ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Wednesday, 26 April 2017

ULAMA ARAB SAUDI : TIDAK GOPOH DALAM BERFATWA, TIDAK EMOSI DALAM BERBICARA

Kedudukan Khadimul Haramain As-Syarifain (Bertanda Kuning) diapit oleh kiri dan kanannya oleh Ulama, dimana di sebelah kirinya adalah Syeikh Abdul Aziz Al-Syeikh manakala disebelah kanannya pula Syeikh Fawzan al-Fawzan, melambangkan betapa besarnya pengaruh Ulama dalam menentukan hala tuju Arab Saudi.

Oleh : Jebat


Ulama Saudi tidak gopoh dalam berfatwa atau mengeluarkan kenyataan.

Mereka juga tidak mengeluarkan fatwa dan kenyataan dalam keadaan marah, beremosi ataupun bersandarkan kepada kenyataan media massa semata-mata.

Sebaliknya segala fatwa dan kenyataan yang dikeluarkan adalah hasil dari kajian, penilitian, dan perbincangan mereka dengan para ulama lain berkenaan satu-satu isu.

Sebab itulah, tatkala Prof Dr. Yusof Al-Qaradawi mengeluarkan kenyataan menyokong Hezbollah (yang mana pada ketika itu Hezbollah amat Popular dan dianggap sebagai pejuang Islam yang berusaha membebaskan Palestin), ulama Saudi pula menganggap Hezbollah sebagai fitnah terbesar kepada rakyat Palestin.



Sekarang, Qaradawi sendiri mengakui dia tersilap dalam mengeluarkan kenyataan.

Sayangnya penyakit gopoh dalam mengeluarkan kenyataan ini dah sampai ke anak murid dia.

Paling best, bila mereka dah tak mampu membendung tahi yang mereka lemparkan kepada pihak lain, kerajaan pula dikambing hitamkan untuk masuk campur dan membersihkan najis mereka.

Sedangkan sebelum ini, apabila kerajaan melalui Mufti Wilayah Persekutuan meminta agar bersatu dan jangan berbeza pendapat berkenaan RUU355, mereka membuka jalan kepada pintu perbezaan sekaligus diangkat menjadi hujjah oleh pepuak kafir yang anti dengan RUU355.

Kesimpulan : Berfikir sebelum menulis. Bertenang sebelum mengkritik. Bermoral sebelum berbicara.

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute