ANCAMAN DARI QATAR

Oleh : Hussein Shobokshi*
Terjemahan : Jebat

Saya tidak terkejut dengan kenyataan kontroversi yang dibuat oleh Emir Qatar, Tamim bin Hamad Al-Thani terhadap Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain serta sokongan beliau terhadap Iran dan Ikhwanul Muslimin.

Sejak beliau melakukan rampasan kuasa dari ayahnya, Qatar telah melaksanakan dasar bermusuhan seperti Arab Saudi, Mesir, UAE, Bahrain dan Jordan

Qatar melancarkan polisi politik bermusuhan melaui platform media milik mereka, Al-Jazeera dimana media berkenaan menyiarkan unsur-unsur permusuhan dan ekstrimisme. Syarikat penyiaran tersebut turut mempromosikan pandangan-pandangan pemimpin kumpulan pengganas dan operasi keganasan di negara-negara yang berjiran dengan Qatar. Melalui platform media mereka, Qatar seakan-akan mempromosikan sudut pandangan yang membahayakan seperti mengeluarkan pandangan ulama yang membenarkan pengeboman berani mati, yang pada akhirnya ribuan manusia yang tidak berdosa terbunuh. Malah Al-Jazeera juga telah menyemai bibit-bibit perpecahan menerusi pandangan-pandangan yang mereka yang sekali menyebabkan rakyat Palestin kini hidup tidak bersatu padu.



Qatar juga membuat perhitungan yang berbeza sama ada di Bahrain atau di Arab Saudi. Sikap pemimpin Qatar turut berbeza. Mereka menyokong pihak pemberontak dan pembangkang di kedua-dua buah negara ini dan juga di negara-negara lain seperti di Maghribi, Jordan dan UAE. Sebagai tambahan, Qatar juga mengalakkan Houthi untuk mengukuhkan hubungan dengan Iran selain terus membiarkan pasaran di negara mereka dibuka seluas-luasnya kepada Iran.

Sempadan Baharu

Siasatan yang dilakukan oleh agensi perisikan Arab Saudi telah membuktikan bahawa Qatar terlibat dengan pengedaran peta kepada suku-suku  Arab di Yaman, sempadan baru negara Yaman yang turut memasukkan wilayah Asir dan Taif.

Qatar meneruskan polisi bermusuhan dengan Arab Saudi sehingga pada ketika rakyat Mesir menolak pemerintahan Ikhwanul Muslimin, yang disokong oleh Qatar.

Selepas pemerintahan Ikhwanul Muslimin runtuh, Qatar dilihat bersikap dingin dengan pemerintahan baharu negara tersebut. Malah negara berkenaan menuduh Arab Saudi dan UAE sebagai dalang kepada rampasan kuasa berkenaan. Ianya sungguh lucu kerana pemerintah Qatar yang ada pada hari ini juga naik atas rampasan kuasa. Bila ditanya kepada Qatar, mengapa mereka mengadaptasikan polisi anti Mesir, mereka menjawab, atas semangat demokrasi. Saya boleh menerima jawapan tersebut sekiranya ianya dari Parti Buruh British ataupun parti politik di Sweden. Tapi bukan dari Qatar.


Saya teringat ketika saya kali pertama berjumpa dengan bekas menteri luar Qatar, Hamad bin Jasim. Ketika saya bertemu dengan beliau di Forum Ekonomi Dunia di Davos, Swistzerland. Kami bersama-sama dengan pemimpin tertinggi dari Bank Negara Poland dan ahli Parti Komunis Russia. Saya bertanyakan padanya, apakah punca kepada tindakan Qatar yang gemar melakukan polisi yang kontroversi dan berlainan dari kebiasaan.

Beliau menjawab, “Saya secara peribadi mengagumi politik Perancis. Ianya bukan sahaja salah satu budaya politik barat tetapi juga membentuk satu era yang tidak ada sempadan.” Tambahnya lagi “Saiz negara kami tidak sebesar Arab Saudi dan Mesir. Kami hendak kelihatan lain dari yang lain. Kami mahu personaliti kami yang tersendiri. Oleh kerana itu, kami lebih terbuka menerima Israel, Amerika Syarikat, Iran dan Ikhwanul Muslimin sekaligus kami menyokong seluas-luasnya hak kebebasan bersuara”.

Saya tidak yakin dengan kata-kata beliau. Saya teringat ketika saya belajar sejarah dimana banyak negara yang kecil cuba memainkan peranan yang besar tanpa melihat saiz negara mereka.

Lebanon pada era 70an menyokong semua suara-suara pembangkang untuk membawa pembaharuan kepada dunia Arab sehinggalah negara berkenaan terjerebak dengan perang saudara, yang mana mereka terpaksa ‘membayar’ kesannya sehingga hari ini. Kuwait juga pernah terjerumus dalam lembah yang sama. Cenderung kepada pihak berhaluan kiri dan cuba untuk memainkan peranan yang besar di rantau. Saddam Hussien membayar ‘sumbangan’ Kuwait dengan menggerakkan tenteranya menawan negara kecil berkenaan. Apakah Qatar tidak belajar dari sejarah yang berlaku?

Polisi Qatar pada hari ini perlu dilihat secara logik dan melihat kepada diri pemerintah Qatar itu sendiri. Beliau sendiri pun melakukan pengkhianatan terhadap bapanya sendiri. Malah rakyat Qatar sendiri malu dengan tindakan pemimpin mereka itu sendiri.

Saya teringat ketika satu majlis makan malam di Jeddah yang turut dihadiri oleh Ketua Bank Qatar. Katanya “Kami percaya bahawa Mesir dan negara lain di rantau ini memerlukan satu urus tadbir yang lebih baik. Sekaligus terdetik dalam hati saya “siapa kau nak menentukan segala-galanya?”

Artikel ini dipetik dari Al-Arabiya
____
*Hussein Shobokshi ialah seorang Ahli perniagaan dan kolumnis di beberapa ruangan media. Beliau juga merupakan pengacara program hal ehwal semasa mingguan Al Takreer di Al Arabiya, dan pada tahun 1995, beliau telah dipilih menjadi salah seorang penerima anugerah "Pemimpin Global Masa Hadapan" oleh Forum Ekonomi Dunia. Beliau mempunyai kelulusan (B.A) dalam Sains Politik dan Pengurusan dari University of Tulsa. Akaun Twitter beliau adalah @husseinshoboksh.

Post a Comment

0 Comments