Oleh : Jebat

Mungkin kita barangkali terkejut melihat penampilan mereka ini. Saling tak tumpah macam busana yang sering dipakai oleh kaum muslimah. Namun inilah Kristian yang barangkali dari kumpulan Kristian Ortodoks Russia atau Kristian Koptik. Mereka memakai pakaian sebegini kerana mereka mengikuti pakaian para pendahulu mereka. Namun majoriti Kristian pada hari ini, kita lihat bagaimana cara mereka beragama. Jadi tidak terfikirkah kita, ajaran siapa sebenarnya yang menjadi panduan majoriti penduduk nasrani di muka bumi ini? Adakah mereka mengikut ajaran Nabi Isa bin Maryam atau mengikut ajaran para paderi mereka yang jahat itu?

Semoga ALLAH memberikan mereka hidayah dan petunjuk, selain menguatkan keimanan kita bahawa kitalah kaum yang lebih beriman kepada ajaran yang dibawa oleh Isa bin Maryam. Sesungguhnya Isa bin Maryam tidak membawa ajaran yang baru melainkan turut sama membawakan ajaran tauhid nabi-nabi yang terdahulu iaitu mengajak manusia mengESAkan ALLAH. Dan sesungguhnya Nabi Muhammad itu adalah Nabi akhir zaman!


لا إله إلا الله محمد رسول الله