ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Tuesday, 21 February 2017

PEMBUNUHAN ABANG KANDUNG PEMIMPIN KOREA UTARA : STRATEGI MALAYSIA

Oleh : Anasz*

1. Kejadian pembunuhan abang pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-Nam adalah sebahagian daripada krisis yang menarik minat masyarakat antarabangsa dan dalam masa yang sama turut melibatkan Malaysia.

2. Sebelum ini Malaysia telah pun menerima perhatian dunia apabila dua kapal terbangnya MH370 hilang dari radar (dan dipercayai terhempas di Lautan Hindi) dan MH17 (yang ditembak jatuh di kawasan Donetsk, Ukraine).

3. Namun apa yang paling penting dalam berhadapan krisis seperti ini ialah bagaimana Malaysia mengawalnya agar tidak menjadi lebih parah. Disinilah perlunya peranan pakar-pakar dalam bidang perundangan, strategi, dan hubungan luar merangka pendekatan terbaik dalam meminumkan kesan yang diterima oleh negara.

4. Malaysia sepanjang penubuhan negaranya merupakan sebuah negara yang mengamalkan prinsip bersahabat dengan semua negara di dunia dan tidak mencampuri urusan dalam negara lain. Ini juga selaras dengan piagam ASEAN yang disokong oleh Malaysia ketika awal penubuhannya.

5. Ketika insiden MH17 yang menyaksikan dunia seakan-akan memaksa Malaysia menyalahkan Russia disebalik kejadian berkenaan, pemimpin tertinggi Malaysia mengambil langkah di luar jangkaan dengan tidak menerima pandangan berkenaan sebaliknya menghantar pasukan dari Majlis Keselamatan Negara untuk berunding dengan puak pemberontak di Ukraine bagi mendapatkan semula kotak hitam MH17 dan mayat-mayat penumpang berkenaan. Ternyata pemimpin Malaysia tidak berminat bermain politik di hadapan media antarabangsa, sebaliknya lebih mementingkan nasib penumpang MH17 yang menjadi mangsa keadaan.

6. Dalam kes pembunuhan Kim Jong-Nam ini pula, ianya perlu ditangani dengan lebih berhati-hati. Dan pada pandangan penulis ianya perlu dilihat pada skop pembunuhan politik bersifat peribadi yang tidak ada kaitannya dengan Malaysia.

7. Walaupun media antarabangsa menyatakan bahawa pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Unn yang mengarahkan pembunuhan berkenaan, namun perlu diketahui bahawa ianya adalah melibatkan ahli keluarga Kim Jong-Un, yang mana penulis ada 2 pandangan.

8. Pertama : pembunuhan yang dilakukan ini adalah berkemungkinan dengan tindakan abang pemimpin negara berkenaan yang menyeleweng harta kerajaan demi kepentingan peribadi. Bukan hendak menyatakan bahawa Kim Jong-Unn amanah dalam menguruskan harta negara, tetapi barangkali wujud 'pecah amanah' yang dilakukan oleh Kim Jong Nam terhadap transaksi kewangan Korea Utara di negara-negara luar (Seperti di Singapura, Hong Kong, Macau atau China) yang tidak boleh diterima oleh Kim Jong-Unn.

9. Kedua : dengan pembunuhan Kim Jong-Nam ini, secara ironisnya akan menguatkan lagi kedudukan Kim Jong-Un sebagai 'de facto leader' Korea Utara. Kita tidak tahu latar belakang keluarga Kim Jong-Unn ini (sama ada dia mempunyai anak lelaki yang bakal mewarisi takhta kerajaan Korea Utara atau tidak, kerana perkara Korea Utara bijak menyembunyikan maklumat peribadi pemimpin mereka), yang mana dengan pembunuhan abang kandungnya ini (dan barangkali 3 generasi keturunan abangnya ini) akan memastikan bahawa hanya anaknya sahaja (dari jalur Kim Jong-Unn) yang bakal mewarisi posisi tertinggi Presiden Korea Utara.

10. Di pihak Malaysia, penulis merasakan, penglibatan negara kita tidak lebih daripada proses judisiari bagi mengenal pasti pihak yang terlibat dalam pembunuhan ini. Walaupun Malaysia barangkali mempunyai maklumat tambahan yang boleh mengaitkan pemimpin tertinggi Korea Utara itu, namun kita tidak akan mengumumkannya (atau barangkali mendiamkan sahaja). Kerana kes ini dilihat berprofil tinggi dan boleh menjejaskan hubungan dua hala antara Malaysia dan Korea Utara.

11. Oleh itu, apa yang penting buat masa ini adalah mencari punca disebalik pembunuhan berkenaan dan menghukum individu yang melakukan perbuatan berkenaan di dalam wilayah Malaysia menurut undang-undang negara kita.

*Penulis merupakan graduan jurusan Strategi dan Keselamatan, UKM.

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute