BILA MAHATHIR BERBICARA PERIHAL ANWAR.


Oleh : Central

Berikut ditampilkan sub tajuk yang diambil dari buku yang ditulis oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang berjudul 'Doktor Umum : Memoir Tun Dr. Mahathir Mohamad.' Dalam bab ini, Tun Dr. Mahathir menceritakan perihal Anwar Ibrahim yang beliau kenali. Tidak seperti orang lain yang mendakwa dirinya lebih mengenali dari Tun, harus diingat bahawa Tun adalah orang yang bertanggungjawab membawa Anwar Ibrahim ke dalam UMNO. Maka sudah pastinya Tun lebih mengenali Anwar melebihi orang lain dalam kancah politik.

Buku 'Doktor Umum' ini adalah sebuah buku yang didedikasikan oleh beliau untuk rakyat Malaysia. Ianya bukanlah sebuah buku sejarah, sebaliknya sebuah buku autobiografi yang ditulis bagi memberi gambaran kepada rakyat Malaysia mengenai apa yang difikirkan oleh Mahathir ketika sebelum, semasa, dan sesudah menjadi Perdana Menteri Malaysia. Untuk mendapatkan naskah buku ini, sila layari : www.mphonline.com

SINOPSIS

Barat menyifatkannya sebagai seorang yang keras kepala, perkauman, anti-Yahudi dan angkuh. Negara membangun bagaimanapun, memandang bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai juara wawasan dan pemimpin luar biasa yang menyuntik semangat kepada setiap individu Dunia Ketiga untuk berdiri megah. 

Bahkan pengkritik beliau yang paling lantang pun tidak dapat menafikan bahawa di sebalik semua ini, Tun Dr Mahathir memberikan negara-negara yang terpinggir keberanian dan menunjukkan jalan ke arah masa depan yang penuh harapan. Sungguhpun demikian, beliau tidak terlepas daripada kontroversi. Selama 22 tahun memimpin negara, beliau digambarkan sebagai seorang diktator dan juga perangsang.

Tidak ramai pemimpin yang berjaya mengubah keseluruhan negara daripada ekonomi agraria kepada kuasa perindustrian dalam tempoh singkat selama dua dekad. Di sini, dengan ketepatan pembedahan, Dr Mahathir menjejaki susur galur sejarah dan menghalusi peranan beliau sendiri dalam membentuk Malaysia moden.
BIODATA PENULIS

Dalam masa 22 tahun sebagai Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad mengubah negaranya daripada sebuah negara pertanian yang mundur kepada sebuah kuasa perindustrian dan negara perdagangan ke-17 terbesar di dunia. Pencapaian yang mengagumkan itu bagaimanapun, membawa bersamanya kontroversi. Wawasan Dr Mahathir yang luar biasa dan cengkaman kuat beliau ke atas pentadbiran melahirkan musuh dan peminat tegar di dalam dan luar Malaysia. 

Beliau dilabelkan, sama ada secara tipikal atau paradoksikal, sebagai diktator yang zalim dan ditakuti mahupun sebagai pembela yang memberi ilham, berani dan lantang kepada Dunia Ketiga, Muslim sederhana serta golongan tertindas. Di setiap persimpangan yang dilaluinya, Dr Mahathir menulis semula hukum dan peraturan. 

Autobiografi ini menjadi jendela bagi mengintai cara luar biasa beliau berfikir dan bagaimana pemikiran beliau dipengaruhi oleh peristiwa-peristiwa besar dalam sejarah Malaysia, daripada Perang Dunia Kedua dan Perjanjian MacMichael kepada kemerdekaan, perindustrian serta pembentukan Malaysia moden, krisis politik dan kewangan pada akhir 1990-an, serta cabaran abad baru. 

Buku ini mendedahkan ciri-ciri yang sebelum ini tidak diketahui mengenai seorang insan yang tidak suka menonjolkan diri, tetapi akhirnya menjadi negarawan yang berani. Buku ini menceritakan politik Malaysia moden melalui kaca mata salah seorang daripada pengukirnya yang agung. 

Ia bukan untuk meminta pengampunan atau percubaan mempertahankan diri, tetapi pengisahan yang tegas, menambat perhatian dan menarik mengenai bagaimana serta mengapa Dr Mahathir mencatat begitu banyak kejayaan dalam masa yang singkat. Tun Dr Mahathir Mohamad adalah Perdana Menteri Malaysia yang keempat dari 1981 hingga 2003. Beliau kini menetap di Kuala Lumpur.

===================================================================



Kepada Tun & Pahlawan Negara. Kami ucapkan ;


Post a Comment

4 Comments

  1. Tun.. memang terbaik

    ReplyDelete
  2. Setuju pada Tun Dr Mahathir semua orang ada melakukan kesilapan...dan menyingkirkan Anwar Ibrahim dari UMNO dan Kerajaan adalah suatu keputusan yang tepat...Tahniah Tun Dr M......anugerah tuhan untuk rakyat Malaysia...

    ReplyDelete
  3. keputusan yg tun buat adalah yg tepat untuk negara bukan untuk mana-mana individu. kalau tidak tak tau apa yg sudah terjadi dgn negara jika masih di bawah pimpinan anwar ibrahim.

    ReplyDelete
  4. TAHNIAH TUN , KAMI RAKYAT MALAYSIA TERHUTANG BUDI ATAS KEBERANIAN DAN USAHA TUN..

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.