ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Wednesday, 12 July 2017

10 SEBAB KENAPA KING SALMAN CENTRE FOR INTERNATIONAL PEACE (KSCIP) BEROPERASI DI MALAYSIA


Oleh : Anasz*

1. Malaysia adalah satu-satunya negara di dunia yang mengharamkan Syiah dari segi undang-undang negara.

2. Satu-satunya negara Islam di Asia Tenggara yang menghantar pasukan tentera dalam Eksais Pertahanan Bersama "North Thunder" pada 2016.

3. Antara negara pertama yang menyertai Pakatan Ketenteraan Negara Islam Bagi Menentang Keganasan (Islamic Military Alliance to Fight Terrorism (IMAFT))

4. Negara yang mempunyai pengalaman dalam misi pengaman antarabangsa dan mandat antarabangsa terutama sekali di rantau MENA. Misalnya dalam misi pengaman UNIIMOG (1988-1990)

5. Malaysia mempunyai kepakaran dalam menewaskan pengganas melalui perang fizikal dan perang ideologi terutama sekali di rantau Asia Tenggara.

6. Mempunyai keupayaan risikan yang cemerlang di Asia Tenggara. Misalnya mengagalkan usaha Syiah Houthi di Kuala Lumpur untuk melakukan serangan ketika lawatan Raja Salman ke Malaysia.

7. Malaysia merupakan negara Asia Tenggara pertama yang menawarkan diri membantu negara jiran Arab Saudi, Bahrain ketika negara berkenaan berhadapan dengan fenomena Arab Spring yang didalangi Syiah pada tahun 2011.

8. Malaysia negara Islam paling hampir berhadapan dengan kawasan operasi Daesh di Filipina. 

9. Negara yang paling banyak menyelesaikan krisis peringkat antarabangsa dengan jalan diplomasi. Contohnya dalam Insiden MH17 & Krisis Pembunuhan Kim Jong Nam.

10. Sebab Raja Salman kawan baik dengan Perdana Menteri kita, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. 

Sumber :

Malaysia offers to send troops to Bahrain : https://english.alarabiya.net/articles/2011/05/14/149079.html

In otherwise tolerant Malaysia, Shiites are banned : https://www.alarabiya.net/articles/2011/01/14/133463.html

Malaysian Contingent in North Thunder Exercise : http://www.malaysiandefence.com/malaysian-contingent-north-thunder-exercise/

Malaysia says it foiled attack on Arab royalty ahead of Saudi king's visit : http://www.reuters.com/article/us-saudi-asia-malaysia-idUSKBN16E0O6

UNITED NATIONS IRAN-IRAQ MILITARY OBSERVER GROUP 
UNIIMOG (August 1988 - February 1991) : http://www.un.org/en/peacekeeping/missions/past/uniimogfacts.html

* Penulis merupakan graduan sarjana dalam bidang Strategi dan Keselamatan dari UKM.

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute