Diriwayatkan dari Kharijah bin Zaid Al Ansari R.A, bahawa Ummu Al Ala', salah seorang isteri mereka yang membaiat Rasulullah ï·º, dia memberitahukan kepadanya bahawa kaum Muhajirin melakukan pembahagian undian, lalu Utsman bin Mazh'un muncul di tengah-tengah dan kami menempatkannya di rumah kami. Dia lantas mengeluh sakit lalu kami merawatnya. Ketika ajal datang menjemputnya, kami pun membungkus jenazahnya dengan pakaian kemudian Nabi ï·º datang menemui kami, lalu wanita itu berkata, "Rahmat ALLAH tercurah kepadamu wahai Abu As…
Diriwayatkan dari Abdurrahman bin Jubair bin Nufair, dari ayahnya, dia berkata, "Pada suatu hari kami duduk di sisi Al Miqdad, lalu ada seorang lelaki berlalu dihadapannya dan lelaki itu berkata 'Sungguh beruntung kedua matamu ini yang pernah dibuat melihat Rasulullah ï·º. Demi ALLAH, sesungguhnya kami ingin melihat apa yang pernah kamu lihat dan kami juga ingin menyaksikan apa yang pernah kamu saksikan. Lelaki itu kemudiannya membuatkan Miqdad marah. Melihat itu, aku pun menjadi takjub (terkejut). Yang dia ungkapkan adalah kebaik…
Oleh : Anasz* 1. Sejak dua tiga hari ini aku dapat mesej personal bertanyakan perihal isu "kenyataan Mohamad Bin Salman (MbS)" yang katanya menyokong tindakan China ke atas penduduk Uighur di China. 2. Sejujurnya aku kurang pasti dari mana media memetik kenyataan MbS ini. 3. Dan bersandarkan pembacaan aku yang terhad ini (belum melaksanakan kajian secara menyeluruh) Arab Saudi berada dalam dilema pada ketika ini. Mereka tidak mahu digelar sebagai negara menyokong pengganas, dan dalam masa yang sama tidak mahu membiarkan umat …
Oleh : Anasz* 1. Qatar : Qatar nak kritik Amerika Syarikat secara langsung, tak berani punya, sebab Amerika Syarikat yang secure Qatar punya keselamatan ekoran US as a power projektor di wilayah berkenaan. Selain itu kehadiran tentera US yang berpengkalan di Qatar juga boleh menyelamatkan politik Tamim bin Hamad Al Thani dari ditekan oleh negara jirannya yang lain seperti UAE, Arab Saudi, dan Bahrain. Jadi dengan menggunakan Mahathir untuk berucap di Forum Doha, maka jika jadi apa-apa tindak balas oleh U.S, kesannya pada Malaysia. Bukan …
Oleh : Anasz* Putera Mahkota Arab Saudi memulakan lawatan beliau ke Pakistan hari ini. Kehadiran beliau ke Pakistan turut membawa bersama perjanjian ekonomi yang bernilai US$ 20 Bilion. Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan terus menggunapakai polisi dasar luar Pakistan yang ditinggalkan oleh Nawaz Sharif dan Perdana Menteri Iterim (Shahid Khaqan Abbasi). Ternyata Perdana Menteri Pakistan ini bijak dan tidak terlalu mengikut emosi untuk "membaharukan" kesemua benda. Kepintaran Imran Khan berdiplomasi dan berpolitik mem…
Oleh : Anasz* Aku rasa ramai orang tak faham geopolitik di Timur Tengah. Hatta yang duduk di Wisma Putra. Yelah, sebab Menterinya sendiri seorang yang emosi manakala timbalannya pula seorang penipu kelulusan. Orang awam, ramai yang sangka Qatar tu baik, walhal perangai mereka lebih kurang sama dengan Singapura. Apa pandangan korang bila ada orang luar dari region korang yang puji Singapura tu baik, bersih dan bebas. Mesti korang akan pandang semacam kan? Begitu jugalah pandangan pemerintah Arab Saudi, UAE, Bahrain hatta Mesir melihat…
Gambar : Wira Nordin Oleh : Anasz* 1. Suka tidak suka, mahu tidak mahu, kita kena akui yang Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 ini adalah satu persidangan syok sendiri dan membazirkan wang rakyat. 2. Ianya bukan persidangan yang mahu memfokuskan mengenai permasalahan umat Islam, sebaliknya persidangan untuk menaikkan nama aktor politik tertentu di peringkat antarabangsa. 3. Dalam mana-mana persidangan dunia, pada kebiasaanya, negara yang mahu menjadi tuan rumah akan menggunakan organisasi antarabangsa sebagai 'tiket' untuk m…
Oleh : Jebat Siapa yang ikut kes ini korang akan ingat kronologi "pembunuhan Al-Tantuya" karangan Pakatan DAP suatu ketika dahulu. 1. Awal-awal depa kata Razak Baginda, Kawan Baik Najib Razak yang bunuh Altantuya. 2. Lepas tu kita dengar Rosmah Mansor arahkan Sirul dan Azhar pi bunuh Altantuya, kononnya Najib Razak ada skandal seks dengan Altantuya. 3. Selepas itu, tah camna, kita dengar berita yang Rosmah Mansor sendiri pulak yang pi bunuh Altantuya di sebuah kawasan di Puncak Alam, Selangor. Tak percaya? Cuba dengar penj…
Oleh : Jebat Golongan Gay persis golongan Syiah. Tatkala mereka sedikit, mereka acah-acah kononnya ditekan. Dan menggunakan seruan "Kasih Sayang Sesama Manusia" & "Mazhab Kelima" untuk menjustifikasikan perbuatan mereka. Namun bila komuniti mereka dah menjadi majoriti dan berkembang. Mereka akan menjadi ganas. Malah lebih ganas dari haiwan pemangsa. Sejarah telah membuktikan, bagaimana kelompok Homoseksual di zaman Nabi Luth sanggup menggunakan kekerasan kepada Nabi Luth semata-mata nak mendapatkan "tetam…
Ini adalah nasihat Umar Bin Al-Khattab R.A (Semoga ALLAH Meredhai Beliau) untuk seluruh umat. Beliau berkata : "Jauhilah orang-orang yang hanya mengedepankan (mendahulukan) akalnya semata kerana mereka adalah musuh Sunnah. Mereka tidak mampu menghafal hadis-hadis, maka mereka bersandar kepada akal sehingga mereka sesat dan menyesatkan." Sumber : Diriwayatkan oleh Ahmad dalam Al-Musnad (No.213). Syeikh Ahmad Syakir Rahimahullah berkata : "Sanadnya sahih". Diriwayatkan juga oleh Al-Bukhari (no. 4235), kitab Al-Maghaazi…
Oleh : Siti Lailatul Mastura Norazlan dan Asmahanim Amir Foto : Shahiddan Saidi BANGI - Perpaduan kaum di Malaysia dilihat semakin rapuh walaupun negara telah mencapai kemerdekaan ke-62 tahun, kata Felo Utama, Institut Kajian Etnik (KITA), Prof Dato’ Dr Teo Kok Seong. Beliau berkata, perpaduan negara masih pada tahap sosial di mana terdapat defisit kepercayaan antara kaum. Menurutnya, tahap ini adalah kerana asas pembentukan Malaysia adalah integrasi dalam membentuk negara bangsa dan pada hari ini iaitu tahap perpaduan adalah pada ta…
Oleh : Nilamsuri Salam sejahtera, warkah bangsa ini kutitipkan khusus buatmu, Melayuku selepas melihat keretakan pada cermin amanah berbingkaikan pahit kesedaran di dinding episod sejarah. Ingatan khusus buatmu, Melayuku; jati diri Melayuku pernah dijajah tindas maruah bangsamu pernah diragut ganas kekayaan bumiku pernah dirampas bebas budaya dan bahasaku pernah tenggelam lemas. Salam sejahtera, kutitipkan warkah ini khusus buatmu, Melayuku sekadar mengingatkan bahawa kita pernah; menjadi sebuah bangsa yang dikagumi menjadi…
Pada suatu hari, orang-orang Quraish berkumpul pada hari kebesaran mereka di sisi salah satu berhala mereka yang mereka agung-agungkan. Mereka menyembelih di sisinya, beriktikaf padanya dan bernazar untuknya. Hari kebesaran itu diperingati sehari dalam setahun. Tiba-tiba empat orang mengasingkan diri dari tempat perkumpulan kaum Quraish. Mereka saling berbisik diantara mereka. Sebahagian dari mereka berkata kepada sebahagian yang lain, "Kita sepakat untuk jujur dan saling menjaga rahsia." Mereka berkata "Ya". Empat oran…
Abu Bakar R.A berkata di hadapan beberapa orang sahabat Nabi ï·º , "Aku tidak pernah sujud kepada berhala sekali pun. Ketika itu usiaku mendekati baligh. Ayahku, Abu Quhafah, membawaku ke sebuah ruangan miliknya. Di sana ada berhala-berhala miliknya. Dia berkata kepadaku, 'Ini adalah tuhan-tuhanmu yang tinggi lagi mulia.' Lalu dia pergi meninggalkanku. Aku mendekati kepada sebuah berhala, lalu aku berkata, 'Aku lapar, berilah aku makan.' Berhala itu tidak menjawab. Maka aku mengambil sebuah batu dan menghentam batu itu ke…
Ketika Utsman bin Affan R.A diutus oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi wa-Salam pada peristiwa Hudaibiyyah, untuk berunding dengan kaum Musyrikin Quraish, di Kota Makkah, tersebarlah berita bahawa Utsman telah terbunuh. Maka untuk mengetahui sejauh mana kesetiaan para Sahabatnya, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam meminta mereka berbai'at (berjanji setia) dengan Baginda di bawah sebuah pohon. Peristiwa ini kemudiannya dikenali dengan sebutan Bai'atur Ridhwan. Tatkala itu, jumlah kaum Muslimin adalah 1400 orang, tidak seorang…
Abu Bakar R.A Lebih Baik Daripada Keluarga Firaun Yang Mukmin Imam Ibnu Qayyim Rahimahullah berkata tentang keutamaan-keutamaan As-Siddiq R.A, "Beliau (Abu Bakar) lebih baik dari seorang lelaki yang beriman dari keluarga Fir'aun kerana lelaki berkenaan menyembunyikan imannya, sedangkan Abu Bakar menampakkannya. Abu Bakar juga lebih dari seorang lelaki yang beriman dari keluarga Yasin kerana dia hanya berjihad beberapa saat, sedangkan Abu Bakar berjihad bertahun-tahun. Sumber : Kitab As-Haburrasul ï·º (Sahabat-Sahabat Rasulullah ï·º…
Oleh : Allahyarham Datuk Aziz Sattar* Selama Jepun memerintah, macam-macam penyakit menular di sana sini. Sedih sekali untuk digambarkan kerana saya sendiri mengalami penyakit pekung kaki. Sudah hampir enam bulan pekung tidak sembuh-sembuh. Ubat yang dapat digunakan hanyalah belerang dengan minyak kelapa, tetapi tidak berkesan. Dengan kuasa ALLAH, pak cik saya orang Ambon mengubati saya hanya dengan menyemburkan tembakau ke pekung saya yang dalam saya kira-kira dua inci sahaja. Mula-mula disembur dengan tembakau sejuk sekali, tetapi sel…
Abu Bakar R.A sakit selama 15 hari, sampai tiba hari Isnin malam Selasa, 22 Jumadal Akhir tahun ke 13 Hijrah, Aisyrah R.A berkata, "Abu Bakar berkata kepadaku, 'Di hari apa Rasulullah ï·º wafat?' Aku menjawab, 'Hari Isnin.' Abu Bakar berkata, 'Apa yang ALLAH kehendaki. Sesungguhnya aku berharap wafat pada malam ini.' Abu Bakar bertanya, 'Dengan apa kalian mengkafani Baginda ï·º?' ' Aisyah menjawab, 'Tiga helai kain Suhuliyah Yamaniyah tanpa gamis dan serban.' Maka Abu Bakar berkata, 'Lihatlah …
Dari Ikramah Rahimahullah bahawa seorang tukang bekam bercerita kepada Umar Al-Khattab, Umar adalah seorang yang disegani, lalu Umar berdehem maka tukang bekam itu kencing di kainnya. Akhirnya Umar memerintahkan agar si tukang bekam itu diberikan empat puluh dirham. Riwayat Oleh Ibnu Sa'ad. Dipetik dari Kitab As-Haburrasul ï·º (Sahabat-Sahabat Rasulullah ï·º), karangan Syeikh Mahmud Al-Mishri.
Kelembutan Abu Bakar sampai pada tingkatan jika anak-anak di Madinah melihatnya, mereka akan berlari kepadanya untuk menyambutnya sambil berteriak, "Wahai Ayahku!". Lalu Abu Bakar mengusap kepala mereka, sedangkan kewibawaan Umar Al-Khattab hingga pada pada tahap sekiranya orang-orang sedang duduk-duduk melepak di hadapan rumah mereka, mereka akan bubar (meninggalkan kegiatan melepak) kerana segan dengan Umar رضي الله عنه. Sumber : Kitab As-Haburrasul ﷺ (Sahabat-Sahabat Rasulullah ﷺ), karangan Syeikh Mahmud Al-Mishri.
Oleh : Nurah Al-Jantan Oh bangsa! Oh bangsa! sedarlah...cuba jaga negeri kita porak-peranda bangsa lain datang menggoda. Sedarlah... cuba jaga hari dah siang matahari dah terbit bangsa lain datang menggoda orang datang menghimpit. Hari dah siang matahari dah terbit cahaya memancar di celah awan orang dagang datang menghimpit orang Melayu hendak dilawan. Cahaya memancar di celah awan awan berarak di puncak kayu orang Melayu hendak dilawan cubalah sedar wahai bangsaku! Awan berarak di puncak kay…
1 Yang murah : kita mahalkan Yang mahal : kita cukaikan Yang cukai : kita cajkan Yang caj : kita eksklusifkan Yang eksklusif : kita mewahkan Yang mewah : kita jualkan Yang jual = itulah punca keuntungan. 2 Yang banyak : kita sikitkan Yang sikit : kita kurangkan Yang kurang : kita terhadkan Yang terhad : kita eksklusifkan Yang eksklusif : kita mahalkan Yang mahal : kita mewahkan Yang mewah : kita jualkan Yang jual = itulah punca keuntungan. 3 Yang percuma : kita hargakan Yang harga : kita cajkan Yang caj : kita mahalk…
Social Plugin