ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Sunday, 7 February 2016

PERBEZAAN DIANTARA KHALIFAH DAN KERAJAAN

Oleh : Ustaz Ammi Nur Baits

Beza Khalifah dan Kerajaan



Bismillah was salatu was salamu ‘ala Rasulillah, wa ba’du,

Mari kita melihat hadis yang berikut,

Dari Safinah – pembantu Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam – radhiallahu ‘anhu, bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,


الْخِلاَفَةُ فِى أُمَّتِى ثَلاَثُونَ سَنَةً ثُمَّ مُلْكاً بَعْدَ ذَلِكَ

Khilafah (berjalan) di tengah umatku selama 30 tahun. Kemudian setelah itu diganti kerajaan. (HR. Ahmad 22568, Tirmidzi 2390 dan sanadnya dihasankan Syuaib al-Arnauth).

Dalam riwayat lain, juga dari Safinah, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,


الْخِلاَفَةُ بَعْدِي ثَلاَثُونَ سَنَةً ثُمَّ تَكُونُ مُلْكاً

Sistem khilafah setelahku, (akan berjalan) selama 30 tahun. Kemudian menjadi kerajaan. (HR. Ibnu Hibban 6943 dan dihasankan Syuaib al-Arnauth).

Dan rentang masa 30 tahun  itu terhitung sejak dari perlantikan Abu Bakr as-Siddiq, hingga peristiwa penyerahan kekhalifahan di masa Hasan bin Ali radhiallahu ‘anhum. Kata para ulama, dengan perhitungan secara terperinci, dari masa Abu Bakr hingga penyerahan kepemimpinan Hasan kepada Muawiyah, ianya adalah tepat selama 30 tahun, tidak lebih mahupun kurang, meskipun sehari.

Kita semak keterangan Ibnul Arabi,


فنفذ الوعد الصادق في قوله- صلى الله عليه وسلم- … : ((الخلافة في أمتي ثلاثون سنة ثم تعود ملكاً)) فكانت لأبي بكر وعمر وعثمان وعلي وللحسن… لا تزيد ولا تنقص يوماً فسبحان المحيط لا رب غيره

Terbukti untuk janji Nabi yang as-Sodiq (benar ucapannya), … ketika Baginda sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Khilafah (akan berjalan) di tengah umatku selama 30 tahun. Kemudian setelah itu diganti kerajaan.” Jangkamasa khilafah dari Abu Bakr, Umar, Utsman, Ali, dan Hasan, tidak ditambah mahupun kurang walaupun sehari. Maha Suci zat yang al-Muhith (Maha Meliputi), tiada Rab selain-Nya. (Ahkam al-Quran, Ibnul Arabi, 4/152)

Disini boleh kita perincikan ;

a) Khilafah Abu Bakr : 2 tahun, 3 bulan

b) Khilafah Umar : 10 tahun, 6 bulan,

c) Khilafah Utsman : 12 tahun

d) Khilafah Ali : 4 tahun, 9 bulan

e) Khilafah Hasan : 6 bulan.

(Syarah Aqidah Thahawiyah, Ibnu Abil Izz, 3/172).

Setelah masa khilafah selesai, manusia pertama yang menjadi raja adalah Muawiyah radhiallahu ‘anhu. Dan beliau adalah raja terbaik di alam ini. Imam Ibnu Abil Izz mengatakan,


وأول ملوك المسلمين معاوية وهو خير ملوك المسلمين؛ لكنه إنما صار إماما حقا لما فوض إليه الحسن بن علي رضي الله عنهم الخلافة

Raja pertama di tengah kaum muslimin adalah Muawiyah radhiallahu ‘anhu, dan beliau adalah raja terbaik di tengah kaum muslimin. Dan beliau berhak menjadi pemimpin setelah Hasan bin Ali menyerahkan tampuk kekhalifahan kepadanya – radhiallahu ‘anhum. (Syarah Aqidah Thahawiyah, Ibnu Abil Izz, 3/172).

Dan kaum muslimin, ahlus sunah bersepakat bahawa Muawiyah adalah sahabat mulia yang memiliki banyak manaqib (keutamaan).

