Oleh : AJ

Keputusan Majlis Pimpinan Pusat Pakatan Pembangkang untuk mengangkat Wan Azizah Ismail sebagai Menteri Besar Selangor adalah satu keputusan yang sudah dijangkakan. Dengan cengkaman Anwar dalam PAS itu sendiri, ternyata suara Dewan Ulama PAS sudah tiada relevennya. Dan pada pandangan, elok sahaja dewan ulama itu dibubarkan sahaja, kerana keputusan mereka tidak lagi menjadi panduan ahli-ahlinya.

Berbalik ke topik asal, sudah tidak ada anak jati Selangorkah untuk diangkat menjadi Menteri Besar Selangor yang baru?

Adakah anak Selangor sudah hilang dari muka bumi negerinya? Jika hilang, dimana ianya menghilang? Kenapa mereka menghilang? Apa sebab menghilang? Yang pasti, anak jati Selangor haruslah bangkit menuntut hak di negeri anda sendiri. Usah gadaikan negeri anda kepada manusia yang dilahirkan di negeri yang tidak bersultan.

Semoga anak Jati Selangor kekal sedar yang anunya semakin hilang.