PELAJAR MALAYSIA MAUT DI JORDAN


JORDAN, 23 JANUARI 2015 - 3 orang pelajar Malaysia maut manakala 2 yang lain cedera dalam satu kemalangan jalanraya yang berlaku di Mafraq, Jordan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Education Malaysia di Jordan, kejadian tersebut berlaku apabila kenderaan yang dinaiki oleh pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti Mu'tah Jordan itu bertembung dengan pemandu tempatan ketika dalam perjalanan ke Mafraq untuk program Jaulah. Kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Mafraq (Mafraq Government Hospital) untuk mendapatkan rawatan.

Pelajar yang meninggal dunia tersebut adalah :

1. Fatin Iqmal Idziyani binti Che Aziz
2. Hana' binti Azhar
3. Al Najiatun Nailah binti Mohd Safie

Manakala yang terselamat pula adalah

1. Izzam Hasif (Cedera di kaki dan patah tangan)
2. Fatin Noor Syahirah (Cedera di muka dan rahang)

Berdasarkan maklumat terbaru Izzam Hasif  & Fatin Noor Syahirah telah dipindahkan ke Hospital Al Amir Hamzah untuk mendapatkan rawatan lanjut, manakala tiga jenazah pula telah dipindahkan ke Hospital Basyeer di Amman bagi urusan penghantaran jenazah-jenazah tersebut ke Malaysia melalui penerbangan komersial.


Dimaklumkan juga pihak Kerajaan Negeri Kelantan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan telah menyatakan persetujuan membiayai kos penghantaran pulang jenazah ke Malaysia melalui kerjasama pihak Wisma Putra.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ

Ya Allah, berikanlah ampunan kepadanya, sayangilah dia, maafkan dan ampunilah dia.

Catatan: Doa di atas untuk mayat lelaki. Untuk jenazah perempuan ganti kata "hu" menjadi "ha". Contoh "اكْتُبْهُ" menjadi "اكْتُبْهَا" 

Post a Comment

0 Comments