ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Wednesday, 10 February 2016

HUKUM KENCING SAMBIL BERDIRI


Kencing Berdiri

Soalan :

Bagaimanakah menggabungkan dua hadis yang kelihatannya bertentangan berikut ini. Yang pertama, Aisyah meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam melarang membuang air kecil sambil berdiri. Yang kedua, dalam riwayat lain dijelaskan bahwa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam buang air kecil sambil berdiri.

Jawapan:

Semua riwayat yang menerangkan bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam membuang air kecil sambil berdiri ada yang sahih, baik yang diriwayatkan oleh Aisyah mahupun dari sahabat yang lain.

Disebutkan dalam Sunan Ibnu Majah dari hadis Umar, Baginda sallallahu ‘alaihi wa sallam berkata,


لاَ تَبُلْ قَائِمًا

“Jangan engkau kencing berdiri.”

Darjat hadis ini sangat lemah.

Adapun hadis dari Aisyah R.A, yang disebut-sebut dalam pertanyaan tadi, sama sekali tidak berisi larangan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam untuk kencing sambil berdiri. Hadis tersebut hanya menyatakan bahawa Aisyah belum pernah melihat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam kencing sambil berdiri.

Aisyah berkata,


مَنْ حَدَّثَكُمْ أَنَّ النَّبِيَّ بَالَ قَائِمًا فَلاَ تُصَدِّقُوهُ

“Barangsiapa yang mengatakan pada kalian bahwa Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam pernah buang air kecil sambil berdiri maka janganlah kalian membenarkannya (mempercayainya).”

Apa yang dikatakan oleh Aisyah tentu saja berdasarkan atas apa yang beliau lihat dan apa yang beliau alami secara langsung bersama Nabi (tentu saja Aisyah tidak bersama Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam sepanjang waktu.)

Disebutkan dalam Sahihain (Bukhari & Muslim) dari hadis Hudzaifah bahawa ketika Baginda sallallahu ‘alaihi wa sallam melewati sebuah lapangan tempat pembuangan sampah, Baginda singgah kemudian buang air kecil sambil berdiri.

Dalam kes seperti ini ulama fiqh berkata, “Sikap yang diambil ketika berhadapan dengan dua nas yang bertentangan adalah mendahulukan (memilih) nas yang menyatakan adanya perbuatan, kerana ia mengetahui sesuatu yang tidak diketahui oleh pihak yang menolak.”

Jadi, bagaimana hukum kencing sambil berdiri? Tidak ada aturan dalam syariat tentang mana yang lebih utama, kencing sambil berdiri atau duduk. Yang harus diperhatikan oleh orang yang buang hajat hanyalah bagaimana caranya agar dia tidak terkena percikkan kencingnya. Jadi, tidak ada ketentuan syar’ie, apakah berdiri atau duduk. Yang penting adalah seperti apa yang Baginda sallallahu ‘alaihi wa sallam sabdakan,


اِسْتَنْزِهُوْا مِنَ الْبَوْلِ

“Bersihkanlah diri kalian dari air kencing.”

Maksudnya, lakukanlah tata cara yang boleh menghindarkan kalian dari terkena percikan kencing. Sehingga hari ini, kita pun belum mengetahui adakah sahabat yang meriwayatkan bahwa Baginda sallallahu ‘alaihi wa sallam pernah kencing sambil berdiri (selain hadis Hudzaifah tadi). Akan tetapi, ini bukan bererti bahawa beliau tidak pernah buang air kecil (sambil berdiri) kecuali pada kejadian tersebut.

Alasannya, bukanlah suatu kelaziman bagi seorang sahabat untuk mengikuti baginda ketika baginda sallallahu ‘alaihi wa sallam membuang air kecil. Kami berpegang dengan hadis Hudzaifah bahawa beliau pernah buang air kecil sambil berdiri, tetapi kami tidak menafikan bahawa beliau pun mungkin pernah buang air kecil dengan cara lain.



Sumber: Fatwa-fatwa Syeikh Nasiruddin Al-Albani, Muhammad Nashiruddin Al-Albani, Media Hidayah, 1425 H — 2004 M.

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute