[SAJAK] : KAPITALIS 1,2 DAN 3

1

Yang murah : kita mahalkan
Yang mahal : kita cukaikan
Yang cukai : kita cajkan
Yang caj : kita eksklusifkan
Yang eksklusif : kita mewahkan
Yang mewah : kita jualkan
Yang jual = itulah punca keuntungan.

2

Yang banyak : kita sikitkan
Yang sikit : kita kurangkan
Yang kurang : kita terhadkan
Yang terhad : kita eksklusifkan
Yang eksklusif : kita mahalkan
Yang mahal : kita mewahkan
Yang mewah : kita jualkan
Yang jual = itulah punca keuntungan.

3

Yang percuma : kita hargakan
Yang harga : kita cajkan
Yang caj : kita mahalkan
Yang mahal : kita jualkan
Yang jual = Itulah punca keuntungan

______

Jebat
Johor Darul Ta'zim
15 Mei 2017

Post a Comment

0 Comments