VIDEO PENUH] SIDANG MEDIA PENUH TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN SELEPAS PENGUGURAN DARI KABINET



Video oleh : Minaq Jinggo

Lokasi : Kediaman TS Muhyiddin Yassin @ Bukit Damansara, Kuala Lumpur
Acara : Sidang media pertama TS Muhyiddin selepas pemecatan sebagai TPM
Tarikh : 29/7/2015

Ini sidang media pertama yang dilakukan TS Muhyiddin setelah beliau dipecatkan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri semalam. Dalam sesi yang berjalan hampir setengah jam itu TS Muhyiddin telah diajukan pelbagai soalan yang berkisar mengenai 

(1) samada usul tidak percaya terhadap Najib Razak akan dibuat di Parlimen, 
(2) fact sheet 1MDB yang diberikan kepada ahli kabinet, 
(3) samada beliau kesal mengkrtik mengenai 1MDB sehingga dipecat, 
(4) mengenai kemungkinan beliau bergabung dengn Tun M dibawah satu platform,  
(5) samada beliau akan disisihkan oleh bahagian-bahagian UMNO dalam perasmian persidangan tahunan, 
(6) samada kedudukan beliau sebagai Timbalan Presiden UMNO akan tergugat, 
(7) samada isu 1MDB akan dapat diselesaikan, 
(8) samada beliau masih boleh bekerjasama dengan Presiden UMNO, 
(9) samada beliau akan mengambil kesempatan diatas kekcewaan dan sokongan yang diberikan oleh para penyokong beliau, 
(10) mengenai penangguhan pemilihan parti, 
(11) mengenai rombakan kabinet dan pertemuan beliau dengan Najib sebelum dipecat, 
(12) mengenai apa yang beliau tahu dalam isu 1MDB
(13) samada berhasrat menggantikan Nur Jazlan sebagai pengerusi PAC
(14) pandangan beliau mengenai pemecatan AG

Bottomline - TS Muhyiddin berhasrat besar untuk membantu dan  memastikan pengurusan UMNO berjalan lancar dan berjaya mengharungi kemelut yang sedang dihadapi sekarang dan beliau juga berharap isu 1MDB dapat diselesaikan dengan cepat. 

Read more ...

Wednesday, 29 July 2015

MAAFKAN PEMBUNUH SEKIRANYA BERJAYA MENGHAFAL AL-QURAN

Pembunuh, Faisal al-Ameri, mencium dahi Rabi'a al-Dousary, bapa individu yang dibunuhnya.
ARAB SAUDI : Seorang bapa yang kehilangan anak lelakinya akibat dibunuh bersedia mengampunkan pembunuh berkenaan sekiranya tertuduh berjaya menghafal keseluruhan Al-Quran.

Memetik laporan akhbar Al-Yawm (Arab Saudi), Rabi'a Al-Dousary, bapa kepada Allahyarham Abdullah berjanji untuk memaafkan Faisal Al-Ameri, sekiranya beliau menghafal kesemua ayat dalam Al-Quran sebelum meninggalkan penjara 

Rabi'a al-Dousary, bapa kepada seorang pemuda yang dibunuh bernama Abdullah, berjanji untuk memaafkan penjahat yang disabitkan, Faisal al-Ameri, jika dia berjaya menghafal semua Quran sebelum meninggalkan penjara, akhbar al-Yawm Saudi dilaporkan.

Ameri dijatuhi hukuman mati kerana membunuh Dousary semasa pergaduhan yang tercetus di kawasan kejiranan mereka.

Jawatankuasa Tinggi Penjara di Wilayah Timur Arab Saudi telah memujuk bapa mangsa terbabit untuk mengampuni dan memaafkan Ameri.

Bapa mangsa yang enggan menerima apa-apa wang gadaian darah, memberikan Ameri pelajaran jauh lebih berharga, dengan berkeras mahukan pembunuh anaknya itu menghafal al-Quran sepenuhnya sebelum pembebasannya dari penjara.

Dipetik dari : Al Arabiya
Read more ...

UMNO BUKAN UNTUK BANGSA JOHOR SAHAJA

Oleh : Jebat

1. Sejurus penguguran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dari kabinet, maka wujudlah suara-suara yang membangkitkan semangat kenegerian.

2. Ini merupakan satu langkah kebelakang dalam usaha memperkuat dan menyatukan bangsa Melayu.

3. Memang benar Johor merupakan tanah kelahiran UMNO, malah Dato' Onn Jaafar yang menjadi Yang Dipertua Pertama UMNO adalah orang Johor dan bekas Menteri Besar Johor.

4. Namun perlu diingatkan bahawa, selain Dato' Onn Jaafar, ada individu lain dari negeri lain yang turut sama menubuhkan UMNO.

5. Nama-nama seperti Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz (Dato' Panglima Bukit Gantang : Perak), Dato’ Nik Ahmad Kamil (Kelantan), Dato’ Hamzah Abdullah (Selangor) dan Encik Zainal Abidin Ahmad (Zaaba : Negeri Sembilan) adalah individu yang turut sama terlibat bersama-sama Dato' Onn tatkala menubuhkan UMNO. Mereka ini adalah individu yang terlibat secara langsung dalam merangka, menyediakan draf Piagam atau Perlembagaan UMNO untuk dibentangkan dan diterima oleh Kongres Melayu Se-Malaya.

6. Melihat pada sejarah, inilah jiwa UMNO yang sebenar. Inilah harapan Dato' Onn dan rakan-rakannya kepada bangsa Melayu. Agar BERSATU setelah selama ini terkongkong dengan sifat kenegerian.

7. Oleh itu, usahlah kita menghancurkan asas yang dicipta oleh Dato' Onn Jaafar dan sahabatnya dengan membangkitkan sentimen kenegerian hanya disebabkan seorang mantan Timbalan Perdana Menteri dari negeri Johor digugurkan.

8. Akhir kalam jadilah Melayu Johor sepertimana bait-bait Sajak nukilan Sasterawan Negara, Dato' Usman Awang;

Dalam kekeruhan ini carilah kejernihan,
Dalam sengketa ini sambutlah perdamaian,
Sifat terpuji setiap insan,
Bermuafakat supaya berkat,
Bersaudara dunia akhirat,
Berikhtiar dengan tabah,
Kepada ALLAH berserah.
Read more ...

KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI BESAR JOHOR BERHUBUNG ROMBAKAN KABINET 2015


KENYATAAN MEDIA
YAB DATO' MOHAMED KHALED NORDIN, MENTERI BESAR JOHOR 
BERHUBUNG ROMBAKAN KABINET 28 JULAI 2015.

1. Semasa YAB Perdana Menteri datang ke Johor pada 15 Mei 2015 yang lepas, Perhubungan Umno Johor telah membuat keputusan bahawa Perdana Menteri perlu diberi kekuatan untuk menyelesaikan segala isu dan masalah yang dihadapi, khususnya isu 1MDB.

Oleh itu, jika soal untuk mempunyai kekuatan itu termasuk rombakan dilakukan terhadap barisan kabinet, dan termasuk terpaksa menggugurkan Timbalan Perdana Menteri  Tan Sri Muhyiddin Yassin, kita menerima ketetapan itu, lebih-lebih lagi kerana kita sedar bahawa ia adalah hak dan budi bicara Perdana Menteri.

Kita mendoakan barisan kabinet yang baharu dibentuk ini mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi negara, sebagaimana keyakinan Perdana Menteri untuk menyelesaikannya dalam masa yang munasabah.

2. Dalam pada itu, perlulah juga diambil peringatan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin masih Timbalan Presiden Umno, dan diharap semua pihak terus menghormatinya.  Di Johor, saya tiada sebarang halangan bagi mana-mana bahagian yang telah dan ingin menjemput beliau untuk merasmikan mesyuarat-mesyuarat Umno bahagian masing-masing.

3. Saya berharap rakyat dan ahli-ahli Umno khususnya daripada Johor dapat bersabar dan melalui saat-saat ini dengan penuh kesabaran dan kekuatan. Semoga Allah SWT memberi kita semua kekuatan untuk akhirnya menemui kebenaran.
Read more ...

Tuesday, 28 July 2015

KHALID AL-WALID TETAP TAAT WALAUPUN DIPECAT!


Saidina Khalid al Walid r.a merupakan seorang tokoh hebat dalam medan peperangan dan telahpun dilantik sebagai Panglima Perang sebelum zaman pemerintahan Saidina Umar al Khattab. Sememangnya kepercayaan masyarakat Islam pada waktu tersebut amat tinggi terhadap kebolehan dan kehebatan Saidina Khalid al Walid r.a.

Namun apa yang memeranjatkan, setelah takhta khalifah diwariskan kepada Saidina Umar al Khattab r.a, beliau bertindak memecat Saidina Khalid al Walid dengan menggantikan Abu Ubaidah r.a untuk jawatan tersebut. Tindakan ini amat mengecewakan kebanyakan orang ramai dan menimbulkan perasaan tidak puas hati.

Beliau telah dilucut jawatan sebanyak dua kali oleh Umar r.a al-Khattab, iaitu pada tahun 13 Hijrah sejurus selepas Umar r.a dilantik sebagai khalifah dan sekali lagi pada 17 Hijrah.[12] Namun kedua-dua peristiwa ini bukan kerana Khalid tidak baik dan bermasalah, Namun ia adalah dari sebab berikut [13] :-

a) Menjaga keyakinan umat Islam terhadap Allah, ia jelas dari surat umum yang dihantar Umar r.a kepada umat Islam memberitahu agar mereka tidak terlalu ‘bergantung harap' dengan Khalid sehingga tersilap sangka kemenangan Islam disebabkan oleh kehandalan Khalid dan bukan kerana bantuan Allah swt.

b) Pentadbiran ; iaitu dalam urusan dan keputusan pembahagian harta. Pentadbiran Umar r.a inginkan keteletian dan laporan berterusan dari setiap pegawainya, namun Khalid inginkan pentadbiran yang bebeas dari penelitian sentiasa oleh Khalifah.

Di waktu Khalid dipecat dari jawatannya sebagai gabenor di Syria, beliau berkata :-

"Amir al-Mukminin (Umar r.a) melantik aku sebagai gabenor dan setelah urusan menjadi licin dan lancar, beliau melucutkan jawatanku"

Lalu seorang lelaki berkata : "Sabarlah wahai ketua, ia waktu untuk bermulanya fitnah"

Khalid membalas :

"selagi anak Al-Khattab ini hidup, selagi itu TIADA RUANG FITNAH untuk berlaku" [14]

Demikian hormat dan keyakinan Khalid terhadap Umar r.a walau dalam keadaan beliau dilucutkan jawatan, amat difahaminya tindakan Umar r.a adalah untuk mengelak fitnah, bukan mencipta fitnah.

Di ketika Khalid r.a hampir wafat (beliau wafat pada 21 H), beliau berkata kepada Abu Darda r.a,

"Wahai Abu Darda, bila Umar r.a al-Khattab r.a wafat kelak, kamu akan dapati sesuatu yang kamu benci berlaku"

Dan berkata lagi sambil mengelap air matanya:

"Aku memang merasa sedikit kecewa dengan beliau dalam sesetengah isu, tetapi setelah aku fikrikan kembali berkenaannya di ketika aku sakit ini, aku menyedari bahawa Umar r.a Al-Khattab r.a melakukannya dengan ikhlas dan hanya mengharapkan rahmat Allah dari setiap tindakannya"[15]

Khalid juga melantik Umar r.a sebagai waasi (pengurus harta pusakanya), ketika Umar r.a al-Khattab menerima surat wasiat itu, beliau turut menangis.

Inilah sikap Khalid Al-Walid si Pedang Allah. Walaupun Saidina Khalid al Walid r.a dipecat dari jawatannya, beliau menerima keputusan tersebut dengan tenang dan berterusan taat terhadap kepimpinan Saidina Umar al Khattab r.a.

Apa Yang Tersirat.

Jika dibaca kisah di atas hanya dengan biji mata sahaja, maka sudah tentu perasaan kita turut menyebelahi pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan Saidina Umar r.a. Namun apa yang tersirat sebenarnya jauh lebih halus dari apa yang kita sangkakan.

Soal keyakinan dalam semua perkara yang dilakukan dan menyerah diri hanya kepada Allah s.w.t sahaja amat penting dalam aqidah setiap muslim. Aqidah pula merupakan jantung kepada agama yang kita cintai ini. Jika rosak dan bermasalah jantung tersebut, maka tumbanglah agama kita.

Hikmah Saidina Umar menurunkan pangkat Khalid dan digantikan dengan Abu Ubaidah antaranya ialah agar ia mampu menyedarkan ummat Islam bahawa penyerahan diri dalam setiap perkara walaupun dalam soal peperangan hanya kepada Allah s.w t. Kebimbangan Umar terhadap ummat Islam yang keterlaluan mengagung-agungkan Saidina Khalid al Walid r.a menyebabkan beliau melucutkan jawatan Saidina Khalid al Walid r.a.

Hikmah peristiwa di atas juga adalah menggambarkan bagaimana seorang yang ikhlas dalam mentaati Allah taala, Saidina Khalid al Walid r.a yang tidak kecewa dengan tindakan Saidina Umar r.a, kerana beliau meyakini bahawa beliau pergi berperang bukan untuk habuan dunia, tetapi untuk habuan akhirat, bukannya mengharapkan habuan pangkat di dunia.

Seterusnya, hikmah lain yang boleh diambil adalah ketaatan Saidina Khalid al Walid r.a terhadap seorang pemerintah, khalifah, Saidina Umar al Khattab r.a adalah wajib dalam Islam selagi mana ia berlandaskan syariat Islam. Langsung tiada kepentingan dalam kedua-dua individu mulia di atas, Saidina Umar al Khattab r.a dan Saidina Khalid al Walid r.a untuk mendapatkan sebahagian habuan dunia tetapi apa yang mereka harapkan adalah keredhaan dari Allah taala.

