ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Tuesday, 16 February 2016

MALAYSIA SERTAI LATIHAN KETENTERAAN TERBESAR NEGARA ISLAM DI ARAB SAUDI #North_Thunder

Oleh : Jebat

Malaysia akan menyertai latihan ketenteraan yang akan berlansung di Bandar Tentera King Khalid, yang terletak di Wilayah Utara Arab Saudi bermula dari 14 Febuari sehingga 10 Mac 2016.

Latihan Ketenteraan yang diberi nama 'North Thunder' atau Guruh Utara ini merupakan latihan ketenteraan terbesar yang disertai oleh Angkatan Tentera Malaysia yang melibatkan anggota tentera dari negara-negara Islam.

Antara negara yang terlibat dalam latihan ketenteraan ini adalah Arab Saudi, Jordan, Bahrain, Oman, Qatar, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sudan, Kuwait, Maldives, Morocco (Maghribi), Pakistan, Chad, Tunisia, Comoros Island, Djibouti, Malaysia, Mesir, Mauritania dan Mauritus.

Latihan ketenteraan di padang pasir ini pernah dijalankan oleh tentera Malaysia pada bulan May 2014, dimana Malaysia telah menghantar anggota bagi menjalani latihan ketenteraan dengan pihak tentera Emiriah Arab Bersatu.

Latihan ketenteraan Guruh Utara ini adalah kelansungan dari penubuhan Pakatan Ketenteraan Negara Islam yang ditubuh pada 15 Disember 2015, hasil dari usaha yang dilakukan oleh Timbalan Putera Mahkota Arab Saudi, merangkap Menteri Pertahanan negara tersebut, Putera Mohammad bin Salman.

Pakatan yang ditubuhkan ini bertujuan untuk mengumpulkan kekuatan ketenteraan negara Islam samada dari aspek bilangan anggota, kelengkapan dan risikan bagi memerangi gerakan pengganas.

Pada 12 Febuari 2016, Arab Saudi mengumumkan bahawa satu mesyuarat peringkat tertinggi menteri-menteri pertahanan negara-negara Islam yang mengumpulkan 34 buah negara bagi tujuan tersebut.

Sumber :

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140520/dn_04/Perluas-kerjasama-pertahanan
http://www.sinarharian.com.my/nasional/hubungan-malaysia-uae-strategik-amat-signifikan-1.281808
http://www.penaminang.com/2016/02/arab-saudi-umum-mesyuarat-pertama.html#axzz3zgV6rf7n
http://www.aljazeera.com/news/2015/12/saudi-arabia-forms-muslim-anti-terrorism-coalition-151215035914865.html
http://gulfnews.com/news/gulf/saudi-arabia/northern-thunder-military-exercises-begin-in-saudi-arabia-1.1673122

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2016 Pena Minang Institute