KALAU Sekali kita berani Tahan besi tahan api, Rempuh, sampai luluh, Gempur, hingga lebur. Bumi kita, budi kita, Segala sedang meminta, Siapa memberi, siapa merela, Siapa putera kepunyaan bangsa. Kalau sekali memutar diri, Menyerah kalah hanya lagi.
USIAMU menghampiri sunti dara Mengibarkan rasa di selendang sutera Menyembunyikan malu di bilik terkunci Diselubungi rindu lagu dan tari Seribu bayang seribu mimpi yang manis indah itulah mimpi Mimpi itu adalah keajaiban anugerah Tapi dialah nanti menyebabkan kau gundah Terasing di cermin kenyataan Kehidupan yang ganas dan kejam. Sunti daraku, Jangan kaupinjam lamunanku, hati seorang ayah Yang kini kubenci sebab begitu lemah Selamanya mimpiku hidup ini serba indah. Bunuhlah mimpi itu, anakku Kau membunuh segala palsu Lagu …
Oleh : Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh Pengantar Persoalan “genius” sudah menjadi tema kajian untuk beberapa ratus tahun, malah sejak Galton pada tahun 1869. Kini tema ini menarik puluhan sarjana dari beberapa bidang, termasuk sastera, psikologi, dan kajian otak. Sebabnya bukan saja kerana genius ini mengandungi beberapa jalur rahsia yang sampai sekarang mengelak takrif yang jelas, tetapi juga kerana kesan genius terhadap khalayaknya sangat luas dan lama dan mengekor kita beberapa ratus tahun, dengan cara yang sangat intens dan meny…
YANG Amat Berbahagia Tun Mohamed Suffian bin Haji Hashim, Pro-Canselor, Ibu-ibu, bapa-bapa, Saudara-saudara hadirin yang saya muliakan! Bagaikan tersepuh sinar matari pagi yang membancuh seribu warna di rumput-rumput, daun-daun dan kuntum bunga-bunga, maka demikian hati ini membuka kelopaknya terjulang terapung di arus awan sedang berarak. Dewan bertuah ini menjadi saksi ribuan graduan datang dan pergi, dan pagi yang manis ini, untuk kesekian kali penuh upacara tradisi dan perarakan menyambut kelahiran para graduan sekalian. …
Melayu itu orang yang bijaksana Nakalnya bersulam jenaka Budi bahasanya tidak terkira Kurang ajarnya tetap santun Jika menipu pun masih bersopan Bila mengampu bijak beralas tangan. Melayu itu berani jika bersalah Kecut takut kerana benar, Janji simpan di perut Selalu pecah di mulut, Biar mati adat Jangan mati anak. Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya: Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau memang Melayu, Keturunan Acheh adalah Melayu, Jakun dan Sakai asli Melayu, Arab dan Pakistani…
Melayu Johor telah terlalu banyak kita kehilangan sawah ladang bertukar tangan pekan dan bandar kita menumpang Teluk Belanga entah ke mana yang tinggal hanyalah pakaian sedarah sedaging hampir hilang yang ada hanyalah setulang Selat Tebrau kian sempit hati rindu jauh tergamit. Di Johor, Jawa itu Melayu Bugis itu Melayu Banjar itu Melayu Minangkabau memang Melayu Aceh dan Siak adalah Melayu Jakun dan Sakai lebih Melayu Arab dan Turki pekat Melayu Mamak dan Malbari jadi Melayu malah Muallaf bertakrif Melayu. Melayu itu ma…
SEKIRANYA kami rakyat negara ini berjanji membeli barang buatan Malaysia Bagaimana pula anda, Para pemilik para pengarah para pengurus Syarikat-syarikat pengeluar terbesar Malaysia membeli dengan wang yang anda terima dari kami? Kami rakyat bersetuju bahawa sekiranya Malaysia ingin maju dan jaya, para pekerja kita mendapat pekerjaan dengan gaji selesa maka kami sendiri mesti membeli dan menggunakan barangan buatan negara kami Ertinya rakyat jelata senantiasa perlu membayar harga yang agak tinggi untuk mendapatkan barangan yang …
KEMISKINAN bererti Kelaparan, Penyakit bererti Kemiskinan, Kemiskinan bererti Kekurangan Zat Makanan, Keciciran pelajaran Bererti Kemiskinan, Kemiskinan bererti Kekurangan Perubatan, Kematian Ibu ketika Melahirkan Bererti Kemiskinan, Kemiskinan Bererti Usia Tidak Panjang, Pondok Usang bererti Kemiskinan, Kemiskinan bererti Hidup Menumpang. 1984 _______________ * Diangkat dari sebuah cerpen
IBUKU mempunyai seribu mimpi yang dipikulnya tiap hari sambil menimangku ia pun menyanyi : Timang tinggi-tinggi, dapur tak berasap, bila besar nanti, jangan masuk lokap. Ibuku tidak mengenal buku dan sekolah tiap pagi terbongkok-bongkok di lumpur dan sawah menggaru betisnya yang dikerumuni lintah. Hatinya selalu teringat suaminya yang mati melarat setelah dikerumuni lintah darat Ibuku tangannya kasar berbelulang mengangkat batu-bata banggunan wajahnya dibedaki debu berterbangan Ibu tidak pernah mengenal …
Social Plugin