Wallahua’lam

Rujukan :

[12] Tarikh at-Tabari, 5/41

[13] Umar Ibn Khattab, His Life and Time, Dr Ali Md As-Sallabi, 2/111-114 ; Abatil yajib an tumha min at-Tarikh, Ibrahim Sha'oot, hlm 134

[14] Al-Kamil fi At-tarikh, Ibn Athir, 2/156

[15] Khalid ibn waled, Sadiq ‘Arjoun, hlm 349 ; Al-Khilafah wal Khulafa, hlm 198 

Dipetik dan diubahsuai dari https://irhafiz.wordpress.com dan http://www.islam2u.net/
Read more ...

SENARAI PENUH KABINET MALAYSIA 2015


Perdana Menteri Merangkap Menteri Kewangan - YAB DS Najib Razak

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri KDN - YAB DS Dr Zahid Hamidi

Menteri Pengangkutan - YB DS Liow Tiong Lai
Timb. Pengangkutan - YB Dato Aziz Kaprawi

Menteri Kesihatan - YB DS Subramaniam
Timbalan - YB DS Dr. Hilmi Yahya

Menteri JPM - YB Dato Mah Siew

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan - YB DS Nazri Aziz
Timbalan - YB Dato Mas Ermyriati

Menteri Pertahanan - YB DS Hishamuddin 
Timbalan -YB DW Mohd Johari Baharom 

Menteri MITI - YB DS Mustpha Mohamad
Timbalan - YB Dato Ahmad MAslan dan YB Senator Dato Lee Chee Liong 

Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air - YB DS Maximus Ongkili
Timbalan - YB Dr James Dawos Mamat

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi - YB Dato Amar Douglas
Timbalan - YB Dato Noriah Kasnom

Menteri Pertanian dan Industri Tani - YB DS Shabery Cheek
Timbalan - YB DS Haji Tajuddin Abd Rahman

Menteri KLLW - YB DS Ismail Sabri
Timbalan - YB Dato Alaxender dan YB Dato Ahmad Jazlan

Menteri Kewangan II - YB DS Ahmad Husni Hanadzlah
Timbalan Menteri Kewangan - YB Datuk Johari Abd Ghani dan YB Datuk Chua Tee Yong

Menteri Sains Teknologi dan Inovasi - YB Datuk Wilfred
Timbalan - YB Datuk Dr Abu Bakar

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - YB DS Hajah Rohani 
Timbalan - YB Datuk Hajah Azizah dan YB Senator Datin Paduka Chew Mei Fun

Menteri Kerja Raya - YB DS Fadhilah Yusof
Timbalan - YB Dato Rosnah Rashid Shirlin

Menteri Sumber Manusia - YB DS Richard RIot
Timbalan - YB DS Haji Ismail

Menteri Wilayah Persekutuan - YB DS Tengku Adnan Tengku Mansor
Timbalan - YB Loga Bala

Menteri Pengajian Tinggi - YB DS Idris Jusoh
Timbalan - YB Datuk Yap Kain

Menteri Luar - YB DS Anifah Aman
Timbalan - YB DS Reezal

Menteri JPM - YB Datuk Joseph Entulu

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - YB Datuk Dr Wan Junaidi
Timbalan - YB Datuk Ir Haji Hamim

Menteri Pendidikan - YB DS Mahadzir Khalid
Timbalan - YB P Kamalanathan

Menteri Belia dan Sukan - YBKhairy Jamalaluddin
Timbalan - YB Datuk Saravanan

Menteri Komunikasi dan Multimedia - YB DS Panglima Dr. Mohd Salleh Keruak
Timbalan - YB Dato Jailani Johari

Menteri KPDNKK - YB Datuk Hamzah Zainuddin
Timbalan - YB Datuk Paduka Ahmad Bashah

Menteri JPM - YB DS Jamil Kamil Baharoom
Timbalan - YB Senator Dato Dr. Asyraf Wajdi

Menteri JPM - YB DS Azalina , YB Dato Ir. Wee Ka Siong, YB DS Wanid Omar, YB Puan Hajah Nancy, YB DS Shahidan Kassim, YB Senator Paul Lo, YB DS Idris Jala, YB DS Panglima Joseph Kurup, YB Dato Josep Entulu, 

Timbalan Menteri JPM - Dato Razali Ibrahim

Timbalan Menteri KDN - Datuk Nur Jazlan dan Tuan Masir Anak Kujat

Read more ...

KENYATAAN MEDIA YBHG TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN

KENYATAAN MEDIA
YBHG TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, saya mengucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana telah memberikan peluang kepada saya untuk berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan persekutuan sebagai Timbalan Perdana Menteri bermula 10 April 2009.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan semua pihak yang telah menyokong saya sepanjang saya menjalankan tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Saya menerima keputusan YAB Perdana Menteri untuk menggugurkan saya daripada kabinet dengan hati yang terbuka. Saya menghormati kuasa prerogatif YAB Perdana Menteri untuk melantik dan menggugurkan mana-mana anggota kabinet.

Sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya telah terlibat secara langsung dalam pembuatan dasar-dasar kerajaan dan melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada saya dengan penuh amanah. Selama saya berkhidmat, saya sentiasa mendokong semua dasar kerajaan dan menyokong kepimpinan YAB Perdana Menteri.

Kecuali dalam isu 1MDB, saya mempunyai prinsip dan pendirian saya sendiri dalam mempertahankan hak rakyat, nama baik parti dan kepentingan negara. Jika kerana pendirian saya dalam isu ini menyebabkan saya digugurkan daripada kabinet maka saya redha.

Saya akan sentiasa setia kepada perjuangan UMNO. Sebagai Timbalan Presiden UMNO, saya akan terus melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada saya dan mencurahkan khidmat bakti saya demi memperkukuhkan parti serta mengembalikan keyakinan orang Melayu dan rakyat kepada UMNO.

Kepada Allah saya berserah.

TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
27 Julai 2015
Read more ...

KENYATAAN MEDIA YAB PERDANA MENTERI MENGENAI ROMBAKAN KABINET


KENYATAAN MEDIA
YAB PERDANA MENTERI
MENGENAI ROMBAKAN KABINET

Adalah dimaklumkan bahawa selaras dengan perenggan (b) Fasal (2) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan mengenai pelantikan Menteri Persekutuan dan Fasal (1) Perkara 43A mengenai pelantikan Timbalan Menteri Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan berikut:

Menteri Persekutuan:

(i)      YB Datuk Wilfred Madius Tangau;
(ii)     YB Dato’ Hamzah bin Zainudin;
(iii)    YB Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar;
(iv)    YB Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid;
(v)     YB Dato’ Sri Azalina binti Dato’ Othman Said;
(vi)    YB Datuk Seri Ong Ka Chuan; dan\
(vii)   YB Senator Datuk Seri Panglima Dr. Mohd. Salleh bin Tun Said Keruak

(Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan YB Senator Datuk Seri Panglima Dr. Mohd. Salleh bin Tun Said Keruak sebagai Ahli Dewan Negara dan beliau akan mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara dalam masa terdekat).

Timbalan Menteri Persekutuan:
  
(1) YB Dato’ Wira Mohd Johari bin Baharum;
(2) YB Datuk Mas Ermieyati Samsudin;
(3) YB Datuk Nur Jazlan bin Mohamed;
(4) YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Dusuki;
(5) YB Senator Tuan Chong Sin Woon;
(6) YB Dato' Seri Reezal Merican bin Naina Merican;
(7) YB Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakob;
(8) YB Tuan Masir anak Kujat; dan
(9) YB Dato’ Johari bin Abdul Ghani.
  
Rombakan Kabinet hari ini dibuat bagi tujuan memperkukuhkan lagi barisan Jemaah Menteri dalam kita menghadapi cabaran menguruskan negara sebelum Pilihanraya Umum yang ke-14.
  
Keputusan saya menggantikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan YAB Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, menggugurkan empat orang Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta perubahan portfolio,dibuat setelah mengambil kira pertimbangan politik dan kepentingan pentabiran
  
Ini bagi memastikan pentadbiran di bawah saya terus komited, sentiasa fokus kepada usaha pembangunan negara sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat pada pilihan raya umum yang ke-13.
  
Bagi tujuan ini, Jemaah Menteri perlu bertindak sebagai satu pasukan yang jitu dalam apa jua keadaan, melangsungkan agenda pembangunan Negara serta menguruskan isu-isu Negara yang berbangkit agar dapat bertindak dengan berkesan.
  
Saya boleh menerima perbezaan pendapat dan kritikan sebagai sebahagian dari proses dalam membuat keputusan. Namun, sebagai anggota Kabinet, perbezaan pendapat dan pandangan tidak sepatutnya dilakukan di forum terbuka yang boleh menjejaskan pandangan umum terhadap Kerajaan serta Negara. Ia juga bertentangan dengan konsep tanggungjawab bersama Kabinet (collective responsibility).
  
Keputusan menggantikan Tan Sri Muhyiddin merupakan satu keputusan yang amat sukar, tetapi terpaksa saya lakukan agar Jemaah Menteri dapat bergerak sebagai satu pasukan yang jitu.
  
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh Tan Sri Muhyiddin. Begitu juga oleh Menteri dan Timbalan Menteri yang kini tidak lagi bersama saya di dalam pentadbiran Kerajaan.
  
Insha-Allah, saya yakin senarai Kabinet yang baru ini dapat meneruskan hasrat Kerajaan untuk menjayakan segala perancangan yang telah dijanjikan dan meningkatkan keyakinan serta sokongan rakyat kepada Kerajaan Barisan Nasional.
  
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah juga memperkenankan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Baginda diadakan pada Rabu, 29 Julai 2015, jam 10 pagi di Istana Negara, Kuala Lumpur.


Perdana Menteri

Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak

28 Julai 2015
Read more ...

Monday, 27 July 2015

MENGHADAPI CABARAN DI MASA FITNAH - DR. FATHUL BARI

Susulan dari kenyataan saya di Suara TV, ia telah menimbulkan pelbagai salah sangka di kalangan ramai. Maka saya ingin menegaskan pendirian saya.

Pendirian saya:

1) Taat pemimpin adalah dalam hal yang ma'ruf. Datuk Seri Najib adalah pemimpin kita, Presiden kita,ulil amri kita dan Perdana Menteri kita; maka taat kepada beliau dalam hal yang ma'ruf adalah satu kewajipan.

2) Membela diri adalah hak setiap manusia, muslim mahupun kafir, rakyat juga pemerintah. Di zaman Nabi ﷺ, seorang sahabat Nabi ﷺ bernama Abdullah bin Sahl terbunuh dalam peperangan Khaibar. Nabi ﷺ tidak menjatuhkan apa-apa hukuman ke atas pembunuh Abdullah bin Sahl kerana tidak memiliki bukti yang KUKUH. (Kisah ini dalam riwayat al-Bukhari,no:6769, Muslim,no:1669)

Ini menunjukkan Nabi ﷺ berikan peluang kepada yahudi membela diri sehingga tidak dikenakan apa-apa hukuman kerana tiada bukti yang kukuh. Maka, kita perlu berikan ruang untuk Datuk Seri Najib membela diri beliau dan biarkan kes ini disiasat mengikut prosedurnya. Datuk Seri Anwar Ibrahim juga diberi peluang untuk tangguh kes 62 kali untuk bela diri secukupnya, kenapa kita tak boleh tunggu Datuk Seri Najib untuk bela diri beliau sendiri.

3) Saya sendiri tidak pasti yang mana satu betul atau yang mana satu salah dalam soal ini. Walaupun hati saya memiliki kecenderungan tersendiri namun saya tetap takuti label "MUFLIS" di akhirat nanti.

Sabda Nabi ﷺ maksudnya:

“Tahukah kamu kalian, siapa orang yang muflis itu?” Jawab mereka; “Orang yang muflis dikalangan kami ialah seseorang yang tidak mempunyai dirham dan tidak pula mempunyai harta-benda!” Jelas Rasulullah s.a.w., “Sesungguhnya seorang yang muflis dikalangan umatku ialah seseorang yang datang pada Hari Kiamat dengan membawa pahala-amalan solat, puasa dan zakat; dan kedatangannya itu sesudah ia mencaci-cela orang lain, membuat tuduhan palsu (fitnah), memakan harta, mencedera, dan memukul orang lain maka pahala kebaikannya itu akan diberikan kepada orang yang dianiayainya itu, dan apabila pahala kebaikannya habis sebelum selesai hutangnya maka orang-orang yang telah dianiayaai itu akan diambil dosa-dosa mereka lalu dibebankan keatasnya pula, dan kemudian itu ia dicampakkan kedalam api neraka.”(riwayat Muslim,no:4684)



Fitnah berlegar secara melampau dan pada skala raksasa. Saya bukan ahli ekonomi dan juga bukan pegawai penyiasat yang mampu menganalisa dan membuat kesimpulan tepat. Informasi-informasi yang ada masih belum memuaskan hati saya kerana masing-masing mempertahankan info masing-masing. Saya hanya mampu membaca secara umum sebagaimana tuan-tuan dan puan-puan semua. Jadi, saya bimbang penilaian saya tersalah dan ia akan menjadi hujjah ke atas saya di akhirat kelak. Maka atas prinsip "bara'ah zimmah" (melepaskan diri dari dipertanggungjawabkan) di akhirat kelak, lebih baik saya bergantung kepada keputusan siasatan pihak berwajib yang pakar dalam bidang mereka. Ini lebih menyenangkan hati saya kerana berlepas diri dari fitnah. Dan saya akan berhujjah dengannya di akhirat kelak di hadapan Allah.

4) Saya tidak mahu terlibat dalam mana-mana gerakan yang membawa kepada perpecahan tercela. Saya sayangkan UMNO, namun kecintaan saya kepada agama lebih tinggi dari segalanya. Agama membenci perpecahan. Biarlah saya dinilai dengan apa tuduhan sekalipun, namun pegangan saya tetap berasaskn agama, bukan emosi, sentimen mahupun persepsi.



5) Jadikan ibrah kesabaran Nabi ﷺ dalam menunggu keputusan wahyu tentang Aisyah untuk kita semua bersabar menunggu hasil keputusan siasatan pihak berautoriti tentang 1MDB.

7) Jika kita berpegang kepada Quran dan Sunnah, kita akan selamat selamanya. Itulah jaminan Nabi kita ﷺ. Bertenang dan bersabarlah semua. Jauhi sifat mungkar yang ditegah Nabi ﷺ.

Wallaahua'lam

Dr Fathul Bari Mat Jahya
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia ( PPUM)
Read more ...

MEMPERKENALKAN UNDANG-UNDANG [SIRI 1]

Oleh : Abdul Aziz Hussin

Undang-Undang Sepintas Lalu.

Kita pernah mendengar penjenayah dikenakan hukuman gantung sampai mati kerana mengedar dadah. Ada juga penjenayah dikenakan bunuh kerana membunuh orang lain. Kita juga pernah melihat pemandu dikenakan saman kerana melanggar lampu isyarat. Pesalah dan pemandu masing-masing dihukum dan disaman kerana melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang.

Begitu juga halnya dengan orang dewasa yang tidak membawa kad pengenalan, orang itu boleh dihukum. Kalau kita menipu atau mencuri pun kita akan dihukum. Hukuman akan dikenakan oleh mahkamah. Jika murid sekolah berkelakuan nakal di sekolah, mereka juga akan dihukum oleh guru sekolah. Mahkamah mengenakan hukuman mengikut undang-undang. Begitu juga sekolah akan menghukum murid-murid nakal mengikut peraturan sekolah.

Jika kita lihat kenderaan di jalan raya, kita dapati bahawa kenderaan yang datang dan pergi akan mengikut lorong jalan yang berbeza. Kenderaan itu juga menggunakan jalan raya mengikut undang-undang jalan raya.

Kalau pula kita masuk ke rumah orang lain tanpa izin tuan rumah itu, tentulah kita akan dihalau oleh tuan rumah. Hal ini demikian kerana tuan rumah itu ada hak disisi undang-undang atas rumahnya itu. Jadi nampaklah jelas bahawa kehidupan seharian kita perlu mengikut undang-undang.

Apakah Undang-Undang?

Undang-undang kadangkala disebut juga hukum. Undang-undang adalah aturan yang mengawal perjalanan hidup kita atau masyarakat. Ia dibuat oleh kerajaan atau negara. Ada juga undang-undang yang mengikut agama. Undang-undang dibuat bagi memastikan kehidupan masyarakat menjadi aman dan sejahtera. Undang-undang mengandungi apa-apa perbuatan yang dilarang atau ditegah, dan apa pula perbuatan yang perlu kita buat dan lakukan. Jika orang tidak mematuhi larangan itu maka dia akan dihukum. Begitu juga jika ada orang yang tidak melakukan apa-apa yang diarahkan oleh undang-undang maka dia juga akan dihukum. Ada juga undang-undang yang gunanya untuk memastikan semua pihak mendapat hak masing-masing.

Sumber undang-undang akan dibincangkan dalam siri 2 manakala jenis-jenis hukuman yang dikenakan kepada orang-orang yang tidak mematuhi undang-undang akan dibincangkan pada siri 3.

Mengapa Perlu Undang-Undang?

Undang-undang diperlukan untuk mengawal masyarakat. Undang-undang juga memastikan setiap orang mendapat hak masing-masing. Jika tidak ada undang-undang, maka kehidupan manusia menjadi seperti haiwan. Yang kuat dan gagah akan menguasai yang lemah. Harimau akan memakan apa sahaja yang ia suka sebab ia raja di rimba. Yang lemah seperti rusa tidak boleh berbuat apa-apa jika harimau telah menerkam. Ia cuma boleh lari. Tiada siapa yang akan menghukum harimau jika ia berbuat kesalahan. Dan tiada siapa yang menjaga hak rusa.

Kehidupan manusia tidak sama dengan kehidupan haiwan. Manusia mempunyai akal dan hidup bermasyarakat. Hampir semua manusia ada negaranya. Jadi manusia perlu dilindungi nyawa dan hartanya. Kesejahteraan dan kebajikan manusia perlulah dijaga daripada penganiayaan atau kezaliman. Masyarakat manusia juga perlu dijaga. Begitu juga negara perlulah dijaga. Semua itu akan dijaga dan diaturkan oleh suatu cara yang seragam yang disebut undang-undang.

Cabang Undang-Undang

Cabang undang-undang dibahagikan mengikut bidang atau jenis pemakaiannya. Di antara cabang undang-undang ialah seperti berikut ;

Undang-Undang Jenayah

Yang paling popular ialah undang-undang jenayah. Undang-undang jenayah ialah undang-undang yang dibuat oleh negara bagi menghukum pesalah-pesalah yang melakukan kejahatan. Negara juga yang akan mendakwa orang berkenaan. Contoh kesalahan jenayah adalah mencuri, merompak, merogol, membunuh orang, membakar rumah atau harta orang lain, berjudi, mengedar dadah, mencederakan orang lain, dan lain-lain lagi. Orang yang didapati bersalah akan dihukum mengikut kesalahannya. Contohnya orang yang mengedar dadah atau membunuh orang akan dihukum bunuh. Orang yang mencuri atau merompak akan dihukum penjara. Orang yang merogol akan dipenjara dan disebat dengan rotan. Orang yang berjudi akan dikenakan membayar sejumlah wang sebagai denda.

Undang-Undang Kontrak

Undang-undang kontrak pula ialah mengenai janji antara dua pihak atau beberapa pihak. Misalnya anda menjual sesuatu jenis barang dan orang lain berjanji membeli barang itu. Katakan orang itu enggan membeli atau tidak mahu membayar harga barang tersebut selepas barang diambilnya. Maka di sinilah undang-undang kontrak dipakai untuk memaksa orang itu membayar harga barang itu. Begitu juga jika barang yang dibeli itu rosak atau tidak seperti yang dijanjikan. Maka undang-undang kontrak akan digunakan bagi menyelesaikannya.

Undang-Undang Harta

Selain itu terdapat juga undang-undang harta. Undang-undang harta adalah mengenai tanah dan harta lain milik seseorang. Jika ada masalah atau perbalahan berbangkit mengenai harta maka undang-undang harta akan digunakan bagi menyelesaikannya.

Undang-Undang Keluarga

Jika pihak-pihak dalam sesuatu keluarga berbalah maka undang-undang keluarga akan digunakan bagi menyelesaikannya. Misalnya jika suami isteri bercerai, atau mereka berebut untuk mendapatkan hak penjagaan anak, maka kaedah dan peraturan undang-undang keluarga akan digunakan. Bagitu jugalah jika isteri atau janda itu menuntut nafkah (sara diri).

Undang-Undang Pusaka

Orang yang meninggal dunia biasanya meninggalkan harta. Harta ini diberi nama harta pusaka. Harta pusaka akan dibahagi-bahagikan kepada yang berhak di sisi undang-undang. Maka undang-undang yang digunakan ialah undang-undang pusaka.

Undang-Undang  Antarabangsa

Jika perbalahan berbangkit diantara sebuah negara dengan sebuah negara yang lain maka ia akan melibatkan satu lagi cabang undang-undang. Undang-undang itu dikenali sebagai undang-undang antarabangsa. Undang-undang antarabangsa juga akan digunakan dalam menyelesaikan perbalahan di antara orang-orang persendirian atau rakyat negara-negara yang berbeza. Ia juga digunakan dalam menyelesaikan perbalahan mengenai perkapalan, penerbangan udara, perdagangan antarabangsa dan yang lain.

Undang-Undang Islam

Satu lagi kelompok undang-undang yang penting di negara kita ialah undang-undang Islam. Ia terpakai kepada orang-orang Islam. Ia juga boleh dipakai kepada orang-orang bukan Islam yang mengaku taat kepada pemerintah Islam. Undang-undang Islam mengandungi undang-undang jenayah, kontrak, undang-undang harta, pesaka dan juga undang-undang keluarga serta bentuk lain undang-undang. Ia berlainan dengan undang-undang bukan Islam. Hal ini demikian kerana undang-undang Islam mengenakan tanggungjawab pada diri dengan Tuhan, misalnya puasa dan sembahyang. Undang-undang Islam juga mengenakan tanggungjawab akhirat kepada orang-orang yang ingkar. Undang-undang Islam juga mengenakan hak dan tanggungjawab sesama manusia dan negara. Jadi undang-undang Islam lebih luas daripada cabang atau jenis undang-undang yang lain.

Dipetik dari buku "Memperkenalkan Undang-Undang, Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia"
Read more ...

Friday, 10 July 2015

[VIDEO] HADIS PALSU DI ALAM MELAYU

Read more ...

[SAJAK] MEMBUNUH MIMPI (Sebuah pesan untuk Mayawati) - USMAN AWANG

USIAMU menghampiri sunti dara
Mengibarkan rasa di selendang sutera
Menyembunyikan malu di bilik terkunci
Diselubungi rindu lagu dan tari
Seribu bayang seribu mimpi
yang manis indah itulah mimpi

Mimpi itu adalah keajaiban anugerah
Tapi dialah nanti menyebabkan kau gundah
Terasing di cermin kenyataan
Kehidupan yang ganas dan kejam.

Sunti daraku,
Jangan kaupinjam lamunanku, hati seorang ayah
Yang kini kubenci sebab begitu lemah
Selamanya mimpiku hidup ini serba indah.

Bunuhlah mimpi itu, anakku
Kau membunuh segala palsu
Lagu dan rindu
Yang selalu menipumu

Dapatkan keberanian hidup baru
Dari kekuatan hati dan ketinggian ilmu.

1984
Read more ...
© 2008-2016 Pena Minang Institute