Ibnu Abbas pernah mengatakan,


مَا رَأَيْتُ رَجُلاً كَانَ أَخْلَقَ لِلمُلْكِ مِنْ مُعَاوِيَةَ

“Saya belum pernah melihat ada orang yang lebih bagus akhlaknya ketika menjadi raja melebihi Muawiyah.” (HR. Abdurrazaq dalam Mushannaf no. 20985; sanadnya sahih)

Mencela Muawiyah radhiallahu ‘anhu, termasuk tindakan maksiat. Dan beliau adalah gerbang kehormatan sahabat.

Abu Taubah Al-Halabi mengatakan,


إن معاوية بن أبي سفيان سِترٌ لأصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم، فمن كشف السِّترَ اجترأ على ما وراءه

“Sesungguhnya Muawiyah bin Abi Sufyan adalah tabir bagi para sahabat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam. Siapa yang menyingkap tabir itu, dia akan menyakiti kehormatan orang yang berada di balik tabir.” (Al-Bidayah wa An-Nihayah, 8:139)

Apa Beza Raja (Penguasa) dengan Khalifah?



Hadis di atas menjelaskan bahawa sistem pemerintahan hanya ada 2: khilafah dan kerajaan. Mengenai perbezaan antara khilafah dan kerajaan, boleh diringkaskan seperti yang berikut :

[1] Khalifah, adalah pemimpin sama sekali tidak mengambil manfaat dari kekuasaannya untuk kepentingan pribadinya. Sekalipun dalam masalah yang mubah.

[2] Raja, adalah pemimpin yang mengambil manfaat dari kekuasaannya untuk kepentingan peribadinya.

Berikut keterangan dari Dr. Abdul Aziz ar-Rais, yang beliau simpulkan dari risalah Syeikhul Islam,


إن الفرق بين الخلافة و الملك هو أنهما إذا اجتمعا افترق وإذا افترقا فإن الخلافة تعم الملك؛

Perbezaan antara khilafah dan kerajaan, bahawa dua kata ini jika disebutkan bersamaan dalam satu kalimat maka maknanya berlainan dan jika disebutkan sendiri-sendiri (secara terpisah) maka khilafah mencakupi raja.

Selanjutnya beliau sebutkan perbezaan khilafah dan kerajan,


إن الخليفة الذي جاء مدحه هو الذي لا يستفيد من ملكه شيئا حتى في المباحات؛ وإنما يستفيد في ولايته في نصرة دين الله في دعوة الناس الى الواجبات والمستحبات وترك المحرمات والمكروهات وهو في نفسه لا يستفيد شيئا من هذه الولاية

Adapun khalifah, seperti yang dipuji dalam hadis, adalah orang tidak mengambil manfaat dari kekuasaannya sedikitpun untuk peribadinya. Sampaipun dalam masalah yang mubah. Namun dia gunakan kekuasaannya untuk mendukung agama Allah, mengajak manusia mengamalkan yang wajib dan sunah, serta meninggalkan yang haram dan makruh. Sementara untuk peribadinya, dia tidak memanfaatkannya sama sekali.

Selanjutnya beliau jelaskan bezanya dengan kerajaan,


أما الملك هو الذي يستفيد من ولايته في شيئ من دنياه؛ لذا أول ملوك في الاسلام خال المؤمنين؛ معاوية بن أبي سفيان – رضي الله عنهما –  ولم يكن معاوية -مع جلالة قدره- فإنه ليس خليفة؛ فمعاوية يستفيد من ملكه فيما يتعلق بالمباحات

Sementara untuk raja, dia mengambil sebagian manfaat dari kekuasaannya untuk kepentingan dunianya. Kerana itu, raja pertama dalam Islam adalah Muawiyah bin Abi Sufyan radhiallahu ‘anhuma. Dan Muawiyah, – sekalipun beliau sahabat yang sangat mulia – beliau bukan khalifah. Kerana Muawiyah mengambil sebagian manfaat yang MUBAH dari kekuasaannya.

Sumber: http://islamancient.com/play.php?catsmktba=214643

Bukan Syarat untuk Taat Pemerintah, Dia Harus Khalifah

Siapapun yang diakui sebagai pemimpin oleh masyarakat, maka dia wajib dibaiat oleh semua masyarakat yang tinggal di wilayah kekuasannya.

Islam sangat menekankan  wujudnya satu kesatuan dalam umatnya. Sementara itu kesatuan tidak mungkin terwujud, kecuali jika di sana ada satu imam yang memimpin semuanya. Kerana itulah, ketika di tengah kaum muslimin ada pemimpin dan pemerintah yang sah, maka kaum muslimin diwajibkan membaiatnya.


مَنْ مَاتَ وَلَيْسَ فِي عُنُقِهِ بَيْعَةٌ مَاتَ مِيْتَةً جَاهِلِيَّةً

“Barangsiapa yang mati, sedangkan di lehernya tidak ada ikatan bai’at, maka dia mati dalam keadaan jahiliyah”. (HR. Muslim 4899).

Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam menyebutnya mati dalam kondisi jahiliyah kerana manusia yang hidup di zaman jahiliyah, mereka tidak punya pemimpin satu negara. Adanya pemimpin kabilah-kabilah kecil. Sehingga peluang terjadinya peperangan antara suku sangat besar.

An-Nawawi mengatakan,


(ميتة جاهلية) أي على صفة موتهم من حيث هم فوضى لا إمام لهم

“Mati dalam keadaan jahiliyah ertinya mati seperti orang jahiliyah, dimana mereka suka berperang, kacau, tidak punya pemimpin tunggal.” (Syarah Sahih Muslim, 12/238).

Dalil bahawa pemimpin yang telah dibaiat wajib ditaati, adalah bersandarkan kepada hadis dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,


كَانَتْ بَنُو إِسْرَائِيلَ تَسُوسُهُمُ الأَنْبِيَاءُ ، كُلَّمَا هَلَكَ نَبِىٌّ خَلَفَهُ نَبِىٌّ ، وَإِنَّهُ لاَ نَبِىَّ بَعْدِى ، وَسَيَكُونُ خُلَفَاءُ فَيَكْثُرُونَ . قَالُوا فَمَا تَأْمُرُنَا قَالَ فُوا بِبَيْعَةِ الأَوَّلِ فَالأَوَّلِ ، أَعْطُوهُمْ حَقَّهُمْ ، فَإِنَّ اللَّهَ سَائِلُهُمْ عَمَّا اسْتَرْعَاهُمْ

Dulu Bani Israil selalu dipimpin oleh nabi mereka. Jika ada satu nabi yang meninggal, akan digantikan nabi berikutnya. Sementara tidak ada nabi setelahku. Dan akan ada khalifah-khalifah dan mereka banyak.

Para sahabat bertanya, “Apa yang anda perintahkan untuk kami?”

“Penuhi orang yang dibaiat pertama. Lalu tunaikan hak mereka. Kerana Allah yang akan meminta pertanggung jawaban kepada mereka, terhadap kekuasaan yang mereka pegang.” (HR. Bukhari 3455)

Pemerintah Tidak Boleh Berbuat Maksiat dan Dosa?



Tidak ada manusia yang maksum setelah Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam. Siapapun dia, pasti pernah membuat maksiat dan dosa. Samada secara sedar ataupun tidak sengaja. Jika syarat untuk menjadi presiden atau perdana menteri adalah orangnya tidak ada yang melakukan maksiat atau dosa, maka tidak sesiapa pun yang ada yang berhak menjadi Perdana Menteri di Malaysia, Presiden di Indonesia atau Raja di Arab Saudi dan Brunei.

Jika orang berharap bahwa pemimpin negara adalah manusia yang bersih dari semua kesalahan, bererti dia berangan-angan, negara harus dipimpin seorang nabi. Dan itu adalah mustahil buat masa ini (Sehingga turunnya Isa bin Maryam A.S).

Keyakinan bahawa pemimpin harus bersih dari dosa dan kesalahan adalah doktrin Syiah Rafidhah. Bagi mereka, imam harus makshum. Kerana itu, mereka membatasi imam mereka hanya kepada 12 orang yang semuanya diyakini maksum.

Syeikhul Islam mengatakan,


فقد أجمع جميع سلف المسلمين وأئمة الدين من جميع الطوائف أنه ليس بعد رسول الله صلى الله عليه وسلم أحد معصوم ولا محفوظ لا من الذنوب ولا من الخطايا

Para generasi pendahulu kaum muslimin (sahabat) dan para ulama dari semua kalangan telah sepakat bahwa tidak ada seorangpun setelah Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam yang maksum, terjaga, baik dari dosa besar maupun dosa kecil. (Jami’ ar-Rasail, 1/266).

Allahu a’lam.

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2016 Pena Minang Institute