ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Monday, 2 July 2012

PTPTN - Pinjam Tau Pulang Tak Nak - Siri 3 (Akhir)

PTPTN - Pinjam Tau Pulang Tak Nak - Siri 3 (Akhir)


Islam mewajibkan setiap umat Muhamad s.a.w. menuntut ilmu. Hanya dengan ilmu umat Islam akan mampu memanafaat umur yang dikurniakan oleh Allah serta memanafaatkan diri mereka kepada insan lain. Bukanlah anjuran Nabi s.a.w. untuk umatnya kufur kepada nikmat serta rahmat yang telah Allah kurniakan.

Semua institusi yang terlibat telah menjalankan tanggungjawab mereka sebaik mungkin dalam menyediakan peluang mencari ilmu, tempat mencari ilmu serta kemudahan untuk mencari ilmu. Keredhaan serta rahmat-Nya dapat dilihat dari usaha tersebut di mana negara bertambah maju apabila rakyatnya semakin berilmu.

Untuk memperoleh kejayaan ia perlukan usaha serta komitmen. Keinginan tanpa usaha hanyalah angan-angan dan kejayaan tanpa komitmen tidak akan mendatangkan hasil yang terbaik. Dengan penyediaan tempat serta pinjaman PTPTN bagi memudahkan masyarakat Islam khususnya menuntut ilmu, sebahagian dari cabaran serta ‘hurdle’ telah dapat diatasi manakala sebahagianya lagi ialah usaha dan komitmen mereka barulah boleh mengharap keredhaan dari Allah.

Bagaimana mungkin jika peluang menuntut ilmu di institusi pengajian telah diguna sebaik mungkin, kemudahan pinjaman membiaya pengajian telah dimanafaat sepenuhnya tetapi tanggungjawab melunas pinjaman diabaikan? Memperoleh pencapaian akademik yang cemerlang telah dijadikan sebagai motivasi bila hutang pinjaman PTPTN ‘dihadiahkan’ dengan menukar pinjaman kepada biasiswa kepada peminjam namun bagi yang gagal memperoleh pencapaian akademik, hutang akan tetap menjadi hutang walau sebesar mana jumlahnya.

Dari Shuhaib Al Khoir, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Siapa saja yang berhutang lalu berniat tidak mau melunasinya, maka dia akan bertemu Allah (pada hari kiamat) dalam status sebagai pencuri.” – riwayat Ibnu Majah no. 2410.
Yang dicari bukan saja ilmu untuk kebaikan dunia tetapi juga akhirat. Adalah tanggungjawab setiap peminjan untuk melunas segala hutang piutang mereka.

Dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash r.a. berkata Nabi s.a.w bersabda:
“Orang yang mati syahid diampuni semua dosanya kecuali hutangnya.” - riwayat Muslim No. 1886, Ahmad No. 7051.
Walau sejauh mana kejayaan yang diperolehi, walau sekukuh mana kedudukan seorang peminjam tetapi di sisi Allah seseorang peminjam yang engkar melunas hutang akan tetap dalam kerugian baik di dunia mau pun di akhirat.

Petikan akbar Berita Harian April 2011



2 comments:

  1. asalamualaikum geng penaminang,

    selamat kembali.. teruskan perjuangan...

    ReplyDelete
  2. wellcome..............

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute