Ibnu Taimiyyah (Semoga ALLAH merahmatinya) berkata ; "Kata al-Haya' (malu) berasal dari kata al-Hayat (hidup), kerana hati yang hidup boleh membuatkan pemiliknya hidup. Dia memiliki rasa malu yang mencegahnya dari perbuatan-perbuatan kotor, kerana disebabkan hidupnya hatilah yang mencegah dari perbuatan-perbuatan kotor yang merosakkannya." Al-Fatawa, 10:109 #Tazkirah
Ibnu Taimiyyah berkata; Kebajikan dan ketakwaan itu melegakan hati dan melapangkan dada, di mana manusia boleh merasakan keluasan dan kelonggaran dalam jiwa dari apa yang dia alami sebelumnya. Hal ini kerana ketika orang melakukan kebajikan, taqwa dan berbuat baik, ALLAH membuatnya merasa lega dan melapangkan dadanya. Sedangkan perbuatan jahat dan kikir (kedekut) akan menekan jiwa, merendahkan dan menghinakannya, di mana orang kikir merasakan jiwanya sempit. Katanya lagi, "Sesungguhnya kebaikan itu memiliki cahaya dalam hati, sinar…
Ibnu Taimiyyah berkata; Akibat dari dosa-dosa itu boleh dihilangkan dengan tiga perkara : Pertama, bertaubat. Kedua, Istighfar tanpa taubat, kerana ALLAH S.W.T boleh mengampuni dosanya sebagai pengabulan terhadap doanya, meskipun ia tidak bertaubat. Jika taubat dan istighfar telah berkumpul, maka itu adalah kesempurnaan. Ketiga, amal soleh yang meleburkan dosa. Kerana itu, hal yang paling bermanfaat bagi orang-orang khusus mahupun awam adalah ilmu tentang hal-hal yang boleh membersihkan diri dari noda-noda, iaitu menghapuskan keburukan …
Ibnu Taimiyyah berkata; Orang Islam itu perlu bersikap takut kepada ALLAH dan menahan diri dari hawa nafsu. Nafsu dan syahwat itu sendiri tidaklah mendapat seksa, kecuali diikuti dan dilaksanakan. Ketika seseorang sedang bernafsu, tetapi dia mencegahnya, pencegahan yang dilakukan ini adalah bentuk ibadah kepada ALLAH dan amal soleh. Diriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda (yang bermaksud); Pejuang adalah orang yang berjuang melawan hawa nafsu kerana ALLAH. Maka umat Islam diperintahkan untuk berjihad melawan hawa nafsunya. Seb…
Oleh : Jebat 1. Walaupun hubungan Malaysia dan Arab Saudi sedikit tercalar ekoran tindakan kerajaan Pakatan Aslah pada hari ini yang menarik keluar penempatan tentera Malaysia di Riyadh selain bertindak menutup Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman di Kuala Lumpur baru-baru ini, ianya sedikit pun tidak menjejaskan usaha Arab Saudi untuk membantu projek-projek kemanusiaan yang dimulakan oleh kepimpinan Malaysia terdahulu. 2. Terbaru, Pusat Kemanusiaan Raja Salman yang beribu pejabat di Riyadh telah menandatangani perjanjian persefahama…
Oleh : Jebat Ada soalan yang ditanyakan kepada kami. Ianya berbunyi seperti berikut : Pemerintah mana satukan yang perlu aku taat pada hari ini? Agong atau Perdana Menteri? Jawapan kami : Kedua-duanya. Kerana kedua-duanya diberikan kuasa memerintah di dalam negara. Walaupun salah satu daripada mereka mempunyai kuasa yang amat terhad berbanding yang satu lagi. Ketua Negara adalah Yang Dipertuan Agong. Manakala Ketua Kerajaa adalah Perdana Menteri. Namun perlu diingatkan juga, Ketua Negara yang tiada kerajaan, maka negaranya akan po…
Social Plugin