ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Tuesday, 22 December 2015

PERMOHONAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM / POLITEKNIK / INSTITUT LATIHAN KEMAHIRAN AWAM / KOLEJ KOMUNITI, (UPU) ONLINE DIBUKA PADA 18 JANUARI 2016

PERHATIAN ; IKLAN PERMOHONAN UPU ONLINE SESI AKADEMIK 2016/2017 BAGI LEPASAN SPM/SETARAF DAN LEPASAN STPM/SETARAF

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut sila hubungi kami di talian helpline (03) 88706767 atau (03) 8870 6777.

Talian helpline UPU hanya beroperasi pada hari bekerja sahaja bermula dari jam 7.30 pagi - 5.30 petang.

atau melayari Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) di http://upu.mohe.gov.my/

Jom ikuti kami di ;
INSTAGRAM @kemasukanbpkp
Read more ...

Friday, 18 December 2015

SULTAN SELANGOR KECEWA DENGAN BANGSA MELAYU


SUASANA dalam wawancara dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena Hari Keputeraan ke-70 kali ini berbeza. Tidak seperti selalunya dilakukan di Istana Mestika atau Istana Bukit Kayangan di Shah Alam, kali ini di pejabat baginda di Wisma Concorde, Kuala Lumpur.

Dalam suasana lebih santai, baginda meluangkan waktu lebih dua jam berkongsi pandangan dan mengupas banyak isu daripada perkara yang selalu baginda tekankan iaitu berkaitan perpaduan dan agama sehinggalah kepada hal anugerah kebesaran, kesihatan, ibu tunggal, peminta sedekah dan bola sepak.

“Saya sudah bosan,” begitu luahan kekecewaan Sultan Selangor tentang kemelut dan polemik politik yang semakin teruk khususnya di Selangor yang akhirnya hanya merugikan rakyat.

Dalam nada tegas pula, Sultan Sharafuddin berjanji akan terus menjaga sebaik-baiknya orang Melayu dan Islam yang kini sedang menghadapi cabaran besar. Malah sebelum meninggal dunia, baginda mahu melihat terlebih dahulu arah pentadbiran anakanda baginda, Raja Muda Tengku Amir Shah yang kini sedang menjalani latihan ketenteraan di United Kingdom.

Ikuti wawancara Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, DATUK ABDUL AZIZ ISHAK, Penolong Pengarang Utusan Malaysia/Berita, ZULKEFLI HAMZAH, Pengarang Rencana Mingguan Malaysia, HAFIZAHRIL HAMID, Ketua Biro Selangor, MOHAMAD ZABRY MADZLAN, dan jurufoto, MOHD. NAJIB MOHD. NOOR

Mingguan Malaysia : Apa mesej khusus yang Tuanku ingin sampaikan kepada rakyat sempena Hari Keputeraan ke-70 ini?

SULTAN SHARAFUDDIN :

Saya sangat berharap orang Melayu bersatu padu, jangan berpecah. Perkara ini saya sudah perkatakan banyak kali, mesti satu hati dan buat baik antara satu sama lain. Kita mesti pertahankan agama Islam. Saya tengok ada dalam kalangan orang Melayu sendiri yang bijak pandai mempertikaikan agama Islam. Mungkin ideologi politik berbeza tapi dalam soal agama dan bangsa, orang Melayu mesti bersatu. Tiada pengecualian. Sekarang saya nampak ada orang Melayu yang mempersoalkan balik (isu agama Islam). Saya sangat sedih. Kalau orang Melayu tidak bersatu, habislah. Orang lain tidak lagi pandang mulia kepada kita, mempermain-mainkan kita. Bukan kita bersatu bermaksud mahu pergi berperang atau nak bergaduh tetapi kita tidak mahu orang lain boleh buli kita.

Selain itu, rakyat Selangor terdiri daripada pelbagai kaum Melayu, Cina dan India. Justeru, mereka perlu hidup bersama-sama, menghormati sesama mereka. Jangan sentuh isu sensitif. Saya tidak suka lihat orang Melayu sentuh isu agama lain. Penganut agama lain juga jangan merentasi had (agama lain). Saya tengok rakyat faham perkara ini dan berharap orang politik perlu memainkan peranan. Jangan pula cuba menjadi batu api kerana rakyat mudah terpengaruh.

Tapi sayangnya wakil rakyat tidak berfikiran sedemikian. Saya mahu rakyat Selangor hidup harmoni. Saya nak orang yang tinggal di negeri ini selesa, tiada rasa takut kerana Selangor ialah negeri maju. Kalau tidak boleh duduk bersama-sama, kita tidak boleh maju ke depan.

Mingguan Malaysia : Tuanku kembali tradisi lama supaya tidak semua orang mudah dapat darjah kebesaran?

SULTAN SHARAFUDDIN :

Kalau diikutkan kita memang ikut tradisi tetapi yang banyak tukar adat ini ialah Muhammad Mohd Taib (bekas Menteri Besar Selangor). Macam penganugerahan darjah kebesaran tidak lagi melalui Dewan Diraja, tetapi Exco sahaja luluskan terus, bagi darjah kebesaran.

Sebab itu, kadang-kadang istana kata darjah kebesaran semasa zaman Muhammad seperti buffet sahaja, letak atas meja terus ambil. Sekarang, kita kembali kepada tradisi lama semula. Kalau kita ada tradisi dan adat yang bagus, orang pandang cantik dan penuh mulia, sesuai dengan adat orang Melayu kita. Di Selangor ini ada dua bab yang tidak pernah dicampur adukan. Satu bab agama dan satu lagi hal adat istiadat.

Umur untuk layak mendapat gelaran Dato’ di Selangor ini ialah 45 tahun ke atas. Ada jawatankuasa yang akan menapis permohonan-permohonan tersebut. Dewan Diraja tidak akan buang masa sebab jawatankuasa telah meneliti secara terperinci. Jawatankuasa akan memeriksa umur, kemudian dihantar ke Cawangan Khas PDRM untuk diperiksa jika ada masalah. Kemudian ke cukai pendapatan (LHDN), ke jabatan muflis dan seterusnya ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Syarat untuk penganugerahan gelaran Dato’ Seri dan Dato’ Setia pula adalah berumur 50 tahun ke atas. Gelaran Dato’ Seri dan Dato’ Setia maksimum hanya dua penerima sahaja setahun di Selangor. Kalau hendak bagi tiga penerima, tahun hadapannya pula kena dikurangkan kepada satu penerima sahaja. Kadang-kadang terpaksa beri tiga penerima sebab orang itu sudah berusia. Oleh itu tahun hadapannya pula cuma satu gelaran Dato’ Seri dan Dato’ Setia akan diberi.

Saya suruh Setiausaha Kerajaan Negeri umumkan siapa akan dapat darjah kebesaran pada tahun ini. Saya juga suruh untuk memaklumkan bahawa saya ada juga perkenalkan satu anugerah baharu untuk sukan. Tetapi anugerah ini akan mula diberi pada tahun hadapan. Pada tahun ini, kita isytihar dan wartakan sahaja.

Ada tiga kategori bagi anugerah sukan ini iaitu bintang pertama, bintang kedua dan selepas itu pingat. Bintang pertama hanya kepada atlet yang memenangi pingat dalam Sukan Olimpik, Komanwel dan Sukan Asia. Kita perkenalkan anugerah ini sebab atlet-atlet yang menang ini masih muda iaitu berusia antara 20 hingga 30 tahun.

Bintang kedua dan pingat pula diberikan kepada pemenang pingat seperti Sukan SEA dan dalam peringkat nasional. Setiausaha Kerajaan Negeri akan beri maklumat terperinci tentang anugerah ini pada 11 Disember depan (Jumaat lalu).

Saya tidak beri darjah kebesaran pada 11 Disember, kerana masanya pendek dan orang Islam hendak pergi solat Jumaat. Pada 11 Disember adalah cuti umum Hari Keputeraan saya. Saya akan mengadakan penganugerahan darjah kebesaran pada hari Sabtu, 12 Disember (semalam).

Mingguan Malaysia : Tahun ini darjah kebesaran yang akan diberikan berkurangan?

SULTAN SHARAFUDDIN : 

Ya memang kurang. Pada tahun lalu, mereka menyatakan tahun depan umur saya 70 tahun, maka hendaklah beri 70 darjah kebesaran membawa gelaran Dato’. Saya kata mana boleh. Beginilah, kalau 70 tahun, kita beri 17 sahaja cukuplah.
Saya pun tengok pegawai-pegawai kerajaan tidak menunjukkan prestasi bagus, jadi saya tidak bagi banyak. Kita beri 17 gelaran Dato’, satu Dato’ Seri dan tiga Dato’ Setia.

Mingguan Malaysia : Dalam umur 70 tahun, bagaimana Tuanku menjaga kesihatan?

SULTAN SHARAFUDDIN :

Bila semakin tua ini, umur 70 tahun kena kerap buat pemeriksaan kesihatan, periksa kalau ada kanser dan sebagainya. Saya banyak berjalan kaki (walking). Makan berpatutan dan kekalkan berat badan setiap masa. Saya juga ambil multi vitamin. Takut tak cukup zat dalam makanan.

Rali dan Raja Muda

Mingguan Malaysia : Tuanku mengikuti rali kereta klasik dari Singapura ke Myanmar (The Road to Mandalay) pada Februari lalu. Boleh Tuanku berkongsi pengalaman itu?

SULTAN SHARAFUDDIN :

Rali ini bukan ikut lebuh raya tapi laluan di kampung-kampung. Saya tidak pernah menyusuri kampung-kampung di Johor, Pahang dan Kelantan misalnya, jadi saya berpeluang melihat secara lebih dekat. Saya mendapatinya sangat menarik. Seperti di Bukit Tinggi, Johor saya dapat melihat kesan-kesan sejarah. Di Pahang, saya masuk ke perkampungan Mat Kilau (pahlawan Melayu menentang penjajah British). Di Kelantan, kesan banjir dapat dilihat dan masih terdapat penduduk tinggal dalam khemah.

Berdasarkan maklum balas para peserta (dari luar negara), mereka tertarik dengan keramahan rakyat Malaysia. Mereka tiada masalah untuk berkomunikasi dengan penduduk tempatan. Di Kelantan, mangsa banjir masih kelihatan ceria, tiada rasa sedih. Ini komen mereka (peserta). Cuma di Cameron Highlands, mereka pelik kenapa pokok-pokok ditebang begitu rakus seolah-olah tiada penguatkuasaan. Seperkara lagi, rakyat Malaysia suka bergambar. Jumpa saja mesti nak selfie.

Pengembaraan melalui jalan darat lebih mencabar daripada jalan laut. Jika guna jalan darat, kita berjumpa dengan banyak ragam manusia. Perlu banyak bersabar. Di laut, kita cuma berdepan dengan cuaca dan alam. Kalau dilanda hujan ribut, jangan lawan dia (cuaca). Kita ikut saja arus. (Baginda pernah mengelilingi dunia selama 644 hari mulai 4 Februari 1995 dengan menaiki kapal layar peribadinya - Jugra)

Mingguan Malaysia : Dalam rali seperti ini, berapa kelajuan tertinggi kereta yang Tuanku pandu?

SULTAN SHARAFUDDIN :

Semasa Rali Peking-Paris (1997), kelajuan motokar saya (jenis Ford model B buatan 1932) ialah 60 kilometer sejam. Semasa rali baru-baru ini, kereta saya jenis Jaguar XK140 (1956) mencecah kelajuan 120 kilometer sejam. Dulu semua rali saya gunakan kereta buatan Amerika Syarikat tapi terbaru saya cuba kereta buatan British.

Mingguan Malaysia : Raja Muda, Tengku Amir Shah sekarang sedang menjalani latihan pegawai kadet di Akademi Tentera Diraja Sandhurst, United Kingdom. Apa perkembangan baginda?

SULTAN SHARAFUDDIN:

Dia sangat gembira. Pada April depan, beliau bakal menamatkan latihan. Saya selalu berpesan kepadanya supaya berhati-hati semasa menjalani latihan. Saya paling risau jika beliau cedera kerana boleh melambatkan tempoh tamat latihan. Justeru, April nanti saya akan ke sana untuk menyaksikan upacara tamat latihan. Sekembalinya ke tanah air, dia akan menyertai Rejimen Askar Melayu Diraja selama dua tahun. Jika tidak, rugi kerana dia berlatih ilmu ketenteraan. Batalion mana saya tidak tahu, tapi saya harap tidak jauh dari Shah Alam supaya dia mudah balik bagi menggantikan tugas rasmi sesekali.

Isu Menteri Besar

Mingguan Malaysia : Ramai orang bercakap kerusi Menteri Besar Selangor ini kerusi panas. Setiap menteri besar ada kontroversi tersendiri?

SULTAN SHARAFUDDIN :

Siapa duduk kerusi menteri besar ini, memang ada banyak godaan. Kerusi itu tidaklah setanding kerusi perdana menteri tetapi seakan-akan begitu di peringkat negeri. Dia boleh buat kekayaan, dia boleh dapat pengaruh, dia boleh berkuasa dan ramai orang datang berjumpa. Macam gula yang paling manis, semua semut menghurung. Itulah gambaran saya.

Bukan panas, tetapi semua ini terpalit dengan godaan. Sangat mudah untuk buat kekayaan dan berkuasa kerana orang pandang tinggi kepada jawatan menteri besar. Gaji semua menteri besar lebih kurang sama tetapi manisnya berbeza dan bagi Selangor sudah tentu lebih “manis”. Sebab itulah ia menjadi kerusi panas. Namun kerusi ini tidak panas, jika tahu prinsip. Kalau tidak ada prinsip, memanglah panas dan bergoyang. Kalau kamu ada prinsip dan teguh, orang hormat. Kamu buat jalan yang betul untuk rakyat dan kemajuan negeri, itu sempurna.

Malangnya kebanyakannya tidak begitu dan akhirnya memusnahkan diri. Sama juga dengan Dr. Mohamad Khir Toyo kerana duduk di atas kerusi itu, yang sangat berkuasa macam besi berani (magnet), mampu menarik pelbagai benda datang kepada kamu. Jangan lupa, lantikan menteri besar perlu melalui upacara angkat sumpah dari dahulu. Itu pasal, kebanyakan yang tidak betul, terhukum dengan sendiri.

Saya selalu cakap dengan Khalid dahulu, jawatan Menteri Besar Selangor ini masuk penggal kedua kalau tidak betul-betul, habis. Akhirnya beliau pun tak tahan lama, beberapa bulan lepas penggal kedua, beliau pun meletak jawatan.

Mingguan Malaysia : Setiap kali menerima menghadap menteri besar, apa perkara yang Tuanku selalu tekankan?

SULTAN SHARAFUDDIN :

Perkara ini bergantunglah. Kadang-kadang ada menteri besar saya jumpa, dia tidak bercakap apa yang sepatutnya dan saya kena korek untuk dapat maklumat. Ada menteri besar, dia berkongsi apa yang sepatutnya. Jadi saya sentiasa kena baca minit (mesyuarat) Exco dan surat khabar tentang apa masalah yang berlaku. Tetapi kebanyakan soalan saya tanyakan tentang pembangunan negeri untuk rakyat serta masalah negeri seperti banjir dan air.

Pasal politik, saya tidak terlibat. Saya tidak mahu tanya apa-apa. Saya mahu tengok rakyat Selangor duduk di sini dalam keadaan aman dan selesa. Di Selangor, kami tidak pernah fikir negeri ini untuk orang Selangor sahaja dan orang luar tidak boleh datang. Kami sangat terbuka kepada sesiapa sahaja untuk datang ke Selangor, asalkan tidak buat masalah, buat kerja dengan elok dan bayar zakat di Selangor.

Kadang-kadang mereka bekerja di sini tetapi bayar zakat di tempat lain. Itu tidak betul. Saya tanya mufti, dia cakap bayaran zakat atau fitrah mesti di sini. Di negeri Selangor banyak terdapat mereka yang datang dari negeri-negeri lain di Malaysia.

Kita terbuka kepada sesiapa jua terutama mereka ini hendak menyumbang kepada pembangunan negeri Selangor.

Kalau kamu sebagai ahli perniagaan, kamu lakukannya dengan betul. Bukan bawa masalah seperti agama sesat dan sebagainya. Hampir semua isu besar seperti perhimpunan jalanan, agama sesat, militan Islam (IS), atau apa sahaja mesti bermula di Selangor, Kuala Lumpur atau Lembah Klang. Kalau hendak buat protes jalanan, ia tidak akan dibuat di Perlis, Terengganu atau Kuantan tetapi mesti dibuat di sini kerana populasi yang ramai dan mendapat impak yang berkesan daripada tindakan itu. Begitu juga ajaran sesat yang dilakukan di sini boleh mendapat duit dengan mudah. Kalau tidak ada duit, mereka tidak boleh buat apa-apa.

Di Selangor dan di Lembah Klang, ada pertambahan enam peratus penduduk setiap tahun. Bukan pertambahan enam peratus penduduk yang dilahirkan tetapi orang luar dari negeri-negeri di Malaysia yang datang ke sini. Jadi, kita perlu sediakan perumahan dan segala kemudahan.

Mingguan Malaysia : Antara Tan Sri Abdul Khalid dan Mohamed Azmin Ali, Tuanku lebih selesa dengan siapa?

SULTAN SHARAFUDDIN :

Saya lihat Khalid mempunyai cara tersendiri tetapi beliau bukan master (pakar) tentang politik. Azmin pula saya lihat mahir dalam politik dan beliau memahaminya. Oleh itu kita lihat mana yang boleh membawa pembangunan dan kemajuan ke negeri Selangor ini.

Saya tidak pernah argue (berbalah) dengan menteri besar. Hanya sekali sahaja ayahanda saya berbalah dengan Tan Sri Muhammad Muhd Taib, itu pun kerana beliau berbohong. Sebab beliaulah, kita wujudkan jawatan timbalan menteri besar dan itu adalah kesilapan terbesar negeri Selangor.

Semasa ambil alih (takhta) ayahanda, saya cakap dengan Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi), saya tidak mahu timbalan menteri besar. Beliau tanya kenapa? Timbalan menteri besar ini tidak lain kerjanya hendak menjatuhkan menteri besar. Jadi, menteri besar takut apa akan datang dari belakang. Dia bukan menolong tetapi menjatuhkan.

Bukan bermakna, timbalan menteri besar secara automatik akan jadi menteri besar. Jadi, ada cita-cita lain. Jadi, lebih baik tidak ada.

Pak Lah setuju, dan sejak itu, tidak ada lagi timbalan menteri besar. Terus terang, saya tidak hormat pada Muhammad Taib. Dia buat kekayaan ketika berada dalam UMNO, kemudian masuk Pas. Kemudian apabila Pas kelam kabut, dia keluar dan masuk PKR. Kalau dia masuk mana sekalipun, macam mana hendak hormat sebab dia banyak melompat.

Kalau orang tidak ada prinsip jadi pemimpin, memang goyanglah. Kita mesti teguh. Kalau kepercayaan kita betul, periksa dan ulang periksa dan jangan berganjak bila sudah buat keputusan. Macam isu kalimah Allah, saya tanya pandangan mufti dan beberapa orang alim ulama lain, bila sudah buat keputusan saya tetap dengan pendirian saya dan memperjuangkannya.

Pada masa itu, arwah Nik Abdul Aziz Nik Mat, Anwar Ibrahim dan Mohamad Sabu kata boleh guna kalimah Allah. Saya kata tidak dan saya tetap dengan pendirian saya. Saya tidak akan musnahkan buku agama lain, saya hormat agama lain tetapi itu tidak bermakna saya masuk agama lain dan saya menjadi murtad.

Isu Peminta Sedekah

Mingguan Malaysia : Mungkin ada isu lain yang mendapat perhatian Tuanku?

SULTAN SHARAFUDDIN :

Sekarang ini bila saya keluar berjalan pada waktu malam, saya lihat banyak peminta sedekah. Mereka ini (peminta sedekah) digunakan oleh sindiket. Peminta-peminta sedekah ini terdiri daripada kanak-kanak yang diawasi oleh satu sindiket. Saya beritahu kepada IGP (Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar), bahawa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sukar melakukan penguatkuasaan.

Jika betul kanak-kanak itu tiada duit, mereka boleh pergi ke Lembaga Zakat Selangor di mana mereka akan diselidik kesahihannya. Sindiket yang menjalankan aktiviti meminta sedekah ini datangnya dari negeri lain, jadi malulah saya. Saya malu bila melihat orang Islam di Selangor meminta sedekah. Oleh itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat boleh memainkan peranan dan menyiasat peminta-peminta sedekah ini.

Tetapi orang Melayu, kerana hendak dapatkan pahala, mereka beri duit. Inilah punca masalah peminta sedekah berleluasa.

Mingguan Malaysia : Tuanku ada buat tinjauan sendiri?

SULTAN SHARAFUDDIN :

Ya, saya melihat mereka ini berdekatan Seksyen 7 Shah Alam dekat Wisma Jakel dan I-City dan memang penuh kalau kita tengok. Sebab itu saya minta Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melakukan penguatkuasaan bersama dengan pihak polis.

Fitnah dan berita palsu

Mingguan Malaysia : Kini timbul masalah melibatkan media sosial yang disalah guna untuk menyebar berita palsu dan fitnah. Apa pandangan Tuanku tentang hal ini?

SULTAN SHARAFUDDIN :

Saya tanya Mufti tentang apa hukum fitnah memfitnah. Kata Mufti, hukum memfitnah adalah dosa besar. Saya berpendapat, penyakit yang boleh menyebabkan negeri ini tidak maju adalah fitnah dan rasuah. Saya anggap fitnah dan rasuah akan merosakkan negeri, seperti penyakit yang tidak boleh diubat dan boleh merebak serta merosakkan.

Apatah lagi pada zaman sekarang, orang tidak mahu membaca surat khabar, termasuk golongan muda yang lebih gemar merujuk kepada sumber media sosial seperti Facebook, Whatsapp, Twitter dan sebagainya. Mereka (golongan muda) mestilah faham mana berita yang benar dan mana berita yang salah. Kalau berita itu menjurus kepada fitnah, tolong hentikan. Ia satu dosa. Sesiapa yang membaca sesuatu berita, kenalah diperiksa dahulu akan kesahihannya. Jangan mudah percaya kepada semua berita.

Rasuah dan fitnah telah menjatuhkan empayar besar di dunia ini. Kejatuhan Empayar Kesultanan Melaka juga musnah kerana fitnah dan rasuah. Pada saya fitnah dan rasuah adalah pemusnah dan perosak.


Mingguan Malaysia : Adakah Tuanku melihat fitnah ini sebagai sesuatu yang serius ketika ini dan apakah jalan keluar yang sesuai?

SULTAN SHARAFUDDIN :

Amat serius. Kalau dahulu tiada banyak surat layang, tetapi kini, dengan adanya media sosial seperti Facebook, WhatsApp, Twitter dan sebagainya, hanya dalam dua saat, fitnah sudah disebar dan diketahui ramai. Ia merangkumi kawasan yang besar. Itu memang serius. Fitnah ini kalau dahulu tersebar dalam kumpulan kecil tetapi kini melibatkan kelompok yang lebih besar serta sangat berbahaya.

Mingguan Malaysia : Terdapat satu surah di dalam al-Quran mengatakan jika kamu dengar sesuatu, kamu perlu memastikan dahulu kesahihannya. Bukankah itu yang patut dijadikan pegangan masyarakat Islam?

SULTAN SHARAFUDDIN :

Ya. Datuk Mufti ada cakap mengenai perkara ini ketika khutbah Jumaat, beberapa minggu sebelum ini amat bagus, ia khutbah merangkumi fitnah dan telah dibaca sebanyak dua kali Jumaat. Saya berpendapat bahawa kaedah terbaik dalam perkara ini adalah penguatkuasaan.

Nasib bola sepak Selangor

Mingguan Malaysia : Bagaimana dengan bola sepak Selangor (masuk final)?

SULTAN SHARAFUDDIN :

Saya harap mereka boleh menang. Saya bercakap dengan Azmin (Menteri Besar Selangor), kita perlu lihat secara serius tentang bola sepak di Selangor ini. Ambillah pemain yang berkebolehan, bukan ambil pemain yang dari jauh. Saya suka ambil pemain bola sepak dalam kalangan orang Asia, termasuklah bakat-bakat tempatan. Misalnya, ambil pemain dari Indonesia. Sekarang Dolar Amerika Syarikat juga sudah mahal. Berbelanja perlu berpatutan, kita tidak boleh berlebih-lebihan.
Kini kita sedang memajukan bidang bola sepak di Selangor dengan mengadakan Piala Raja Muda untuk peringkat sekolah rendah dan Piala Datuk Mokhtar Dahari untuk peringkat sekolah menengah. Saya berkeyakinan Selangor mampu bangkit dalam arena sukan bola sepak.

Mingguan Malaysia : Tuanku punya keprihatinan kepada tokoh-tokoh sukan Selangor malah terlibat dalam teater untuk Allahyarham Mokhtar Dahari.

SULTAN SHARAFUDDIN :

Memang betul. Untuk mengingatkan keistimewaan dan kehandalan Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari dalam arena bola sepak dan untuk menjadikan inspirasi kepada generasi muda anak Selangor, serta mengekalkan nama beliau sebagai tokoh bola sepak. Maka, sebatang jalan telah dinamakan sebagai Jalan Datuk Mokhtar Dahari.

Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) pula telah dinaik taraf dengan membina sebuah bangunan baru yang cukup lengkap di satu kompleks yang mempunyai dua padang untuk bermain bola sepak yang dinamakan Padang Datuk Mokhtar Dahari dan satu lagi padang diberi nama padang Tan Sri Abdul Ghani Minhat. Kedua-dua ini adalah tokoh pemain bola sepak negeri Selangor.

Penstrukturan bekalan air dan kesan terhadap rakyat

Mingguan Malaysia : Isu penstrukturan bekalan air Selangor yang dekat di hati Tuanku akhirnya diselesaikan di meja rundingan. Tuanku ikuti perkembangannya?

SULTAN SHARAFUDDIN :

Isu ini sudah lama, sejak zaman Khir Toyo (bekas Menteri Besar) lagi. Masa itu Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) ialah Perdana Menteri. Saya tulis surat kepada mereka. Saya begitu bimbang pada masa itu. Kalau tiada air, tiada alternatif yang lain. Lampu kalau tiada elektrik ada pelita, lampu gas, janakuasa. Kalau tiada air bagaimana kita nak minum? Tiada lampu setakat gelap saja. Justeru, air sangat penting.

Sudah banyak kali saya cakap dengan kerajaan negeri (pada masa itu Menteri Besar ialah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) dan Kerajaan Pusat, jangan politikkan isu air. Saya cakap dengan Abdul Khalid, kita mesti tolong rakyat dengan bersungguh-sungguh.

Mengenai pemberian air percuma, ia boleh mendatangkan pembaziran kalau rakyat tidak gunakannya secara berhemah. Saya selalu berpesan, kalau nak bantu rakyat mesti lakukan dengan berkesan. Kalau nak berbuat sesuatu mesti berkesan. Tapi manisfesto dia (Abdul Khalid) saya tidak mahu campur tangan. Sekarang sudah diberi (air percuma), mahu ditarik balik pula.

Air sangat mustahak. Kalau tidak cukup bekalan, rakyat boleh memberontak kerana menyusahkan mereka. Selangor bergantung kepada perindustrian. Kalau tidak cukup air, pelabur boleh tutup kilang dan berhijrah ke negara lain yang menyediakan bekalan lebih baik. Kita penat-penat bawa masuk pelabur asing, selepas itu kita biarkan. Ini yang saya bimbang. Rakyat pula menderita.

Saya lihat isu air ini pun mahu dipolitikkan. Kalau nak berpolitik sekali pun, kena sesuai dengan masa dan keadaan. Apatah lagi jika rakyat dibebani masalah yang tidak sepatutnya terutama golongan miskin. Sudahlah orang miskin duduk rumah pangsa empat tingkat tidak ada lif dan perlu angkut air. Mana orang tak marah.

Macam juga beli rumah harga sehingga RM3 juta tetapi kena tunggu lori datang tepi jalan untuk ambil air. Takkan harga rumah RM3 juta tetapi tidak ada air. Saya tengok dalam isu air ini, jangan dipolitikkan.

Macam saya cakap dengan Menteri Besar kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) dahulu; kenapa hendak beri subsidi gula? Kalau banyak makan gula, dapat diabetes. Kalau hendak tolong dalam beri makanan, beri yang betul-betul berfaedah. Orang Melayu kalau masak semua guna gula, jadi dapat diabetes. Kita kena usaha tolong rakyat tetapi mesti tolong dengan berkesan. Saya suka kalau hendak buat sesuatu benda itu, mesti efektif. Kalau tidak, buat penat badan sahaja.

Sekarang ini pun banyak negara di ASEAN seperti Kemboja dan Vietnam yang boleh tawarkan tempat melabur. Myanmar juga sudah mula buka negara untuk pelabur dan banyak kelebihan dari segi kos. Kita mesti jaga. Tidak guna kita pergi buat seminar untuk menarik pelabur sehingga ke China tetapi kemudian kita biarkan. Saya takut mereka lari dan rakyat pun menderita. Tidak ada kerja.

Isu politik, Islam dan MAIS

Mingguan Malaysia : Tuanku setuju tahun ini merupakan satu lagi tahun mencabar buat Selangor?

SULTAN SHARAFUDDIN :

Berdasarkan pengamatan dan menerusi laporan dalam surat khabar serta blog, saya berpendapat pada tahun ini tidak mencabar seperti tahun lalu. Bagaimanapun, sekarang saya lihat dari aspek politik agak mencabar juga. Ada pergolakan dalam hubungan DAP-Pas-PKR dan masalah dalaman parti-parti itu sendiri. Saya tidak campur soal politik. Saya hanya mengikut perkembangan politik sahaja. Macam mana mereka nak tumpukan kepada pembangunan? Isu-isu banjir kilat, pengangkutan awam, semua ini perlu ditangani. Semoga ada jalan penyelesaian terbaik. Saya tunggu saja. Harap bersabar.

Mingguan Malaysia : Kerajaan Negeri Selangor kini dibentuk oleh sebuah pakatan yang longgar berikutan terbubarnya kerjasama antara DAP dan Pas di peringkat pusat dan mengakibatkan kerajaan tidak stabil di peringkat negeri. Apa nasihat Tuanku kepada parti-parti politik ini?

SULTAN SHARAFUDDIN :

Saya tidak campur dalam politik kerana saya tidak faham politik sekarang.

Mingguan Malaysia : Kita masih ingat, pada masa itu Tuanku yang paling lantang memperjuangkan isu kalimah Allah. Ahli politik pula dilihat takut dan tidak ada kredibiliti?

SULTAN SHARAFUDDIN :

Mereka (ahli politik) takut kerana hendak ikut telunjuk, itu masalahnya. Saya tanya mufti, macam mana nak selesai kerana ada orang suruh bakar Bible. Namun saya berpendirian tak usah lakukan sedemikian, tidak elok bakar kitab kepercayaan orang lain. Jadi saya berfikir macam mana hendak menyelesaikan perkara ini? Saya berhubung dengan ketua biskop di Sarawak melalui kawan saya. Ketua biskop itu kata, dia akan lakukannya tanpa penglibatan ahli politik. Jadi, saya maklumkan kepada Datuk Seri Najib.

Tetapi disebabkan krisis menteri besar sedang berlaku, kita tunggulah. Sesudah habis krisis, tahun lepas 2014 kita pulangkan balik (Bible bahasa Melayu). Tetapi sudah tentu ahli politik hendak ambil kesempatan untuk menambah mileage mereka. Saya tidak peduli, kerana saya buat kerja dengan ikhlas.

Saya tidak mahu publisiti dan hanya mahu jalankan tugas. Saya bukan bintang Hollywood yang hendakkan publisiti tetapi saya buat kerja saya. Kalau saya terdesak saya boleh sampaikan kepada rakyat melalui media massa. Saya lebih suka jalankan tugas secara senyap-senyap.

Mingguan Malaysia : Bagaimana tentang isu vape, Tuanku?

SULTAN SHARAFUDDIN : 

Itu terpulanglah kepada kerajaan.

Isu rintihan rakyat

Mingguan Malaysia : Di beberapa kawasan penduduk membantah pembinaan kondominium mewah dan juga jalan raya bertol. Tuanku ada pandangan dalam hal ini?

SULTAN SHARAFUDDIN :

Kondominium mewah ini saya setuju tetapi perlu tengok lokasinya. Mesti diseimbangkan dengan rumah atau pangsapuri mampu milik. Saya cakap dengan menteri besar, kondominium mewah kita mesti tengok tempatnya. Jangan sampai tempat tak sesuai pun kita buat juga.

Tetapi rumah atau pangsapuri mampu milik sangat penting sebab saya tengok graduan universiti kini tiada tempat tinggal dan sewa pula mahal. Sebab itu, PKNS (Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor) diwujudkan untuk orang Melayu dapat membeli rumah kos rendah mampu milik. Malangnya semasa era pentadbiran Khalid, PKNS jadi seperti pemaju-pemaju lain dan membuat keuntungan.

Semasa PKNS mula ditubuhkan dahulu, pemaju-pemaju Cina merungut kenapa PKNS hendak bersaing dengan mereka. Datuk Harun Idris (bekas Menteri Besar Selangor) panggil mereka semua dan jelaskan PKNS bukan hendak bersaing dengan semua pemaju lain. PKNS bina rumah untuk orang miskin, akhirnya pemaju-pemaju Cina menerimanya. Sebab itu PKNS memperolehi tanah dengan premium rendah dan kemudian boleh membina rumah untuk orang miskin. Dengan cara itulah Selangor dan Kuala Lumpur dibangunkan pada masa itu. Selepas rumah dua bilik, PKNS bina rumah tiga bilik. Harga RM20,000, saya ingat lagi. Perkara sama juga berlaku di Kampung Baru, Keramat, Bangsar dan lain-lain. Semua itu di bawah tanggungjawab PKNS. Semasa era Khalid, PKNS seolah-olah diletakkan setanding dengan Sime Darby. Maka agak susah jugalah orang nak dapat rumah.

Mingguan Malaysia : Adakah kemungkinan untuk perkara ini dikaji semula?

SULTAN SHARAFUDDIN :

Sekarang ni pun sudah dikaji semula melalui Rumah Selangorku yang mampu milik. Perumahan mewah mesti diseimbangkan dengan perumahan mampu milik sebab ramai orang luar datang sini.

Mingguan Malaysia : Setiap kali bulan Ramadan, Tuanku akan berbuka puasa dan solat Tarawih bersama rakyat hampir setiap malam. Apa yang membuatkan Tuanku mahu berbuat demikian?

SULTAN SHARAFUDDIN :

Almarhum ayahanda saya, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dahulu solat Jumaat di masjid berlainan setiap minggu. Sekarang tugas saya banyak, kalau saya buat begitu, saya hanya dapat bekerja empat hari seminggu. Hari Jumaat saya pergi masjid, balik pukul 5 petang, tidak boleh buat apa dah. Sebab itu saya selalu pergi ke masjid berdekatan seperti masjid negeri atau masjid di Bukit Jelutong.

Tetapi saya ambil kesempatan pergi ke semua masjid pada bulan Ramadan. Saya juga mendapati kos untuk merasmikan masjid dalam bulan Ramadan adalah lebih rendah. Saya selalu beritahu kerajaan negeri, jangan bazirkan duit. Sepanjang bulan Ramadan, saya pergi ke 26 masjid, itu menyamai dengan jumlah yang boleh saya pergi setiap minggu dalam masa setengah tahun. Saya jumpa rakyat, sumbangkan duit raya sebab Selangor banyak terima zakat. Mufti kata duit zakat tidak boleh disimpan. Kalau tahun ini dapat zakat, tahun ini juga mesti dihabiskan zakat itu. Jadi, kita agihkan kepada orang miskin, saudara baharu, ibu tunggal dan anak yatim. Kita telah bahagikan kira-kira RM30.8 juta kepada 41,568 keluarga asnaf, fakir miskin, ibu tunggal dan lain-lain yang berhak menerimanya. Saya kata kepada Datuk Mufti, kalau duit zakat banyak sangat, bolehkah kita simpan kira-kira RM30 juta setahun untuk tabung bencana? Mufti kata tidak boleh, jadi kita gunakan dana wakaf. Kita tidak ada masalah dalam perkara itu. Mana yang terlebih, kita tolong kepada orang miskin di negeri Selangor.

Tetapi saya tidak setuju kalau kita salurkan kepada negara lain. Orang Melayu sendiri masih ramai yang memerlukannya. Sebab itu kita pergi ke Kelantan, Perlis dan Perak. Di Kemboja pula, kita bantu umat Islam di sana dari segi pendidikan. Soal makanan, itu tanggungjawab kerajaan negara mereka. Lembaga Zakat Selangor juga sangat telus dan cekap. Setiap tahun kita umumkan dalam akhbar termasuk Mingguan Malaysia jumlah zakat yang dipungut dan diagihkan. Jadi, rakyat yang bayar zakat di negeri Selangor tahu ke mana wang zakat mereka disalurkan.

Perpaduan Melayu dan Komitmen Raja-Raja Melayu

Mingguan Malaysia : Kalau dalam isu ini, orang Melayu lebih cenderung meletakkan kepercayaan kepada Raja-Raja Melayu, apa pandangan Tuanku?

SULTAN SHARAFUDDIN :

Majlis Raja-Raja Melayu sekarang sedang mengusahakan ke arah menitikberatkan isu-isu orang Melayu. Kalau dahulu tidak seperti ini, tetapi kini perlu. Kesemua sembilan Raja-Raja Melayu banyak membincangkan tentang perkara ini.

Saya rasa silaturrahim antara Raja-Raja Melayu sekarang adalah semakin rapat, bukan hendak kata dahulu tidak rapat tetapi dahulu kurang berkomunikasi - segan. Sebelum merdeka, perjalanan rasa sedikit jauh, tetapi kini Raja-Raja Melayu boleh berkumpul dengan mudah dan berkomunikasi kerana pengangkutan yang mudah dan mempunyai telefon.

Saya rasa kita lebih rapat sekarang. Lebih mengambil berat kerana agendanya adalah untuk masa depan negara. Kita tekankan tentang tanggungjawab untuk diberikan kepada generasi seterusnya. Kita tidak mahu generasi seterusnya menyalahkan kita sebab tidak menjalankan tugas. Raja-Raja Melayu hari ini menghadapi banyak cabaran besar. Raja-Raja Melayu sangat prihatin kepada rakyat. Saya percaya Raja-Raja Melayu mengambil berat tentang rakyat mereka, tetapi dengan cara mereka sendiri.

Sumber : http://www.utusan.com.my
Read more ...

KISAH BENAR DISEBALIK ARTIKEL 'POLIS PENGIRING KALUT BILA KENDERAAN ORANG RAMAI TIDAK BERI LALUAN KEPADA PERDANA MENTERI'

Oleh : Jebat

Sekarang ni tengah Viral cerita seorang individu yang kononnya 'berjaya' menyekat perjalanan VVIP dalam satu destinasi yang tidak diketahui.

Cuma satu jer persoalan aku, takkan tak ada satu gambar or video dikalangan beratus-ratus ribu pengguna jalan raya yang merakam peristiwa berkenaan. Nak kata tak sempat, mustahil. Sebabnya :

1. Kereta bergerak perlahan dalam keadaan sesak. Jadi ada masa untuk ambil handphone dan rakam.

2. Dalam keadaan laju pun orang bleh main handphone, macam baca mesej atau hantar sms, takkan nak rakam gambar or video masa sesak tak boleh?

Jadi story yang viral kat internet ini aku anggap sebagai satu rekaan semata-mata. Cuma apa yang boleh aku cakapkan kat sini, yang mereka-reka cerita palsu dan yang menyebarkan berita-berita palsu akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang mereka lakukan.

Akhir kalam, marilah kita mengigati pesanan Allah seperti yang termaktub dalam Al-Quran yang bermaksud;

"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang Fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu". (Al Hujurat: 6)

Read more ...

[VIDEO] CERITA TENTERA MALAYSIA DI AFGHANISTAN









Full Synopsis:

Zan Azlee, a Malaysian KL-ite journalist who has lived all his life in non-conflict zones, travels to Afghanistan to see if he can come up with the best travel guide for the country. With no idea what he is getting himself into, he dodges suicide bombers and IEDs, and even gets embedded with the army, to plan out the best tourist route in Afghanistan.
Read more ...

Wednesday, 16 December 2015

PAS KELANTAN DAH LAMA BERKERJASAMA DENGAN BN - MB KELANTAN


KOTA BAHARU, 15 Disember 2015 - Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata kerjasama antara kerajaan PAS Kelantan dengan kerajaan Persekutuan yang ditunjangi Barisan Nasional (BN), telah lama wujud.

Beliau berkata, kerjasama antara kedua-duanya dapat dilihat terutamanya dalam aspek pengurusan perkhidmatan kerajaan misalnya bagi membincangkan isu-isu tertentu mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan.

"Contohnya, setiap menteri besar mesti hadir dalam mesyuarat Jawatankuasa Majlis Tanah Negara untuk berbincang mengenai isu tanah serta perkara yang ada kaitan antara negeri dan pusat.

"Ini menunjukkan bahawa kerjasama antara negeri dan Persekutuan memang berlaku," katanya sebagai mengulas mengenai kerjasama antara PAS dan UMNO.

Beliau ditemui media selepas merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Anggota Perkhidmatan Awam Kelantan Tahun 2014, menyampaikan Sijil Tasawwur Islam Siri II dan Sambutan Hari Intergriti Peringkat Kelantan di sini, hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Kelantan Datuk Mohd Faudzi Che Mamat.

Ditanya mengenai kerjasama politik antara kedua-dua parti, Ahmad yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS berkata ia terserah kepada pimpinan tertinggi parti itu untuk menentukan hala tuju PAS selepas ini.

"Saya tak nak komen (mengenai kerjasama politik). Biar pemimpin tertinggi sahaja yang bercakap sebagaimana yang dinyatakan Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) sebelum ini," katanya.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ini dilaporkan berkata UMNO hanya 'bermimpi' jika ingin menjalinkan hubungan dengan PAS selepas Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Pengerusi BN dan Perdana Menteri pada Khamis lepas menghulurkan 'tali silaturahim' kepada PAS untuk sama-sama membina dan membangunkan negara ini mengikut syariat Islam.

Sumber : Bernama
Read more ...

LED BY SAUDI ARABIA, 34-NATION ALLIANCE TO WIPE OUT TERROR

JEDDAH/RIYADH: The Saudi government has announced that it would lead a 34-nation alliance against terrorist groups, with a joint operations center set up in Riyadh.

The countries are Jordan, UAE, Pakistan, Bahrain, Bangladesh, Benin, Turkey, Chad, Togo, Tunisia, Djibouti, Senegal, Sudan, Sierra Leone, Somalia, Gabon, Guinea, Palestine, Comoros, Qatar, Cote d’Ivoire, Kuwait, Lebanon, Libya, Maldives, Mali, Malaysia, Egypt, Morocco, Mauritania, Niger, Nigeria and Yemen.

“More than 10 other (Muslim-majority) countries have expressed their support for this alliance and will take the necessary measures in this regard, including Indonesia,” the government announced in a statement carried by the SPA.

At a press conference on Monday night at King Salman Air Base in Riyadh, Deputy Crown Prince Mohammed bin Salman, said that the alliance would operate on UN and OIC provisions on terrorism, which affirms the “right of states to self-defense.”

He said the alliance consists of nations making up most of the Islamic world, which are committed to fighting this “disease which affects first” the Islamic world and then the international community. 

“Today, every Islamic country is fighting terrorism individually. The coordination of efforts is very important ...”

The 10 other Muslim countries are keen to join and would do so after taking certain “measures,” he said. The announcement of the alliance could not wait for these countries because of the importance of the initiative, he told journalists, according to SPA.

“We have a number of countries suffering from terrorism, including Syria, Iraq, Sinai, Yemen, Libya, Mali, Nigeria, Pakistan, and Afghanistan, and this requires very strong efforts to fight it. Undoubtedly through this alliance, there will be coordination to fight it ...”

He said that the alliance would not focus only on certain groups such as Daesh, known also as the Islamic State, but confront terrorist operators across the world. He said that operations in Syria would “obviously” not be carried out without working with legitimate groups and the international community.



There would not only be military operations but also attempts to launch media and information campaigns to counter the influence of these groups across the world, he said.

The alliance would share intelligence and deploy troops if needed, said Saudi Arabia’s Foreign Minister Adel Al-Jubeir on Tuesday.

“Nothing is off the table. A number of countries are in desperate need of assistance,” he told reporters in Paris, according to a report by AFP. He said military help would be considered on a “case-by-case basis.”

“Terrorism has hit Islamic countries. It is time that the Islamic world takes a stand,” said Al-Jubeir. The alliance would operate with military operations and campaigns to counter the ideology of these extremist groups, he was quoted as saying.

Al-Jubeir Saudi Arabia and other Gulf Arab states are discussing sending special forces to Syria as part of US-led efforts to fight Daesh.

“There are discussions, countries that are currently part of the coalition (like) Saudi Arabia, UAE, Qatar and Bahrain about sending in some special forces into Syria, and those discussions are ongoing. It’s not excluded,” Al-Jubeir said.

He said that the discussions were aimed at clarifying the needs and the objectives of such an operation, but that the picture should become clearer in the next few weeks.

Meanwhile, Germany’s Defense Minister Ursula von der Leyen said she welcomed Saudi Arabia’s announcement.

She reportedly told German broadcaster ZDF the alliance would be of help if it joined other countries fighting Daesh, adding that militants had gained strength from disagreement among various opposition parties on how to fight or who to protect.

Sources : http://www.arabnews.com/featured/news/850596
Read more ...

[VIDEO] TEKS UCAPAN YAB PRESIDEN UMNO SEMPENA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO KE-66 TAHUN 2015


UCAPAN YAB PRESIDEN UMNO SEMPENA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO KE-66 TAHUN 2015


By : YAB. DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK, PERDANA MENTERI MALAYSIA
Venue : Dewan Merdeka, PWTC
Date : 10/12/2015

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

BismillahirRahmanirRahim,
Yang Berbahagia Pengerusi Tetap,

Timbalan Pengerusi Tetap,

Timbalan dan Naib-naib Presiden,

Ketua-ketua sayap parti, Wanita, Pemuda dan Puteri,

Ahli-Ahli Majlis Tertinggi,

Para perwakilan,

Ketua-ketua parti komponen,

Dif-dif Jemputan, para hadirin,

Saudara dan Saudari Sekalian.

MUKADIMAH

Alhamdulillahi Rabbil A’lamin wa biHi nastain.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

1. Pada pagi ini, 10 haribulan Disember 2015, bersamaan 28 haribulan Safar 1437 Hijriah, sekali lagi Allah-Hu Ta’ala, dengan izin-Nya telah menghimpunkan kita semua, dalam satu majlis yang dirahmati hendaknya.

2. Seperti yang telah disebutkan oleh Setiausaha Agung parti, saya selaku Presiden, mengalu-alukan sejumlah 2,762 perwakilan dari 191 Bahagian seluruh negara, bermula di Arau, Perlis, membawa ke Lahad Datu, Sabah.

3. Sehubungan itu, mari kita merakamkan ucapan tahniah setingginya kepada Wanita, Pemuda dan Puteri yang telah selamat bersidang dengan jayanya.

4. Kepada Wanita, sepertimana diisytiharkan pada Perhimpunan Agung 2013, segala susah payah dan pengorbanan kaum Hawa dalam parti bertuah ini, selamanya akan diangkat dan terus dimartabat, sebagai tulang belakang UMNO.

5. Kepada para Pemuda, mengambil sempena surah Al-Kahfi, saya mahukan seangkatan besar yang hebat lagi gagah berani, selaku waris perjuangan bangsa, rela berbakti, kerana pada saudara-saudaralah dipertaruhkan harapan untung nasib keturunan kita.

6. Buat Puteri pula, dengan seri merah jambunya di sebalik selendang atau dalam kerudung, walau lasak dan gigih berjuang.

7. Semestinya, saudari-saudarilah harapan pertiwi, kematangan dan kebolehan semua semakin hari semakin pula tampak menyerlah.

Saudara dan saudari,

8. Orang menyebut, tiada yang dulu, tiada yang sekarang. Satu lagi kelompok yang merupakan pasukan penyokong tegar kepada parti, waima telahpun meninggalkan medan perjuangan secara rasmi, tetap taat dan setia, mencurah khidmat dan nasihat kepada parti tercinta.

9. Ayuh, ayuh, kita sama-sama memberi tepukan penghargaan, tanda terima kasih kepada golongan veteran UMNO.

10. Kepada para pendahulu yang telah pergi lebih awal dan kembali berpulang kepada-Nya, sayugia hanya Allah-Hu Ta’ala yang mampu memberi balasan setimpal, atas segala kebaikan yang telah dilakukan.

11. Serentak itu juga, bagi pihak seluruh pengurusan parti keramat UMNO, kita rafakkan sembah takziah kepada seluruh kerabat DiRaja Kedah dan DiRaja Johor, masing-masing atas kemangkatan almarhum-almarhum, Duli Yang Teramat Mulia, Raja Muda Kedah, Tunku Abdul Malik Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Yang Amat Mulia, Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibni Sultan Ibrahim.

12. Semoga rahmat tercucur di atas roh mereka. Al-Fatihah.

Saudara dan saudari,

13. Pucuk pangkalnya, setiap daripada kita, yang berhimpun, di sinilah rumah UMNO. Saya dan saudara saudari semua, bukanlah hanya sekadar bagian daripada UMNO, akan tetapi kita adalah UMNO.

14. Kitalah tiang serinya, lantai dan dindingnya, jenang dan jendelanya, atap genting dan atap rumbianya, pasak dan tunjangnya, saling bergabung, lengkap melengkapi, yang akan terus mengibar megah sang saka bangsa, panji keramat kepada parti yang berdaulat ini.

Saudara dan saudari,

15. Kata orang, alang-alang mahu berjuang, walau langit turun menimpa, meski bumi terbagi dua, dengan cogankata Bersatu, Bersetia dan Berkhidmat, UMNO ini satu-satunya parti milik kita, pertahankanlah, pertahankan bersama.

Saudara dan saudari,

16. Sesungguhnya, secara sedar ataupun tidak, perhimpunan kali ini berbeda dan tidak sama dengan kali-kali yang lalu. Dengan kata lain, ekspektasi terhadap perhimpunan ini, luar biasa.

17. Kerana, ternyata suasana dan kejadian-kejadian yang kita lalui, sejak setahun yang lalu, penuh liku-liku dan cabaran yang melintang.

18. Berpijak di bumi yang nyata, saya tahu daripada 191 bahagian, tidak semuanya seiring pandangan.

19. Apatah lagi pada perhimpunan kali ini, setelah episod-episod tidak terduga telah terjadi, pastinya ada sesetengah yang datang, dengan segala bentuk perasaan dan rasa serta hal-hal yang terbuku di dada.

20. Walau bagaimanapun, Alhamdulillah, saya yakin dan percaya, melihat akan rentak dan semangat yang ditampilkan, selama beberapa hari ini, majoritinya masih teguh berikat dengan kepimpinan saya.

21. Justeru, pada minggu-minggu yang lepas, dalam ikhtiar pembikinan naskhah ucapan, selaku presiden bagi kali yang ketujuh ini, saya telah mengadakan pertemuan-pertemuan dengan pelbagai pihak, khususnya para alim ulama, bagi mendapat pandangan serta nasihat.

22. Ini semua, saya lakukan, oleh sebab pada hemah peribadi dan rakan-rakan, kita sedang mendepani detik-detik sukar lagi menduga kesabaran serta juga sifat istiqamah kepimpinan parti.

23. Lalunya, saya dipesan-pesan,  bagi memperingati satu sama lain, antaranya, petikan-petikan dari surah Al-Quraish dan A-li I’mran ayat 160, serta sepotong lagi kalimah-kalimah terakhir, sebagai penutup surah Al-Baqarah.

24. Begitulah, saya mengajak saudara dan saudari, sama-sama mengucapkan Allahumma Solli Ala Saidina Muhammad wa a’la Ali Saidina Muhammad.

25. Mudah-mudahan, terurai segala simpulan, terhapus semua kesusahan, tertunai seluruh hajat yang didamba dan tercapai segala hasrat yang diinginkan, Insya-Allah.

Saudara dan saudari,

26. Merujuk apa yang saya nyatakan itu, dalam maksud lain, saban tahun, bukanlah mudah untuk saya berdiri di hadapan semua, di mana, tubuh atau susuk ini, tiap kali berucap akan dipertanya-tanya, sama ada saya ini berucap sebagai apa? Presiden UMNO atau pun Perdana Menteri Malaysia.

27. Jawapannya, ya, betul, saya sedar, saya adalah Presiden kepada parti UMNO dan benar, dalam masa yang sama, saya juga adalah seorang Perdana Menteri bagi masyarakat majmuk berbilang bangsa dan agama.

28. Beriring dengan tanggungjawab ini, setiap kali perhimpunan agung, acapkali juga dipersoal dua lagi perkara, adakah Presiden UMNO itu seharusnya berpendirian ultra atau pro-Melayu sahaja, dan keduanya mesti bersifat Islami ataupun tidak?

29. Ertinya di sini saudara dan saudari, semua orang mesti faham baik-baik, bahawa tugas yang terpikul di bahu saya, sambil dibantu oleh rakan-rakan, umpama seurat rambut dibelah tujuh.

30. Maksud yang mendalamnya, di kala Malaysia yang serba moden lagi membangun pesat ini, dengan pelbagai kaum di Semenanjung, menjangkau 40 etnik di Sarawak dan lebih 60 suku di Sabah, tambahan pula, budaya dan faham yang beragam-ragam, teknologi dan media yang makin canggih serta masyarakat yang lebih terdidik, segalanya, daripada sebesar-besar hal kepimpinan dan pentadbiran negara juga parti, kepadalah sekecil-kecilnya urusan, tidak lagi semudah dan sesenang berbanding waktu yang dulu-dulu.

31. Maksudnya, peranan kepimpinan parti dan Kerajaan, mencakupi ruang lingkup yang seluas-luasnya, yakni yang dapat dilapiskan pada peringkat nusa atau negara, ummah dan tentunya Melayu Bumiputera.

32. Maknanya lagi, amanah yang dimandatkan adalah amat besar, untuk memimpin dan menerajui sebuah kesatuan, bukan sahaja orang Melayu, Bumiputera termasuk di Sabah dan Sarawak, Islam dan bukan Islam, di mana unjurannya terkini seramai hampir 20 juta orang.

33. Malah, tentunya seluruh rakyat Malaysia yang berjumlah dekat 30 juta kini, tidak kira kaum Cina, India, Serani mahupun orang-orang Siam yang menetap di negara ini, semuanya, semuanya bagi kepimpinan UMNO, adalah sama penting dan sama mustahak dalam pembikinan sebuah nusa makmur lagi berjaya.

Saudara dan saudari,

34. Namun, saya dan kita semua harus faham dengan jelas, bahawa pendirian kita, tatkala berada di forum dan pada pentas Perhimpunan Agung UMNO ini, barulah munasabah dan barulah berhak bagi kita menjurus untuk cenderung terhadap pembelaan untung nasib serta kebajikan khususnya, orang-orang Melayu dan Bumiputera.

35. Jadinya, bagi setiap usul, segala perbahasan dan segenap isu yang diperdebatkan, obor perjuangan yang dinyala, jangan gentar dan usahlah bimbang, malah, kita dalam perhimpunan ini, sewajibnya, tidak lain dan tidak bukan, mesti terus menjulang kepentingan dan kedudukan bangsa serta keturunan Melayu dan Bumiputera, di tanah tumpah darahnya sendiri.

Saudara dan saudari,

36. Pujangga ada berpesan, hidup ini tidak pernahpun menjanjikan yang senang-senang saja. Apabila berdepan dengan masalah, kita tidak boleh sekali-kali lari daripadanya. Itulah prinsip saya.

37. Jika digali sejarah dan sisir kepimpinan negara, bermula pada zaman Almarhum Tunku, membawa kepada saya sebagai Perdana Menteri yang keenam ini, tidak ada seorang pun yang terlepas atau terkecuali daripada menerima ujian.

38. Berhubung semua ini, saudara dan saudari, tatkala dihadapkan dengan pelbagai dugaan, saya sering diperingkatkan oleh rakan-rakan, tentang mafhum dan tafsir surah Al-An’am, yang menjelaskan bahawa, cabaran terhadap seseorang pemimpin itu, harus diterima sebagai satu muhasabah, yang dengannya mudah-mudahan Allah memberi keampunan dan mengangkat martabat kita.

39. Hatta, memetik hikmah kata oleh Bapak Muhammad Nasir, bekas Perdana Menteri Indonesia bahawa, tiada percetakan atau buku-buku panduan, yang bisa atau mampu melahirkan seorang pemimpin.

40. Kerana pemimpin itu, sebenarnya tidak lahir di bilik-bilik kuliah, sebaliknya pemimpin itu muncul di gelanggang dan di celah-celah kemelut supaya mampu menangani cabaran dan dugaan.

Saudara dan saudari,

41. Dari yang tersurat dan tersirat, dengan berbekalkan mutiara qurani dan petikan duniawi, yang telah saya sampaikan tersebut, biar menggunung cabaran menghalang, meski hebat apapun tentangan yang tiba, saya, tidak boleh sesekali menyerah kalah, bahkan, dengan beraninya, harus berdepan bagi merungkaikan masalah dan menyelesaikannya, untuk terus memimpin UMNO mara menuju kemenangan.

42. Melangkah ke hadapan lagi, dalam mengharung asakan-asakan dan dugaan yang dipertimpa ke atas saya, pada hemat saya, kepimpinan itu bukan soal kebongkakan menongkat langit, bukan juga mengumpul orang di sana sini, untuk mengata dan menuduh sesuka hati.

43. Sepertimana yang sudah saya nyatakan dengan nada yang tawadu’ di Parlimen baru-baru ini, ya betul, memang benar, saya seorang Presiden dan pemimpin, akan tetapi, saya juga manusia seperti saudara dan saudari semua. Masing-masing, punyai kelebihan dan kekurangan.

44. Tetapi bagi saya, I am a gentleman, apa-apa kekusutan pun, marilah berjumpa, duduk berbincang, kita selesaikan melalui saluran yang betul.

45. Dalam pengertian yang lebih langsung, jika sekalipun pada suatu masa kelak, baton kepimpinan ini akan diserahkan kepada orang lain, dalam Bahasa Inggerisnya, to me, I can’t just abandon our cause and drop our mission, tanpa dengan terlebih dahulu berikhtiar, mempastikan bukan sahaja isu-isu berbangkit dilangsaikan, malah, keadaan parti dan jamaah ini hendaklah kembali dipulihkan seperti sediakala, sebabnya, jika tidak, seperti yang dinasihatkan oleh para alim ulama, saya tidak boleh menjadi seorang pengecut, bahkan, itu bacul namanya.

Saudara dan saudari,

46. Sebab itu, terhadap apa-apa perkara pun, ada jalan dan kaedah penyelesaiannya. Dalam ehwal 1MDB, saya ingin maklumkan bahawa, ia sedang ditangani dan dalam proses penyelesaian.

47. Misalannya, dengan penjualan syarikat Edra, hutang 1MDB kini telah susut sebanyak 17 bilion. Ini membuktikan pelan rasionalisasi 1MDB sedang berjalan dengan baik. Insya-Allah ini akan disusuli dengan beberapa pengumuman yang lain, yang akan meyakinkan rakyat untuk akhirnya nanti mendapat penyelesaian yang tuntas.

48. Menyentuh dana 2.6 bilion pula, isu ini pun telah dijawab di sidang Parlimen baru-baru ini oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, bahawa, wang itu adalah derma dari luar negara dan bukannya diambil dari 1MDB. Saya juga telah menjelaskan dengan terperinci kepada para perwakilan semasa taklimat presiden.

Yang mustahak, saya yakin, saya berada di pihak yang benar, dan kebenaran akan terbukti juga.

Saudara dan saudariku sekalian,

49. Bertitik tolak daripada semua itu, antara perkara mustahak yang mahu saya peringatkan, adalah prinsip kesetiaan dan ketaatan kepada pucuk pimpinan.

50. Bersabit ini, apa yang mahu saya jelaskan, bukanlah sesuatu yang menurut hawa nafsu, namun disandarkan kepada sirah dan ibrah para nabi, yang didampingi sahabat-sahabat berwibawa.

51. Saya turut meninjau tawarikh pertubuhan atau organisasi di serata dunia, dan kita dapati, jika sifat kesetiaan atau loyalty tidak terwujud kental pada diri masing-masing, dalam mendokong pimpinan utama, sudah barang pasti rosaklah rencana, pincanglah kesatuan.

52. Sesungguhnya jua, kesetiaan dan ketaatan bukan sekadar menjadi nilai-nilai utama, malah merupakan sifat, sikap, prinsip dan pegangan yang semestinya berdarah daging dan menunjang dalam diri setiap orang UMNO dari sebawah-bawahnya, hingga kepada pimpinan-pimpinan kanan.

53. Barulah wujud dan adanya disiplin, tanzim serta ketersusunan dalam organisasi seperti UMNO ini. Hukamak menyebut, sesuatu hak dan kebenaran yang tidak diwaspada pun, boleh tertewas oleh fitnah dan kebatilan yang dikerangkakan dengan rapinya oleh pihak-pihak yang curang dan berniat jahat.

54. Malah, hukum kesetiaan disebut berulang kali dalam al-Quran dan hadis, antaranya melalui surah An-Nisa’, tentang tuntutan ketaatan kepada Ulil Amri.

55. Dalam Islam, berasaskan nas dan matan hadis yang sahih, jumhur ulama, berpegang kepada pandangan dan nilai kesetiaan serta ketaatan, yang disebut sebagai wala’, yang bererti mamberi taat, kecintaan, setia dan kasih sayang kepada pemimpin dan institusi kepimpinan itu.

56. Sebab itu, kita tidak dapat memisahkan prinsip kepemimpinan dan kepengikutan, yang sebenarnya bersifat saling berkait antara satu dengan yang lain.

57. Kendati itu, dalam Sejarah Melayu lama pun, memperakukan dengan halusnya dalam bait-bait indah tentang kesetiaan dan ketaatan kepada pucuk pimpinan.

58. Ia menyebut, diseru dan dipanggil kita datang, disuruh pergi, kita pulang. Begitulah luhurnya prinsip kesetiaan dan ketaatan.

59. Sebab itulah, saudara dan saudari, Islam secara khulasahnya, menetapkan bahawa adalah wajib kita mentaati pemimpin yang memerintah.

60. Lagipun, sepanjang saya menempuh onar dan ranjau kerjaya menjadi ahli politik dan anggota pentadbiran, semua orang tahu, Najib Razak ini, Saya, seorang yang tidak confrontational, Saya juga tidak pernah menjatuhkan sesiapa, apatah lagi untuk mengkhianati parti UMNO tercinta ini.

61. Laginya, hampir kesemua orang yang pernah terlibat dalam politik negara ini pastinya maklum, bahkan tercatat dalam lipatan sejarah parti ini, bahawasanya, Najib Razak ini, Saya jugalah pada tahun 1987, di persimpangan getir untuk menyebelahi pucuk pimpinan UMNO pada masa itu, telah dengan penuh kasih dan hormatnya, tetap memilih untuk taat dan bersetia, kepada kepimpinan Tun Dr. Mahathir, dalam mempertahankan kedudukannya ketika itu, sebagai presiden UMNO, sekali gus mengekalkan dirinya sebagai Perdana Menteri.

Saudara dan saudari,

62. Berbalik kepada situasi semasa UMNO, dimaktubkan dalam perlembagaan parti bahawa, amanah besar dan tanggungjawab yang terpikul di bahu seorang Presiden, melalui fasal 9.8.1, adalah menjadi pemimpin utama dan bertanggungjawab menjaga kesempurnaan perjalanan parti.

63. Manakala, fasal 9.8.2, dengan terang secara harafiahnya, memperincikan tanggungjawab dan amanah utama, bagi seorang Timbalan Presiden itu, fasalnya itu menyebut, “Timbalan Presiden membantu tugas-tugas Presiden”.

64. Manakala, bagi fasal 9.8.3 pula, tanggungjawab dan amanah Naib-naib Presiden itu dinyatakan sebagai, “Naib-Naib Presiden itu kerjanya membantu tugas-tugas Presiden”.

65. Merujuk kepada ahli-ahli pula, fasal 6.1.1 dan 6.2.1, antara intipatinya menyatakan bahawa, tanggungjawab dan hak “Ahli-Ahli UMNO” ialah memegang teguh dasar parti dan melaksanakan tujuan-tujuannya serta berhak mengemukakan pendapat kepada parti, tetapi mestilah melalui saluran yang betul.

Saudara dan saudari seperjuanganku,

66. Lantas, dengan berpegang dan memahami maksud perlembagaan ini, barulah pertubuhan atau jamaah UMNO kita ini mampu bergerak dalam ikatan yang kukuh dan sempurna, dipandu oleh etika-etika mahupun tatasusila parti yang sudah disepakati bersama.

67. Itulah rahsia, dan itulah formula, sesebuah parti politik seperti kita, yang telah bertahan dengan jayanya sehingga kini, mudah-mudahan sampai bila-bila.

Saudara dan saudari,

68. Pada perspektif lain, telah berbangkit suara-suara atau cakap-cakap, adakah UMNO masih relevan? Timbul juga, apa yang dikatakan sebagai “perang persepsi” melalui media sosial, yang kita anggap sebagai cabaran terbesar kepada kita kini, di mana sesetengah isu itu, sengaja dieksplotasi, ditohmah dan diperbesar-besarkan.

69. Bak kata orang putih, perkara-perkara half truth pun boleh menjadi absolute truth.

Saudara dan saudari,

70. Menjawab persoalan-persoalan tadi, telah terserlah UMNO yang menunjang Barisan Nasional sebagai Kerajaan yang mentadbir sejak puluhan tahun, telah membuktikan kejaguhannya, dalam membawa Malaysia tercinta ini.

71. Daripada hanya sebuah perdesaan dan perkampungan, tiada siapa dapat menjangka, kini kita telah tumbuh dan muncul menjadi sebuah Bintang Timur yang bergemerlapan bukan sahaja di rantau ini, bahkan di seantero dunia.

72. Terkini, dalam laporan daya saing global 2015-2016 oleh World Economic Forum, Malaysia telah melonjak 2 anak tangga kepada kedudukan 18 daripada 144 buah negara utama ekonomi di dunia.

73. Justeru, mana mungkin orang boleh mengata kita sebagai fail state atau pengemis di bawah kepimpinan saya kini.

74. Malah, antara contoh yang boleh diperbanggakan lagi, pertamanya, pembinaan Pelantar Gas di Laut Caspian, pengurusan Lapangan Terbang Antarabangsa Kedua di Istanbul, pelaburan Shale Gas yang merupakan Pelaburan Langsung Asing atau FDI terbesar di Kanada hasil kendalian anak-anak bangsa kita.

75. Selain itu, Penyediaan Perkhidmatan Kesihatan yakni IHH Healthcare Berhad sebagai yang kedua terbesar di dunia, serta penyelenggaraan fasiliti stesen dan pengendalian Mekah Metro, adalah juga kejayaan anak-anak bangsa kita, dan segalanya ini hasil perjuangan UMNO.

Saudara dan saudari,

76. Bercakap di sudut ekonomi juga, dalam hal GST, rakyat perlu tahu, hakikatnya, jika sebelum tahun 2015, 31 peratus daripada pendapatan Kerajaan datangnya daripada hasil minyak.

77. Namun, akibat daripada penurunan mendadak harga minyak mentah dunia yang dijangka kekal rendah, akan menyebabkan hasil Kerajaan dijangka berkurang sekitar RM30 bilion atau mungkin lebih dari itu.

78. Jika ini berlaku, badan-badan pengabsah terkemuka di peringkat antarabangsa seperti Standard & Poor’s dan Fitch Ratings, akan menurunkan taraf rating kredit negara.

79. Ini juga akan menyebabkan kadar-kadar faedah pinjaman seperti pinjaman peribadi, pinjaman perumahan dan pinjaman perniagaan melonjak naik.

Saudara dan saudari,

80. Implikasinya, menyebabkan ekonomi negara kita akan merudum, pelaburan akan terjejas, peluang pekerjaan pula menjadi terhakis.

81. Dalam konteks ini, tidak dapat dibayangkan, seandainya pihak Kerajaan tidak mempunyai keberanian politik untuk tetap melaksanakan GST, baki akaun semasa fiskal Kerajaan akan mencatat defisit sebanyak hamper RM11 bilion. Ia juga akan melonjakkan defisit negara daripada 3.1 kepada 4.8 peratus pada tahun pertama dan mungkin akan jauh lebih tinggi pada tahun-tahun berikutnya.

82. Akibatnya, Kerajaan mungkin terpaksa membuat pinjaman untuk membayar gaji penjawat-penjawat awam, termasuklah para guru,anggota polis dan anggota tentera.

83. Jika hal itu terjadi, tiada kenaikan gaji tahunan pada kakitangan, begitu juga elaun perjalanan, malah akan berlakunya pembekuan dan tiada pengambilan baru dibuat, hingga barangkali terpaksa mengecilkan pula saiz perkhidmatan awam. Hal ini, tentu sekali menjejaskan kebajikan seramai 1.61 juta orang kakitangan Kerajaan.

84. Syukur atas petunjuk Allah, pelaksanaan GST oleh pihak Kerajaan menjadi satu langkah yang amat tepat, sekalipun saya sedar ianya tidak popular. Dan, Alhamdulillah, hasil kutipan GST-lah yang menjadi penyelamat, melindungi rakyat daripada ditimpa kesusahan yang lebih berat jika ia tidak dilaksanakan.

Saudari dan saudari,

85. Selain itu, saya ingin menyebut, kejatuhan nilai matawang, yang menjadi kebimbangan bukanlah kerana kegagalan kita mengurus ekonomi negara, tetapi adalah disebabkan oleh faktor-faktor luaran. Antaranya, kejatuhan harga minyak dan komoditi-komoditi lain, pengucupan kepada kadar pertumbuhan ekonomi negara China serta kadar faedah di Amerika Syarikat yang dijangka naik.

86. Semuanya ini, adalah diakui oleh dunia sebagai faktor luaran sebagai punca bukan sahaja terhadap Malaysia, malah turut terkesan kepada kebanyakan negara ekonomi yang sedang membangun.

87. Malah, negara seperti New Zealand dan Australia pun turut mengalami penyusutan yang teruk.

Saudara dan saudari,

88. Dari sudut yang lain, kita mengatur syukur kepada Allah SWT kerana lebih daripada 90 peratus perkara-perkara dalam Akujanji-Akujanji, yang dibuat semasa Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu, telah berjaya Kerajaan kota dan tunaikan.

89. Bukti-buktinya, boleh dilihat pada pameran di luar dewan sana. Apa yang mustahak, ia menjadi tanda bahawa kita adalah sebuah Kerajaan yang menepati janji-janjinya.

90. Namun apa pun, kita perakui, masih terdapat 2 atau 3 perkara yang dalam proses pelaksanaan seperti perumahan rakyat dan kos sara hidup, yang saya dan rakan-rakan kepimpinan negara faham bahawa isu ini adalah besar dan menjadi keresahan utama kepada rakyat dan akan ditangani sebaik-baiknya.

91. Pokoknya, kita akan terus berusaha, bagi meringankan beban rakyat dengan pelbagai bantuan seperti BR1M, Klinik Rakyat 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia dan projek-projek Perumahan Mampu Milik serta kenaikan gaji minima dan juga kenaikan gaji tahunan untuk penjawat awam.

92. Di atas semuanya, yang terlebih penting, saya mahukan agar UMNO tidak hilang fokus dalam mempastikan segala akujanji itu terus kita tunai dan lunaskan.

Saudara dan saudari,

93. Bercakap dari sudut ekonomi lagi, yang turut diperkatakan kini, adalah tentang Perjanjian Perkongsian Trans-Pacifik atau TPPA, yang merupakan perjanjian perdagangan bebas yang komprehensif, merangkumi pelbagai skop dan bidang.

94. Meskipun demikian, suka saya maklumkan bahawa, kita sesekali tidak apologetik dalam mempertahankan Agenda Bumiputera, waima ketika berunding dalam perjanjian TPPA.

95. Bahkan, kita telah mencatatkan satu lagi sejarah di mana, anggota-anggota TPPA telah menerima dan mengiktiraf Dasar Bumiputera sebagai sebahagian daripada terma-terma TPPA di peringkat global.

96. Ertinya, perjuangan UMNO sudah berjaya dan agenda Bumiputera bukan lagi sekadar menjadi agenda nasional, sebaliknya kini, agenda Bumiputera sudah diangkat dan diiktiraf di persada dunia.

97. Inilah yang dinamakan Tahaluf Iktisadi, yakni kerjasama di bidang ekonomi.

98. Sebetulnya pun, kita mengambil contoh daripada kisah sahabat Nabi, Abdul Rahman bin Auf, yang dianggap sebagai tokoh perniagaan disegani dalam sejarah Islam, sebab beliau berani bersaing bukan sahaja dalam pasaran Islam bahkan orang-orang Yahudi.

99. Jelasnya, perjuangan UMNO, tidaklah terhenti setakat Wawasan 2020 sahaja kelak. Malah, menjelang tahun 2030, kita mensasarkan untuk berada pada kedudukan 10 negara terbaik yang paling kompetitif di dunia.

100. Lagi pula, kita mahu kemakmuran negara akan berterusan, bukan sekadar untuk 50 tahun atau sekurun lagi, bahkan untuk tempoh yang lebih panjang dari itu.

Saudara dan saudari,

101. Ringkasnya, selama puluhan tahun, di bawah kepimpinan UMNO, yang menonggak Kerajaan, pelbagai kejayaan telah kita raih dan nikmati.

102. Antaranya, kita berjaya memperkukuhkan dasar pendidikan negara, sehingga melahirkan ratusan ribu graduan yang cemerlang, yang akhirnya menjadi cendekiawan, para teknokrat, ulama, usahawan, pemimpin besar dan sebagainya.

103. Realitinya, ikhtiar UMNO selama ini, telah merubah lanskap kehidupan orang-orang Melayu dan Bumiputera kepada yang lebih baik ataupun disebut mobiliti sosial yang berlaku secara menegak, dalam tempoh hanya satu generasi.

Contohnya:

Anak buruh kasar telah menjadi Menteri,
Anak penoreh getah menjadi Timbalan Menteri dan Ketua Menteri,
Anak nelayan telah menjadi Menteri Besar,
Anak petani dan pekebun menjadi Ketua-ketua Setiausaha, para cendekiawan terkemuka, ahli-ahli korporat serta pemimpin-pemimpin masyarakat.

104. Sebagai misalan, saya tersentuh hati, apabila saya dimaklumkan bahawa, betapa sukar dan susahnya hidup sewaktu membesar dulu, ada hari makan gulai berlauk ikan kembung, manakala esoknya pula hanya dapat menjamah kuahnya sahaja.

Tapi sekarang, Alhamdulillah, tokoh penjawat awam yang saya sebutkan ini, dah pun menjawat jawatan begitu tinggi, yakni sebagai Ketua Setiausaha Negara.

105. Kisah kedua, ada juga yang dulu-dulu keluarganya terpaksa berpindah dari pedalaman ke jalan besar, semata-mata supaya anaknya itu dapat didedahkan kepada arus pembangunan negara dan menjadi lebih terbuka lagi terdidik.

Tindakan keluarga itu ternyata membawa manfaat. Hari ini, tokoh politik dari negeri Cik Siti Wan Kembang tersebut, telah pun berjaya menjadi seorang menteri.

106. Kisah ketiga, masih ingatkah kita lagi, semasa Perhimpunan Agung UMNO tahun lalu, apabila salah seorang perwakilan, asal dari keluarga yang sangat daif dan susah di pedalaman Kedah, kini merupakan antara Doktor Pakar Otopedik termuda dalam negara ini dan telah tersenarai dalam 8 orang finalis calon angkasawan negara.

Apa yang menginsafkan kita, apabila saudara Dr. Nawar ini, mengakui bahawa, ‘setiap butir nasi yang dijamah dan dimakan, adalah rezeki kurniaan Allah, hasil titik peluh perjuangan UMNO.

Saudara dan saudari,

107. Hasrat hati saya, alangkah indahnya, jika lebih ramai, bukan sahaja para perwakilan, tetapi kesemua ahli UMNO atau sebolehnya seluruh rakyat Malaysia mensyukuri kehidupan sedemikian dan dengan limpahan rezeki yang dirasai ini sebagai hasil perjuangan parti UMNO yang kita kasihi.

Saudara dan saudari,

108. Kata orang, sudah terang lagi bersuluh. Sebagaimana yang saya sebutkan tadi, jelas sekali, sebegitu banyak warna-warna kejayaan orang Melayu dan Bumiputera yang telah dilakar dan dilukis hasil perjuangan UMNO, tidak terungkap oleh kata-kata, tak terhitung pula oleh angka.

109. Apatah lagi menjelang Mei tahun depan, UMNO akan mencecah usianya yang ke-70 tahun, sekali gus memegang rekod sebagai parti yang berjaya mempertahankan kemampuan dan kalibernya, mengemudi Malaysia yang pesat membangun, sejak dulu, kini dan insya-Allah selamanya.

110. Lalu, saudara dan saudari seperjuanganku, marilah kita bersama memberi tepuk semangat yang gemuruh, kepada UMNO parti tercinta yang telah berjasa kepada nusa dan bangsa ini.

Saudara dan saudari,

111. Begitulah saya, sebagai ahli parti dan Presiden UMNO yang taat dan setia, pabila tibanya bulan Mac tahun depan, genaplah penglibatan saya selama 40 tahun, bersama parti ini, tanpa sekalipun, pernah meninggalkannya.

112. Apatah lagi, saya yang lahir dari leluhur UMNO, mana mungkin bersurut pulang atau sesekali berbalik haluan. Kata pepatah orang Bugis, sekali layar sudah dikembang, saya berikrar bermati-matian akan terus memimpin perjuangan mulia ini, bagi membela orang Melayu dan Bumiputera.

Saudara dan saudari,

113. Malangnya, ada sesetengah pihak yang telah dan sedang menebuk lubang bahtera perjuangan ini, dengan tujuan menenggelamkan lawannya.

114. Sayang seribu kali sayang, mereka terlupa bahawa tindakan khianat sedemikian, bukan setakat boleh melemaskan pihak lawannya, akan tetapi, akhirnya yang karam dan tenggelam, adalah seluruh bangsa keturunan dan tamadun kita ini.

Saudara dan saudari,

115. Berhubung soal ini, sarjana-sarjana agama, antaranya Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr Sulaiman Saloomi, sendiri pun, menyatakan tentang haram hukumnya menggulingkan Kerajaan.

116. Apatah lagi, melalui demontrasi jalanan, sehingga tergamakkah kita melihat pabila segelintir kaum lain, dengan beraninya memijak-mijak gambar-gambar para pemimpin Melayu Islam kita.

117. Demikian juga, saudara dan saudari, saya telah meminta pendapat beberapa orang alim ulamak, berkaitan bagaimanakah yang dikatakan sesebuah Kerajaan itu zalim serta layak ditumbangkan.

118. Soalnya, apakah kepimpinan Kerajaan kini yang telah berikhtiar sehabis baik, merintis berjuta jalan, demi maslahah rakyat, apakah itu boleh dihukum sebagai Kerajaan yang zalim?

119. Sebaliknya, baru-baru ini di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang di bawah Kerajaan DAP, ADUN PKR Penanti, di Permatang Pauh, telah menangis teresak-esak dan tersedu sedan, mengenangkan nasib para pengundi di kawasan beliau, terutamanya orang-orang Melayu yang katanya, tidak diperendah dan tidak dipeduli oleh Ketua Menteri mereka sendiri.

120. Jadi tengoklah apa yang berlaku, sampai begitu sekali. Walhal, syukurlah tidak pernah terjadi dalam sejarah Barisan Nasional, selama puluhan tahun, sampai ada yang menangis seperti itu.

121. Realitinya, siapa yang zalim sebenarnya? tepuk dada, tanyalah selera.

Saudara dan saudari,

122. Pucuk pangkalnya, janganlah hendaknya dipersiakan apa yang kita secara susah payah raih dan kecapi. Nanti menyesal sudah tidak berguna lagi.

123. Kita kena sentiasa beringat, di perhimpunan yang dirahmati inilah, orang-orang Melayu berkampung. UMNO inilah tempatnya kita menumpang manja, mengadu suka dan duka.

124. Di perhimpunan bertuah inilah, saban tahun kita keramatkan segala usul yang akhirnya menjadi dasar-dasar negara.

125. Ingat, ingat ya, di sinilah UiTM dimartabatkan, di sinilah nasib penjawat awam dibela, di perhimpunan ini jugalah Raja-Raja Melayu terus dipermuliakan.

126. Dan, yang paling utama, di jamaah dan himpunan inilah, syiar agama Islam dipertinggikan, dan di perhimpunan inilah juga orang Melayu menghitung masa depan keturunan mereka, agar tidak merempat di watan sendiri.

Saudara dan saudari,

127. Selain itu, dewasa ini, institusi Bumiputera seperti UiTM, bukan lagi calang-calang menara gading. Pasukan debatnya telah memenangi kategori utama dalam pertandingan debat intervarsity paling kompetitif di dunia, yang berlangsung di Universiti Cambridge.

128. Tidak lupa kepada para pendebat dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,yang telah mengharumkan nama Malaysia di persada dunia apabila memenangi kategori English as second language dalam pertandingan yang sama.

Tahniah dan syabas kita ucapkan kepada mereka.

Saudara dan saudari,

129. Seterusnya, seperkara lagi yang ingin saya kongsikan dari hati ke hati, dalam melayari pimpinan dan pentadbiran negara ini, waima siapa sahaja yang duduk di kerusi sebagai sebagai Perdana Menteri, sekaligus juga seorang Presiden parti, bukan sekadar sekali-sekala, namun hampir setiap masa, saya dihadapkan dengan pelbagai dilema dan punya tiada pilihan, bahkan terpaksa membuat keputusan-keputusan yang berat dan keras, namun, demi kepentingan parti, setelah disepakati secara syura oleh Majlis Tertinggi UMNO.

130. Ternyata, ada waktunya, kalau atas dasar seorang sahabat, tidak mungkin saya mengambil keputusan yang luka lagi melukai.

131. Namun, bak kata kearifan Inggeris, if you wish to please everybody, you will end up pleasing no one.

132. Lalu, atas nama survival dan kepentingan parti, tindakan-tindakan tertentu, terpaksa dengan berat hatinya diambil.

133. Ini, saya rujuk kepada antaranya rombakan kabinet, bagi memperkukuhkan lagi barisan Jemaah Menteri dalam membina kesepakatan dan kesetiaan, sebagai satu pasukan yang padu, berasaskan konsep collective responsibility, sebagai satu saf atau pasukan yang mantap lagi jitu.

134. Tambahan lagi, perjuangan UMNO bukan sahaja di Tanah Semenanjung, bahkan kita akan terus membantu rakan-rakan seperjuangan kita, yakni parti komponen Barisan Nasional, dalam usaha membela untung nasib rakyat di Sabah dan Sarawak.

135. Oleh itu, baru-baru ini, saya telah umumkan bahawa, lebih banyak kuasa pentadbiran atau empowerment, yang membabitkan jabatan dan agensi persekutuan bakal diberikan kepada Kerajaan negeri Sabah dan Sarawak.

136. Tidak cukup sekadar itu, dalam Bajet 2016, kita zahirkan komitmen, dengan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo sepanjang 1,796 kilometer, yang bebas daripada sebarang bayaran tol.

Saudara dan saudari,

137. Begitu juga halnya bagi negeri Sabah. Di bawah kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional, kita terus bermati-matian mempertahankan tanah Sabah daripada penceroboh yang tidak diundang.

138. Akan tetapi, kita berasa sangat kesal, tatkala kita mempertahankan kedaulatan bumi Sabah daripada pengganas, ada pula individu-individu tertentu yang tergamak, malah sanggup bertemu dengan pihak yang pernah dikaitkan dengan penceroboh di Lahad Datu.

139. Perbuatan ini sememangnya sungguh tidak bertanggungjawab, sungguh mengguris hati, bahkan boleh dianggap sebagai satu penghinaan terhadap keluarga dan para perajurit serta pengkhianatan terang-terangan pada negara.

140. Di atas semuanya, Kerajaan akan terus mempastikan keselamatan bumi Sabah, supaya negeri di bawah Bayu terus kekal bersama Malaysia, makmur sentosa, buat selama-selamanya.

Saudara dan saudari,

141. Sejak akhir-akhir ini, rakyat sering dimomok-momokkan oleh parti pembangkang, kononnya, mereka adalah alternatif untuk menggantikan Kerajaan Barisan Nasional.

142. Contoh yang sangat ketara sekarang, betapa DAP, cuba ‘menguasai’ parti-parti lain dalam pakatan pembangkang.

143. Ini dapat kita lihat, bilamana ada di kalangan pemimpin mereka, yang telah menyatakan hasrat untuk bertanding di 8 kerusi DUN, yang dimenangi oleh PAS di Selangor sebelum ini, pada Pilihanraya Umum ke-14 kelak.

144. Lebih-lebih lagi DAP di Sarawak, dengan angkuhnya memutuskan hubungan dengan PAS dan PKR, kerana ingin bertanding lebih banyak kerusi pada Pilihanraya Negeri Sarawak nanti.

145. Itulah dia DAP, yang tidak pernah setia dengan rakan gabungannya. Tahun 1990, mereka membentuk gabungan pembangkang. Lalu berpecah pada tahun 1995. Bergabung semula di tahun 1999. Kemudian tahun 2004, berpisah lagi.

146. Seterusnya, DAP mencuba lagi berpakat di tahun 2008 dan 2013 dengan PAS dan PKR. Kalau nak ikutkan perumpamaan orang berkahwin, sudah tiga kali jatuh talak. Nampaknya, besok-besok, kalau pecah pulak dengan Pakatan Harapan, tak taulah pulak talak berapa nak pakai nanti.

147. Mutakhir ini pula, parti PAS telah disepak dan diterajang keluar daripada pakatan mereka macam itu saja.

148. Ternyata, puak-puak DAP ini, tak pernah bersatu hati dengan pakatan mereka. Cubalah kita fikir dan renung-renungkan. Nak berpakat pun payah, jadi, macam mana nak perintah negara?

Saudara dan saudari,

149. Bersabit perkara ini, selagi saya memimpin, seruan saya kepada rakan-rakan dan saudara saudari seperjuanganku sekalian bahawa, kita sekali-kali tidak akan membiarkan individu tertentu bercakap sembarangan, kononnya kita perlu menjurus kepada two-party system atau sistem 2 parti.

150. Mana boleh???, Mana boleh perkara ini kita terima? Bukan atas dasar kita tidak faham pengertian demokrasi, tetapi dari sudut falsafah dan perjuangan UMNO itu sendiri, yang memartabatkan bangsa dan mempertinggikan syiar Islam, saya ingin bertanya kepada perwakilan dan ahli UMNO semua, takkan kita tidak faham akan bahayanya, akibat seruan yang tidak bijaksana itu?

151. Benda inilah, hal inilah, perkara inilah, orang melayu kita, orang UMNO kita, kena berjaga-jaga dan berwaspada.

152. Jangan sampai kita tersilap langkah, jangan sampai kita terjun ke dalam perangkap ini.

153. Realiti politik di Malaysia hari ini, rakyat mempunyai cuma 2 pilihan sahaja, sama ada coalition, yang dipimpin oleh UMNO, ataupun satu lagi coalition yang dipimpin atau didominasi oleh DAP.

154. Maksud saya, seandai dan sekiranya UMNO ditolak, negara ini akan diperintah oleh mereka yang anti perjuangan Islam serta menolak perjuangan Melayu dan Bumiputera.

155. Bencananya, yang akan menimpa, apakah kita mahu masa depan anak cucu dan agama Islam dipertaruh kepada selain daripada kepimpinan Melayu dan Islam sedia ada? Nauzubillah.

UMNO MENUJU ISLAM YANG AUTENTIK, SEJATI LAGI MURNI

Saudara dan saudari,

156. Menjengah jendela Islam dan perjuangan UMNO terhadapnya, selama berdekad-dekad, parti ini, telah menyongsong pembawaan syiar Islam, yang memenuhi tuntutan kerangka Maqasid Syariah.

157. Sampai kini, Malaysia semakin dikenali sebagai sebuah negara Islam progresif lagi dinamik, seraya menjadi contoh di kalangan negara membangun serta negara Islam yang lain di dunia.

158. Kita bukan beromong kosong, fakta ini dikukuhkan melalui Indeks Syariah Malaysia, yang saya lancarkan pada 10 Februari 2015 yang lalu, sebagai yang pertama seumpamanya di dunia.

159. Insya-Allah, awal tahun hadapan hasil penilaian pertama bakal diumumkan dan bersandarkan dapatan ini, saya selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri berikrar dan berjanji akan komited sepenuhnya untuk memperkembang dan mempertinggikan syiar Islam di Malaysia.

160. Barulah, sebuah negara Islam yang digelar “Baldatun Toy-yi-batun wa Rob-bun Ghofur” akan terbangun dan terwujud jua di Malaysia. Insya-Allah.

161. Sesungguhnya, inilah rupa wajah Islam yang menjadi jajaran dan pedoman perjuangan UMNO, yang telah kita junjung.

162. Dalam mengangkat syiarnya pula, kita tidak tunduk kepada mana-mana kuasa besar seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

163. Pucuk pangkal, kalau kita takut, mana mungkin saya membuat keputusan menjejakkan kaki ke bumi Gaza, tanah para Anbiya’ di saat-saat kemelut masih meruncing ketika itu.

164. Bahkan terbukti, perjuangan ini telah kita bawa dengan beraninya, hingga ke podium Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

165. Jelasnya, kepimpinan UMNO akan terus beristiqamah bagi membantu perjuangan saudara seakidah kita di Palestin. Allahu Akbar! Allahu Akbar!

166. Terkini, semalam saya sendiri telah menerima 3 keluarga seagama kita, yang bernasib malang dari Syria untuk diberi perlindungan dan kehidupan baru.

167. Sememangnya, Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya. Maka berbenar-benarlah sabda junjungan mulia Nabi Muhammad, antaranya pada peristiwa perang Khandak.  Lantas, UMNO yang menjunjung Islam sejati atau The Authentic Islam, pasti diperkekalkan oleh Allah perjuangannya sampai bila-bila.

PERPADUAN UMMAH

Saudara dan saudari,

168. Sesungguhnya, kita hidup di dunia ini hanya sekali dan sementara saja. Harta, kuasa dan pangkat hanyalah pinjaman dari yang Maha Esa.

169. Dimadah orang juga,

anak punai, anak merbah,
terbang tinggi buat sarang,
anak sungai kan berubah,
inikan pula hati orang.

170. Jelasnya, insan itu sifatnya, berbolak balik. Secara manusiawinya kita tidak ada yang sempurna. Namun, perjuangan ini, perjuangan ini, mesti kita sempurnakan.

171. Berdiri di atas perkara dan topik ini, teringat saya petikan kata-kata Sheikh Abdullah Fahim, seorang ulama besar negara dari Pulau Pinang, yang juga Nenda kepada mantan Perdana Menteri Pak Lah Badawi.

172. Sheikh Abdullah Fahim mengatakan, bahawa:

“Orang Islam perlu memperbaiki perbalahan sesama mereka, dan setelah berdamai, penyatuan yang terbina itu diharap akan berkekalan.

Kerana, itulah satu-satunya senjata yang boleh memperkuatkan perpaduan orang-orang Melayu dan Islam”.

173. Malah, apabila bercakap tentang perpaduan ummah ini juga, teringat saya kepada ayat suci al-Quran, yang dimasyhurkan oleh pujangga Arab bahawa:

“Jika kita terlalu suka pada seseorang atau sesuatu kumpulan, maka berpada-padalah, kelak kita mungkin menjadi terlalu benci pada seseorang atau kelompok itu.

sebaliknya, jika kita terlalu benci pada seseorang atau sesatu kumpulan, maka berpada-padalah juga, mana tahu satu hari kelak, kebencian itu berubah kepada rasa suka dan cinta kepada mereka”.

174. Maka saudara dan saudari, kita di dalam UMNO berasa lega, malah gembira, pabila PAS kini tidak lagi bersama pakatan pembangkang.

175. Dengan hati yang terbuka dan nubari yang merdeka, kita hulurkan tali silaturrahim, kita hulurkan ikatan ukhuwah menuju kesempurnaan membina sebuah Malaysia di atas syariatnya.

Saudara dan saudari,

176. Walaupun demikian, sekalipun kita begitu mendambakan satu perpaduan ummah, namun, di atas segalanya yang paling utama dan paling mustahak, marilah mendokong usaha untuk kesatuan dan solidariti dalaman UMNO itu sendiri terlebih dahulu.

Saudara dan saudari,

177. Kerana itulah, meskipun hati saya telah terguris dan terluka dengan begitu mendalam, tetapi saya selaku Presiden, mengambil pengajaran daripada agama kita, saya memilih untuk berjiwa besar.

178. Tambahan lagi, sebagai satu jemaah dan organisasi, sudah tentu kita mempunyai disiplin tersendiri.

179. Sebagai mana Islam telah meletakkan garis batasan, tiap sesuatu itu ada sempadannya.

180. Makanya, saudara dan saudari, janganlah kita sesekali melangkaui sempadan dan batasan itu.

Saudara dan saudari,

181. Atas segalanya, jika Sukarno pernah berkata, berikan daku 10 pemuda, nescaya aku mampu menggegarkan dunia.

182. Saya pula, Najib Razak, mahukan terdiri dan terbangunnya sepasukan wanita, pemuda dan puteri yang taat lagi setia, BANTULAH SAYA, memacu Malaysia menuju puncak hingga ke mercunya.

183. Biar mati berkalang tanah, perjuangan UMNO tidak akan dibiar musnah.

184. Gantungkanlah azam dan semangat yang tinggi, setinggi bintang di langit,

biarpun ada yang berpaling tadah,
biar berkali-kali kita ditolak supaya rebah,
there shall be no retreat, no surrender,
no retreat!!! no surrender!!!

185. Demi kepentingan Islam, Melayu, UMNO dan Perpaduan Ummah.

Berpaut dan bertawakkal kepada Allah, perjuangan UMNO ini, kita sempurnakan jua.

Hidup Melayu!
Hidup UMNO!
Hidup Barisan!
Hidup Malaysia

Wabillahi Taufik Wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Sekian, terima kasih.
Read more ...
© 2008-2016 Pena Minang Institute