IRAN SAMA AMERIKA BERGADUH, RAKYAT IRAQ JUGA YANG DAPAT BENCANA


Oleh : Anasz*

1. Satu perkara yang diantara kita terlepas pandang tatkala terjadinya kes pembunuhan kepala pengganas dan pembunuh ahli sunnah di seluruh dunia, Qassim Sulaimani dan tindak balas Iran ke atas U.S adalah Iraq.

2. Iraq sepertimana yang kita ketahui, merupakan sebuah negara yang berdaulat. Mempunyai kedaulatan terhadap ruang udara, tanah dan lautnya.

3. Namun kini, negara berkeluasan 437,072 km² ini menjadi medan kepada U.S dan IRAN menunjukkan kekuatan mereka.

4. Iraq kini dicengkam dengan dua kuasa. Iran dan Amerika Syarikat. Dari segi politik, ekonomi dan keselamatan.

5. Kedua-dua negara ini bertindak tanpa memperdulikan nasib dan masa depan rakyat Iraq yang rata-ratanya sudah bosan menjadi mangsa kepada dua kuasa ini.

6. Walaupun Iraq kini dikuasai oleh pemerintah berfahaman Syiah, perlu dijelaskan disini, di Iraq pada ketika ini telah wujud konflik perkauman antara Syiah Iran dan Syiah Arab (Iraq). Dimana Syiah Iraq memandang kehadiran Iran dalam politik Iraq sebagai satu pencabulan ke atas kedaulatan Iraq.

7. Malah wujud sangkaan diantara kedua-dua pihak yang merasakan bahawa mereka lebih 'superior' dari yang lain. Misalnya Syiah Iran memandang Syiah Arab sebagai orang kelas kedua.



8. Selain itu campurtangan ketara Iran dalam pentadbiran Iran turut mengundang kepada kerenggangan diantara Syiah Arab dan Syiah Iran. Dan kemuncak daripada bantahan campurtangan Iran dalam politik Iraq diterjemahkan dalam serangan ke atas di Konsulat Iran di Najaf, Iraq, pada November tahun lalu. (Rujuk : https://www.theguardian.com/world/2019/nov/27/protesters-burn-down-iranian-consulate-in-southern-iraq)

9. Sebelum ini, seorang tokoh Syiah Iraq, Muqtada Al-Sadr membuat kejutan apabila melakukan lawatan ke atas Arab Saudi pada 2017. Sekaligus menampakkan kecenderungan Syiah Arab untuk beralih angin mendekati kaumnya sendiri berbanding kepada Syiah Iran yang berbangsa Parsi. (Rujuk : https://english.alarabiya.net/en/News/middle-east/2017/07/30/Muqtada-al-Sadr-in-Saudi-Arabia-for-the-first-time-in-11-years-.html)

10. Jika kita mengkaji sejarah, kita dapati bahawa, Parsi sememangnya tidak sebulu dengan Arab. Dan barangkali anda juga pernah mendengar kisah dimana Kisra Parsi mengoyakkan surat yang Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam utuskan padanya, ianya bukan sahaja bermaksud penolakkan Kisra Parsi terhadap seruan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, tetapi juga pandangan lekeh Kisra Parsi kepada bangsa Arab yang dianggap mundur dan tidak bertamadun.

11. Malah sehingga hari ini, kita akan dapati bahawa ramai dikalangan orang berbangsa Parsi menganggap kehancuran empayar mereka adalah berpunca daripada tangan-tangan orang Arab. Dan dalam hal ini mereka menyalahkan Khalifah Umar Al-Khattab yang berbangsa Arab sebagai punca kehancuran empayar mereka. Maka itu korang akan dapati masyarakat Parsi amat menyanjungi Abu Lu'Lu kerana berjaya membunuh Khalifah Umar (Rujuk : https://www.cais-soas.com/News/2007/June2007/28-06.htm)

12. Apa-apa pun konflik di Iraq terlalu berbelit. Pasca kejatuhan Saddam di Iraq memperlihatkan, negara yang pernah terkenal dengan ketamadunan itu, hancur lebur dibedil dari pelbagai pihak.

13. Dan mangsa sebenar pada hari ini bukanlah rakyat Iran atau Amerika, sebaliknya warga Iraq. 

*Penulis merupakan graduan Sarjana dalam bidang strategi dan keselamatan dari UKM.

Post a Comment

0 Comments