Oleh : AJ

Kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 terus menjadi misteri. Pelbagai andaian, pelbagai teori dibuat mengenai kehilangan pesawat berkenaan. Ada yang menyatakan ianya terhempas di Laut Cina Selatan. Ada yang menyatakan ianya mendarat di Lapangan Terbang di China. Namun semuanya hanyalah omong kosong sahaja. Apa-apapun, teruskan berdoa kepada ALLAH, agar memberikan petunjuk kepada pasukan penyelamat bagi menemui pesawat berkenaan.