ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Saturday, 10 June 2017

TENTERA LIBYA DEDAHKAN DOKUMEN DAN VIDEO PEMBABITAN QATAR DALAM AKTIVITI KEGANASAN DI NEGARA BERKENAAN



Pemerintah tertinggi Tentera Libya hari ini telah memaparkan rakaman video, audio serta dokumen yang membuktikan pembabitan pegawai kanan kerajaan Qatar dalam menyokong kumpulan pengganas sejak 2011 yang bertujuan untuk mensabotaj sistem demokrasi di Libya dan mewujudkan suasana tidak stabil di negara berkenaan.

Jurucakap tentera Libya, Kolonel Ahmed al-Mesmari dalam satu sidang media telah mendedahkan pelbagai bukti yang memperincikan jenayah Qatar di Libya sambil menekankan bahawa pemerintah tertinggi Qatar telah memainkan peranan yang kotor sejak revolusi pada tahun 2011 yang mengakibatkan rejim Muammar Gaddafi digulingkan.

WANG DAN SENJATA

Dokumen yang didedahkan memaparkan pegawai kanan Qatar telah mempertingkatkan kemasukan tentera Qatar di dalam wilayah Libya dalam usaha mengawal beberapa kawasan di negara berkenaan terutama sekali di kawasan Mu’tika dan Misurata.

Sebagai tambahan, Qatar juga mengeksploitasi keadaan ekonomi Libya dengan memberi rasuah kepada individu tertentu. Dana ini juga digunakan untuk menyokong bekas banduan di Libya untuk menjadi pemimpin setelah Gaddafi di gulingkan dari kuasa.

Antara pegawai Qatar yang terlibat dalam rancangan jahat ini ialah Mohammed Hamad al-Hajri, yang berperanan dalam hal-ehwal kedutaan Qatar di Libya, Agensi Perisikan Qatar, General Salim Ali al-Jarboui yang berkhidmat sebagai atase pertahanan bagi kawasan Afrika Utara, kedutaan Qatar.

Jarboui dipercayai telah menyokong Al-Qaeda, DAESH dan Ikhwanul Muslimim dalam bentuk bantuan kewangan dimana beliau telah menyalurkan bantuan kewangan sebanyak 8 bilion dari Qatari Tunisian National Bank ke Housing Bank of Tataouine Governate di selatan Tunisia, yang mana wang berkenaan dihantar ke Libya untuk menyokong gerakan kumpulan Pengganas.

MEMEMENUHKAN LIBYA DENGAN PENGGANAS

Dalam sidang media berkenaan itu juga dipaparkan sokongan Qatar terhadap kumpulan pengganas sehingga kumpulan pengganas tersebut menguasai pemerintahan, termasuk Mahdi al-Harati, yang kini menjadi penguasa di bandak berkenaan selepas mengetuai kumpulan ekstrimis di Syria.

Qatar turut menghantar 8 ribu pejuang dari Libya ke Syria sebelum membawa pulang mereka ke Libya. Kumpulan ini telah diangkut melalui penerbangan Qatar. Selain itu beberapa orang pengganas dari luar negara turut dibawa masuk ke Libya. Antaranya ialah Anis Al-Houthi yang pernah bersama dengan Mokhtar Belmokhtar menentang pemerintah Algeria

PEMBUNUHAN

Qatar telah terlibat dalam menyokong beberapa siri pembunuhan general kanan tentera, pegawai dan polis. Adel Fattah Younis, ketua tentera Libya semasa revolusi adalah antara senarai utama untuk dibunuh. Di samping itu, percubaan telah dibuat untuk membunuh komander tentera, General Khalifa Haftar di bekas ibu pejabat tentera di kawasan Abyar, timur Benghazi.

PELAN QATAR DALAM SETIAP SERANGAN PENGEBOMAN

Dokumen dan video yang dipaparkan turut memperlihatkan pemimpin Hamas dilatih dengan elemen ekstrimis di Libya. Qatar terlibat dalam merancang kesemua siri letupan di Libya. Briged Khan Yunis memberikan bantuan teknikal kepada pengganas di dalam wilayah Libya.

JENAYAH QATAR DI BENGHAZI

Benghazi merupakan tempat terjadinya banyak aktiviti keganasan. Pesawat Qatar yang mendarat di dalam Wilayah Lapangan Terbang Antarabangsa Benina telah membekalkan senjata canggih kepada pihak yang dikenali sebagai The Revolutionary Council of Benghazi.

VIDEO PENUH


VIDEO BERKAITAN







No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute