Ibnu Taimiyyah berkata; Cinta kepada ALLAH dan RASUL itu ada dalam hati setiap orang yang beriman. Ia tidak mungkin membuang cinta tersebut dari hati, selama dia adalah orang beriman. Tanda-tanda cinta kepada ALLAH dan Rasul-NYA akan tampak kelihatan ketika ada seseorang mengumpat atau mencela Rasulullah S.A.W, mengumpat ALLAH atau menyebut-NYA dengan sebutan yang tidak selayak-NYA. Orang beriman sangat marah jika ALLAH dan Rasul-NYA diumpat, lebih dari kemarahann ya jika ibu dan bapanya diumpat. [Al-Fatawa, 16 : 343] # PenaUla…
Soalan : Apakah memelihara janggut wajib hukumnya atau hanya disarankan? Apakah mencukur berdosa atau hanya merosak Di'en? Apakah mencukurnya hanya boleh disertai dengan memelihara kumis? Jawapan : Mengenai pertanyaan di atas, kami katakan, terdapat hadis yang sahin dari Nabi SallahuAlaihiWassalam yang dikeluarkan oleh Imam Al Bukhari dan Muslim di dalam kitab sahih keduanya, dari hadis Ibnu Umar R.A, dia berkata, Rasulullah SallahuAlaihiWassalam bersabda, "Selisihlah orang-orang musyrik; potonglah kumis dan biarkanlah janggut memanja…
RIYADH, 20 September 2022 – “Aktiviti seperti ini tidak dibenarkan dalam apa jua keadaan, sama ada melibatkan permainan antara dua orang yang sama jantina atau berlainan jantina,” tegas Sheikh Abdullah Al-Manea, ahli Majlis Kibarul Ulama Arab Saudi dalam isu cabaran di laman rangkaian sosial, terutamanya aplikasi TikTok. Tegasnya, cabaran-cabaran tersebut adalah sejenis perjudian dan memakan wang orang lain, satu kebatilan yang dilarang dalam Islam. Keputusan ulama itu yang juga ahli Akademi Fiqh Islam Antarabangsa itu dibuat ketika cabaran da…
Soalan : Apakah hukum berenang di pantai atau kolam renang di siang hari pada bulan Ramadan? Jawapan : Kami katakan, tidak menjadi masalah bagi orang yang sedang berpuasa berenang di pantai atau kolam renang, baik kolan yang dalam atau cetek. Dia boleh berenang dan berendam sesuka hatinya, hanya sahaja dia harus berusaha semampunya agar air tidak sampai masuk ke dalam kerongkongnya. Aktiviti berenang boleh menambah semangat dan membantunya dalam melaksanakan puasa. Apa pun hal yang boleh menambah semangat dalam mentaati ALLAH, maka itu tidak d…
Soalan : Ada orang yang enggan menggunakan siwak pada bulan Ramadan kerana kekhuatiran akan merosakkan puasanya. Apakah sikap ini dibenarkan? Lalu, bilakah waktu yang utama untuk bersiwak di bulan Ramadan? Jawapan : Menghindari penggunaan siwak tidak ada dasarnya, baik pada bulan Ramadan ataupun hari-hari lainnya yang digunakan untuk puasa, kerana menggunakan siwak itu adalah perkara sunnah, sebagaimana yang disbutkan dalam hadis sahih, bahawa siwak itu membersihkan mulut dan menyebabkan keredhaan ALLAH serta sangat dianjurkan ketika wuduk dan…
Soalan : Apakah hukum orang yang berpuasa tetapi meninggalkan solat? Apakah puasanya sah? Jawapan : Yang benar, bahawa orang yang meninggalkan solat dengan sengaja hukumnya kufur akhbar (besar). Puasa dan ibadah-ibadah lainnya tidak sah sampai dia bertaubat kepada ALLAH Azza Wajjala. Hal ini berdasarkan firman ALLAH yang berbunyi; "Seandainya mereka mempersekutukan ALLAH, niscaya lenyaplah dari mereka amalan yang telah mereka kerjakan. (Al-An'am : 88) Dan berdasarkan ayat-ayat serta hadis-hadis lainyang semakna. Sebahagian ulama menya…
Soalan : Jika seseorang bercita-cita untuk solat dan puasa hanya pada bulan Ramadan, sementara setelah Ramadan berlalu, dia meninggalkan solat, apakah dia mendapat pahala puasanya? Jawapan : Solat adalah salah satu rukun Islam, dan merupakan rukun terpenting setelah dua kalimah syahadah serta merupakan kewajipan setiap individu. Barangsiapa yang meninggalkannya kerana mengingkari kewajipannya atau meninggalkannya kerana meremehkan dan malas, maka dia kafir. Adapun orang-orang yang berpuasa Ramadan dan solat hanya pada bulan Ramadan, ini berert…
Soalan : Dalam buku adh-Dhiya' al-Lami' ada bab khusus tentang bulan Ramadan dan hal-hal yang berkaitan dengan permasalahan puasa, di antaranya terdapat ungkapan (dan tidak juga membatalkan puasa jika seseorang muntah secara tidak sengaja atau mengubati mata atau telinganya dengan ubat titisan mata). Bagaimana pendapat anda tentang hal tersebut? Jawapan : Apa yang dikatakannya bahawa menitis mata atau telinga untuk mengubatinya tidak merosakkan puasanya, adalah pendapat yang benar, kerana yang demikian tidak di sebut makanan dan minuma…
Soalan : Apakah kelaziman dan yang wajib dilakukan oleh orang yang berpuasa? Jawapan : Yang lazim bagi orang yang berpuasa adalah memperbanyakkan ketaatan dan menghindari semua larangan. Sedangkan yang wajib atasnya adalah memelihara kewajiban-kewajiban dan menjauhi hal-hal yang diharamkan, iaitu melaksanakan solat yang lima waktu pada waktunya secara berjamaah, meninggalkan dusta dan ghibah (mengumpat), meninggalkan kecurangan dan perbuatan riba'serta semua perkataan atau perbuatan haram lainnya. Nabi S.A.W telah bersabda, "Barangsi…
Soalan : Adakah nilai sosial dalam ibadah puasa? Jawapan : Ada. Puasa memiliki nilai-nilai sosial, diantaranya : melahirkan rasa persamaan di antara sesama kaum Muslimin, bahawa mereka adalah umat yang sama, makan di waktu yang sama dan berpuasa di waktu yang sama. Yang kaya merasakan nikmat ALLAH sehingga menyayangi yang fakir. Menghindari perangkap-perangkap syaitan yang ditujukan kepada manusia. Lain dari itu, puasa boleh melahirkan ketakwaan kepada ALLAH yang mana ketakwaan tersebut dapat memperkuatkan hubungan antara individu masyarakat. …
Soalan : Saya seorang penjawat awam di sebuah instusi kerajaan. Institusi ini menggajikan para pekerjaan dengan pekerjaan di luar jam kerja, iaitu pada petang hari Khamis dan Jumaat. Tetapi tidak seorang pun yang datang di antara yang diberi tugas itu hadir bekerja. Setelah ALLAH memberikan saya hidayah, saya telah meminta pengurus untuk mengawasi para pekerja saat mereka bekerja agar mereka tidak ponteng kerja. Tetapi dia tidak mahu mendengar permintaan saya, kerana dia juga termasuk dari mereka yang diberikan tugasan yang sama, dan tidak dat…
Soalan Ada perbezaan pemdapat antara saya dan seorang teman bangsa Arab tentang mengqasarkan solat. Perlu diketahui, bahawa kami di Amerika Syarikat dan tinggal di sana selama dua tahun. Saya senantiasa menyempurnakan solat seperti halnya ketika berada di negeri sendiri, sementara rakan saya mengqasarkan solatnya dengan anggapan bahawa dirinya seorang musafir, walaupun hingga dua tahun. Kami mohon penjelasan tentang hukum mengqasarkan solat bagi kami serta dalilnya. Jawapan Pada dasarnya, seorang musafir mendapat rukhsah (keringanan) untuk men…
Ibnu Taimiyyah berkata, Ibadah adalah nama yang mencakup segala sesuatu yang dicintai dan diredhai ALLAH, baik berupa ucapan mahupun perbuatan, lahir mahupun batin. Solat, zakat, puasa, haji, jujur dalam berbicara, menunaikan amanah, berbakti kepada kedua orang tua, menyambung silaturrahim, menepati janji, amar ma'ruf dan nahi mungkar, jihad melawan orang-orang kafir dan munafik, berbuat baik kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, ibnu sabil, manusia atau binatang yang dimiliki, doa, membaca Al-Quran dan sejenisnya, adalah t…
Isu Qatar: Kenyataan Fadhilatul Syaikh Profesor Dr. Sulaiman Ar-Ruhaili Hafizahullah 5 Jun 2017 Kedudukan Terhadap Qatar 1. Terhadap Kerajaan dan Pemerintah Qatar, urusan terhadap mereka diserahkan kepada Kerajaan dan Pemerintah dan kita menaruh keyakikan terhadap Pemerintah dan Kerajaan kita di samping berdiri di belakang mereka dalam satu saf, dan barang siapa yang keluar dari saf ini maka dia adalah pengkhianat. 2. Kedudukan terhadap warganegara Qatar, mereka adalah saudara kita dan kita tidak meredhai sebarang kejahatan terhadap…
Oleh : AJ Kerajaan Brunei Darussalam hari ini melalui kenyataan Akhbar yang dikeluarkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam mengeluarkan perintah melarang sebarang aktiviti yang dilihat bercanggah dengan ketetapan syarak serta kebudayaan tempatan. Bersama ini disertakan siaran akhbar Kementerian Hal Ehwal Ugama mengenai penganjuran Acara "I Want To Touch A Dog"
SHAH ALAM: Mufti Selangor Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid menafikan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) meluluskan penganjuran "I Want To Touch A Dog" di Central Park, Bandar Utama di Petaling Jaya, semalam. Tamyes berkata pihaknya dimaklumkan Mais tidak pernah mengeluarkan sebarang surat kebenaran kepada penganjur dan mengatakan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang mempunyai bidang kuasa memberi kebenaran menggunakan padang awam. "Tidak ada satu kebenaran untuk mengadakan program sentuh anjing," katanya yang …
Assalamualaikum. Saya mahu bertanya soal onani itu boleh tidak? Khususnya bagi anak muda yang belum menikah. Jazakumullah khairon. Wassalamu’aikum. Jawapan : Berikut kami nukilkan jawapan Syeikh Salih bin Fauzan Al Fauzan hafizahullah (seorang ulama Kerajaan Arab Saudi) ketika beliau ditanyakan tentang masalah onani. Beliau hafizhahullah ditanya, "saya seorang pelajar muslim (selama ini) saya terjerat oleh kebiasaan onani/masturbasi. Saya terumbang-ambing disebabkan dorongan hawa nafsu sampai berlebih-lebihan melakuk…
Oleh : AJ "The Saudi Grand Mufti called upon Saudi Arabia’s citizens to donate money as humanitarian aid to Palestinians, rather than mobilizing in solidarity marches. The Grand Mufti hailed the Saudi Arabian King’s donation to the victims of the Israeli aggression on Gaza, and urged Saudi citizens to do the same" ( Al-Ghader TV ) Ini adalah antara kenyataan yang terkandung dalam Fatwa 'Demonstrasi Palestin Sia-Sia' oleh Mufti Arab Saudi, Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Muhammad bin Abdul Lathif Alu Syaikh at-Tamimi.…
Transliterasi oleh : Jebat Ulama Besar Arab Saudi, Ahli Hadits Kota Suci Madinah, Asy-Syaikh Al-‘Allamah Al-Muhaddis Abdul Muhsin bin Hamd Al-‘Abbad Al-Badr hafizhahullah berkata dalam risalah “Fitnatul Khilafah Ad-Da’isyiah Al-‘Iraqiyah Al-Maz’umah” di website rasmi beliau, berkaitan dengan militan ISIS. Seruan Ulama Besar Ahli Sunnah berkenaan pelampau agama yang menggelarkan diri mereka sebagai ISIS بسم الله الرØÙ…Ù† الرØÙŠÙ… الØÙ…د لله ÙˆØØ¯Ù‡ وصلى الله وسلم على من لا نبي بعده نبينا Ù…ØÙ…د وعلى آله ÙˆØµØØ¨Ù‡. أما بعد؛ Sesungguhnya telah …
Social Plugin