ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Sunday, 31 January 2016

POLITIK BERHEMAH GAYA KHALED NORDIN


Oleh : Jebat

Aku kena bagi kredit pada MB Johor, Khaled Nordin. Ketika UMNO Johor bergelora gara-gara Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan jawatannya dari kerusi Timbalan Perdana Menteri, beliau tidak mencampuri permasalahan berkenaan. Sebaliknya hanya mahukan segala isu yang berbangkit diselesaikan dengan kadar yang segera.

Walaupun beliau tidak menghalang suara akar umbi. Disisi beliau pula, aku lihat dia amat berhemah dalam menyampaikan pandangan dan kritikan kepada kepimpinan negara dan partinya. Jarang sekali aku dengar dia memberikan komen berbentuk sindiran.

Gemar aku memetik pujangga Sasterawan Negara Usman Awang yang mendefinisikan Melayu Johor;

Dalam kekeruhan ini carilah kejernihan,
Dalam sengketa ini sambutlah perdamaian,
Sifat terpuji setiap insan,
Bermuafakat supaya berkat,
Bersaudara dunia akhirat,
Berikhtiar dengan tabah,
Kepada ALLAH berserah.

Semoga beliau diberikan perlindungan, kerahmatan dan bantuan oleh ALLAH Azza Wajjalla agar terus dapat memacu Johor menjadi negeri yang aman, makmur dan dirahmati-NYA.

#‎MuafakatBangsaJohor

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2016 Pena Minang Institute