Soalan :
Apakah hukum berenang di pantai atau kolam renang di siang hari pada bulan Ramadan?
Jawapan :
Kami katakan, tidak menjadi masalah bagi orang yang sedang berpuasa berenang di pantai atau kolam renang, baik kolan yang dalam atau cetek. Dia boleh berenang dan berendam sesuka hatinya, hanya sahaja dia harus berusaha semampunya agar air tidak sampai masuk ke dalam kerongkongnya. Aktiviti berenang boleh menambah semangat dan membantunya dalam melaksanakan puasa. Apa pun hal yang boleh menambah semangat dalam mentaati ALLAH, maka itu tidak dilarang, kerana hal tersebut dapat meringankan beban ibadah pada seorang hamba dan memudahkannya. ALLAH S.W.T berfirman mengenai puasa ;
"ALLAH menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur." (Al - Baqarah : 185)
Nabi Sallahu Alaihi Wassalam pun bersabda ;
"Sesungguhnya agama ini mudah, dan tidaklah seseorang berlebihan dalam menjalankan agama kecuali dia akan kalah."[HR : Bukhari, kitab al-Iman, no.29]
Dari itu, boleh berenang di kolam renang atau lainnya. Wallahu a'lam.
Syeikh Ibnu Utsaimin, Masa'il 'ash-Shiyam, Dar Ibnul Jauzi, halaman 32.
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.