tag:blogger.com,1999:blog-2717801197187857037.post6211323395865045599..comments2024-03-27T21:47:00.790+08:00Comments on Pena Minang: PENJELASAN TERBARU MENGENAI ISU BUGHAH DARI MUFTI PERAK S.S TAN SRI HARUSSANI ZAKARIA @DPPMalaysia @PASPusat Pena Minang Returnhttp://www.blogger.com/profile/17542598154435348366noreply@blogger.comBlogger3125tag:blogger.com,1999:blog-2717801197187857037.post-69493001171052615882014-01-10T11:35:18.639+08:002014-01-10T11:35:18.639+08:00Carilah tempat dan waktu sesuai tak salah pun. Buk...Carilah tempat dan waktu sesuai tak salah pun. Bukan mengganggu hak orang lain.....bukan semua pun yang membantah tapi belah pembangkang je yang ramai.mat13noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2717801197187857037.post-3263911244498100772014-01-09T12:19:44.728+08:002014-01-09T12:19:44.728+08:00Sy setuju dengan pendapat saudara Adnan...begitu j...Sy setuju dengan pendapat saudara Adnan...begitu juga dengan kisah Imam Nawawi bermazhab Syafie' yang menegur Raja al-Malik al-Zahir bagi mengambil harta dari rakyat bertujuan untuk menampung perbelanjaan negara bagi memerangi tentera Tatar(Mongol)...Imam Nawawi menjawab:

Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki talipinggang daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan. Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitul mal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu. Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabiNya s.a.w. (lihat: ‘Abd al-Ghani al-Daqar, al-Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).

Di sini kita lihat adakah Imam Nawawi seorang bughah kerana melawan pemerintah??Tidak bukan,bahkan beliau mempunyai murid yg begitu ramai dan menulis lebih kurang 40 kitab yg terkenal sehingga ke hari ini seperti Hadis 40...

Begitu halnya dengan Malaysia...rakyat berdemonstrasi utk membantah kenaikan harga yang membebani rakyat bukan menggulingkan kerajaan. Aidil Faizhttps://www.blogger.com/profile/15014064054243876934noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2717801197187857037.post-30723368440599558022014-01-08T21:08:43.653+08:002014-01-08T21:08:43.653+08:00Quote hadis dari statement mufti Perak "“Seaf...Quote hadis dari statement mufti Perak "“Seafdhal-afdhal jihad ialah memperkatakan kebenaran di hadapan pemimpin yang zalim.” (HR Abu Daud)"

Kalau rakyat berhimpun untuk memperkatakan kebenaran tentang tekanan hidup mereka, tak salahkan? Malah Dr MAZA pernah menyebut hadis yang sahih tentang seorang sahabat ra yang disuruh oleh Baginda membawa keluar barangannya di jalanan sebagai tanda protes terhadap sikap zalim jirannya.

Quote lagi satu hadis dari statement rasmi mufti Perak : "“Sesiapa yang ingin menasihati pemerintah berkenaanh sesuatu urusan maka janganlah dizahirkan secara terang-terangan tetapi hendaklah meminpin tangannya ke tempat yang sunyi sekiranya dia menerima nasihat maka niatnya telah tercapai tetapi sekiranya ia enggan menerima nasihat maka sesungguhnya orang yang memberi nasihat telahpun melaksanakan tugasnya.”(HR Imam Ahmad)

Para mufassirin (ulama tafsir) telah menyatakan bahawa sababul wurud hadis tersebut ialah bagi dosa-dosa atau maksiat peribadi yang dilakukan oleh pemimpin. Jika melibatkan kepentingan awam atau rakyat, maka hendaklah dilakukan secara terang-terangan. Salah satu contoh ialah ketikamana Salman al-Farisi ra membantah Umar Ibn Khattab ra di hadapan orang ramai berkenaan pembahagian ghanimah (harta rampasan perang). Dan pihak Umar ra telah menjawab dan memuaskan hati semua pihak.

Apa yang berlaku di Mesir adalah kudeta, iaitu as-Sisi menggunakan kuasa tentera dan persenjataan untuk merampas kuasa dari pemimpin Islam. Mufti Perak gagal menunjukkan sebarang bukti wujudnya kekuatan serta persenjataan para demonstran yang mampu menyaingi kekuatan pasukan keselamatan. Walhal itu adalah satu intipati yang wajib dalam bughah. Sedangkan ketikamana Sayyidatina Aisyah ra membawa tentera ke Madinah hingga terjadinya peperangan Jamal pun Ali ibn Abi Talib ra yang pada masa itu khalifah tidak menganggapnya sebagai bughah atau menghalalkan darah para tenteranya. Inikan pula umat Islam yang hanya membawa sepanduk dalam demonstrasi.

Wallahu a'lam.Adnanhttps://www.blogger.com/profile/14310725468449864263noreply@blogger.com