[SAJAK] IKUT RASA BINASA

Rasa dan perasaan
Gandingan yang ada dalam fikiran
Setiap insan di dunia
Baik yang muda
Maupun kepada yang tua.

Rasa juga mudah tergoda
Perasaan juga mudah terguna.

Jika terlalu mengikut rasa
Ada yang terus binasa
Dan ada yang
Terus keliru kerana ikut rasa.

Berfikir diri untuk membetulkan
Agar tidak jatuh terjerumus
Berfikir itu banyak gunanya
Supaya tidak pendek fikiran
Semua yang ada baik semuanya.

Oleh itu jangan ikut rasa hati
Kelak takut jadi binasa


Yatim Budiman
Brunei

Post a Comment

0 Comments