ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Thursday, 28 January 2016

CERITA "ARAB BODOH" BAGI PINJAM KAPAL TERBANG FREE


Oleh : Jebat / Zulkifli Nordin

Ni kes waktu 2011 waktu nak bawak balik pelajar Malaysia yang terperangkap di Mesir gara-gara Arab Spring.

Bagi mereka yang masih kelabu dengan kehebatan dan kecanggihan operasi yang dipanggil "Ops-Piramid" ini, cuba bayangkan fakta-fakta berikut:

1. Pelajar dan warga Malaysia yang berada dibumi Mesir melebihi 11,000 orang;

2. Mereka tinggal dimerata tempat saperti Manshourah, Iskandariah, Kaherah dan lain-lain, yang jarak antaranya beraitus kilometer. Dan ditempat-tempat ini pun mereka tinggal berselerak. Ada yang tinggal di asrama, ada yang tinggal bersendirian, ada yang sudah berkahwin dan tinggal berasingan daripada orang lain. Cuba bayangkan sukarnya tugas nak mengenal pasti kedudukan mereka, mendaftarkan mereka, mengambil mereka dari tempat masing-masing, dan membawa mereka semua ke lapangan-terbang Kaherah;

3. Dan semua ini mesti dilakukan dalam tempoh beberapa hari sahaja;

4. Dan cuba bayangkan betapa sukarnya tugas ini kerana keadaan politik dan keselamatan yang tidak menentu; huru hara dan kekacauan; tembak menembak dan pembunuhan; tiadanya pihak berkuasa yang jelas, dan macam-macam lagi;

5. Cuba bayangkan urusan visa keluar-masuk sahaja sudahlah. Untuk mendapatkan visa dalam tempoh 2-3 hari bagi hampir 11,000 orang untuk masuk ke Saudi Arabia dan menetap disana selama beberapa hari bukan satu kerja yang mudah. Kalau nak yakin, cuba tanya travel agen yang mengendalikan umrah. Nak dapat 2-3 keping visa dari Kedutaan Saudi disini pun macam nak patah pinggang dibuatnya, inikan untuk 11,000 orang!, dan dalam tempoh 2-3 hari! Memang para pegawai kita cekap dan hebat!

6. Cuba bayang nak uruskan hampir 11,000 rakyat Malaysia di Madinatul Hujjaj, Jeddah dalam tempoh tak beberapa hari; alangkan Tabung Haji mengambil masa berbulan-bulan untuk merancang penempatan jemaah haji, inikan pula para pegawai Malaysia nak menyelesaikannya dalam tempoh 2-3 hari sahaja! tetapi mereka berjaya melaksanakannya dengan baik!

6. Dan untuk mendapatkan kebenaran pendaratan bagi semua kapal terbang Malaysia untuk mengambil seluruh 11,000 lebih rakyat. Bayangkan berapa penerbangan yang diperlukan. Kalau satu kapal terbang boleh memuatkan 300 orang, Kerajaan Malaysia perlu menghantar 36 penerbangan yang tiap satu mengambil masa 7-8 jam untuk sampai ke Kuala Lumpur;

7. Dan yang paling hebat, bukan sahaja Kerajaan Malaysia mendapat kebenaran penerbangan keluar masuk Jeddah dalam tempoh beberapa jam, keluarga diraja Saudi telah sudi memberi sumbangan menggunakan dua buah kapal terbang mereka untuk digunakan bagi menerbangkan rakyat Malaysia dari Jeddah ke Kuala Lumpur!!

8. Satu rahsia besar yang ramai tidak ketahui mengenai "keajaiban" Op Piramid" ini ialah hubungan peribadi yang tersangat akrab dan baik diantara YAB Dato' Sri Najib Tun Razak dan YABhg Datin Sri Rosmah Mansor dengan keluarga DiRaja Saudi dan Emirat Arab Bersatu (UAE), yang telah memungkinkan semua perancangan dibuat tanpa kerenah birokrasi yang tidak menentu. Contohnya ramai yang tidak tahu mengenai perhubungan peribadi yang sangat akrab dan baik diantara YABhg Datin Sri Rosmah Mansor dengan isteri Presiden Mesir Suzanne Mubarak, keluarga DiRaja Saudi termasuk keluarga DiRaja UAE yang telah banyak membantu melicinkan usaha "Ops-Piramid" ini. Teringat teman bagaimana YABhg Datin Sri Rosmah menggunakan hubungan akrab dengan keluarga Presiden Mesir untuk membebaskan seorang rakyat Malaysia yang telah ditahan oleh pihak berkuasa Mesir tidak berapa lama dahulu.

9. Didalam keadaan krisis saperti ini, barulah kita menyedari dan menghargai usaha dan hubungan akrab diantara YAB Perdana Menteri kita serta YABhg Datin Sri Rosmah Mansor. Komitmen dan keseriusan YAB PM dan isteri menangani krisis ini dan kegigihan untuk membawa pulang semua rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik, kaum atau status sangatlah dihargai. Teman cukop yakin mereka yang terlibat cukop memahami apa yang telah dilakukan.

Bacalah lagi kat sini :

http://zul4kulim.blogspot.my/2011/02/bravo-ops-piramid.html
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/krisis-mesir-putera-saudi-sedia-dua-pesawat-bantu-rakyat-malaysia
http://www.al-ahkam.net/home/content/komen-dari-indonesia-tentang-projek-ops-piramid-malaysia

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute