CORETAN PASCA PRU-15


Oleh : Jebat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh dan salam sejahtera.

Agak lama kiranya aku tidak mengeluarkan sebarang catatan lebih-lebih lagi menjelang PRU-15.

Kesibukkan disebabkan beban tugas azali, menyukarkan aku untuk meluangkan masa menulis sama ada bahan kempen, kritikan ataupun propaganda.

Namun aku tak nafikan bahawa aku agak aktif di Twitter. Mungkin disebabkan aku dah kurang berminat untuk menulis sesuatu yang panjang seperti sebelumnya.

Berbalik kepada tujuan utama aku menulis.

Pilihanraya Umum ke 15 pada kali ini boleh aku katakan sebagai sebuah pilihanraya yang paling tidak dijangkakan oleh mana-mana pihak.

Manakan tidak, banyak nama-nama besar yang tumbang. Mengambil contoh Nurul Izzah yang tumbang di kampung halamannya di Permatang Pauh. Reezal Merican Naina Merican di Kepala Batas. Tan Sri Razaleigh Hamzah di Gua Musang, selain Perlis yang selama ini ditadbir dibawah Barisan Nasional beralih warna kepada Perikatan Nasional.

Namun disebalik warna-warna warni pilihanraya ini, aku paling tidak menyangka bahawa Anwar Ibrahim akhirnya menjadi Perdana Menteri Malaysia, sekaligus impiannya selama ini untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia tercapai.

Malah, lebih aku tidak menjangka, Barisan Nasional dan Pakatan Harapan akhirnya duduk semeja, berbincang untuk membentuk kerajaan.

Namun ini semua perancangan ALLAH. Mereka merancang, namun ALLAH juga merancang, dan sebaik-baik perancangan itu adalah dari ALLAH (mengambil makna ayat  Surah Ali-Imran ayat 54).

Hakikatnya, PRU15 ini tidak begitu memberikan kesan emosi yang mendalam kepada aku berbanding PRU14 yang lalu dimana Barisan Nasional kehilangan kuasa buat kali pertama dalam sejarah Malaysia (walaupun sedikit binggung memikirkan masa depan Barisan Nasional dan UMNO pada masa hadapan).

Namun inilah suratan takdir. Hakikatnya UMNO dan Barisan Nasional tidak lagi dilihat sebagai satu pilihan terbaik buat rakyat Malaysia. Firman ALLAH dalam surah Al Imran ayat 26 yang bermaksud;

"Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."

Pemenjaraan Najib Razak yang berpunca daripada Mahathir membuatkan UMNO hilang arah dan Barisan Nasional hilang taring.

Kini rakyat Malaysia hidup berpecah belah dalam dua blok. Satu blok dengan ideologi Nasionalis Melayu Dengan Elemen Pengkhianat dan Penunggang Agama. Dan satu lagi dengan ideologi liberaslisme yang diadun dengan cauvenis cina DAP.

Seungguhnya masa depan Malaysia amat kabur untuk aku jangkakan pada masa hadapan. Apa yang boleh aku lakukan sekarang hanyalah berdoa kepada ALLAH, agar ALLAH memberikan perlindungan kepada aku dan keluarga aku serta anak keturunanku dari fitnah akhir zaman.

Post a Comment

0 Comments