KALAU Sekali kita berani Tahan besi tahan api, Rempuh, sampai luluh, Gempur, hingga lebur. Bumi kita, budi kita, Segala sedang meminta, Siapa memberi, siapa merela, Siapa putera kepunyaan bangsa. Kalau sekali memutar diri, Menyerah kalah hanya lagi.
Wahai Melayuku! Kembalilah bersatu seperti dulu Wahai Melayuku! Kembalilah kau bina perpaduan itu Wahai Melayuku! Kembalilah kau utuhkan persaudaraan sebangsa Untuk apakah wahai Melayuku kau ikutkan perasaan keterlaluan penuh ketaksuban politik pujaan? Apakah kerana melansungkan perjuangan merealisasikan impian? Tapi mengapa sampai mencetus api sengketa? tidakkah kau sedar wahai Melayuku! dengan demikian kau sebenarnya membuka ruang perpecahan yang amat dalam terus saja mengheret sekalian bangsamu terjunam ke dasarn…
Sumber : Captain M Katanya pesta buku lesu Ujarnya pasar malam dan hari sayu Akibat dari ekonomi negara yang layu Sindirnya pada pemerintah di atas tu. Namun peliknya Tatkala katanya ekonomi negara lesu Namun Meja Iftarnya Laku Hasil penderma beribu-ribu Memberi derma kepada agamawan penipu. Aku marhaen makin keliru. Benarkah ekonomi negaraku layu Tatkala agamawan penipu Mendapat beribu-ribu? Jebat JDT 15 Mei 2017
Oleh : Nilamsuri Salam sejahtera, warkah bangsa ini kutitipkan khusus buatmu, Melayuku selepas melihat keretakan pada cermin amanah berbingkaikan pahit kesedaran di dinding episod sejarah. Ingatan khusus buatmu, Melayuku; jati diri Melayuku pernah dijajah tindas maruah bangsamu pernah diragut ganas kekayaan bumiku pernah dirampas bebas budaya dan bahasaku pernah tenggelam lemas. Salam sejahtera, kutitipkan warkah ini khusus buatmu, Melayuku sekadar mengingatkan bahawa kita pernah; menjadi sebuah bangsa yang dikagumi menjadi…
Oleh : Nurah Al-Jantan Oh bangsa! Oh bangsa! sedarlah...cuba jaga negeri kita porak-peranda bangsa lain datang menggoda. Sedarlah... cuba jaga hari dah siang matahari dah terbit bangsa lain datang menggoda orang datang menghimpit. Hari dah siang matahari dah terbit cahaya memancar di celah awan orang dagang datang menghimpit orang Melayu hendak dilawan. Cahaya memancar di celah awan awan berarak di puncak kayu orang Melayu hendak dilawan cubalah sedar wahai bangsaku! Awan berarak di puncak kay…
1 Yang murah : kita mahalkan Yang mahal : kita cukaikan Yang cukai : kita cajkan Yang caj : kita eksklusifkan Yang eksklusif : kita mewahkan Yang mewah : kita jualkan Yang jual = itulah punca keuntungan. 2 Yang banyak : kita sikitkan Yang sikit : kita kurangkan Yang kurang : kita terhadkan Yang terhad : kita eksklusifkan Yang eksklusif : kita mahalkan Yang mahal : kita mewahkan Yang mewah : kita jualkan Yang jual = itulah punca keuntungan. 3 Yang percuma : kita hargakan Yang harga : kita cajkan Yang caj : kita mahalk…
Orang KL Salahkah kalau aku jadi orang KL Bukan orang JB atau orang KB Itu bukan kebanggaan tapi satu kenyataan Jika orang Kuala Terengganu rindu harum pantai Dan gerak ombak yang tidak pernah selesai Jika lama tidak belayar ingin berbicara dengan laut Aku rindu Kuala Lumpur jika lama tidak bertemu Rindu Menara Berkembar Petronas dan Gugusan pangsapuri, rindu RTM, rindu DBP Salahkah kalau aku jadi orang KL Bukan orang Alor Star atau orang Alor Gajah Itu bukan satu kesombongan tapi satu kenyataan Jika orang Kinabalu rindu pada…
Usah diikut resam Iran Menyalak bagai tak ketahuan Berdemo bagai kena sawan Kononya mengenang nasib Palestin di tekan. Usah diikut perangai Iran Menyalak ke Israel setiap harian Bila ditanya apa tindakan? Hanya mengkritik depan wartawan Usah diikut sikap Irani Katanya dia paling Islami Makkah dan Madinah hendak ditakluki Kononnya ditawan pepuak Wahabi Gila Iran usah dikira Kahwin sejam bukannya zina Sahabat yang mulia biasa dicela Kata mereka itulah agama. Anasz.
[Gambar Hiasan] Bila agamawan mula berkasta Jadilah jurang antara manusia Si kaya disini si miskin disana Hanya kerana bayaran meja Bila agamawan mula berkasta Mula menjual acara dunia Lalu diselit urusan agama Meragut setiap harta manusia Bila agamawan mula berkasta Iftar yang mulia mula dikira Kasta kaya bertentangan mata Kasta miskin melihat songkok semata. Jebat Johor Bahru 2.00pm 13 Mei 2017
Gambar Hiasan Agamawan sebenar.... Menasihati secara sembunyi Bukannya bermadah puisi Agamawan sebenar... Menegur dengan berhemah Bukan menyindir menyeranah Agamawan sebenar... Berkata dengan benar Bukan merepek spin konar Agamawan sebenar... Bercuti berkasih sayang Bukan ke Aussie tayang2 Agamawan sebenar... Ikhlas membantu Umarak Bukan mengapi menambah marak Nukilan : Dinda Alin Sarimah
Oleh : Jebat* Mengapa kita tidak kaya raya? Tengoklah si fulan itu,bermewahan saja.. Aku bertanya : apakah caranya untuk aku kaya? Tapi.. secara mulia dan tanpa berdusta Bukan kita tidak tahu Jalan, denai dan liku Agar harta ditemu dan disapu Tapi semuanya cara palsu dan tipu.. Bukan kita tidak mahu, Tapi kita tidak mampu, Takut dan terkedu Mengenangkan Yang Maha Satu Yang Tiada BagiNya sekutu Ya, telah kaya para pengkhianat, Dengan harta yang sarat, Tapi mereka lupa akhirat, Balasan yang berat, Dunia, jiwa bertukar men…
Mati itu benar Mati itu pasti Tanpa kira siapa kita Pangkat kita Kedudukan kita Kita semua hamba-Nya Dari dia kita datang Dari dia kita kembali Itulah lumrah alam Bagi Insan yang kerdil dan hina ini. Inallillahi wainallillahi rojiun buat anak kepada pemerintahku YAM Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibni Sultan Ibrahim Ismail Kau pergi mendahului kami Insyallah kami akan menyusuli kamu tak lama lagi. ____________ Pena Minang Kuala Lumpur
USIAMU menghampiri sunti dara Mengibarkan rasa di selendang sutera Menyembunyikan malu di bilik terkunci Diselubungi rindu lagu dan tari Seribu bayang seribu mimpi yang manis indah itulah mimpi Mimpi itu adalah keajaiban anugerah Tapi dialah nanti menyebabkan kau gundah Terasing di cermin kenyataan Kehidupan yang ganas dan kejam. Sunti daraku, Jangan kaupinjam lamunanku, hati seorang ayah Yang kini kubenci sebab begitu lemah Selamanya mimpiku hidup ini serba indah. Bunuhlah mimpi itu, anakku Kau membunuh segala palsu Lagu …
Oleh : Jebat Anak Melayu sibuk berdemo, Anak Cina sibuk belajar. Anak Cina cemerlang, Anak Melayu tunggang langgang. Anak Melayu terus berterabur, Anak Cina semakin teratur. Anak Cina Kaya raya, Anak Melayu Miskin melata. Aduhai Nasib bangsaku.....
Sungguhlah Semenanjung negeri yang mulia khazanahnya makmur sangatlah kaya kepada makhluk memberi bahagia senang sentosa bersuka ria. Negeri pun aman bertambah ramai bandar pelabuhan sangatlah permai rakyat bernaung rukun dan damai laksana benih baru disemai. Perintah pun adil dengan sempurna masyhurlah warta ke mana-mana kaya dan miskin serupa kana tiada berbeza mulia dan hina. Patutlah negeri aman sentosa rakyat mundur beribu laksa saudagar berhimpun berbagai bangsa perniagaan maju berpanjangan masa. Demikian pula peru…
Alangkah permai dipandang mata negeri Semenanjung bumi yang rata bukit berbaris laksana kota molek dan gerun bersama serta. Pantas menganjur kanan dan kiri ombak memecah membanting diri alunya deras sama selari kapal belayar pergi dan mari. Pulau berjejer di tengah lautan jauh dan dekat tampak kelihatan seumpama dinding tanah daratan tampak bersela di celah hutan. Apabila ditilik diamat-amati negeri Semenanjung tanah yang sakti di sebelah jawi besarlah hati ke benua besar umpama titi Negeri Semenanjung tanah yang elok be…
Bangkitlah bangkit! mengapa tidur lama sangat? di mana dapat mencari negeri sekaya negeri kita! bangkitlah bangkit! timah sudah dimasak sudahlah hangat mengapa dibiarkan bangsa lain mengambil bijih kita? bangkitlah bangkit! tidakkah ingin menjadi kaya dengan bangat? mengapa dibiarkan bangsa lain bertanam getah di tanah kita? bijih dan getah! bijih dan getah! inilah jalan kekayaan yang tentu hasil negeri kita yang besar dapat di situ bijih dan getah! bijih dan getah! dari sebab itu bangkitlah bangkit! jangan asyik berjoget liha…
[Gambar Hiasan] Ini, satu wadah yang bagus untuk dilalui oleh siapa jua atau negeri, kerana padanya ada nilai : persahabatan atau setiakawan. Tidakkah ini juga jalan kepada kebaikan bagi kehidupan? Jika ia dalam perkara ekonomi tidakkah ini bermakna menjana ekonomi itu sendiri? Jika dalam perkara pendidikan tidakkah pula bererti kita adalah memperkasa pendidikan? Ya, semuanya itu bagus belaka semuanya itu baik belaka. Inilah trend baru kini yang sangat digemari, harap-haraplah ia bukan di atas kertas cuma tetapi akan…
Rasa dan perasaan Gandingan yang ada dalam fikiran Setiap insan di dunia Baik yang muda Maupun kepada yang tua. Rasa juga mudah tergoda Perasaan juga mudah terguna. Jika terlalu mengikut rasa Ada yang terus binasa Dan ada yang Terus keliru kerana ikut rasa. Berfikir diri untuk membetulkan Agar tidak jatuh terjerumus Berfikir itu banyak gunanya Supaya tidak pendek fikiran Semua yang ada baik semuanya. Oleh itu jangan ikut rasa hati Kelak takut jadi binasa Yatim Budiman Brunei
Geli _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ mereka Lagak _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ ilmu tiada Buat _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ berhujjah Nak _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ usaha. Mereka _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ berjuang Tapi _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ siamang Yang _ _ _ _ _ Usaha Hanya _ _ _ berjaya. Namun _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ tenaga Mereka _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ karam Mereka _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ dipujuk Tapi _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ memujuk Ma…
Social Plugin