DRONE MEMBUNUH QASSEM SOLEIMANI DATANG DARI QATAR


Oleh : Anasz*

Qassem Soleimani dikenali sebagai seorang yang "low profile" dan gemar bergerak dalam satu koordinasi keselamatan yang ketat dan terpirinci. Namun bagaimana pihak Amerika Syarikat dapat mengetahui pergerakkan beliau dan menyasarkan serangan yang tepat ke atas konvoinya?

Serangan drone Amerika Syarikat yang membunuh komander Pasukan Quds Iran, Qasem Soleimani lewat Khamis lalu telah meningkatkan ketegangan diantara Tehran dan Washington sekaligus menjadikan rantau berkenaan kembali 'panas'.

Dua drone MQ-9 Reaper Amerika menembak peluru berpandu ke dalam konvoi dua kereta yang meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad, sekaligus membunuh Soleimani dan Abu Mahdi al Muhandis, ketua Barisan Penggerakan Popular (Popular Mobilization Front) atau Hashd al Shaabi, kumpulan milita pengganas persis Hezbollah yang disokong Iran.

Walaupun operasi membunuh Qassem telah selesai, namun persoalan yang bermain difikiran kita sekarang adalah bagaimana orang yang begitu licik ini akhirnya kecundang?



Dalam laporan The New York Times, yang memetik maklumat dari individu yang terlibat dengan aktiviti penyuluhan dan risikan ini menyatakan bahawa, serangan yang disasarkan ke atas konvoi Qassem Soleimani dijalankan secara rahsia. Dimana koordinasi ini melibatkan maklumat perisikan, pintasan ke atas alat perhubungan seperti telefon, pesawat pengintip selain elemen lain dalam perisikan.

Walaupun Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat menyatakan bahawa, mana-mana serangan yang hendak dilakukan perlulah melalui jawatankuasa senat, namun pihak White House boleh mengeluarkan arahan secara persendirian bagi melaksakan serangan ke atas pihak tertentu menggunakan drone bagi setelah suspek diketahui kedudukannya "secara pasti".

Dan secara fakta, serangan berkenaan berlaku selepas konvoi yang membawa penjenayah berkenaan meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad, sekaligus mewujudkan pandangan bahawa drone Amerika sudah pun berlegar-legar di ruang udara sementara menantikan masa yang sesuai bagi melaksanakan operasi serangan.

Untuk rekod, Amerika Syarikat tidak mempunyai sebarang pengkalan di sekitar kawasan berkenaan, sekaligus ini menjadikan tanda tanya kepada kita, dari mana drone Amerika Syarikat ini diterbangkan? Buat masa ini, Amerika Syarikat hanya mempunyai pengkalan Drone di 3 lokasi yang berikut iaitu di Ali Al-Salem di Kuwait, Pengkalan Udara Al-Udeid di Qatar dan yang terakhir di Al Dafra di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Dari segi taktikal, Amerika Syarikat berkemungkinan tidak akan menggunakan Kuwait ekoran kedudukan negara berkenaan yang terlalu hampir dengan negara subjek. Sekaligus Kuwait kurang sesuai dijadikan lokasi melancarkan serangan terhadap suspek.

UAE pula berada dalam lokasi yang jauh dari negara subjek sekaligus memustahilkan drone berkenaan dapat diterbangkan untuk satu operasi yang berjauhan dengan lokasi sasaran. Lalu negara manakah yang paling sesuai dijadikan pengakalan dalam operasi serangan? Tak lain dan tak bukan ialah Qatar.

Mengapa Qatar? Pertama dari segi lokasi Qatar berada tidak terlalu jauh dan tidak terlalu dekat dengan sasaran. Malah Qatar merupakan pengkalan terbesar Amerika Syarikat di Timur Tengah. Keupayaan Pengkalan Udara Al-Udeid dalam menjalankan misi jarak sederhana telah terbukti apabila pengkalan udara yang berada dalam wilayah Qatar ini menjadi pusat operasi dan perancangan bagi operasi serangan udara ke atas kedudukan Daesh di sempadan Iraq - Syria.

Kedua, mengapa Qatar pilihan Amerika Syarikat? Ialah disebabkan pemerintah Qatar sendiri yang mempunyai hubungan diplomatik yang rapat dengan Iran. Sekaligus ini membolehkan Qatar menjadi buffer / penampan kepada sebarang tindak balas dari Iran. Iran pastinya tidak mahu menyerang Qatar kerana negara berkenaan merupakan sekutunya. Sekaligus hubungan baik antara Tehran dan Doha dapat melindungi pengkalan udara Amerika Syarikat di Qatar dari di serang oleh Iran.

Kesimpulan, Qassem Soleimani bukanlah seorang pejuang Islam. Malah dia adalah penjenayah, pengganas malah pembunuh jutaan nyawa umat Islam dikalangan ahli sunnah. Kematiannya adalah rahmat bagi seluruh ahli sunnah yang menjadi mangsa kezalimannya. Dan dalam hal ini juga, kita nak tengok bagaimana Qatar melacurkan dirinya untuk 'pleasure' kedua-dua pihak.

*Penulis merupakan graduan dalam bidang Strategi dan Keselamatan dari UKM.

Post a Comment

0 Comments