ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Tuesday, 6 June 2017

IRAN CUBA BUNUH MENTERI LUAR NEGERI ARAB SAUDI ADEL AL JUBEIR - MATTIS

Adel Al-Jubeir
Oleh : Siavosh Hosseini*
Terjemahan : Jebat

Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat menyatakan bahawa Iran terlibat dalam plot untuk membunuh Adel al-Jubeir, mantan Duta Arab Saudi ke Washington.

Menurut setiausaha pertahanan Amerika Syarikat James Mattis, operasi berkenaan “diluluskan oleh pihak tertinggi”.

Adel Al-Jubeir yang kini berkhidmat sebagai Menteri Luar Arab Saudi pernah menjadi sasaran cubaan membunuh pada tahun 2011



Merujuk kepada Iran, Mattis berkata : “Mereka bukannya berusaha mencari sesuatu demi kepentingan rakyat mereka. Anda telah melihat hasil dari revolusi ini kepada rakyat Iran dan mereka kemudiannya pergi ke seluruh tempat untuk membuat kerosakkan di mana-mana sahaja; termasuk cubaan untuk membunuh Duta Arab Saudi dilokasi kurang dua batu dari Rumah Putih (White House) beberapa tahun yang lalu. Saya telah melihat laporan risikan, dan agen ini bukanlah agen biasa. Ianya adalah operasi yang telah diluluskan oleh pihak tertinggi.”

James Norman Mattis
Sehingga kini, Iran dipercayai terlibat di belakang tabir kes pembunuhan empat pegawai diplomat Arab Saudi di Thailand dan beberapa cubaan membunuh terhadap diplomat Saudi dari tahun 1989-1990. Empat diplomat Saudi yang dibunuh di Thailand ialah Abdullah al-Basri, Ahmad al-Saif, Abdullah al-Maliki dan Fahd bin al-Bahli.

Regim Iran juga dilaporkan terlibat dalam pembunuhuan seorang diplomat Arab Saudi, Hassan al-Qahtani di Karachi, Pakistan pada tahun 2011

Regim Iran juga dipercayai terlibat dengan cubaan membunuh Thamer al-Asbahan, Setiausaha Negara bagi Hal-Ehwal Teluk Arab di Kementerian Luar Negari Arab Saudi ketika Thamer bertugas sebagai Duta Arab Saudi ke Iraq.


*Artikel ini telah disiarkan di laman web The Media Express dengan tajuk asal : Plot to assassinate Saudi Washington envoy approved ‘at highest level’, Mattis says

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute