Oleh : Jebat 1. Aku ada terbaca beberapa komen di fb, dari kelompok Melayu yang mengkritik UMNO, bahawasanya mereka dah jadi keldai DAP. 2. Tak kurang juga yang kritik UMNO kerana dah ikut apa sahaja arahan PMX. Presiden UMNO, Dr. Zahid Hamidi toksah kiralah, dimaki semahu-mahunya oleh puak-puak itu. 3. Apa mereka yang kritik ni semua dah hilang akal ke apa? UMNO / BARISAN NASIONAL dah kalah pada PRU yang lepas. 4. UMNO / BN ditolak oleh rakyat Malaysia, yang kini terpecah kepada 2 kumpulan iaitu PN dan PH. 5. Dan ketika tidak ada mana-mana pa…
Keputusan PRN di 6 buah negeri menyaksikan bahawa orang Melayu kini berpecah dan lebih gemar menjarakkan diri dari pemerintah yang juga merupakan seorang bangsa Melayu dan beragama Islam. Tanpa menafikan bahawa orang Melayu menolak UMNO dan menyokong PAS, namun apa yang hendak aku fokuskan disini ialah post election yang memperlihatkan wujudnya 'cakap-cakap belakang' yang mula membangkitkan isu 'terkikisnya' kekuasaan dan pengaruh Melayu dalam politik dan kerajaan. Peliknya, orang yang membangkitkan isu 'terkikisnya' ku…
Oleh : Jebat Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh dan salam sejahtera. Agak lama kiranya aku tidak mengeluarkan sebarang catatan lebih-lebih lagi menjelang PRU-15. Kesibukkan disebabkan beban tugas azali, menyukarkan aku untuk meluangkan masa menulis sama ada bahan kempen, kritikan ataupun propaganda. Namun aku tak nafikan bahawa aku agak aktif di Twitter. Mungkin disebabkan aku dah kurang berminat untuk menulis sesuatu yang panjang seperti sebelumnya. Berbalik kepada tujuan utama aku menulis. Pilihanraya Umum ke 15 pada kali ini boleh a…
Melihat kali pertama Bahasa Melayu digunakan di Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), rasanya macam seronok pun ada. Kerana akhirnya, ada juga peluang Bahasa Melayu dikumandangkan di persidangan berkenaan. Namun begitu, disebalik kegembiraan berkenaan, masih ada rakyat Malaysia yang memperlekehkan tindakan Perdana Menteri, Ismail Sabri menggunakan bahasa kebangsaan di persidangan berkenaan. Ada yang mengatakan bahawa penggunaan Bahasa Melayu di majlis berkenaan adalah satu kemunduran, kekampungan, selain tidak melambangkan keintelektu…
Wahai Melayuku! Kembalilah bersatu seperti dulu Wahai Melayuku! Kembalilah kau bina perpaduan itu Wahai Melayuku! Kembalilah kau utuhkan persaudaraan sebangsa Untuk apakah wahai Melayuku kau ikutkan perasaan keterlaluan penuh ketaksuban politik pujaan? Apakah kerana melansungkan perjuangan merealisasikan impian? Tapi mengapa sampai mencetus api sengketa? tidakkah kau sedar wahai Melayuku! dengan demikian kau sebenarnya membuka ruang perpecahan yang amat dalam terus saja mengheret sekalian bangsamu terjunam ke dasarn…
Bagaimana Kapitalis mempermainkan perasaan orang? Buat kasut limited edition. Kesudahan : Yang nak beli kasut tu, sesama sendiri bertumbuk. Yang untung? Tetap kapitalis. Sebab duit tetap masuk. Yang bertumbuk dapat apa? Sorang dapat lebam. Sorang dapatlah makan nasi lokap. Kesudahannya, kerajaan gak yang kena tanggung beban korang. Sebab? Yang bengkak dapatkan rawatan di hospital (kalau hospital gomen) dia hanya dikenakan bayaran RM1 (dengan subsidi 99% dari gomen) Yang dok lokap, kerajaan terpaksa keluarkan duit nak ken…
Oleh : Jebat Kita barangkali ada terbaca mengenai laporan media berkenaan turunnya nilai matawang ringgit Malaysia berbanding dolar Amerika. Dan sehingga tulisan ini dihasilkan, nilai dolar berbanding Ringgit Malaysia adalah pada nilai 1 dolar US bersamaan RM 4.50. Ianya sesuatu yang amat mengecewakan terutama sekali 'trend' ini menyebabkan berlakunya peningkatan harga barang dan kos sara hidup. Ditambah lagi dengan kenaikan OPR oleh bank negara, ianya akan lagi menambah beban kepada rakyat. Namun disebalik kesemua ini, ada sesuatu per…
Oleh : Tok Janggut Kalau ada parti politik paling bodoh dalam Malaysia ni, mungkin aku boleh cakapkan ianya adalah PAS. Cuma tak adil la kalau aku kata PAS tu semuanya bodoh. Sebab aku yakin dalam PAS ni ada gak yang cerdik. Sewaktu BN kalah dalam PRU14, kita dapati kedudukan status quo politik Melayu terhakis selepas DAP menjadi kerajaan persekutuan. Era 22 bulan PH memerintah Malaysia kita dapat saksikan bagaimana DAP telah menggunakan segala peluang dan ruang yang ada untuk memastikan kedudukan umat Melayu ditekan semahu-mahunya. Bermula de…
Oleh : Anasz Aku kurang faham kenapa UMNO dituduh sebagai pemecah belah orang Melayu. Sedangkan pada hakikatnya, yang memecah belahkan Melayu adalah PBBM, PKR, PAN dan PAS. Lihat sahaja pada nama UMNO sendiri. United Malays National Organisation atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. Yang mana secara jelas, UMNO pada asal dan hakikatnya merupakan sebuah kesatuan dan persatuan yang mengumpulkan seluruh persatuan-persatuan Melayu dan kesatuan anak negeri di bawah satu bumbung. Dan sepanjang sejarah, UMNO lah satu-satunya organisasi terbesar …
Ucapan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn pada 9 Disember 1977 sempena Perjumpaan Ketua-ketua UMNO Bahagian di Dewan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Terlebih dahulu saya dengan sukacitanya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tingginya penghargaan kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian yang telah bersusah payah datang dari jauh dan dekat dan secara tergesa-gesa menghadiri perjumpaan ini. Perjumpaan ini amat penting bagi menentukan nasib orang Melayu khasnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya. Perjumpaan kita hari ini diselub…
Oleh : Jebat 1. PAS tidak ada masalah bekerjasama dengan PBBM kerana PBBM bukan mereka-mereka yang terdiri dari bekas PAS. 2. UMNO sukar bekerjasama dengan PBBM sebab PBBM adalah mereka-mereka yang keluar UMNO. 3. Cuba kalau PAN pun nak join PN... Mungkin PAS akan keluarkan kenyataan dengan nada yang berbeza. 4. Apa-apa pun, sebarang percaturan dalam politik, soal agama dan bangsa perlu didahulukan. Jangan kita biarkan perbezaan pandangan menyebabkan DAP mengambil peluang untuk kembali berkuasa sepertimana mereka berkuasa selama 22 …
KUALA LUMPUR : Dewan Bahasa & Pustaka Malaysia (DBP) bakal menerbitkan Ensklopedia Al-Fiqiyyah Al-Kuwaitiyyah ke dalam Bahasa Melayu. Dalam satu catatan yang ditulis oleh Profesor Datuk Dr Mohamed Hatta Shaharom, Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, berkata Set ensiklopedia yang mengandungi 45 jilid ini adalah satu-satunya set rujukan kesemua empat mazhab fiqh sunnah waljamaah yang telah menjalani kajian dan penyelidikan selama lebih daripada 20 tahun. Tambahnya lagi, selepas tiga tahun perbincangan diadakan diantara pihak peng…
Oleh : Jebat 1. Al-Quran turun dalam Bahasa Arab. Nabi Muhammad S.A.W adalah orang Arab dan bertutur dalam bahasa Arab. 2. Namun dikalangan bangsa Arab sehingga hari ini masih ada yang kafir malah menolak ajaran Nabi Muhammad S.A.W. Lihat sahaja kepada Kristian Arab di Lubnan, Syria, Mesir, Iraq Palestin dan di tempat-tempat lain. 3. Sedangkan kalau ikut logik akal, kalau orang tu mampu baca dan mampu faham tulisan Arab. Seharusnya dia lebih mudah menerima ajaran Islam. 4. Tidak seperti orang Melayu, majoriti daripada kita kurang mah…
Oleh : Siti Lailatul Mastura Norazlan dan Asmahanim Amir Foto : Shahiddan Saidi BANGI - Perpaduan kaum di Malaysia dilihat semakin rapuh walaupun negara telah mencapai kemerdekaan ke-62 tahun, kata Felo Utama, Institut Kajian Etnik (KITA), Prof Dato’ Dr Teo Kok Seong. Beliau berkata, perpaduan negara masih pada tahap sosial di mana terdapat defisit kepercayaan antara kaum. Menurutnya, tahap ini adalah kerana asas pembentukan Malaysia adalah integrasi dalam membentuk negara bangsa dan pada hari ini iaitu tahap perpaduan adalah pada ta…
Social Plugin