ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Thursday, 10 March 2016

EKSAIS #NORTH_THUNDER BUKTI KESATUAN NEGARA ISLAM

RIYADH - Penyertaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam eksesais bersama dengan 19 lagi negara Islam di bandar tentera, Hafar Al Batin dekat sini membuktikan solidariti negara Islam terhadap isu keselamatan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, selain memberi pengalaman berguna kepada anggota tentera negara, eksesais Thunder of The North itu juga membuktikan sokongan padu Malaysia terhadap Arab Saudi sebagai penjaga dua kota suci.

“Negara ini sangat penting bagi Malaysia dan oleh itu kita perlu memberi segala sokongan dan salah satuya dengan menyertai eksesais bersama ini,” katanya dalam kepada wartawan Malaysia selepas mengakhiri lawatan kerja tiga ke negara ini di sini malam tadi.

Menurutnya, pengalaman yang dilalui oleh anggota ATM sepanjang eksesais itu amat berguna terutama dalam operasi ketenteraan di padang pasir.

Katanya, ATM selama ini mempunyai keupayaan dalam peperangan di hutan dan ekoran ancaman semasa yang pelbagai bentuk, maka kemampuan pasukan tentera negara perlu dipertingkatkan termasuk peperangan di padang pasir dan juga di kawasan bandar.

Eksesais yang diadakan di utara negara ini merangkumi pasukan darat, laut dan udara dengan melibatkan penyertaan 20 buah negara Islam yang diketuai oleh Arab Saudi.

Latihan yang bermula 16 Februari lalu dan berakhir esok merupakan eksesais ketenteraan pelbagai negara yang telah wujud sejak le­bih 15 tahun lalu.

ATM dijemput oleh pihak Arab Saudi untuk menyertai latihan tersebut dalam suasana persekitaran yang amat berlainan dengan di Malaysia dan merupakan latihan ketenteraan pertama disertainya di Negara Teluk.

Sumber : http://www.utusan.com.my/

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2016 Pena Minang Institute