QATAR PERLU HENTIKAN SOKONGAN TERHADAP HAMAS, IKHWANUL MUSLIMIN - ADEL AL-JUBEIR


Oleh : Reuters
Terjemahan : Jebat

Paris : Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir menggesa Qatar mengambil beberapa tindakan termasuk menghentikan sokokangan mereka terhadap kumpulan Hamas dan Ikhwanul Muslimin dalam usaha membaiki hubungan negara berkenaan dengan negara arab yang lain.

Adel Al-Jubeir berkata, Qatar mengetahui apa yang sepatutnya mereka lakukan untuk mengembalikan hubungan mereka dan Riyadh serta sekutunya.

“Kami mahu melihat Qatar menunaikan janjinya yang telah dibuat beberapa tahun sebelum ini, dalam isu sokongan terhadap kumpulan ekstrimis, media yang menimbulkan permusuhan dan campurtangan dalam urusan dalaman negara lain,” Katanya kepada wartawan di Paris.

“Tidak ada sesiapa yang mahu menyeksa Qatar. Mereka perlu pilih sama ada bergerak pada arah yang sama atau ke arah yang berbeza.”

Arab Saudi, UAE, dan Bahrain pada Isnin lalu telah memutuskan semua bentuk hubungan dengan Qatar atas dakwaan negara berkenaan menaja aktiviti keganasan di rantau berkenaan.

“Kami tak fikir ianya bagus. Qatar perlu hentikan polisi yang boleh menyumbang kepada ketidakstabilan di Timur Tengah.” katanya.

Jubeir enggan menyatakan apa yang perlu dilakukan oleh Qatar dengan segera, namun menyatakan bahawa tindakan yang diambil oleh negara-negara Arab termasuk sekatan laluan perkapalan, udara dan darat boleh memberikan kesan buruk kepada negara.

Kami yakin bahawa tindakan yang diambil ini boleh menyedarkan Qatar untuk mengambil langkah-langkah yang betul untuk membaiki hubungan negara berkeaan. Keputusan ini akan memberikan kesan kepada Qatar dan saya tidak percaya Qatar mahu perkara ini berlarutan.

Kempen memulaukan Qatar telah memberikan kesan perdagangan komoditi negara berkenaan seperti minyak mentah, logam dan makanan. Selain itu timbul kebimbangan bahawa krisis ini akan menyebabkan harga gas global akan meningkat, ekoran negara teluk itu merupakan antara pengeluar gas terbesar di dunia.

Jubeir juga tidak bersetuju dengan tindakan Qatar yang memperbaiki hubungan negara berkenaan dengan Syiah Iran - Musuh kerajaan Sunni Saudi di rantau berkenaan - dengan menyatakan bahawa negara berkenaan perlu menangung risiko mereka sendiri selepas ini.

Ditanya apakah tindakan ketenteraan akan dijalankan ke atas Qatar, beliau berhadap perkara berkenaan tidak berlaku.






Artikel ini telah tersiar di Arab News pada 6 Jun 2017

Post a Comment

0 Comments